Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 11

Asas Elektrik

Apa itu Elektrik?

Elektrik ialah asas pengaliran elektron diantara dua titik.Apabila terdapat perbezaan diantara dua dua titik itu, -Semua jirim terdiri daripada beribu-ribu atom -Dipusat atom terletak nucleus -Dikeliling nukleus ada kumin dinamakan elektron -Elektron berlegar mengelilingi nukleus seperti planet mengelilingi matahari -Tiap-tiap electron membawa satu cas negatif -Jika sesuatu atom seperti karbon mempunyai enam elektron maka atom ini mempunyai enam cas negatif,Jadi keseluruhanya atom neutral. -Pada amnya ,sesuatu atom mempunyai cukup cas positif bagi meneutralkan cas negatif elektron. -Elektron yang diluar sekali didalam sesuatu atom mudah dikeluarkan. -Jika sesuatu atom hilang satu elektron,iaitu cas negatif,atom tidak akan berkeadaan neutral lagi.Atom ini dikatakan bercas positif,kerana atom itu telah mempunyai lebih satu cas positif daripada cas negatif. -Dalam keadaan tertentu elektron yang berada diluar ini tertarik kepada atom yang lain. -Elektron yang sempurna ini dinamakan arus elektrik.

-Rajah menunjukan satu atom karbon neutral dan satu atom bercas positif.

-Elektron-elektorn yang terkeluar dari orbitnya menimbulkan kekurangan elektron didalam atom yang telah ditingalkan. -Ini akan menyebabkan lebihan elektron dimana ianya berada -Bahan yang mengalami kekurangan elektron menjadi cas positif dan mempunyai elektron yang berlainan akan menjadi cas negatif -Apabila atu atom kehilangan satu elektron ia akan kehilangan satu cas negatif,oleh itu bahagian atom yang ditingalkan elektron akan menjadi tidak seimbang secara elektrik kerana nukleusnya tetap positif seperti dahulu,tetapi salah satu pengimbang cas telah hilang. -Oleh itu hanya cas positif yang tertingal,benda yang bercas positif ini dinamakan ion positif. -Dalam bahan-bahan pejal,ion-ion ini dikekalkan pada tempatnya oleh struktur hablur bahan tersebut oleh itu ion2 ini tidak bergerak seperti elektron bebas,walau bagaimanapun,didalam cecair dan gas ion2 boleh bergerak seperti elektron.

Molekul - Satu gabungan dua atau lebih atom,Unit yang paling halus dalam satu benda tanpa menghilangkan identiti asalnya. Atom - kumin yang paling halus dalam mana satu unsur seperti hidrogen kekal dalam bentuk asalnya.

Nukleus - Bahagian tengah atom bercas positif yang kuat Proton - kumin yang bercas positif kecil yang ringan mengelilingi orbit disekeliling nukleus sesatu atom. Elektron - Kumin bercas negatif kecil yang ringan mengelilingi orbit disekeliling nukleus sesatu atom. Neutron - kumin neutral yang berat didalam nukleus atom yang bersifat seperti satu gabungan proton dan elektron. Elektron Bebas - elektron yang telah meniggalkan orbit-orbitnya di sekeliling nukleus dan bergerak dengan bebas melalui bahan-bahan yang membentuk sebahagian darinya. Arus elektrik - Arah pergerakan elektron bebas didalam sesuatu pengalir. Cas Positif - Kekurangan elektron Cas Negatif - Berlebihan electron

Litar Elektrik Open Circuit (Litar Terbuka) -Keadaan apabila arus atau mana-mana alat tidak bersambung dan menyebabkan arus tidak boleh mengalir.
3

Closed Circuit (Litar Tertutup) -Keadaan apabila suis atau alat-alat bersambung dan membenarkan arus elektrik mengalir.

Short Circuit (Litar pintas) -Apabila arus elektrik mengalir secara pintas melalui beban dan balik ke punca bekalan. -Satu lagi keadaan apabila dua pangalir yang berlaina fasa bersentuhan. -Litar pintas sangat berbahaya kerana ia boleh menyebabkan kebakaran atau merosakan komponen Elektrik.

Litar Siri -Litar siri ialah suuan untuk pengaliran electron (arus elektrik) yang hanya membenarkan pengaliran dalam satu lorong sahaja. -Elektron akan mengalir padasetiap lampu,rintangan dan suis dalam litar siri. -Apabila salah satu daripada alat elektrik itu tidak berfungsi electron tidak dapat mengalir dan litar terbuka.

Tiga faktor penting tentang litar siri -Arus yang mengalir dimana-mana bahagian litar siri adalah sama.simbol litar siri = Ij =I1+I2+I3 -Jumlah rintangan bagi satu litar siri adalah bersamaan dengan jumlah rintangan individu didalamnya Rj = R1+R2+R3 -Apabila susutan voltan didalam satu litar siri ditambahkan bersama,jumlah nilainya adalah bersamaan kepada jumlah voltan yang digunakan Vj = V1+V2+V3 Contoh litar siri

Contoh Soalan
4

Nyatakan jumlah rintangan litar tersebut dan nyatakan arus yang melaluinya, Rj = 10 + 1k + 20 = 20.03k

Litar Selari -Apabila litar elektrik membenarkan electron mengalir melalui dua atau lebih laluan pada waktu yang sama maka litar itu disebut litar selari. -Voltan yang melintangi setiap beban adalah sama Vj = V1 = V2 = v3 -Jumlah electron yang mengalir pada setiap cabang adalah sama dangan jumlah electron yang mengalir pada peringkat permulaan. -Cabang-cabang yang mempunyai rintangan rendah membawa lebih arus jika dibandingkan dengancabang yang mempunyai rintangan tinggi Ij = I1+I2+I3 -Perintang atau beban yang disambung selari menampakan satu rintangan campuran yang rendah daripadanya secara individu. a)Mencari rintangan yang serupa dalam litar selari.

