Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 38

1.

0 Pendahuluan

1.1 Pengenalan Semantik adalah istilah untuk kajian linguistik yang menganalisis makna, baik pada peringkat morfem, kata, frasa, ayat atau wacana dan hubungannya dengan idea, konsep dan perasaan. Makna diertikan sebagai maksud, idea atau konsep yang boleh dipindahkan daripada fikiran penutur kepada fikiran pendengar. Dalam ilmu linguistik semantik merupakan keadaan apabila penutur mengujar dan terdapat gerak balas pendengar seperti yang dijangkakan. Dengan demikian, makna ujaran atau ayat bukan sahaja ditentukan oleh makna kata-kata, tetapi juga ditentukan oleh faktor-faktor lain seperti intonasi, cara pengucapan, tujuan , konteks dan penuturnya. Secara tradisional, semantik melibatkan kajian interprestasi konotatif, rujukan denotatif, syarat benar, struktur argumentasi (penafian) dan peraturan tema yang kesemuanya mempunyai pertalian dengan sintaksis atau ayat. Kajian semantik pada aras kata misalnya, dapat dibahagikan kepada makna denotasi, konotasi, ekstensi, intensi, kiasan kognitif, referensial, sempit, luas konstruksi dan kontekstual. Walau bagaimanapun, deretan makna tersebut dapat dikelompokkan, iaitu dua makna sahaja iaitu, leksikal dan gramatikal atau struktural. Semantik membekalkan kajian makna ayat untuk bahasa dengan cara menghuraikan makna secara spesifik, iaitu berdasarkan keadaan ayat-ayat dalam bahasa. Sebagai contoh semua pengguna jalan raya mempunyai tanggapan yang sama tentang lampu isyarat jalan raya , iaitu merah bermaksud berhenti. Hijau bermaksud jalan dan kuning bermaksud untuk berhenti. Dalam situasi pertuturan, penutur menggunakkan bahasa yang bermakna apabila mereka menuturkan ujaran. Sebahagian besarnya berkaitan dengan makna rujukan. Apabila penutur berkata tentang sesuatu, dia sebenarnya merujuk kepada benda, orang, konsep atau membuat komen. Dia menggunakan sumber sintektikal dan fonologikal bahasa dari segi semantik untuk mengambarkan makna. Seterusnya makna pertuturan dapat diperoleh berdasarkan konteks pertuturan itu berlaku.
1

1.2 Kes Objektif Antara objektif dan matlamat utama tugasan ini ialah: a) Menghuraikan definisi semantik

b) Membuat klasifikasi makna leksikal yang terdapat dalam bahasa Melayu.

c) Mengenal pasti tatacara pembentukan istilah asing yang menjadi istilah dalam bahasa Melayu.

d) Menganalisis penggunaan istilah asing yang terdapat dalam bahasa Melayu.

e) Membina tapak pembelajaran bagi menyelesaikan isu / masalah pelajar berkaitan dengan semantik.

1.3 Batasan Kajian

Kajian yang dilaksanakan meliputi huraian mengenai definisi semantik di samping mengklasifikasikan makna leksikal yang terdapat dalam bahasa Melayu. Pada masa yang sama, kajian ini turut meliputi tatacara pembentukan istilah asing yang menjadi istilah dalam bahasa Melayu dalam bentuk grafik. Selain itu, analisis penggunaan istilah asing yang terdapat dalam bahasa Melayu juga turut dilaksanakan. Oleh itu, penggunaan bahan bacaan ilmiah diperlukan bagi tujuan analisis tersebut. Akhir sekali, kajian ini juga merangkumi pembinaan tapak pembelajaran berkaitan isu semantik yang dihadapi oleh pelajar.

1.4 Kaedah Kajian

Terdapat beberapa kaedah kajian yang digunapakai bagi mencapai objektif kajian ini. Antara kaedah yang digunakan ialah kaedah pemerhatian yang melibatkan bahan sumber seperti buku ilmiah, majalah, artikel, jurnal dan laman sesawang bagi mengumpul maklumat dan informasi berkaitan. Pengkaji juga menggunakan Kamus Dewan Bahasa edisi keempat sebagai rujukan. Di samping itu, kaedah perbincangan dilaksanakan di antara pelajar dengan pelajar serta pelajar dengan pensyarah penasihat sebagai perkongsian maklumat.

2.0 Definisi Semantik

Definisi Semantik

Semantik dalam bahasa Malaysia berasal dari bahasa Inggeris iaitu semantics, dari bahasa Yunani Sema (Nomina) tanda: atau dari verba samaino menandai, bererti . Berasal daripada bahasa Yunani sema yang menerbitkan kata semainein yang bermaksud menunjukkan, bererti, dan bermakna Kamus Dewan Edisi Empat | kajian tentang makna perkataan dan penambahan makna sesuatu kata.kamus

Kamus Linguistik,1997 | semantik merujuk kepada sistem dan kajian tentang makna dalam bahasa

M.Breal, 1900 merupakan orang yang mula-mula menggunakan istilah semantik.

Teori- teori tokoh berkaitan semantik

Sperber dan Wilson (1980)

memperkenalkan Semantik Sistem Penuh

berpendapat pada hakikatnya konsep semantik tidak dapat menerbitkan makna sebenar sesuatu ujaran kerana ia mengabaikan konteks dan kontekstualiti. Sebaliknya yang diutamakan ialah bentuk logik yang membentuk sebahagian daripada nahu sesuatu bahasa. Hal ini bermakna semantik mengkaji makna dari segi pemahaman pada peringkata linguistik tulin. Kajian semantik khusus pada peringkat tatabahasa dan nahu logik sahaja. Stalnaker ( 1972 : 383) menyatakan bahawa sintaksis mengkaji ayat manakala semantik mengkaji preposisi. Beliau menjelaskan bahawa semantik memperjelan peraturan untuk menyesuaikan ayat dalam bahasa dengan preposisi yang diungkapkan. Dalam banyak hal peraturan tersebut sebenarnya Frank Parker ( 1994) : Bidang kajian tentang makna dalam bidang pengajian ilmu linguistik. Bidang ini sebahagian daripada bidang kajian tatabahasa secara kursus yang merujuk kepada kajian tentang sturuktur sesuatu bahasa. Abdul Chaer, 1994 mengatakan bahawa bidang semantik merupakan bidang kajian linguistik yang objek penelitiannya makna bahasa. J.W.M. Verhar, 1996 berpendapat bahawa bidang semantik ialah cabang linguistik yang akan membahas erti atau makna.

