Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 30

ROKOK

[KAJIAN ILMIAH]

1.1

PENGENALAN ROKOK

1.1.1 APA ITU ROKOK

Rokok adalah tembakau yang dibalut berbentuk silinder samada daripada kertas mahupun daripada pelbagai jenis daun berukuran antara 70mm hinnga 120mm dengan diameter 10mm berbeza mengikut negara. Rokok dibakar pada salah satu hujungnya dan dibiarkan membara agar asapnya dapat dihirup melalui mulut pada hujung yang lain.

(Gambar 1 : Rokok)

1.1.2 JENIS JENIS ROKOK Terdapat dua jenis rokok, iaitu rokok yang bertapis dan tidak bertapis. Rokok yang bertapis dibuat daripada bahan busa serabut sintetik pada bahagian batang rokok yang akan dihisap berfungsi sebagai penyaring nikotin. Rokok bertapis mempunyai kandungan tar dan nikotin yang lebih rendah berbanding rokok yang tidak bertapis iaitu memiliki sekitar 14-15 mg tar dan 5 mg nikotin. Rokok bertapis juga dikenali sebagai rokok mild ataupun light kerana kandungan tar dan nikotinnya yang lebih rendah berbanding rokok lain.

MOHD AFIQQ HANAFFI BIN JAINI DIPLOMA TEKNOLOGI BINAAN BANGUNAN

ROKOK

[KAJIAN ILMIAH]

Pengolahan lebih lanjut dilakukan terhadap tembakau sebelum dicacah halus sehingga menjadi separuh serbuk dengan menggunakan teknologi yang dirahsiakan oleh pengusaha terbukti berkesan untuk mengurangkan kandungan nikotin dan tar. Contohnya seperti LA Light, Marlboro light dan juga lain-lain.rokok jenis mild juga disebut sebagai rokok putih kerana kebiasaanyan pembalut kertas silindernya bewarna putih, contohnya Marlboro. Rokok yang tidak bertapis adalah sebaliknya. Ia mengandungi kandungan tar dan nikotin yang tinggi iaitu sekitar 20 miligram tar dan 4-5 miligram nikotin. Kandungan bahan kimia yang tinggi menjadikan rokok jenis ini lebih bahaya dan menjadikan risiko yang sangat tinggi untuk mendapat penyakit-penyakit kronik seperti kanser paru-paru, penyakit jantung dan sebagainya. Antara rokok tidak bertapis ialah rokok keretek, rokok daun, bidis dan juga cerut.

Rokok keretek atau cigarettes cengkih ialah rokok yang mengandungi 60% tembakau asli yang dikeringkan dan dipadukan dengan 40% cengkeh. Ia dikenali sebagai rokok keretek kerana apabila dihisap bunyi suara kretekkretek yang terhasil kesan daripada kertas dan cacahan tembakau yang agak kasar terbakar yang menjadi simbol kenikmatan penikmat rokok. Berbeza dengan rokok yang menggunakan tembakau buatan, cengkeh mengeluarkan suatu aroma yang kuat dan dikatakan lebih harum sehingga menutup bahaya tembakau.

(Gambar 2 : Rokok Kretek/Cigarettes cengkih)

MOHD AFIQQ HANAFFI BIN JAINI DIPLOMA TEKNOLOGI BINAAN BANGUNAN

ROKOK

[KAJIAN ILMIAH]

Cengkih juga mengeluarkan satu zat yang dinamakan eugenol yang boleh mempengaruhi sistem saraf otak yang menyebabkan ketagihan yang kuat kepada perokok. Rokok keretek umumnya lebih popular di Indonesia. Statistik menunjukkan sebanyak 94 peratus perokok Indonesia menghisap rokok keretek dan hanya 11 peratus yang memilih rokok putih. Contoh rokok keretek adalah Djarum Black, Djarum Black Slimz dan juga Gudang Garam.

(Gambar 3 : Rokok Daun)

Rokok daun pula ialah tembakau yang dibalut dengan daun nipah atau daun jagung. Daun Rokok daun juga dikenali sebagai rokok Roll- your-own (RYO). Kini,berlakunya peningkatan penggunaan rokok Roll- your-own (RYO) Cigerrates adalah disebabkan faktor budaya dan juga faktor ekonomi. Persediaan untuk rokok daun jauh lebih murah berbanding rokok lain kerana daun pembalutnya yang mudah didapati dan proses pembuatannya tidak memerlukan teknologi yang khusus. Seterusnya, Bidis merupakan small-hand rolled cigarettes yang berasal dari India dan beberapa negara Asia Tenggara. Ukuran bidis lebih kecil berbanding rokok biasa dan tembakaunya dibungkus menggunakan daun atendu atau temburni leaf (Diospyros Melanoxylon).

