Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

Aktiviti SLAD SMKTT Info Dadah Masalah Dadah Di Malaysia Jenis, Kesan Dan Bahaya Dadah Sebab, Akibat

Dan Tanda Penggunaan Dadah Dasar Dadah Negara Peranan Agensi-Agensi Pelaksana Anti Dadah Dadah Dari Sudut Agama

APA ITU DADAH? Istilah Drug dalam Bahasi Inggeris diertikan sebagai ubat-ubatan menurut Kamus Dewan.Untuk memberi takrif penyalahgunaan kepada drug,perkataan use,"misuse" atau abuse perlu digunakan bersama-sama dengan perkataan drug.Manakala dalam pengertian Bahasa Malaysia,dadah merupakan istilah khusus yang dicipta untuk memberi pengertian penyalahgunaan.Ini bermakna perkataan penyalahgunaan atau salahguna tidak boleh diikuti dengan perkataan dadah.Perkataan dadah sudahpun menunjukkan yang ia disalhgunakan.Dalam hal ini,perkataan penggunaan atau penagihan adalah perkataan yang sesuai digunakan bagi menggambarkan penggunaan dan juga masalah-msalah yang berkaitan dadah JENIS-JENIS DADAH Dadah boleh dibahagikan kepada beberapa jenis seperti berikut:(a)Opiat -Heroin,morfin,candu dan kodein (b)Kanabis -Ganja,hashish (c)Depresan -Sadatif-hipnotik jenis barbiturat dan bukan barbiturat serta tranqualizer. (d)Stimulan -Jenis amfetamin dan kokain (e)Halusinogen -Lyseregic acid diethylamide(LSD) meskalin,psilosibin (f) Designer Drugs -Satu kumpulan analog kepada bahan kimia yang telah terbukti mempunyai kesan farmakologi Takrif dadah tidak meliputi bahan-bahan pelarut(gam dan petrol), alkohol dan tembakau walaupun bahan-bahan ini mempunyai banyak persamaan dengan dadah dari segi kesannya.

APAKAH PERGANTUNGAN KEPADA DADAH? 1. Terdapat dua jenis pergantungan kepada dadah apabila ianya digunakan secara kerap dan berterusan iaitu:(a)Pergantungan secara Psiki/Psikologi Pergantungan secara psikik/psikologi merupakan satu keadaan di mana penagih mengalami gian atau mengidam untuk menggunakan dadah supaya dapat berfungsi secara normal serta mencapai ketenangan jiwa (b)Pergantungan secara Fizikal Pergantungan secara fizikal ialah satu keadaan di mana badan pengih memerlukan dadah untuk proses fsiologi yang biasa dan jika penggunaan dadah dihentikan akan menimbulkan gejala-gejala tarikan.Gejala-gejala tarikan ialah tanda-tanda tertentu dari segi tingkahlaku dan fizikal seseorang penagih dadah yang ditunjukkan semasa tidak menggunakan dadah dalam masa yang tertentu.Antara tanda-tanda pergantungan ialah sakit perut,muntah-muntah,menggeletar dan sebagainya. 2. Daya tahan atau tolerance kepada dadah dikatakan meningkat apabila dos dadah yang biasa diambil tidak dapat memberi kepuasan atau memberi kelegaan dalam mengatasi gejala tarikan .Dos dadah terpaksa ditambah untuk mencapai tahap kepuasan /kelegaan yang sama.Peningkatan daya tahan tidak semestinya berlaku kepada seseoran yang bergantung kepada dadah. 3. Seseorang bergantung kepada dadah apabila:(a)Penggunaan dadah menjadi bahagian penting dalam kehidupan seharian. Penggunaan dadah mengatasi lain-lain keperluan hidup seperti makan dan minum (b)Daya tahan meningkat (c)Mengalami gejala tarikan apabila tidak mengambil dadah (d)Merasa terdesak atau gian untuk mengguna dadah,lebi-lebih lagi apabila cuba mengurangkan atau berhenti menggunakan dadah dan tidak dapat mengawal jumlah dan kekerapan penggunaan (e)Terdapat tarikan atau kecenderungan menagih semula setelah berhenti mengguna dadah untuk beberapa waktu. 4. Faktor-faktor mempengaruhi kesan-kesan dadah Kesan dadah ke atas seseorang berbeza mengikut individu dan bergantung kepada beberapa faktor seperti berikut:(a)Jenis Dadah Perbezaan dari kesan ke atas fungsi sistem saraf pusat iaitu samada ia merosot (contohnya heroin) atau merangsangkannya(contohnya amfetamin dan kokain) atau merosot dan merangsangkannya (contohnya ganja) (b)Jumlah Digunakan