Harimurti Kridalaksana (1983) mengatakan semantik sebagai bahagian daripada stuktur bahasa yang berkaitan dengan makna. Erti luas : 1- sintaksis - kajian ayat 2-semantik - kajian proposisi 3 prakmatik - kajian perlakuan linguistik. Erti sempit : 1. Teori referensi 1 makna (denotasi-ekstensi) 2. Teori makna pelbagai makna ( konotasi, intensi)

Akmajian et al. ( 1995 : 222 ) menyatakan dalam bidang linguistik. Semantik adalah kajian tentang makna dalam bahasa. Semantik berkaitan dengan kajian dengan unit linguistik dan prinsip gabungannya. Dalam bidang logik, semantik dianggap sebagai kajian tentang rujukan linguistik atau denotasi dan syarat kebenaran. Kajian semantik boleh dimulakan pada aras kata atau pada aras yang lebih tinggi, iaitu kalimat yang terbina daripada frasa dan ayat iaitu kalimat yang terbina daripada frasa dan ayat. Maklumat semantik merupakan bahagian penting dalam tatabahasa kerana digunakan untuk

menghuraikan sesuatu bahasa. Ahmad Mahmood Musanif, 2004 berpendapat bahawa bidang semantik meliputi kajian ke atas sistem tanda yang dikenali sebagai semiotik atau semiologi. Menurut Abdullah Hassan (1992:1) menyatakan semantik ialah istilah yang merujuk kepada kajian makna.
6

Seperti yang telah kita tahu, semantik secara umumnya ialah ilmu tentang erti atau perubahan erti sesuatu perkataan. Secara spesifiknya, semantik merujuk kepada kajian berkaitan lambang-lambang atau tanda yang menyatakan makna, hubungan antara makna dengan makna lain serta pengaruh makna terhadap masyarakat.

Oleh itu, makna sesuatu perkataan diperolehi dengan merujuk kepada maksud sesuatu benda. Misalnya, ini kayu, sambil menunjuk ke arah sebatang kayu. Makna perkataan kayu boleh diperolehi oleh seseorang sebaik sahaja melihat sebatang kayu. Walaubagaimanapun, apabila sesuatu perkataan itu tidak dapat ditunjukkan

(terutamanya perkara yang bersifat abstrak), maka perkataan tersebut tidak dapat diberikan makna. Disebabkan oleh kekangan tersebut, maka wujudlah bidang istilahistilah semantik seperti sinonim, antonim, polisem, homonim dan hiponim. Melalui perhubungan makna di antara perkataan - perkataan, maka sesuatu makna perkataan boleh diperolehi oleh seseorang tanpa sebarang halangan.

2.1 Klasifikasi Makna Leksikal Maksud makna leksikal merujuk kepada makna yang terdapat dalam kamus atau makna perkataan yang terlepas daripada hubungannya dengan perkataan lain dalam ayat. Dalam erti kata lain, makna leksikal juga dikenali sebagai makna kamus. Sebagai contoh, perkataan cari, mencari, dicari, pencari, dan pencarian mengandungi makna leksikal oleh kerana maknanya dapat dirujuk dalam kamus. Urutan huruf men-. di-, pen-, dan penan tidak memiliki makna leksikal kecuali jika ianya mengandungi makna gramatis. Dalam bidang semantik, perkataan-perkataan yang wujud dalam bahasa Melayu mempunyai perhubungan makna di antara satu dengan yang lain. Hal ini membantu bagi memperolehi makna perkataan yang abstrak seperti perasaan. Namun perhubungan makna ini adalah berdasarkan bentuk-bentuk tertentu seperti sinonim, antonim, hiponim, homonim dan polisem.

SINONIM
Sinonim merupakan kata yang mempunyai makna seerti dengan perkataan yang lain. Sebagai contoh perkataan sejuk sama ertinya dengan perkataan sejuk. Begitu juga dengan perkataan perlahan sama maknanya dengan perkataan lambat.Dalam bahasa

Melayu, terdapat kamus sinonim yang mengandungi senarai perkataan seerti bahasa Melayu. Umumnya sinonim dibahagikan kepada empat jenis iaitu sinonim pinjaman, konteks, laras sosial, dan kolokasi. Sinonim Pinjaman Sinonim Konteks Sinonim Laras Sosial i. Sinonim pinjaman melibatkan perkataan di antara dialek-dialek dalam bahasa Melayu. Misalnya, belalang diertikan sebagai pepatung dalam kebanyakan dialek Melayu. Tetapi dalam dialek Perak, belalang diertikan sebagai cakcibau. ii. Begitu juga dalam dialek Kedah yang mengertikan batas sebagai jalan raya. ii. Begitu juga dengan perkataan undang-undang dan perkataan peraturan Ini bermakna konteks ii. Begitu juga mewujudkan perkataan yang sama makna. dengan perkataan mati yang mempunyai perkataan yang sama maknanya
8

Sinonim Kolokasi

i. Perkataan jemput dan undang banyak digunakan dalam konteks

i. Sinonim laras sosial ialahperkataanperkataan yang

i. Sinonim jenis ini wujud dalam konteks penggunaan yang tersendiri. Contohnya perkataan banyak dan ramai ialah perkataan yang sama ertinya ii. Perkataan banyak lebih sesuai digunakan bagi tumbuhtumbuhan, haiwan, benda, dan lain-lain selain manusia. Malah ianya sesuai jika tiada kata sifat dalam sesebuah

protokol.Sebenarnya, digunakan dengan jemput digunakan dalam konteks lisan, manakala undang dalam konteks tulisan. berdasarkan status. Misalnya penyanyi ialah orang yang bernyanyi manakala biduan bermaksud status yang tinggi dalam profesionalisme seni.

dengan perkataan meninggal (orang biasa), mangkat (sultan atau raja), wafat (Rasullullah/ Para rasul).

ayat. iii. Perkataan ramai pula sesuai digunakan bagi manusia. Lebihlebih lagi jika sesebuah ayat itu mengandungi kata sifat.

