Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 14

PROGRAM PERTANDINGAN MEMBACA TAHAP JAUHARI (NILAM) Rasional Mewujudkan semangat cintakan Negara dan melatih budaya cintakan

ilmu sejarah Matlamat Membudayakan amalan membaca di kalangan pelajar sepanjang hayat. Objektif Dapat menyemai minat membaca di kalangan pelajar. Dapat memupuk persaingan dalam konteks membaca bagi mencapai kecemerlangan. Memberi galakan agar murid meminjam buku di perpustakaan Jangkamasa Febuari hingga September 2009 Lokasi PSS Sasaran Semua murid SK .Sungai Talam AnggaranPerbelanjaan 10 orang yang terbanyak membaca buku untuk setiap kelas: 10 x 18 kelas = 180 pelajar 180 hadiah x RM 2.50 = Rm 450.00 Pembalut hadiah = Rm 50.00 JUMLAH KESELURUHAN : RM 500 Sumber KewanganKerajaan Yuran Khas Strategi pelaksanaan Menyediakan kertas kerja Pertandingan Membaca Tahap jauhari. Mendapatkan kelulusan Guru Besar Membuat pengumuman di perhimpunan rasmi sekolah. Menampal iklan dan promosi tentang pertandingan yang akandijalankan. Peranan guru Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris memastikan bacaan murid di rekod dalam buku NILAM.

Melaksanakan pertandingan. Mendapatkan senarai pemenang. Penutup Di harap program ini dapat menyemai semangat suka membacadan cintakan ilmu di kalangan murid-murid SK Sungai Talam.

Rasional Suatu tamadun atau bangsa hanya dapat dibina melalui masyarakat yang mengamalkan budaya ilmu. Cara utama dalam membina budaya ilmu dalam sesebuah masyarakat ialah melalui amalan tabiat membaca yang berterusan. Kementerian Pelajaran telah melaksanakan pelbagai program galakan membaca di sekolah-sekolah. Walau bagaimanapun kesan daripada program tersebut masih belum mencapai tahap yang dikehendaki. Dengan demikian Kementerian Pelajaran perlu mencari pendekatan baru bagi melaksanakan program galakan membaca yang lebih berkesan dan dapat dijalankan secara berkesan

Objekti Menggalakkan sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca ini. Apakah itu Program NILAM? NILAM atau Nadi Ilmu Amalan Membaca merupakan penggabungan atau adunan semua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah dengan memberi pengiktirafan yang sesuai. Pelaksanaan program ini meliputi penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahun dan markah dikumpulkan secara kumulatif sehinggalah mereka tamat persekolahan. Program ini ialah satu usaha Kementerian Pelajaran Malaysia dengan matlamat untuk membina tabiat membaca di kalangan murid. Bahagian Teknologi Pendidikan ialah urus setia di Kementerian Pelajaran yang ditugaskan untuk menyelaras program ini. Program ini telah mula dilaksanakan dengan Tahun Satu di sekolah rendah dan Tingkatan Satu atau Peralihan di sekolah menengah dengan rasminya pada 1999, melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pelajaran Malaysia Bil.13/1998: Program Membina Tabiat Membaca bertarikh 22 Mei 1998.

ROGRAM NILAM ialah satu program galakan membaca secara terancang dengan melibatkan semua pelajar sekolah rendah

dan menengah bagi membentuk tabiat suka membaca di kalangan pelajar. Program ini dijalankan bermula dari Januari hingga September setiap tahun. Pelajar Tingkatan 1 hingga 5 diwajibkan membaca sekurang-kurangnya sebuah buku dalam masa satu minggu. Bahan bacaan boleh didapati dari sumber fiksyen, bukan fiksyen termasuk keratan akhbar. Bahan-bahan bacaan yang telah di baca hendaklah dicatat ke dalam Buku Catatan Bacaan. Murid-murid digalakkan meminjam buku-buku di Pusat Sumber. Pelajar yang mencatat jumlah bacaan terbanyak akan menerima hadiah.

Matlamat
Membudayakan amalan membaca di kalangan murid sepanjang hayat.

