Tokoh Dalam Tamadun Islam

You might also like

Download as ppt, pdf, or txt
Download as ppt, pdf, or txt
You are on page 1of 10

TOKOH DALAM TAMADUN ISLAM

AL-FARABI (870-950 MASIHI) IMAM AL-GHAZALI (450-505 HIJRAH / 1058-1111 MASIHI)

AL-FARABI (870-950 MASIHI)


Nama

sebenar ABU NASIR MUHAMMAD BIN MUHAMMAD BIN BARKAN. Dilahirkan pada tahun 870 MASIHI (KG FARAB). Mendapat pendidikan awal di kampungnya. Umur 40 tahun pindah ke Baghdad (Mula belajar Bahasa Arab) Setelah mahir dalam bahasa Arab beliau mula mempelajari ILMU FALSAFAH. Guru agungnya MATIUS BIN YUNUS.

Hampir 10 tahun mendalami falsafah Yunani. Untuk memperdalamkan lagi, beliau telah berhijrah ke Haran. Penguasaan bahasa Yunani menolong beliau memperbanyakkan penterjemahan dan ulasan hasil karya ahli falsafah Yunani. Kejayaannya menggabungkan seluruh aliran falsafah Yunani dianugerah gelaran MAHAGURU KEDUA selepas Aristotles. Meneruskan pengembaraan ke Damsyik. Kepintaran dan kebijaksanaan beliau menimbul kan kekaguman gabenor Damsyik dan diundang tinggal di istana beliau di ALEPO.

Beliau dilantik sebagai KETUA ISTANA. KEMEWAHAN ISTANA dan GAJI yang lumayan tidak sedikitpun menjejaskan prestasinya sebagai seorang AHLI FALSAFAH ISLAM. Wang yang diperolehi disedekahkan kepada fakir miskin dan untuk kerja-kerja amal. Tugas rasminya MENGHADIRI MAJLIS ILMU yang dianjurkan oleh SAIFUDDAULAH ALHAMDANI setiap hari. Beliau kembali ke rahmatullah pada 950 MASIHI.

IMAM AL-GHAZALI (450-505 HIJRAH / 1058-1111 MASIHI)


Nama sebenar : ABU HAMID BIN MUHAMMAD AT-TUSI AL-GHAZALI Dilahirkan pada tahun 450 Hijrah / 1058 Masihi. Diasuh dan dididik sepenuhnya dengan TASAWUF oleh sahabat ayahnya. Ayahnya seorang yang miskin (PENENUN KAIN BULU).

Namun ayahnya amat meminati ilmu pengetahuan. Keagungannya dalam bidang ilmu falsafah Islam sukar ditandingi sehingga digelar HUJJATUL ISLAM. Ilmu pertama yang dipelajari ketika kecil ialah ilmu fikah daripada SYEIKH AHMAD BIN MUHAMMAD AR-RAZIKANI. Selepas itu beliau mengembara ke JURJAN dan berguru pada IMAM ABU NASAR AL-ISMAILI. Pengembaraan diteruskan lagi untuk mendalami ilmu pengetahuan ke NISAPUR. Berguru dengan IMAM AL-HARAMAIN.

Ketokohannya terserlah di NISAPUR apabila beliau dapat menguasai pelbagai ilmu pengetahuan seperti ILMU MANTIK, FALSAFAH dan FIKAH. Ketokohan beliau dikagumi oleh gurunya sendiri dan pernah menyanjung ketokohan beliau dengan berkata : Al-ghazali itu merupakan lautan yang tidak Beliau berhijrah ke AL-ASKAR dan mendapat penghormatan daripada seorang menteri NIZAMUL MULUK dari Dinasti Saljuk.

bertepi

Dalam usia yang masih muda, beliau dilantik sebagai PROFESOR di AKADEMI NIZAMI (Universiti) di Baghdad dalam bidang Fikah. Walaupun beliau mengajar dalam bidang Fikah, beliau sebenarnya meminati BIDANG FALSAFAH Menunaikan ibadat Haji pada tahun 488 Hijrah. Meneruskan perjalanan ke SYAM (SYRIA). Membuka sebuah sudut (HALQAH) ilmu yang dikenali sebagai AL-GHAZALIAH. Berjaya menyempurnakan kitab IHYA ULUMUDDIN yang agung itu. Beliau menjalani hidup yang amat sederhana. Setelah itu beliau telah kembali ke kampung asalnya.

Kehidupan seharian dibahagikan kepada waktu untuk MEMBACA AL-QURAN, MENGADAKAN PERTEMUAN DENGAN PARA ULAMA, MENDIRI KAN SEMBAHYANG & MENGAJAR ILMU KEPADA PELAJARNYA. Menghasilkan hampir 100 buah kitab dalam pelbagai bidang. Antaranya AL-MUNQIZ MIN ADH-DHALAL (FALSAFAH DAN AKIDAH). Didunia Barat terdapat 2 karya beliau yang masyhur (MAQASID AL-FSIAH dan TAHAFUT Beliau kembali ke Rahmatullah pada 14 Jamadil Akhir tahun 505 Hijrah / 1111 Masihi di Tusia.

AL-FALSIAH (kesesatan ahli falsafah)\

SEKIAN

You might also like