ANTONIM
Antonim ialah perkataan yang mempunyai makna yang berlawanan atau bertentangan dengan makna perkataan yang lain. Sebagai contoh: besar antonimnya kecil jantan antonimnya betina

Terdapat beberapa jenis antonim seperti antonim pasangan komplemen, hubungan darjah dan hubungan bertentangan.

Antonim Pasangan Komplemen i. Antonim pasangan komplemen merupakan pasangan perkataan berlawanan yang saling berkait rapat atau saling melengkapi antara satu dengan yang lain. ii. Misalnya perkataan tidur-jaga, hidup-mati, duduk-bangun, kayamiskin, sihat-sakit, gembira-sedih, kuatlemah dan sebagainya. iii. Di samping itu, perkataan perkataan seperti tidak hidup-mati, dan tidak mati-hidup,

Antonim Hubungan Darjah

Antonim Hubungan Bertentangan

i. Jenis kedua ialah antonim i. Antonim hubungan hubungan darjah yang menunjukkan hubungan darjah seperti perkataan panjang-pendek, luassempit, tebal-nipis, tajamtumpul, besar-kecil, dan sebagainya. ii. Makna kata adjektif yang menunjukkan pasangan kata ini mempunyai hubungan rujukan dengan benda yang dimaksudkan.. iii. Misalnya, sebatang pensel itu dikatakan tajam dengan merujuk kepada pensel itu secara spesifik ii. Misalnya beri-terima, jual-beli, murid-guru, majikan-pekerja dan sebagainya. Sebagai contoh, jika ada majikan, sudah tentu ada pekerja di sesuatu syarikat atau tempat. bertentangan merupakan pasangan perkataan yang mempunyai makna yang setara.

10

tidak tidur-jaga dan sebagainya juga termasuk dalam antonim jenis ini.

berbanding dengan pensel yang sama jenis. iv. Selain itu, perkataan itu sendiri tidaklah menggambarkan darjah secara mutlak. Sebagai contoh, perkataan panjang pada pensel panjang sebenarnya menunjukkan darjah dan makna yang tidak sama pada perkataan pen panjang. Demikian juga perkataan laju bagi merujuk kepada bas tentulah tidak sama darjahnya jika merujuk dengan laju kereta api.

11

HIPONIM
Hiponim ialah perkataan yang maknanya dianggap sebagai sebahagian daripada makna suatu perkataan lain. Dalam erti kata lain, hiponim ialah perkataanperkataan umum yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan kata-kata yang lebih khusus. Sebagai contoh, perkataan harimau berhiponim dengan perkataan haiwan oleh kerana makna harimau termasuk dalam makna haiwan. Contoh yang lain adalah seperti berikut: perpustakaan kamus, majalah, surat khabar, buku cerita makanan nasi ayam, mee goreng, bihun sup, nasi lemak 5.2 Hiponim, Homonim dan Polise

HOMONIM
Homonim ialah perkataan yang mempunyai bentuk dan bunyi yang sama, iaitu mendukung makna yang berbeza. Contoh: bulan bulan salak salak waktu 30 hari nama satelit bumi bunyi gonggongan anjing nama buah

Homonim dibahagikan kepada dua konsep, iaitu homofon dan homograf.

12

Homofon

Homograf

Homofon ialah perkataan yang sama Homograf ialah perkataan yang sama bunyinya tetapi ejaan dan maknanya ejaannya, berbeza. Sebagai contoh perkataan maknanya homofon ialah seperti yang berikut : duit duet bank bang wang gabungan muzik yang tempat urusan wang panggilan untuk lelaki tetapi sebutan dan

berbeza.

Misalnya

perkataan seperti : serak [serak] - berterabur serak [srak] - suara yang garau bela [bela] - tuntut bela [bla] - menjaga

nyanyikan oleh dua orang

POLISEM
Polisem ialah perkataan yang sama bentuknya dan membawa atau mendukung banyak makna. Lebih mudah lagi, polisem ialah hubungan kata atau frasa yang mempunyai dua makna atau lebih dan mempunyai etimologi yang sama. Sebagai contoh, kata bantu tentang boleh membawa maksud berkaitan sesuatu perkara. Pada masa yang sama, perkataan tentang juga membawa makna lawan. Misalnya, dalam ayat , Lebih baik kita tentang pihak Inggeris habis-habisan. Contoh lain ialah perkataan berat yang membawa makna sesuatu benda atau barang yang mempunyai tekanan. Selain itu, perkataan berat juga boleh membawa makna sukar (dilakukan, diselesaikan). Berdasarkan contoh-contoh tersebut, tentang dan berat bervariasi maknanya, tetapi kewujudan polisem ditinjau dengan berasaskan konteks penggunaan.

13

3.0 Tatacara Pembentukan Istilah Asing dalam Bahasa Melayu Secara umumnya, tatacara pembentukan istilah asing merupakan satu proses berperingkat di mana satu istilah (kata atau frasa) dibentuk untuk mengungkap sesuatu konsep dalam sesebuah bidang ilmu. Istilah yang dibentuk mestilah bebas daripada sebarang unsur-unsur yang berbau lucah ataupun unsur-unsur yang boleh mendatangkan kesan buruk terhadap agama, bangsa, kaum, atau hubungan antarabangsa. Dalam erti kata lain, tatacara pembentukan istilah asing bertindak sebagai garis panduan bagi membentuk istilah baharu. Hal ini bagi memastikan istilah yang

dibentuk sesuai di mana ianya boleh diterima masyarakat dan setaraf dengan istilah yang lain.