MOHD AFIQQ HANAFFI BIN JAINI DIPLOMA TEKNOLOGI BINAAN BANGUNAN

ROKOK

[KAJIAN ILMIAH]

Walaubagaimanapun, kajian mendapati kadar kematian dan risiko penyakit kronik dalam kalangan pengguna bidis adalah lebih tinggi berbanding perokok biasa. Hal ini disebabkan kadar sedutan tar dan nikotin bidis dua hingga tiga kali lebih tinggi berbanding rokok biasa. Bidis juga unik kerana mempunya pelbagai perisa seperti mangga, cokelat dan juga ceri. Pada saat ini, Bidis telah dieksport ke serata dunia sebagai produk eksotik dan tidak berbahaya.

( Gambar 4 : Bidis)

Cerut pula ialah sejenis rokok yang diperbuat daripada tembakau yang digulung dalam daun tembakau kering. Kandungan tembakau cerut lebih banyak jika dibandingkan dengan rokok. Seringkali juga cerut hanya mengandungi tembakau sahaja. Cerut mempunyai pelbagai saiz dan biasanya lebih besar berbanding rokok. Kandungan tembakau yang tinggi menyebabkan cerut sangat berbahaya dan mempunyai kadar racun yang lebih tinggi yang boleh membawa kepada pelbagai jenis kanser seperti kanser paru-paru dan juga kanser mulut. Racun yang terkandung dalam cerut boleh memberikan kesan negatif kepada mulut jika ia diletakkan didalam mulut walaupun tidak dibakar. Hal ini terjadi kerana sifat cerut yang lebih beralkali memudahkan nikotin meresap masuk ke dalam kapilari darah.

MOHD AFIQQ HANAFFI BIN JAINI DIPLOMA TEKNOLOGI BINAAN BANGUNAN

ROKOK

[KAJIAN ILMIAH]

( Gambar 5 : Cerut )

1.1.3 PRODUK - PRODUK TEMBAKAU YANG LAIN Selain rokok, terdapat juga produk berasaskan tembakau yang lain seperti shisha, paip tembakau kunyah dan sebagainya. Shisha atau turut dikenali dengan nama lain seperti hukah, paip air, ghalyan, dan okka adalah perangkat yang terdiri dari paip dengan selang panjang dan botol kaca, dan prinsip kerjanya adalah tembakau yang dipanaskan akan menghasilkan wap yang akan disaring oleh air sebelum dihirup melalui proses penyaringan. Shisha menggunakan tembakau dengan pelbagai rasa buah-buahan menjadikan ia lebih unik dan lebih mahal berbanding 11 produk tembakau yang lain. Shisha terkenal di negara Asia Tenggara dan negara Timur Tengah dengan tanggapan bahawa ia adalah lebih selamat. Shisha dihidangkan kepada pelanggan di gerai makan, restoran, hotel dan kelab tertentu di bandar besar. Baru-baru ini, Bernama melaporkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dalam satu kenyataan menegaskan shisha adalah tidak selamat untuk digunakan dan boleh mengakibatkan risiko kesihatan yang khusus.

MOHD AFIQQ HANAFFI BIN JAINI DIPLOMA TEKNOLOGI BINAAN BANGUNAN

ROKOK

[KAJIAN ILMIAH]

Pengguna hukah pada setiap satu masa biasanya akan menghisap asap tembakau dari alat ini dalam tempoh lebih lama berbanding menghisap sebatang rokok. Bahan panas yang digunakan untuk membakar tembakau terdiri daripada bara kayu atau arang yang dilihat boleh meningkatkan risiko kesihatan kerana proses pembakaran menghasilkan bahan toksik tersendiri termasuk paras karbon monoksida yang tinggi, logam dan kimia yang boleh menyebabkan kanser. Selain itu, perbuatan berkongsi paip penyedut juga boleh membawa risiko jangkitan penyakit berjangkit termasuk "tuberculosis" dan hepatitis.

