Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Laporan Projek Membuat Tiang Gol Street Soccer SK Ulu Sungai Merah Pada 19 Februari 2013, saya dan

pasangan praktikum saya iaitu Awang Hafiz telah membuat Projek Membuat Tiang Gol Street Soccer. Projek ini dibuat berdasarkan rancangan yang telah dirangka pada minggu pertama praktikum. Projek ini dilaksanakan pada pukul 2.30 petang bertempat di Dewan Sekolah Kebangsaan Ulu Sungai Merah. Kami turut dibantu oleh guru Kemahiran Hidup di sekolah itu iaitu Encik Jeffery anak Peter Nyuip. Pada pukul 2.30 petang, kami membuat persiapan peralatan dan perkakasan yang akan digunakan bagi projek ini seperti mesin pemotong kayu, gergaji, tukul, paku, pita penyukat dan sebagainya. Kayu yang digunakan merupakan kayu terpakai yang diletakkan di belakang bangunan Bilik Pemulihan (Kelas Maju). Projek ini memerlukan kami untuk membuat dua buah tiang gol street soccer. Kerja-kerja menyiapkan tiang gol ini tamat pada pukul 5.00 petang. Sekalung penghargaan kami ucapkan kepada Encik Jeffery anak Peter Nyuip atas kerjasama dan bantuan yang dihulurkan. Sesungguhnya segala tunjuk ajar dan pertolongan daripada beliau memberi impak yang positif kepada projek kami ini.

Peralatan yang digunakan bagi menyiapkan projek ini.

Kerja-kerja menyiapkan tiang gol yang turut dibantu oleh Encik Jeffery

You might also like