Download as ppt, pdf, or txt
Download as ppt, pdf, or txt
You are on page 1of 20

PENTADBIRAN DAN ORGANISASI PERKHIDMATAN KESIHATAN SEKOLAH

Disediakan oleh: RAPIAH BTE SULAIMAN AHMAD IMRAN BIN MD ISA MOHD NAZRI B SADERI MOHD EZZAD BIN SALMAN IPG Kampus Temenggong Ibrahim, Johor Bahru, Johor

Perkhidmatan Kesihatan Sekolah

Perkhidmatan yang diberikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia Sekolah-sekolah bantuan kerajaan di seluruh Malaysia

Perkhidmatan Kesihatan Sekolah

Dimulakan di negara ini pada tahun1967 Mulai tahun1975, pasukan-pasukan kesihatan sekolah mula ditubuhkan.

Perkhidmatan Kesihatan Sekolah

*Perkhidmatan KesihatanSekolah *Perkhidmatan PergigianSekolah

*Perhidmatan Alam SekitarSekolah

Secara umumnya, setiap tahun hampir 1.8 juta murid sekolah rendah dan menengah di Malaysia mendapat faedah langsung melalui perkhidmatan kesihatan sekolah Ini. Kategori murid yang diberi pemeriksaan kesihatan adalah Pra sekolah Tahun 1 Tahun 6 Tingkatan 3

Perkhidmatan Kesihatan Sekolah


Perkhidmatan Kesihatan Sekolah merangkumi: 1. Penjagaan kesihatan 2. Pemakanan 3. Promosi kesihatan 4. Rawatan rujukan penempatan kelas khas oleh: i. Doktor perubatan dan pergigian ii. Jururawat iii. Guru-guru

Objektif Perkhidmatan Kesihatan Sekolah


Objektif-objektif perkhidmatan kesihatan sekolah: Membina kesedaran dan kefahaman di kalangan kanak-kanak sekolah tentang taraf kesihatan diri sendiri Mengasaskan latihan seumur hidup tentang perlunya menilai taraf kesihatan seseorang pada jangka masa tertentu. Menentukan murid berada dalam keadaan kesihatan yang paling optima untuk menerima pelajaran dan mengambil bahagian dalam rancangan sekolah Mengesan dengan lebih awal keadaan kesihatan yang tidak normal dengan merujuk pakar-pakar tertentu, pertubuhan-pertubuhan atau badan yang berkaitan untuk membetulkan kecacatan-kecacatan yang boleh dirawat dan juga untuk pemulihan

Objektif Perkhidmatan Kesihatan Sekolah (sambungan)


Memberitahu guru-guru dan ibu bapa tentang taraf kesihatan kanak-kanak sekolah untuk membolehkan rawatan lebih berkesan dan penjagaan susulan yang efektif. Mengawal penyakit yang berjangkit. Menggalakkan keselamatan di sekolah dan memberi Pertolongan Cemas dan Rawatan Kecemasan kepada kanakkanak ketika di sekolah. Memberikan perhatian kepada kanakkanak yang lebih memerlukan rawatan kesihatan dan penyeliaan khas.

PENTADBIRAN DAN ORGANISASI PERKHIDMATAN KESIHATAN KE SEKOLAH DEFINISI

Griffiths(1959) , menyatakan pentadbiran adalah satu corak tingkahlaku yang didapati dalam semua organisasi manusia. Ia adalah proses yang mengatur dan mengawal sesuatu organisasi sosial itu. Drucker(1945) pula menjelaskan pentadbiran itu ialah sumber asas dan sumber yang paling berharga. Stoner(1984) mengatakan pengurusan ialah satu proses merancang, mengelola, memimpin, mengawal daya usaha ahli-ahli organisasi dan menggunakan sumber-sumber lain untuk mencapai matlamat yang ditentukan. Campbell pula,menjelaskan proses pentadbiran sebagai satu cara anggota-anggota sebuah organisasi membuat keputusan dan mengambil tindakan untuk mencapai matlamat.

Dalam organisasi, konsep pentadbiran dan pengurusan sekolah selalu digunakan dan saling bertukar ganti. Definisi pengurusan lebih kurang sama dengan pentadbiran, iaitu proses mengarah, mengawal sesuatu institusi yang melibatkan perancangan. Di Malaysia istilah pentadbiran lebih kerap digunakan kerana ia lebih menitikberatkan kepada perkhidmatan dan bukan kepada keuntungan. Walaubagaimanpun ramai bersetuju pentadbiran dan pengurusan tiada bezanya. Jadi secar ringkasnya saya dapat rumuskan, perkara yang penting dalam aspek definisi pentadbiran pendidikan ialah Pengendalian, Matlamat, Kualiti atau mutu, dan juga keberkesanan apa yang telah dirancangkan.