Objektif

Menyemai amalan membaca di kalangan murid. Menjana pembentukan pemikiran kreatif, progresif dan inovatif. Menyemai sifat cintakan ilmu ke dalam jiwa murid. Memperbanyakkan bahan bacaan sesuai dengan tahap perkembangan murid. Memupuk persaingan dalam konteks membaca bagi mencapai kecemerlangan. Mewujudkan persekitaran yang kondusif untuk pembacaan di sekolah. Mewujudkan sudut bacaan di tempat-tempat yang sesuai di kawasan sekolah. Mewujudkan rangkaian pembacaan antara institusi pendidikan, agensi kerajaan, swasta dan pertubuhan sukarela.
Rasional
Membaca adalah sumber ilmu. Banyak membaca akan memperkembang dan membina minda seseorang untuk maju dan berdaya saing.

Rasional Budaya ilmu dibina melalui amalan tabiat membaca. Kementerian Pendidikan mencari pendekatan melaksanakan program galakan membaca yang lebih berkesan. Matlamat Membina tabiat membaca di kalangan murid-murid. Objektif Membina tabiat membaca sepanjang hayat di kalangan murid-murid sekolah rendah dan menengah. Mengembeling semua tenaga dalam dan luar Kementerian Pendidikan bagi menyokong dan mendokong program. Mengadakan pemantauan dan penilaian yang sistematik dan berterusan bagi meningkatkan Peringkat pelaksanaan program. Menggalakkan guru-guru menjana idea kreatif dan inovatif untuk diserapkan dalam program bagi meningkatkan amalan membaca di kalangan murid

PROGRAM NILAM KONSEP DAN PANDUAN PELAKSANAAN DI SEKOLAH

Bahagian 1 - Konsep Latar Belakang Kadar literasi negara (1995) = 84 % Kadar literasi negara (1996) = 93 % Amalan pembacaan = 87 % Rakyat membaca 2 buah buku setahun. Tahap bacaan senggang kalangan remaja = 10 % Tahap bacaan senggang pelajar = 0 % Penggunaan PSS masih rendah. Pengurusan PSS belum berfungsi secara sistematik. Penggunaan sumber-sumber pendidikan oleh guru dan murid masih rendah.

Rasional Budaya ilmu dibina melalui amalan tabiat membaca. Kementerian Pendidikan mencari pendekatan melaksanakan program galakan membaca yang lebih berkesan. Matlamat Membina tabiat membaca di kalangan murid-murid. Objektif Membina tabiat membaca sepanjang hayat di kalangan murid-murid sekolah rendah dan menengah. Mengembeling semua tenaga dalam dan luar Kementerian Pendidikan bagi menyokong dan mendokong program. Mengadakan pemantauan dan penilaian yang sistematik dan berterusan bagi meningkatkan Peringkat pelaksanaan program. Menggalakkan guru-guru menjana idea kreatif dan inovatif untuk diserapkan dalam program bagi meningkatkan amalan membaca di kalangan murid. Pendekatan Menggabungkan semua program membaca sedia ada. Memberi imbuhan yang sesuai. Diharap dapat mengatasi masalah-masalah penyuburan tabiat membaca. Peringkat I - JAUHARI - membina kemahiran dan menanam minat membaca sehingga menjadi tabiat. Peringkat II - RAKAN MEMBACA - penekanan kepada aspek kepimpinan dalam aktiviti membaca. - membantu percambahan penyertaan murid dan penggunaan bahan dalam gerakan membaca.

Peringkat I - JAUHARI Semua murid diwajibkan. Sebaik sahaja menguasai kemahiran asas membaca. Kemudahan meminjam buku melalui PSS. 18 = pinjaman buku 2 minggu sekali / 36 minggu persekolahan dalam setahun. Murid Tahun 6 , Tingkatan 3 & Tingkatan 5 dianggap mempunyai peluang menyertai program pada 6 bulan pertama. Peringkat II - RAKAN PEMBACA Mengutamakan aspek kepimpinan dalam aktiviti membaca. Kebolehan murid membimbing & menarik minat orang lain supaya membaca. Layak menyertai Peringkat RP setelah membaca 100 buah buku. Peringkat I masih diteruskan.