14

Berikut merupakan tatacara pembentukan istilah asing dalam bahasa Melayu yang melibatkan dua proses iaitu :

TATACARA PEMBENTUKAN ISTILAH ASING DALAM BAHASA MELAYU

Proses Pinjam Terjemah

Proses Pinjaman

Merupakan proses di mana konsepnya dipinjam daripada bahasa lain dan disesuaikan serta diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu. Contohnya : i. kapal udara - air plane

Merupakan proses pinjaman dengan mengambil istilah daripada bahasa asalnya dan penyesuai dibuat pada bahagian bunyi dan ejaan. Contohnya : i. elektron electron ii. radiasi radiation iii. atom atom Proses pinjaman terbahagi kepada dua iaitu : a) Pengambilan dengan perubahan atau penyesuaian ejaan b) Pengambilan tanpa perubahan ejaan.

ii. pencakar langit - skyscraper Proses pinjam terjemah terbahagi kepada lima iaitu : a) Terjemahan langsung b) Penggabungan dua kata umum c) Penciptaan kata baharu yang tidak pernah ada dalam bahasa Melayu d) Peluasan makna sesuatu perkataan untuk mendukung konsep baharu e) Mencipta kata baharu dengan gandaan separa

15

Pecahan proses pinjam terjemah :

Terjemahan langsung Contohnya : a) b) c) d) soluble dose resistance humidity - larut - sukatan - rintangan - kelembapan

Penggabungan dua kata umum Contohnya : a) b) c) d) fixed price - harga tetap price list - senarai harga honeymoon - bulan madu indicator lamp - lampu penunjuk

Penciptaan kata baharu yang tidak pernah ada dalam bahasa Melayu Contohnya : a) b) c) d) up date download upload configuration kemas kini muat turun muat naik tatarajah

Peluasan makna sesuatu perkataan untuk mendukung konsep baharu Contohnya : a) salur lawan salir (irrigation) (drainage) gelap lawan legap (dark) (opaque) biji lawan bijirin (seed) (cereal) serap lawan jerap (absorb[ent]) (absorp[tive]

b)

Mencipta kata baharu dengan gandaan separa Contohnya : a) b) c) d) liquid lattice capillary radius cecair kekisi rerambut jejari

c)

d)

16

Pecahan proses pinjaman :

Pengambilan dengan perubahan atau penyesuaian ejaan Contohnya : a) b) c) d) e) f) g) h) i) biology biologi technology teknologi bus bas structure struktur geology geologi traditional tradisional analysis analisis inference inferen police polis

Pengambilan tanpa perubahan ejaan. Contohnya : a) b) c) d) e) f) g) h) atom atom unit unit radio radio import import audio audio magnet magnet bonus bonus standard standard

17

4.0 Analisis Penggunaan Istilah Asing dalam Bahasa Melayu

Satu pembacaan dan pemerhatian telah dilaksanakan terhadap satu petikan teks (Jurnal) yang dipetik daripada Kumpulan Esei Dewan Masyarakat 1975-1979. Analisis yang perlu dilakukan ialah analisis dari aspek istilah penggunaan asing atau bahasa pinjaman yang terdapat dalam petikan teks (Jurnal) tersebut. Berdasarkan petikan yang telah dianalisis, terdapat beberapa pengggunaan istilah asing yang dapat dikenal pasti.

4.1 Analisis petikan (Jurnal)

Tajuk Petikan

: Kepemimpinan Dalan Perkembangan Politik Melayu Awal : Aspek Sosial.

Pengarang Penerbit

: Rustam A. Sani : Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1983

Perenggan Pertama Tulisan yang ringkas ini cuba membicarakan kepemimpinan politik Melayu dalam konteks perkembangan politik di Malaysia, dengan penekanan terhadap peringkat awal perkembangan tersebut. Sehubungan dengan ini kita berhadapan dengan satu konsep ilmu sosial yang masih hangat diperdebatkan, iaitu konsep perkembangan politik. Dalam tulisan ini kita akan menggunakan konsep tersebut secara longgar dengan pengertian perubahan dalam aspek politik yang dialami sebagai sebahagian daripada perubahan sosial yang lebih luas. (Baris 1-8 ) Perkataan Analisis Bahasa Pinjaman

politik konteks
18

Bahasa Inggeris (politic) Bahasa Inggeris (context)

awal konsep sosial aspek

Bahasa Arab (awal) Bahasa Inggeris (concept) Bahasa Inggeris (social) Bahasa Inggeris (aspect)

Perenggan Pertama Perubahan itu pertamanya dihasilkan oleh pertembungan antara sistem politik tradisional dengan sistem pemerintahan kolonial dan kesan-kesannya dan

kemudiannya reaksi politik golongan pribumi terhadap pemerintahan kolonial serta kesan-kesannya. (Baris 11-15 ) Perkataan sistem tradisional kolonial reaksi Analisis Bahasa Pinjaman Bahasa Inggeris (system) Bahasa Inggeris (traditional) Bahasa Inggeris (colonial) Bahasa Inggeris (reaction)

Perenggan Kedua Sebahagian besar perubahan sosial ini dapat dijelaskan dengan hakikat bahawa masyarakat tersebut telah dibawa masuk ke dalam lingkungan pemerintahan Inggeris dalam abad yang kesembilan belas : Orang-orang Melayu secara tiba-tiba bertembung dengan suatu masyarakat dan kebudayaan yang baru iaitu masyarakat Inggeris yang mempunyai ciri-ciri ekonomi kapitalis, sistem politik-pentadbiran yang kukuh dan pentadbiran pendidikan yang maju. Perkataan hakikat Inggeris
19

Analisis Bahasa Pinjaman Bahasa Arab (hakikat) Bahasa Inggeris (english)

ekonomi kapitalis

Bahasa Inggeris (economy) Bahasa Inggeris (capitalist)

Perenggan Ketiga Bagaimana struktur masyarakat Melayu pada permulaan abad kesembilan belas, iaitu sebelum berlakunya pertembungan itu? Percubaan menjelaskan sistem politik orang Melayu yang utuh sebelum campurtangan Inggeris telah dilakukan oleh Gullick yang menyatakan : pada kemuncak negeri Melayu sebagai sebuah unit politik terdapat seorang raja ( Yang Dipertuan) dari keturunan diraja. Perkataan struktur unit raja Analisis Bahasa Pinjaman Bahasa Inggeris (structure) Bahasa Inggeris (unit) Bahasa Sanskrit (raja)

