Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

PROSEDUR : 1. Haiwan-haiwan dibahagikan kepada empat kumpulan.

Set haiwan yang telah dikumpulkan dipotong dan dikumpulkan kepada kumpulan spesis. Nota tentang bilangan spesis morph bulan yang diletakkan di dalam kumpulan setiap spesis dan ciri-ciri yang ditekankan apabila dibahagikan kumpulan dibuat. 2. Kesemua haiwan ini diandaikan telah dewasa dan perbezaan jantina tidak diambil kira. Maklumat tentang habitat mahupun kelakuan tidak diberikan maka kumpulan haiwan morph bulan hanya boleh dikelaskan mengikut ciri-ciri yang dilihat sahaja. 3. Adakah terdapat 29 spesis secara keseluruhannya atau adakah terdapat kumpulan individu yang dikelaskan bersama-sama di dalam satu spesis?

SOALAN 1 Apakah ciri-ciri yang kumpulan anda tekankan apabila anda mula-mula mengelaskan haiwan? Mengapakah anda memilih ciri-ciri tersebut? Mengapakah ciri-ciri lain tidak dipilih? Ciri-ciri umum yang ditekankan oleh kumpulan saya pada permulaan pengelasan haiwan morph bulan ini dibahagikan kepada lima kumpulan. Kumpulan yang pertama ialah kumpulan spesis haiwan yang bermata, berekor, berkaki hadapan, berbadan leper, badan mempunyai bintik di tepi dan mempunyai corak pada kaki hadapan.

Kumpulan haiwan ini terdiri daripada haiwan bernombor 6, 9, 10, 11 dan 21. Selain daripada itu, terdapat juga kumpulan spesis haiwan yang tidak bermata, tidak berkaki, berekor, berbadan leper, badan mempunyai bintik di tepi dan bertanduk. Kumpulan ini terdiri daripada haiwan yang bernombor 7, 8, 13, 14, 15, 25 dan 28. Kumpulan haiwan ang seterusnya ialah kumpulan spesis haiwan yang terdiri mempunyai ciri seperti tidak

bermata, tidak berkaki, tidak berekor, bersesungut dan bersayap kecil. Haiwan-haiwan yang bernombor 19, 20, 26 dan 29 diletakkan di dalam kumpulan ini. Kumpulan yang keempat pula mempunyai ciri seperti bermata, berkaki, tidak berekor, berbadan leper dan mempunyai corak di badan. Kumpulan haiwan yang dikelaskan di dalam kumpulan ini ialah haiwan bernombor 2, 3, 4, 5, 12, 18, 22 dan 23. Kumpulan yang terakhir ialah kumpulan haiwan yang mempunyai ciri bermata, berkaki, tidak berekor, berbadan bulat dan berbintik. Haiwan-haiwan bernombor 1, 16, 17, 24 dan 27 diletakkan di dalam kumpulan ini. Kumpulan saya telah memilih ciri-ciri seperti bermata atau tidak bermata, berkaki atau tidak berkaki, berekor atau tidak berekor, berbadan bulat atau leper, badan mempunyai bintik atau corak kerana ciri-ciri ini merupakan ciri-ciri yang dominan bagi setiap morph bulan. Selain daripada itu, ciri-ciri ini dipilih kerana ciri-ciri fizikal merupakan ciri yang paling mudah dilihat dan dibezakan. Ciri-ciri lain tidak dipilih semasa pengelasan haiwan dibuat kerana sukar dilihat dan tiada maklumat tentang ciri itu yang diberikan.

SOALAN 4 Terangkan bagaimana seorang ahli taksonomi boleh memecahkan spesis kepada dua atau lebih spesis baru. Ahli taksonomi membuat pemecahan kumpulan spesis atau membahagikan spesis kepada dua atau lebih spesis baru dengan mengumpulkan haiwan atau tumbuhan yang telah dicari. Seterusnya, haiwan atau tumbuhan ini akan dibuat banding beza oleh ahli taksonomi dengan mengenal pasti ciri-ciri fizikal dan ciri-ciri sepunya yang dimiliki oleh setiap haiwan dan tumbuhan tersebut. Kemudian, haiwan dan tumbuhan ini akan diletakkan dalam kumpulan yang mempunyai ciri-ciri yang sepunya. Justeru, haiwan dan tumbuhan ini dapat dibahagikan kepada dua atau lebih kumpulan dan spesis baru dapat dikenalpasti.

SOALAN 7 Terangkan mengapa spesis anda itu bukan spesis pembiakan atau biologikal. Spesis tersebut bukan spesis pembiakan atau biologikal kerana kumpulan spesis seharusnya mampu untuk membiak dan menghasilkan anak atau baka. Wala bagaimanapun, bagi kumpulan spesis morph bulan ini, perbezaan jantina antara jantan mahupun betina tidak dapat dilakukan kerana tiada maklumat jantina yang diberikan. Di samping itu juga, sifat biologikal tidak dapat dikenalpasti kerana maklumat tentang DNA dan genetik tidak diberikan. Tambahan itu juga, maklumat tentang habitat spesis ini turut tidak diberikan maka kedudukan geografi spesis ini sukar ditentukan. Spesis ini hanya boleh dikelaskan menurut ciri fizikal mereka sahaja. Oleh yang demikian, spesis morph bulan ini bukan spesis pembiakan atau biologikal.

SUMBER: Noriah Ghani. (2011). Definisi Keanekaragaman Spesies. Diperoleh daripada http://id.shvoong.com/writing-and-speaking/2121955-definisi-keanekaragamanspesies/ Leong, M. N. (2011). Species. Diperoleh daripada http://www.wwf.org.my/about_wwf/what_we_do/species_main/

You might also like