Proses RP menerima panduan guru bimbingan khas. 10 orang pelajar / seorang guru. RP dilatih melalui bengkel / sesi bimbing cara. RP meminjam buku PSS. Buku dipinjamkan kepada rakan, keluarga & jiran. Kepelbagaian aktiviti : bercerita membaca bersama bicara buku meminjam buku Cadangan Markah Bercerita 1 sesi x jum. pendengar Membaca Bersama 1 sesi x jum. pembaca Bicara Buku 1 sesi x jum. pendengar Meminjam Buku 1 buku x jum. peminja Seliaan Sekolah membentuk satu mekanisma pengurusan gerakan membaca. Jadual masa ditetapkan oleh sekolah. Bacaan direkod / diurus secara sistematik. Pengesanan dibuat melalui rekod bacaan. Setiap akhir tahun semua rekod dikumpul untuk memperolehi maklumat perkembangan dan jumlah pembacaan.

Bahagian 2 Panduan Pelaksanaan Pengenalan Aktiviti program boleh diserap / disepadu dalam aktiviti P&P. Pemangkin P&P yang menyumbang kepada pencapaian akademik cemerlang serta membina masyarakat berbudaya membaca. Mengubahsuai aktiviti galakan membaca sediada mengikut persekitaran dan kemampuan murid. Strategi Pelaksanaan Taklimat Pengetua / Guru Besar :a. Latarbelakang gerakan membaca b. Apa itu NILAM c. Tujuan NILAM d. Aktiviti asas NILAM e. Peringkat pertama NILAM

f. Peringkat kedua NILAM g. Sistem seliaan h. Sistem ganjaran Mesyuarat Guru a. Menyediakan carta organisasi bagi : menentukan peranan guru PSS, guru kelas dan guru mata pelajaran menyediakan senarai tugas / penglibatan semua staf b. Menentukan dan menyusun jadual pelaksanaan. c. Menentukan bahan mencukupi. d. Memastikan kelancaran perjalanan program : Pengumpulan data Pengesahan Penyeliaan Penilaian Pengesanan Dan Penilaian Program Keberkesanan program ditentukan melalui :a. Memastikan data dikumpul mengikut masa b. Menentukan program berjalan lancar di semua kelas. c. Membuat perjumpaan / membincang masalah dengan guru. d. Tindakan mengatasi masalah. e. Menentukan insentif di peringkat sekolah. f. Mengumpul dan menyimpan data. g. Mengagihkan fail-fail rekod bacaan kepada guru pada tahun berikutnya. Bahan Bahan bacaan dan panduan yang mencukupi penting untuk keberkesanan dan kejayaan program. Buku Bacaan koleksi buku PSS sedia ada perpustakaan awam perpustakaan bergerak perpustakaan desa Rekod Bacaan setiap buku yang dibaca mesti direkod sekolah menentukan format rekod rekod diedar melalui PSS Bahan Panduan video latihan dan buku panduan disediakan. olah contoh dari buku panduan mengikut kesesuaian dan kreativiti. Penggredan Buku bentuk kumpulan kerja penggredan buku. penggredan menentukan kesesuaian buku dengan peringkat kebolehan membaca. kesukaran perkataan

bidang ilmu bilangan mukasurat penggredan berbeza di antara buku B.Melayu & B.Inggeris tanda warna dilekatkan pada buku dan kad pinjaman. Pinjaman Buku Pusat Sumber Sekolah diperuntukan masa untuk meminjam pilih buku berpandukan tanda warna pinjaman mengikut jadual yang ditetapkan Program NILAM meminjam secara berkelompok Pinjaman Buku Sudut Bacaan Kelas guru membuat pilihan dan meminjam secara kelompok murid meminjam buku dari sudut bacaan Peranan Setiap staf sekolah mempunyai peranan penting yang tertentu Pengetua / Guru Besar memahami dasar dan matlamat program memberi taklimat kepada guru & ibubapa memastikan program berjalan lancar melalui : seliaan perjumpaan dengan guru temubual murid penggerak kepada guru-guru untuk menjayakan program mengamati masalah, kelemahan dan kejayaan program menyusun dan menentukan jadual pelaksanaan program mengusahakan kursus / seminar untuk guru-guru delegasi kuasa mengesah dan menandatangani rekod bacaan Guru Pusat Sumber Sekolah membentuk pasukan kerja pelaksanaan program NILAM menggred buku mengagih buku berkelompok memilih, menyedia dan mengedar rekod bacaan menganalisis data untuk pelaporan mengesah dan menandatangani rekod bacaan menganjur aktiviti menyokong program NILAM Guru Kelas / Tingkatan terlibat secara langsung mewujudkan sudut bacaan kelas mendapatkan rekod bacaan dari PSS mengedar buku bacaan