Perenggan Kelima Mereka merupakan golongan yang agak homojinis, sebahagian besarnya terdiri daripada para petani yang tinggal di perkampungan di pinggir-pinggir sungai. Perkataan Analisis Bahasa Pinjaman

homojinis

Bahasa Inggeris (homogenous)

20

Perenggan Keenam Semua proses membuat keputusan yang penting dan lebih luas bidangnya dilakukan pada peringkat supra-desa. Kedua golongan itu dipisahkan oleh suatu garisan askriptif yang sangat jelas, dan mobiliti sosial ke atas terutamanya ke dalam strata diraja, hampir-hampir tidak mungkin sama sekali. Perkataan Analisis Bahasa Pinjaman

proses supra-desa askriptif mobiliti

Bahasa Inggeris (process) Bahasa Sanskrit (supra-desa) Bahasa Inggeris (ascriptive) Bahasa Inggeris (mobility)

Perenggan Kelapan Pertama, kedudukan Sultan dan jawatan-jawatan diraja yang lainnya, orang-orang besar daerah dan jawatan-jawatan aristokrat lainnya (yang tidak semestinya bersifat diraja) mengalami perubahan dan sangat dibatasi kekuasaannya dalam bidang-bidang tertentu. Kedua, proses rasionalisasi dan modenisasi struktur pemerintahan itu menimbulkan permintaan yang besar terhadap para petugas dalam perkhidmatan pentadbiran dan teknik. Perkataan Analisis Bahasa Pinjaman

sultan aristokrat kuasa rasionalisasi modenisasi


21

Bahasa Arab (sultan) Bahasa Inggeris (aristocrat) Bahasa Sanskrit (kuasa) Bahasa Inggeris (rasionalization) Bahasa Inggeris (modernization)

perkhidmatan teknik

Bahasa Arab (khidmat) Bahasa Inggeris (technique)

Perenggan Kesembilan Selalunya, apabila sebuah masyarkat tradisional yang agraria mengalami perubahan sosial kearah sebuah masyarakat moden yang bersifat perniagaan dan kapitalis, maka akan terbentuklah suatu golongan elit perniagaan pribumi yang baru. Berdasarkan pengalaman sejarah sebilangan besar negara Dunia Ketiga, golongan elit yang baru inilah kemudiannya menjadi sumber pemimpin politik. Perkataan agraria moden elit bumi Analisis Bahasa Pinjaman Bahasa Inggeris (agrarian) Bahasa Inggeris (modern) Bahasa Inggeris (elite) Bahasa Sanskrit (bumi)

Perenggan Ke-12 Kedua, ketika itu Tanah Melayu mengalami perubahan yang bersifat demografis dan masyarakat majmuk terbentuk. Perkembangan ekonomi yang dibawa oleh pentadbiran Inggeris itu telah mengubah sedikit sebanyaknya sekitar sosial orang Melayu. Perkataan demografis Analisis Bahasa Pinjaman Bahasa Inggeris (demographic)

22

Perenggan Ke-13 Ini tidaklah menghairankan, kerana pentadbiran kolonial dalam persepsi politik orang Melayu tidak pernah mengambil-alih kekuasaan politik Melayu. Negeri-negeri Melayu (unit utama sistem politik Melayu tradisional - pada dasarnya terus merupakan entiti yang autonomous dengan raja-raja Melayu sebagai kemuncak simbolnya. Perkataan persepsi entiti simbol Analisis Bahasa Pinjaman Bahasa Inggeris (perception) Bahasa Inggeris (entity) Bahasa Inggeris (symbol)

Perenggan Ke-15 Dan yang lebih menarik mula, setengah-setengah suratkhabar itu memang secara sedar digunakan oleh satu kumpulan intelektual yang baru (kebanyakkannya terdidik di Asia Barat dan dipengaruhi gerakan pembaharuan Islam) sebagai alat untuk melahirkan cita-cita mereka mendorong pengalaman ajaran Islam yang murni sebagai alat menghadapi cabaran sosial dan ekonomi yang ditimbulkan oleh kehadiran orang asing. Perkataan Intelektual Islam Analisis Bahasa Pinjaman Bahasa Inggeris (intellectual) Bahasa Arab (islam)

23

Perenggan Ke-16 Bermula dengan Perjanjian Pangkor 1874, berlakulah pemisahan antara aspek sekular dan aspek agama dalam kekuasaan atau pimpinan politik raja-raja Melayu. Manakala kekuasaan politik-pentadbirannya telah dikurangkan , namun kekuasaan dalam aspekaspek agamanya berjalan terus malah aspek itu mulai bersifat birokrasi, dengan sistem pentadbiran dan kehakimannya yang tersendiri bagi tiap-tiap negeri. Oleh yang demikian, idea pembaharuan politik dan agama yang dibawa oleh golongan reformis tentu sahaja bertentangan dengan monopoli kekuasaan politik yang dipegang oleh elit tradisional dengan institusi agama. Perkataan sekular reformis monopoli institusi Analisis Bahasa Pinjaman Bahasa Inggeris (secular) Bahasa Inggeris (reformers) Bahasa Inggeris (monopoly) Bahasa Inggeris (institute)

Perenggan Ke-17 Kepada pimpinan gerakan reformis itu dimonopoli oleh komuniti Melayu - Arab yang kukuh kedudukannya dari segi ekonomi. Perkataan komuniti Analisis Bahasa Pinjaman Bahasa Inggeris (community)

24

Perenggan Ke-22 Jika ada di antara organisasi itu yang dibentuk tanpa penyertaan aktif dari anggotaanggota golongan ini, tampaknya organisasi itu segera mengalami semacam krisiskepemimpinan, seperti mana keadaan Persatuan Melayu Perak. Perkataan aktif organisasi krisis Analisis Bahasa Pinjaman Bahasa Inggeris (active) Bahasa Inggeris (organization) Bahasa Inggeris (crysis)