Kesan daripada dos kecil adalah berbeza daripada kesan dos besar,Contohnya,dos kecil heroin mungkin menyebabkan rasa mengantuk atau euforia berbanding dengan dos besar yang mana akan menyulitkan pernafasan dan membawa maut. (c)Cara Penggunaannya Kesan dadah bergantung kepada cara(samada ditelan,suntik,hidu,hisap atau diguna bersama dadah lain),jangkamasa dan kekerapan mengguna. (d)Keadaan Individu Kesan adalah bergantung kepada unur,jantina,berat badan,kesihatan,daya tahan, pengalaman penggunaan dadah,mood dan aktiviti penagih. (e)Situasi Ketika Mengguna Keadaan/tempat mengguna dadah dan samada ada atau tiada orang lain hadir bersama. SEBAB-SEBAB PENGAMBILAN DADAH Profil penagihan di Malaysia menunjukkan bahawa sebahagian besar penagih dadah adalah di dalam lingkungan umur antara 15-25 tahun . Sebahagian besarnya adalah belia-belia yang masih bersekolah sama ada di sekolah kerajaan ,swasta ataupun di pusat-pusat pengajian tinggi .Di antara faktor-faktor yang mendorongkan mereka mengguna dadah ialah kerana:i) keseronokan ii) perasaan ingin tahu iii) pengaruh rakan sebaya iv) meningkatkan keseronokan seksual v) rawatan perubatan vi) secara tidak sengaja dan vii) mengatasi tekanan jiwa

AKIBAT PENAGIHAN DADAH Kesan dadah dapat dilihat dari 4 sudut iaitu:i) akibat keatas penagih ii) akibat keatas keluarga penagih iii)akibat keatas masyarakat dan iv)akibat keatas negara Akibat Ke Atas Penagih

Akibat yang jelas ialah dari segi tingkahlaku diri penagih itu sendiri.Si penagih akan menjauhkan diri daripada masyarakat umum dan bergaul hanya dengan kumpulan penagih-penagih dadah , penjenayah serta penipu .Ia tidak bertanggungjawab kepada kerja atau persekolahannya.Dari segi fizikal, penagih menjadi kurus , lemah tenaga ,malas dan kelihatan berada dalam khayalan, penagih boleh kehilangan tenaga seks, pitam, pengsan, berperasaan ganas, rasa ketagihan yang berlebihan, sakit perut dan berkemungkinan mati kerana mengambil dadah yang berlebihan .Daya tahan badan penagih akan menjadi lemah dan ia mudah dijangkiti pelbagai penyakit seperti kancing gigi, mandul dan sebagainya. Akibat Ke Atas Keluarga Penagih Maruah dan nama baik keluarga penagih akan tercemar di kalangan masyarakat . Diri penagih boleh menjadi beban kepada keluarga kerana terpaksa menghabiskan masa, tenaga dan wang yang banyak untuk merawatnya. Harapan ibu bapa k atas anak yang telah terlibat dengan dadah telah musnah. Rumah tangga akan menjadi porak peranda. Perpisahandanpeceraian antara ahli keluarga mungkin berlaku. Akibat Ke Atas Masyarakat Suasana hidup dalam masyarakat tidak lagi tenteram kerana terdapatnya kejadian mencuri, merompakdan lain-lain yang dilakuakn oleh penagih penagih yang memerlukan wang untuk membeli dadah. Didapati 40% daripada banduan penjara adalah penagih dadah. Keadaan seperti ini sudah tentu menggangu keamanan , ketenteraman, ketertiban peraturan dan undang-undang negara .Perpaduan ,pembangunan dan kemajuan masyarakat boleh terjejas akibat penglibatan anak muda dengan dadah.Persengketaan dan perselisihan faham antara sebuah keluarga dengan keluarga yang lain boleh terjadi akibat penglibatan anak-anak dengan dadah. Akibat Ke Atas Negara Negara dan masyarakat terpaksa menanggung kos yang tinggi akibat daripada masalah dadah yang melanda negara ini. Kos yang tinggi ditanggung oleh negara atau masyarakat, dari segi kos nyata(tangible)dan kos tidak nyata(intangible).Kos nyata termasuklah:a) Kehilangan/kerugian pengurangan daya pengeluaran ekonomi b) Kos bagi menyediakan kemudahan-kemudahan rawatan dan pemulihan penagih dadah c) Kos bagi menyelenggara program-program pencegahan d) Kos kerana kerugian akibat daripada aktiviti-aktiviti jenayah yang berkaitan dan e) Kos bagi meneruskan kegiatan penguatkuasan seperti menambahkan bilangan anggota polis, kakitangan jabatan penjara , makamah, hospital dan sebagainya .