membuat pinjaman berkelompok dari PSS menyemak dan merekod data menyimpan dan mengemaskini rekod bacaan murid mengesah dan menandatangani rekod bacaan murid memastikan program NILAM berjalan mengikut rancangan Guru Mata Pelajaran membantu memilih bahan bacaan membimbing murid membaca buku-buku fiksyen menjalankan P&P yang menjurus kepada pembacaan aktif mengesah dan menandatangani rekod bacaan murid Ibubapa menggalakkan anak-anak membaca dengan bimbingan menyediakan bahan bacaan tambahan membuat pinjaman bahan bacaan dari sumber lain memastikan anak-anak sentiasa mempunyai bahan untuk direkod mengesah dan menandatangani rekod bacaan Pengawas Pusat Sumber Sekolah merupakan agen penggerak program membantu murid membuat pinjaman membuat pameran buku membantu guru PSS menyediakan pinjaman berkelompok membantu guru PSS menganalisis data mempamerkan graf-graf bacaan murid mengesah dan menandatangani rekod bacaan murid Murid sasaran yang menentukan kejayaan program membaca sebanyak mungkin menentukan bacaan direkodkan sentiasa mempunyai bahan bacaan mendapatkan bahan bacaan dari pelbagai sumber berusaha mencapai Peringkat pembacaan untuk mendapat pengiktirafan menjadi rakan pembaca bila layak Pengumpulan Data Mengisi borang Statistik Bulanan Bacaan Murid tindakan guru kelas / guru bahasa Mengisi borang Analisis Bacaan tindakan guru penyelaras PSS setiap 2 bulan sekali Membuat graf tahap pembacaan murid tindakan guru penyelaras PSS graf bulanan setiap kelas

graf keseluruhan sekolah Mengisi borang Statistik Bacaan Tahunan tindakan guru penyelaras PSS Pengisian Rekod Bacaan diisi ke dalam rekod kemajuan setiap tahun diisi oleh guru kelas dicopkan dalam buku rekod kemajuan jumlah buku dikira dari Tahun 1 - Tahun 6 pada setiap tahun diberikan anugerah mengikut skala pencapaian keseluruhan dicatatkan ke dalam : kad kemajuan surat berhenti sekolah surat akuan sekolah

Apakah dia Nilam ? Nilam ialah singkatan bagi Nadi Ilmu Amalan Membaca. Ia adalah satu program yang dirangka khas bagi sekolah-sekolah menjalankan program bacaan dikalangan pelajar-pelajar.

1. LATAR BELAKANG

Terdapat beberapa kajian dan dapatan mengenai tabiat membaca di negara ini. Kajian tersebut mendapati taraf membaca rakyat Malaysia masih rendah.

1.1. Kajian terkini mengenai tabiat membaca Yang dijalankan oleh FrankSmall & Associates bagi pihak Perpustakaan Negara Malaysia tahun 1996 menunjukkan adanya perbezaan ketara antara kadar literasi dan tabiat membaca. Kadar literasi negara mencapai 93% manakala kadar mereka yang membaca buku hanya mencapai 87% sahaja. Kajian tersebut juga mendapati rakyat Malaysia membaca dua buah buku setahun.

1.2 Pihak UNESCO yang membuat anggaran tahap literasi setiap 5 tahun menganggarkan tahap literasi rakyat Malaysia bagi tahun1995 ialah 84%.