Perenggan Ke-26 Berhadapan dengan percubaan pemerintahan kolonial Inggeris untuk menggubal Perlembagaan Malayan Union selepas perang, maka kelihatan bahawa antara Oktober 1945 dan Januari 1946 orang Melayu mulai giat kembali mengatur diri dengan menghidupkan kembali organisasi-organisasi politik lama dan membentuk yang baru. Usaha-usaha inilah yang menyebabkan berlangsungnya Kongres Melayu SeMalaya pada tahun 1946 dan dengan yang demikian terbentuknya UMNO yang kemudiannya menjadi tenaga politik yang paling berpengaruh dalam perkembangan politik Melayu yang berikutnya. Perkataan oktober januari kongres Analisis Bahasa Pinjaman Bahasa Inggeris (october) Bahasa Inggeris (january) Bahasa Inggeris (congress)

25

Perenggan Ke-27 Aliran yang utama ini (dimanifestasikan dalam bentuk yang paling sempurna dalam UMNO) berakar umbi dari struktur kekuasaan tradisional yang dipertahankan oleh pihak berkuasa kolonial melalui suatu cara yang dikenal sebagai pemerintahan tak langsung. Dilihat dalam hubungan nasionalisme Melayu, asas negara kita, aliran tersebut hanya jelas pada masa kemudian. Nasionalisme aliran ini didasarkan kepada idea negaranegara yang bersifat wilayah, iaitu nasionalisme Tanah Melayu yang didasarkan pada idea komuniti politik yang disarankan oleh kuasa penjajah Melayu gagasan Malayan Union dan Persekutuan Tanah Melayu. Perkataan dimanifestasikan nasionalisme Analisis Bahasa Pinjaman Bahasa Inggeris (manifested) Bahasa Inggeris (nasionalism)

Perenggan Ke-29 Soenarno dalam kajiannya tentang nasionalisme Melayu telah mengemukakan suatu pandangan yang sangat perseptif dengan mengatakan bahawa mulai tahun 1930-an, perkembangan politik Melayu mempunyai dua aliran kiri dan kanan. Dan aliran perkembangan politik yang dimulakan oleh KMM itulah sering dianggap sebagai aliran politik kiri Melayu. Dengan menggunakan ciri-ciri yang tertentu sebagai asas penganalisaan, memanglah dapat disusun suatu aliran perkembangan politik kiri Melayu itu dari KMM (10) organisasi-organisasi politik yang bergabung dalam PUTERA (10) dan Partai Rakyat (1955-68), malah Partai Sosialis Rakyat Malaya. Perkataan perseptif penganalisaan Analisis Bahasa Pinjaman Bahasa Inggeris (perceptive) Bahasa Inggeris (analysis)

26

Perenggan Ke-30 Kalau istilah kiri difahamkan dalam pengertiannya yang sempit iaitu sama atau berkait erat dengan ideologi sosialis dalam pengertian Baratnya maka mungkin PSRM dan PR saja yang mungkin memperlihatkan ciri-ciri itu dengan jelas. Perkataan ideologi sosialis Analisis Bahasa Pinjaman Bahasa Inggeris (ideology) Bahasa Inggeris (socialist)

Perenggan Ke-31 Berdasarkan penggunaan istilah kiri, maka sebilangan besar ahli sejarah (misalnya Soenarno, Roff) telah menunjukkan akar umbi orientasi ideologi KMM itu kepada hasil usaha beberapa agen Comintern dan beberapa pemimpin politik Indonesia yang lari ke Tanah Melayu selepas coup yang gagal pada tahun 1926. Perkataan orientasi agen agen Analisis Bahasa Pinjaman Bahasa Inggeris (orientation) Bahasa Inggeris (agent)

Perenggan Ke-34 Akan tetapi, kerana terdapat jarak sosial antara elit baru yang memimpin KMM itu dengan institusi yang ada, maka terdapat kecenderungan di kalangan mereka untuk mengkonsepsikan negera Melayu dari segi etnik dan budaya, dan tidak dari segi wilayah. Perkataan mengkonsepsikan etnik Analisis Bahasa Pinjaman Bahasa Inggeris (conceptualized) Bahasa Inggeris (ethnic)

27

Perenggan Ke-35 Dalam pembicaraan ini kita mencuba membincangkan kepemimpinan politik Melayu pada peringkat awal perkembangan modennya. Seringkali dalam membincangkan perkara ini dalam konteks masyarakat majmuk Malaysia, kita mempunyai

kecenderungan untuk melihat masyarakat Melayu itu sebagai suatu entiti sosial yang homogeneous. Tetapi hakikatnya ialah bahawa masyarakat Melayu itu sendiri merupakan suatu entiti sosial yang bertingkat-tingkat. Sistem stratifikasi yang berakar umbi dari struktur sosial tradisional dan mengalami sedikit perubahan dalam pertembungan dengan pemerintahan kolonial, mempengaruhi arah perubahan sosial yang dialami masyarakat Melayu dalam pelbagai bidang. Perkataan modennya konteks stratifikasi Analisis Bahasa Pinjaman Bahasa Inggeris (modern) Bahasa Inggeris (context) Bahasa Inggeris (stratification)

28

5.0 Tapak Pembelajaran Bahasa Melayu

Sebuah tapak pembelajaran bahasa Melayu berkaitan bidang semantik telah dihasilkan berdasarkan isu atau masalah yang dihadapi oleh pelajar tahun 3 Dinamik Sk Tambun Ipoh. Slaid tapak pembelajaran dilampirkan pada bahagian lampiran.

Isu yang timbul dalam kalangan pelajar tahun 3 Dinamik ialah isu menguasai perkataan berlawanan maksud atau dengan erti kata lain istilah antonim. Walaubagaimanapun, murid tahun 3 Dinamik tidak mengalami sebarang masalah berkaitan dengan topik sinonim iaitu mencari beberapa perkataan yang mempunyai makna seerti.

Oleh itu, saya telah membuat pemerhatian berdasarkan isu atau masalah yang dihadapi oleh murid tahun 3 Dinamik. Sebaik sahaja melakukan pemerhatian, saya menyedari bahawa murid tahun 3 Dinamik mempunyai aras kognitif yang rendah berbanding dengan murid-murid yang lain. Mereka memerlukan sesuatu bahan maujud atau bahan grafik yang dapat menunjukkan hubungan makna antonim.