Kos tidak nyata yang menyebabkan kerugian lebih besar yang mana sukar ditentukan jumlahnya dengan tepat, termasuklah ketakutan dan kekecewaan yang dialami oleh masyarakat dan mangsa aktiviti-aktiviti jenayah yang dilakukan oleh penagih dan pengedar dadah. Golongan masyarakat yang terbesar terlibat dengan masalah dadah ialah kaum belia yang menjadi tulang belakang pembangunan negara dan bakal pemimpin. Perangkaan yang lalu membuktikan bahawa dari jumlah penagih yang dikesan , kira-kira 65% adalah terdiri daripada kaum belia yang berumur diantara 20-29 tahun . Ini jelas menunjukkan bahawa golongan yang menghadapi risiko yang tinggi ialah kaum belia yang menjadi harapan nusa dan bangsa . Kesan dadah yang lebih buruk kepada negara ialah dari segi keselamatan dan ketahanan negara.Pengganas komunis dan anasir subvertif boleh menggunakan dadah sama ada :a) untuk menghancurkan nilai-nilai, ahklak dan maruah negara secara langsung dan b) untuk menjadikan dadah sebagai punca kewangan bagi membiayai perjuangan mereka dan secara tidak langsung mendatangkan kesan buruk kepada keselamatn negara. Kegiatan seperti ini telah terbukti di negara Burma, Afghanistan, dan di beberapa buah negara Latin Amerika serta semasa penyerahan Hong Kong kepada British selepas Perang Candu di abad ke lapan belas. Tanda-tanda penagihan dadah pada umumnya boleh dilihat melalui beberapa perubahan tertentu seperti rupa, tabiat, dan tingkahlaku. Beberapa tanda umum yang boleh dilihat berkaitan dengan kegiatan penagihan dadah ialah: kemerosotan kehadiran ke sekolah atau tempat kerja, mutu kerja, disiplin, dan hasil kerja meradang tidah tentu sebab, selalu menguap dan tidak bermaya mengelakkan diri daripada tanggungjawab tabiat suka menyembunyikan apap-apa yang dilakukan atau dimiliki hilang selera makan, kurang berat badan, mata berkaca-kaca dan berair atau mata yang redup dan kuyu parut dan bekas suntikan di lengan dan di hujung jari bertukar warna akibat menghisap ganja berdampingan dengan mereka yang diketahui menagih dadah meminta wang yang berlebihan daripada keluarga suka meminjam wang daripada kawan-kawan atau mencuri barang-barang yang mudah dijual di rumah, sekolah, tempat kerja, saudara mara atau kaum keluarga selalu mengunjungi tempat-tempat terpencil tanpa sebab seperti stor, bilik kecil, tingkat bawah bangunan dengan tujuan mengih dadah

You might also like