2. RASIONAL

Suatu tamadun atau bangsa hanya dapat dibina melalui masyarakat yang mengamalkan budaya ilmu. Cara utama membina budaya ilmu dalam sesebuah masyarakat ialah melalui amalan tabiat membaca yang berterusan. Kementerian Pendidikan telah melaksanakan pelbagai program galakan membaca di sekolah-sekolah. Walau bagaimanapun, kesan daripada program tersebut masih belum mencapai tahap yang dikehendaki. Dengan demikian Kementerian Pendidikan perlu mencari pendekatan baru bagi melaksanakan program galakan membaca yang lebih berkesan dan dapat dijalankan secara berterusan.

3. PENDEKATAN

Pendekatan yang wajar diambil dalam pembinaan tabiat membaca mesti berupa paksaan yang berterusan. Oleh itu,

program ini adalah program yang berterusan, bermula dari tahun 1999.

3.1 Kumpulan Sasar Usaha membentuk budaya suka membaca di kalangan generasi kini perlu dimulakan dari peringkat kanak-kanak lagi. Dalam konteks institusi pendidikan, kanak-kanak di peringkat sekolah rendah diberi tumpuan utama. Pada masa yang sama, aktiviti ini juga dilaksanakan di kalangan murid sekolah menengah. Pelaksanaan program yang dicadangkan, adalah secara berterusan bermula dengan Tahun 1.

3.2 Aktiviti Galakan Membaca Aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan dengan jayanya di sekolah-sekolah perlu diterus dan diperluaskan. Bagi sekolahsekolah yang belum mempunyai program bacaan perlulah memulakannya. Dalam konteks ini, pihak sekolah hendaklah melaksanakan aktiviti-aktiviti yang sesuai, praktis dan berkesan dalam menyemai, memupuk dan mengembangkan tabiat suka membaca.

3.3 Bahan Bacaan Bahan bacaan yang wajar digunakan ialah koleksi buku-buku Pusat Sumber yang sedia ada. Selain daripada Pusat Sumber Sekolah, bahan bacaan boleh diperolehi daripada Perpustakaan Awam, Perpustakaan Bergerak, Perpustakaan Desa dan lain-lain. Pihak sekolah boleh mendapatkan khidmat agensi-agensi yang berkenaan bagi kemudahan pinjaman bahan.

3.4 Masa Menurut Kajian Tabiat Membaca ( UPM,1997 ) kira-kira 15% sahaja pembelajaran yang melibatkan pembacaan. Kebanyakan latihan membaca itu dilakukan dalam masa yang singkat dan tidak berterusan. Oleh itu, masa pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah perlu juga dimanfaatkan untuk memperkukuhkan kemahiran dan minat membaca. Disarankan supaya cadangan-cadangan dibawah ini dapat dilaksanakan :-

a. Dimasukkan aktiviti membaca dalam jadual waktu umpamanya satu waktu dalam pelajaran bahasa. Jumlah waktu yang diperuntukan bagi pelajaran bahasa membolehkan aktiviti membaca dijalankan.

b. Diberi masa khas untuk semua warga sekolah terlibat dengan membaca. Contohnya, 10 minit sebelum dan selepas waktu sekolah dan waktu rehat.

c. Diperuntukkan waktu untuk aktiviti PSS yang melibatkan pengajaran kemahira membaca.

d. Menggunakan waktu pengajaran bahasa di kelas peralihan seperti yang terkandung dalam Pekeliling Bil. 17/1998.

e. Ditekan dan digalakkan penggunaan masa senggang untuk membaca. Contohnya: semasa menunggu bas, waktu rehat, waktu sebelum mula belajar dan waktu lapang sama ada di dalam dan di luar sekolah, murid-murid membaca buku.

d. Diteruskan pelbagai aktiviti membaca seperti ulasan buku oleh murid dan guru semasa perhimpunan mingguan dan waktu-waktu lain yang bersesuaian.