PENTADBIRAN DAN ORGANISASI PERKHIDMATAN KESIHATAN KE SEKOLAH

Carta organisasi Perkhidmatan Kesihatan Malaysia

PENTADBIRAN DAN ORGANISASI PERKHIDMATAN KESIHATAN KE SEKOLAH

Carta organisasi Bahagian Perkhidmatan Kesihatan Malaysia

Rancangan Kesihatan Sekolah diselaraskan dengan pentadbiran Perkhidmatan Kesihatan di bawah Kementerian Kesihatan dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia.

PENTADBIRAN DAN ORGANISASI PERKHIDMATAN KESIHATAN KE SEKOLAH


Pasukan Perkhidmatan Kesihatan Sekolah terdiri daripada: Doktor (Ketua pasukan) -1 Jururawat Kesihatan Umum dan Jururawat Terlatih -1 Penolong Jururawat -2 Atendan -1 Pemandu -1 Fungsi Perkhidmatan Kesihatan Sekolah adalah seperti berikut: Membina kesedaran dan kefahaman warga sekolah mengenai kepentingan kesihatan optimum. Mengesan dan merawat serta membuat rujukan kes yang memerlukan perhatian yang serius. Mencegah dan mengawal penyakit. Memberi khidmat pertolongan cemas. Menjalankan pemantauan dan penilaian terhadap aktiviti-aktiviti sekolah.

AKTIVITI PERKHIDMATAN KESIHATAN SEKOLAH


Antara aktiviti Perkhidmatan Kesihatan Sekolah adalah: Penilaian Kesihatan Kanak-kanak Sekolah; Rawatan, rujukan dan tindak susul; Imunisasi; Pendidikan Kesihatan; Kaunseling; dan Rekod dan laporan.

AKTIVITI PERKHIDMATAN KESIHATAN SEKOLAH


A. Penilaian Status Kesihatan Penilaian status kesihatan meliputi pemeriksaan, pengesanan awal masalah kesihatan dan ujian saringan bagi menentukan tahap kesihatan warga sekolah seperti ujian penglihatan, kebersihan diri dan lain-lain oleh guru, jururawat dan doktor. B. Rujukan dan Tindakan Susulan Aktiviti rujukan dan tindakan susulan meliputi: - pemerhatian atau rawatan awal kepada kes yang dirujuk, - tindakan susulan oleh guru, jururawat atau pegawai perubatan kepada kes yang dirujuk.

AKTIVITI PERKHIDMATAN KESIHATAN SEKOLAH


C. Khidmat Kaunseling Sesi ini dijalankan oleh seorang guru kaunselor yang terlatih. D. Pemakanan Aktiviti pemakanan meliputi: - Penilaian status pemakanan murid melalui pengambilan berat badan dan tinggi serta pengelasan status pemakanan mengikut Rekod Kesihatan Murid. - Pengesanan secara fizikal dan klinikal seperti kes kurang zat makanan, obesiti, beguk, anemia dan lain-lain. E. Pertolongan Cemas Sekolah perlu menyediakan seorang guru yang terlatih dalam memberi pertolongan cemas dan Bilik khas kesihatan ('sick-bay')

AKTIVITI PERKHIDMATAN KESIHATAN SEKOLAH


F. Pendidikan Kesihatan Aktiviti pendidikan kesihatan meliputi: - Penyampaian pendidikan kesihatan kepada murid secara formal dan tidak formal. - Penilaian berkala dan berterusan tentang pengetahuan, sikap dan amalan kesihatan di kalangan warga sekolah. - Pendedahan kepentingan penjagaan kesihatan dan keselamatan di sekolah kepada warga sekolah, ibu bapa dan masyarakat.

G. Kanak-kanak dengan Keperluan Khas Aktiviti-aktiviti meliputi pendaftaran dan penempatan, diagnosis dan pengesahan dan rujukan kes untuk program pemulihan

PANDUAN LAWATAN SEKOLAH DAN TATACARA


Pasukan Perkhidmatan Kesihatan Sekolah akan menjalankan lawatan ulangan bagi murid-murid sekurang-kurangnya sekali setahun. Perkhidmatan yang diberikan akan memberi keutamaan kepada kanak-kanak pra sekolah, Darjah 1, Darjah 6, Ting. 3 dan Ting. 5. Kes-kes rujukan dari darjah yang lain juga akan diperiksa pada masa lawatan. Penilaian tahap kesihatan adalah merangkumi pemeriksaan, ujian saringan dan pengesanan awal bagi menentukan tahap kesihatan muridmurid di sesebuah sekolah.

AKTIVITI LAWATAN PASUKAN KESIHATAN SEKOLAH


A. Lawatan Pertama - Butir-butir Perihal Kesihatan dan Pelalian - Berat badan dan ukuran tinggi - Pemeriksaan Penglihatan dan Pendengaran - Pemeriksaan Perubatan - Imunisasi - Rawatan Khas B. Lawatan Ulangan - Pemeriksaan Perubatan oleh doktor bagi: a. Murid-murid yang tidak hadir pada lawatan pertama. b. Kes-kes tindakan susulan. c. Kes-kes rujukan. - Imunisasi - Rawatan Cacing - Rawatan Khas

SEKIAN, TERIMA KASIH

You might also like