Hasil daripada pemerhatian yang dilakukan di dalam kelas, saya bercadang untuk menggunakan bahan grafik interaktif (Perisian Microsoft Powerpoint) untuk mengajar antonim dalam satu slot khas sesi pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Sebelum menghasilkan tapak pembelajaran, amat penting bagi saya untuk mengumpul maklumat dan bahan yang sesuai dengan tahap kognitif murid 3 Dinamik. Setelah selesai mencari bahan, saya mula merangka tapak pembelajaran antonim bagi murid tahun 3 Dinamik. Slaid interaktif berbentuk grafik banyak digunakan dalam tapak pembelajaran antonim. Ianya bertujuan untuk menarik minat pelajar di samping memberi pemahaman yang mendalam tentang antonim. Pada permulaan slaid, satu sesi soal jawab mengenai antonim disediakan. Bagi slaid-slaid berikutnya, aktiviti lebih menfokuskan terhadap contoh-contoh antonim dalam bentuk grafik. Di akhir slaid, satu aktiviti (latihan) memadankan satu perkataan dengan perkataan berlawanan maksud dihasilkan.
29

Pelaksanaan

tapak pembelajaran

boleh

diselitkan

dalam

langkah-langkah

mengajar dalam Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Melayu. Masa yang diperlukan bagi slot mengajar antonim hanyalah selama 15-20 minit. Slaid bermula sebaik sahaja butang main ditekan. Pada permulaan slaid, guru dan m urid akan bersoal jawab mengenai antonim (Apakah itu antonim?). Kemudian slaid seterusnya lebih kepada contoh-contoh antonim (kata berlawanan makna) secara grafik. Contohnya perkataan kurus - gemuk, laju - perlahan, lelaki - perempuan, luas - sempit, dan besar - kecil beserta dengan bahan grafik. Sebaik sahaja tamat sesi penerangan contoh antonim beserta bahan grafik tersebut, guru akan menguji murid menerusi satu aktiviti khas iaitu memadankan perkataan yang berlawanan maksud. Aktiviti ini bertindak sebagai satu penanda bagi menentukan sama ada murid sudah dapat memahami apa itu antonim atau tidak.

30

6.0 Rumusan

Pokoknya bidang semantik merupakan bidang yang mengkaji makna dalam sesuatu bahasa. Malah ianya juga diiktirafkan juga sebagai kajian makna linguistik bagi kata, frasa dan ayat. Misalnya makna perkataan dapat dilihat dari segi leksikal (Makna sesuatu perkataan itu sendiri) dan juga konteks (ayat yang merujuk kepada sesuatu perkataan). Hubungan makna perkataan-perkataan dapat ditunjukkan dalam bentuk sinonim, antonim, hiponim, homonim, dan polisem.

Bagi pembentukan istilah bahasa asing dalam bahasa Melayu, proses pinjam terjemah dan proses pinjaman dilaksanakan bagi membentuk istilah-istilah baru yang tiada dalam bahasa Melayu. Melalui proses ini, usaha memperkayakan bahasa Melayu dengan istilah-istilah selaras dengan arus pemodenan dapat dikecapi. Malah, bahasa Melayu juga mampu berdiri setanding dengan bahasa-bahasa dunia yang lain.

Analisis teks petikan (jurnal) pula menunjukkan bahawa terdapat banyak bahasa pinjaman terutamanya daripada bahasa Sanskrit, bahasa Inggeris, dan juga bahasa Arab. Penggunaan perkataan-perkataan tersebut dapat dikenal pasti menerusi beberapa pemerhatian yang mendalam. Hal ini boleh dikatakan bahawa bahasa Melayu banyak menerima penggunaan bahasa-bahasa tersebut sejak dari dahulu lagi. Lebihlebih sebelum bermulanya Zaman Kesultanan Melayu Melaka. Hingga ke hari ini, usaha untuk memperbanyakkan dan memperkayakan bahasa Melayu giat dijalankan. Perkembangan bahasa Melayu sentiasa berubah mengikuti peredaran masa.

Sehubungan dengan itu, penggunaan tapak pembelajaran yang sesuai mampu memberikan impak yang berkesan. Penggunaan bahan yang menarik dan bersifat interaktif dapat membantu guru untuk mengajar murid-murid dengan lebih mudah. Lebih-lebih lagi jika ianya berkaitan dengan bidang semantik. Hal ini memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Pelajar memerlukan rangsangan yang secukupnya bagi membolehkan mereka memahami apa yang diajar. Oleh itu,

31

pengajaran antonim dalam kelas dapat dinilai sebaik sesi pengajaran dan pembelajaran bermula.

Kesimpulannya, bidang Semantik perlu dititikberatkan oleh setiap warga pendidik agar generasi muda dapat memahami bahasa Melayu dengan lebih baik.

32

7.0 Refleksi 7.1 Refleksi Akademik

Alhamdulillah dengan izin dan kurnia-Nya dapat saya laksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan tapak pembelajaran antonim. Ianya digunakan selepas langkah ketiga dalam Rancangan Pengajaran Harian. Sebaik sahaja langkah keempat bermula, hampir kesemua murid tahun 3 Dinamik memandang ke hadapan oleh kerana tertarik dengan paparan slaid yang disediakan oleh guru. Murid mudah menumpukan perhatian sewaktu sesi mengajar antonim dilaksanakan di hadapan kelas. Penggunaan LCD berjaya menarik minat pelajar untuk mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan oleh guru. Pada mulanya, murid tidak tahu tentang maksud antonim. Namun setelah guru memberikan penerangan menyeluruh berkaitan antonim, pelajar mula memahami antonim secara berperingkat.

Tamat sahaja slaid soal jawab, slaid tertumpu kepada contoh perkataan antonim yang berbentuk grafik. Pada mulanya, murid tidak dapat menjawab dengan tepat contoh perkataan pertama iaitu kurus. Walaubagaimanapun, guru memberi sedikit rangsangan agar murid dapat menjawab perkataan yang berlawanan maksud dengan perkataan kurus iaitu gemuk. Bagi slaid-slaid seterusnya, murid dengan mudah dapat memberikan perkataan yang berlawanan dengan perkataan yang dipaparkan di hadapan kelas.