3.4 Pusat Sumber Sekolah ( PSS ) Kejayaan sesuatu program bacaan banyak bergantung kepada pengurusan Pusat Sumber yang cekap. Di samping Pengetua dan Guru Besar, peranan guru PSS amat penting untuk menerajui pengurusan PSS sebagai nadi penggerak aktiviti membaca. Pusat Sumber Sekolah adalah pusat ilmu, pusat penemuan, pusat pengajaran dan pembelajaran, pusat profesional serta pusat hubungan sosial. Ia memerlukan prasarana yang dibangunkan dengan menitik beratkan dari segi

keselesaan dan bahan bacaan yang sesuai dan mencukupi. Aktiviti meningkatkan keberkesanan juga harus dijalankan seperti pertandingan Pusat Sumber, kemahiran penggunaan Pusat Sumber Sekolah dan lain-lain.

3.5 Penglibatan Ibu Bapa Aktiviti membaca di sekolah akan menjadi lebih aktif dan berkesan sekiranya ada kesinambungan di rumah. Dengan demikian, para ibu bapa seharusnya menggunakan peluang ini untuk menanam minat membaca dari peringkat awal lagi. Ibu bapa seharusnya menjadi model dan sumber inspirasi kepada anak-anak. Di samping memberi galakan dan dorongan secara berterusan, ibu bapa juga perlu meluangkan masa membaca bersama anak-anak dalam persekitaran rumah yang berorientasikan bacaan.

4. CADANGAN PROGRAM

Pelbagai program dan aktiviti membaca telah dan sedang dijalankan di sekolah-sekolah sehingga kini, maka dicadangkan agar dilaksanakan satu program yang menggabungkan kesemua aktiviti membaca tersebut. Program ini dinamai NILAM ( Nadi Ilmu Amalan Membaca ). NILAM merupakan penggabungan atau adunan kesemua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah dengan memberi pengiktirafan yang sesuai.

4.1 Matlamat Matlamat program NILAM ialah supaya terbina tabiat membaca buku di kalangan murid-murid.

4.2 Objektif Pelaksanaan program membina tabiat membaca ialah untuk :-

a. Menjadikan murid banyak membaca buku. b. Menggalakkan sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif untuk diserapkan ke dalam program ini.

4.3 Program NILAM mempunyai dua tahap. Tahap pertama ialah untuk membina kemahiran dan menanam minat membaca sehingga terbina satu tabiat. Tahap ini dikenali sebagai JAUHARI. Tahap kedua pula membantu percambahan penyertaan murid dan pencambahan penggunaan bahan dalam gerakan membaca. Tahap ini dikenali sebagai RAKAN PEMBACA ( RP ).

a. Tahap Pertama Tahap ini dinamakan JAUHARI. Di tahap ini semua murid diwajibkan mengikuti aktiviti galakan membaca yang dirancang dan dijalankan oleh PSS sepanjang tahun.

Murid mula mengikuti aktiviti sebaik sahaja mereka menguasai kemahiran asas membaca ( Pertengahan Tahun 1 ). Aktivti ini akan bermula pada bulan Jun 1999 bagi Sekolah Rendah. Murid diberi kemudahan meminjam buku melalui PSS untuk aktiviti galakan membaca yang dijalankan. Pada kebiasaannya, murid meminjam pada kadar sebuah buku dalam dua minggu. Dengan pengiraan tersebut, kemampuan murid membaca sepanjang tahun dapat diklasifikasikan seperti dalam SR 1 dan SM 1.

Nota: Murid Tahun 6, Tingkatan 3 & Tingkatan 5 dianggap mempunyai peluang pada 6 bulan pertama untuk menyertai program ini dengan aktiviti diperlahankan pada 6 bulan kedua.

Sistem GanjaranJAUHARI

Berdasarkan kadar bacaan tersebut setelah tamat persekolahan rendah dan menengah, murid diberi ganjaran atau

pengiktirafan sejajar dengan tahap pencapaian mereka. Pengiktirafan ini diterakan dalam Buku Rekod Kemajuan Murid, Sijil Berhenti Sekolah dan Surat Akuan Sekolah. Cadangan pengiktirafan ialah seperti berikut, dengan mengambil kira kemampuan purata murid setelah bersekolah 6 tahun di sekolah rendah dan 5 tahun di sekolah menengah.