Rj = 400/4 =100

b)Dua perintang yang tidak serupa nilainya dalam litar selari.

Rj = R1 x R2 = R1 + R2 = 10 x 40 =10+40 =400/50 =8

c)Tiga atau lebih perintang yang tidak serupa dalam litar selari

I/Rj = I/R1 + 1/R2 + 1/R3 =1/10 + 1/3 0+ 0 I = 12 +4+3 / 120 R J = 120/19 = 6.3

Litar Siri-selari -Litar siri selari sebenarnya ialah campuran atsu kombinasi litar siri dan litar selari. -Tujuan utamanya ialah untuk memperoleh manfaat yang maksimum daripada kewujudan kedua-dua litar itu. -Pada praktiknya amat sukar untuk membezakan litar ini tetapi boleh dikatakan kesemua litar yang digunakan sekarang terdiri daripada litar siri selari.

Menunjukan bagaimana Arus mengalir dalam litar siri selari

Hukum Ohm

Penerangan -Jika rintangan (R) yang diberi kepada pengaliran arus (I) ,ditambah manakala voltan (V) tetap seperti peringkat permulaan (tidak berubah),arus akan berkurangan dan meanggap suatu rintangan tidak berubah. -Dengan bertambahnya (R) akan mengurangkan (I),jadi (I) adalah berkadar sonsang dengan (R).I,V dan R dirangkaikan secara am mengunakan hukum Ohm. -Hukum Ohm menyatakan dengan jelas pengaliran arus didalam satu litar itu adalah berkadaran terus kepada d.g.e yang dibekalkan dan berkadaran sonsang dengan rintangan (R) dengan menanggap suhu rintangan tidak berubah.

I = V/R Persamaan ini juga dikenali V= I x R dan R = V/I

Untuk mudah mengingati guna kaedah segi tiga

Hukum Ohm

Cara menggunakanya -Jika kita ingin mencari salah satu daripada tiga formula diatas kita hanya menutup huruf yang ingin digunakan untuk mencari jawapan.

-Contoh,anda diberi soalan untuk mencari voltan.

-Langkah Pertama tutup dengan tangan huruf V. -Dan sekarang yang tertera I dan R,cara bacaanya I x R. -Begitulah juga jika anda mencri 2 formula lagi. -Faktor-faktor yang lain perlu diambil perhatian,setiap penyeesian hukum ohm hendaklah mempunyai unit yang telah ditetap kan.

Nota: Arus unitnya ialah Amphere Voltan unitnya ialah Volt Rintangan Unitnya ialah Ohm

Contoh 1

rajah 2.1

-Jumlah rintangan Rj sama dengan jumlah kesemua rintangan yang disambungkan sesiri seperti rajah 2.1

Rj = R1 + R2 + R3
8

= 10 + 5 + 15 = 30

-Arus lazim ialah gerakan atau aliran tenaga elektrik. -Tenaga elektrik terhasil daripada pegerakan elektron. -Berberapa elektron dalam tiap-tiap atom bahan pengalir seperti kuprum adalah hanya terjalin longar pada nucleus. -Elektron bebas bergerak dari atom ke atom. -Aliran tetap elektron bebas inilah yang membawa tenaga elektrik melalui dawai. -Jumlah elektron yang mengalir dari satu hujung pengalir tidak sama dengan yang sampai dihujung lagi satu. -Selalu dikatakan arus mengalir daripada punca positif ke punca negatif disepanjang bahan pengalir. Sebenarnya aliran elektron adalah menyonsang aliran arus lazim iaitu punca negatif kepunca positif. Perintang selari ialah perintang yang disambungkan bertentangan antara satu sama lain.

-Contoh 2 Berberapakah nilai voltan yang merintangi 25 apabila satu arus 200mA mengalir melaluinya.

-Penyelesaian a-Tukarkan nilai kepada amphere 200/1000 = 0.2amp b-formula yang diketahui V= I x R c-Lukiskan gambar rajah litar

-Dengan mengunakan formula di atas - V=I x R =0.2 x 25 =5volt

Aruhan Elektromagnet Menghasilkan Elektrik

-Sebatang magnet yang dilalukan dalam gelung dawai.daya gerak elektrik yang berulang alik diaruhkan didalam gelung. -Ini dinamakn aruhan electromagnet. -Aruhan electromagnet boleh ditunjukan dalam percubaan seperti rajah di bawah.

-Satu gelung dawai digunakan,kedua-dua hujungnya disambungkan kepada galvanometer yang mempunyai bacaan sifar di tengah.
10

-Sebatang magnet dimasukan di tengah gelung dan digerakan kebawah,penunjuk galvanometer memesong ke satu arah menunjukan adanya daya gerak digelung. -Apabila magnet digerakan keatas,penunjuk galvanometer bergerak kearh lain pula. -Ambil perhatian bahawa jarum penunjuk galvanometer tidak terpesong apabila magnet tidak digerakan. -Pesongan hanya berlaku apabila magnet itu bergerak. -D,g,e yang diaruhkan dalam gelung adalah berkadar dengan perubahan berikut:- Jumlah lilitan digelung -kekuatan magnet -Lajunya magnet itu digerakan

11

You might also like