Tanggapan saya ketika itu menyangka bahawa kemungkinan besar terdapat segelintir murid yang tidak dapat menjawab dengan betul. Namun sangkaan saya salah. Setiap murid dapat memberikan perkataan yang berlawanan dengan betul dan pantas. Di akhir slaid pula, murid dikehendaki untuk menjawab aktiviti memadankan perkataan dengan dua perkataan yang berbeza iaitu salah satunya perkataan seerti dan satu lagi perkataan yang berlawanan makna. Perkataan yang digunakan bagi aktiviti ini agar sukar supaya murid dapat menggunakan kemahiran berfikir dengan baik. Hasilnya, hampir kesemua murid tahun 3 Dinamik mampu menjawab soalan yang berbentuk padanan itu. Isu bagi mengatasi masalah berkaitan antonim akhirnya terjawab juga.
33

Pelajar sudah mampu membanding beza sinonim dan antonim dengan baik. Malah pelajar juga pandai menggunakan perkataan berlawanan yang lain.

Walaubagaimanapun, penggunaan masa terlalu lama iaitu selama 23 minit. Oleh itu, sesi penutup terpaksa disingkatkan sebelum waktu rehat bermula. Keseluruhannya, objektif untuk member penekanan mengenai antonim tercapai.

7.2 Refleksi Keseluruhan

Sepanjang tempoh pelaksanaan tugasan Semantik dan Peristilahan Bahasa Melayu, banyak perkara yang telah saya pelajari. Malah saya dapat merasakan bahawa masih terdapat kekurangan ilmu dalam diri saya sendiri terutamanya dalam bidang yang berkaitan dengan makna bahasa. Namun setelah membuat kajian berkaitan tugasan ini, saya dapat mengukuhkan kefahaman saya dengan lebih mendalam berkaitan makna frasa, kata dan ayat. Hal ini kerana makna sesuatu perkataan boleh berubah mengikut keadaan. Malah hubungan makna di antara perkataan-perkataan sering berkait rapat. Selain itu juga, dapat memahami tatacara atau panduan pembentukan istilah asing dalam bahasa Melayu. Bagi saya, ianya adalah satu ilmu yang sangat bernilai kerana sebelum ini pemahaman saya terhadap konteks semantik sangat cetek. Namun setelah melaksanakan tugasan ini, saya dapat mengetahui dengan lebih mendalam tentang pembentukan istilah asing dalam bahasa Melayu. Di samping itu, saya juga dapat membuat analisis teks petikan iaitu jurnal yang dipetik daripada Dewan Masyarakat , Jil. XV Bil. 1, 15 Januari 1977. Aspek yang dianalisis adalah dari aspek bahasa pinjaman yang terdapat dalam teks tersebut. Banyak istilah dari bahasa asing yang telah diguna pakai dalam bahasa Melayu kita. Ianya merupakan proses yang giat dilakukan sehingga ke hari ini. Oleh itu sub tugasan ini menyedarkan saya bahawa banyak perkataan yang diambil daripada bahasa-bahasa asing misalnya daripada bahasa Sanskrit, Arab, dan Inggeris.

34

Selain itu juga, saya dapat memantapkan serta mempraktikkan semula ilmu yang saya pelajari untuk mencipta satu tapak pembelajaran tentang antonym (tatabahasa) Tahap Satu Sekolah Rendah. Sudah tentu ianya mengambil masa yang agak lama untuk disiapkan. Namun saya tidak mudah berputus asa untuk menyiapkan tugasan ini. Akhirnya dengan menggunakan perisian Microsoft Power Point, saya berjaya siapkannya. Penelitian dan fokus yang tinggi amat perlu bagi membina tapak pembelajaran ini. Hal ini kerana ianya perlu sesuai dengan tahap pelajar dan konteks serta animasi grafik pula perlu kelihatan menarik agar murid tidak bosan untuk belajar. Di samping itu, saya juga dapat mempelajari cara untuk membahagikan masa sepanjang tempoh pelaksanaan tugasan ini. Kerana terdapat banyak aktiviti yang perlu dilakukan semasa tempoh tersebut. Namun, saya sedari bahawa penyusunan masa yang sesuai untuk melakukan pelbagai aktiviti perlu diuruskan dengan bijak. Jika tidak, mungkin tugasan yang diberikan oleh pensyarah tidak dapat disiapkan pada tarikh yang telah ditetapkan. Akhir kata, tugasan ini banyak mengajar saya untuk menjadi bakal pendidik yang sentiasa bersedia, tabah, dan cekal dalam mengharungi rintangan dan dugaan dalam dunia pendidikan.

35

8.0 Bibliografi

Buku Ilmiah

Abdullah Hassan. 1992. Semantik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka & Kementerian Pelajaran Malaysia.

Abdullah Yusof et. al., 2009. Semantik dan Pragmatik Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Pustaka Salam Adn. Bhd.

Adenan bin Ayob (2007). HBML3803 : Ilmu Makna dan Bahasa Melayu, Open Universiti Malaysia, Kuala Lumpur. Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa, Abdul Hamid Mahmood (2011). Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka

S. Nathesan ( 2001 ) : Makna dalam Bahasa Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Siti Hajar Abdul Aziz. (2011). Siri Pendidikan Guru Bahasa Melayu I Edisi Kedua. Shah Alam. Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Laman Sesawang

http://ms.wikipedia.org/wiki/Semantik (Dilayari pada 30 Julai 2012)

36

http://ms.wikipedia.org/wiki/Senarai_kata_pinjaman_dari_bahasa_Arab_dalam_bahasa _Melayu_dan_bahasa_Indonesia. (Dilayari pada 20 Ogos 2012)

http://pgsrkent08.edublogs.org/2012/page/7/ (Dilayari pada 15 Ogos 2012)

http://www.tutor.com.my/stpm/semantik/semantik.htm (Dilayari pada 10 Ogos 2012)

http://www.tutor.com.my/tutor/cetakarkib2002.asp?e=STPM&s=BM&b=SEP&m=2&i=N OTA&t=2&r=m (Dilayari pada 10 Ogos 2012)

37

9.0 Lampiran

38

You might also like