SEKOLAH RENDAH

JUMLAH BACAAN / BUKU PENGIKTIRAFAN 135 233 Gangsa 234 - 332 Perak 333 431 Emas 432 Ke atas NILAM

JADUAL SR 2

SEKOLAH MENENGAH JUMLAH BACAAN / BUKU PENGIKTIRAFAN 144 233 Gangsa 234 323 Perak 324 413 Emas 414 Ke atas NILAM

JADUAL SM 2

b. Tahap Kedua

Ciri-ciri tahap kedua NILAM ialah mengutamakan aspek kepimpinan dalam aktiviti membaca. Tahap ini dinamakan RAKAN PEMBACA ( RP ). Tahap ini dilakukan sekiranya tahap pertama telah dapat disempurnakan. Tahap ini memberi penekanan kepada kebolehan murid membimbing dan menarik minat orang lain supaya suka membaca.

Murid yang mencapai tahap ini bolehlah diberi lencana sebagai pengiktirafan mereka memasuki Tahap Ke-II (Rakan Pembaca).

Guru-guru Pusat Sumber Sekolah,Guru-guru Bahasa Malaysia/ Bahasa Inggeris boleh mengambil murid ini untuk sessi bercerita dengan murid-murid lain secara formal / tidak formal. Contoh Semasa rehat, ada kelompok-kelompok kecil Rakan Pembaca akan bercerita / mereka bercerita semasa waktu Pusat Sumber Sekolah. Rakan Pembaca ini boleh disifatkan sebagai "Ambassador Pusat Sumber Sekolah" kerana dengan bercerita kepada rakan-rakan sebaya / adik-adik ditahap I, mereka dapat menarik murid-murid lain suka membaca.

4.4 Jenis bahan bacaan adalah tertumpu kepada BUKU sahaja. Buku yang perlu dibaca mestilah dalam Bahasa Malaysia / Bahasa Inggeris

RASIONAL

Membina budaya ilmu dalam masyarakat melalui amalan tabiat membaca yang berterusan. Untuk mencipta budaya ilmu perlu menj ana idea serta pendekatan terancang bagi

melaksanakan program galakan membaca yang lebih sistematik, terancang, lebih berkesan dan dapat dijalankan secara berterusan ke arah pembentukan insan yang seimbang. MATLAMAT Membina tabiat membaca di kalangan murid. OBJEKTIF Menjadikan murid banyak membaca. Menggalakkan sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca. Tiga Elemen Program NILAM a. Rekod Membaca : Setiap murid merekod buku yang dibaca dalam Buku Rekod NILAM. b. Pengesahan Pembacaan : Guru mengesahkan rekod bacaan murid. c. Pengiktirafan : Pengiktirafan diberi kepada murid berdasarkan bilangan buku yang dibaca dan aktiviti berkaitan yang disertai. Pelaksanaan Program NILAM mempunyai dua tahap pelaksanaan iaitu; Tahap Jauhari

Murid wajib mengikuti aktiviti galakan membaca di sekolah. Membina kemahiran dan minat membaca sehingga menjadi satu tabiat. Menggu akan kemudahan perkhidmatan pinjaman buku melalui pusat sumber sekolah dan pusat maklumat yang lain. Mula dinilai dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5.

Tahap Rakan Pembaca


Murid yang telah berjaya membaca 100 naskhah buku layak di peringkat ini. Murid berkebolehan membimbing dan menarik minat rakan lain supaya membaca buku. Mendapat bimbingan Guru Pembimbing sebelum menjalankan aktiviti RP. Memberi pinjman buku kepada rakan, ahli keluarga dan jiran. Markah diberi berdasarkan bilangan buku dibaca, jumlah pendengar, dan pembaca.

Aktiviti Antara aktiviti yang dicadangkan di peringkat RP Pusat Sumber Sekolah SMK Pulau Gaya One Stop Center adalah seperti berikut;

Bercerita Membaca bersama Bicara Buku Meminjam buku Memberi pinjaman buku Ulasan Buku Ulat Buku Kamus Bergerak Forum Ceramah Buku Ceramah

Jejak Buku Khemah Membaca Kuiz Pengetahuan Radio Sekolah Pameran Buku Buku Skrap SEMAI Kelas Terbaik NILAM (Menengah Rendah & Atas)

You might also like