( Gambar 7 : Bahagian Shisha ) Paip pula ialah satu alat yang menyerupai tiub panjang yang digunakan untuk menghisap tembakau. Tembakau diletakkan pada hujung yang mempunyai satu lubang dan dinyalakan dengan api manakala hujung yang lain digunakan untuk menyedut asap tembakau. Asap yang dihasilkan lebih beralkali dan memberi impak yang buruk terhadap kesihatan walaupun tidak menghisap secara langsung.

MOHD AFIQQ HANAFFI BIN JAINI DIPLOMA TEKNOLOGI BINAAN BANGUNAN

ROKOK

[KAJIAN ILMIAH]

Tembakau kunyah merupakan satu bentuk sediaan tembakau secara oral. Tembakau akan dipotong halus lalu dimasukkan ke dalam mulut dan tempohnya sesuai dengan keinginan setiap individu. Selain itu, tembakau juga dicampur dengan bahan-bahan lain seperti daun sireh dan kapur lalu dikunyah atau diletakkkan di celah gusi. Ini menyebabkan gigi menjadi kuning dan berbau. Pengamal tembakau kunyah berisiko untuk mendapat kanser mulut dan mengalami kerosakan gigi yang teruk.

( Gambar 6 : Shisha )

Seterusnya, tembakau juga diletakkan di hidung dan dihidu baunya. Kandungan nikotin dalam tembakau boleh mnyebabkan ketagihan. Contohnya seperti snuff tobacco. Secara keseluruhannya, rokok dan produk tembakau yang lain telah berkembang pesat dan akibatnya pelbagai masalah kesihatan terpaksa ditanggung oleh mereka yang menjadi mangsa ketagihan tembakau. Kini,perkembangan industri pembuatan memberikan ruang kepada industri rokok untuk menghasilkan pelbagai produk rokok yang lebih selamat seperti ultralight cigarettes dan juga yang terbaru ialah rokok elektrik. Walaubagaimapun, produk-produk ini masih belum mampu untuk menjamin keselamatan dan kesihatan yang sejahtera. Justeru langkah yang terbaik adalah dengan mencegah diri masing-masing dari terjebak dengan gejala merokok dan penggunaan tembakau.
MOHD AFIQQ HANAFFI BIN JAINI DIPLOMA TEKNOLOGI BINAAN BANGUNAN

ROKOK

[KAJIAN ILMIAH]

1.1.4 JENIS JENIS ROKOK Rokok dibezakan kepada beberapa jenis. Perbezaan ini didasarkan atas bahan pembungkus rokok, bahan baku atau isi rokok, proses pembuatan rokok, dan penggunaan filter pada rokok.

Bahan Baku/Isi Rokok

Proses Pembuatan Rokok

Bahan Pembungkus

Perbezaan Jenis Rokok

Penggunaan Penapis (Filter)

Jadual 1 : Berdasarkan bahan pembungkus rokok Jenis Klobot Kawung Sigaret Cerutu Keterangan Bahan pembungkus berupa daun jagung Bahan pembungkus berupa daun aren Bahan pembungkus berupa kertas Bahan pembungkus daun tembakau

MOHD AFIQQ HANAFFI BIN JAINI DIPLOMA TEKNOLOGI BINAAN BANGUNAN

ROKOK

[KAJIAN ILMIAH]

Jadual 1 : Berdasarkan bahan baku/isi rokok Jenis Rokok Putih Keterangan Isi merupakan daun tembakau yang diberi saus untuk mendapatkan kesan rasa dan aroma tertentu. Rokok Kretek Isi berupa daun tembakau dan cengkih yang diberi saus untuk mendapatkan kesan rasa dan aroma tertentu. Rokok Klembak Isi daun tembakau, cengkeh, dan kemenyan yang diberi saus untuk mendapatkan kesan rasa dan aroma tertentu.

Jadual 1 : Berdasarkan proses pembuatannya Jenis Sigaret Tangan (SKT) Keterangan Kretek Digiling atau dilinting dengan menggunakan tangan atau alat bantu sederhana.

Sigaret Kretek Mesin Menggunakan mesin. Cara-caranya, material rokok (SKM) dimasukkan ke dalam mesin pembuat rokok.

Sigaret Kretek Mesin Proses pembuatannya ditambahkan aroma rasa yang Full FF) Flavour (SKM khas. Contoh: Gudang Garam Filter Internasional, Djarum Super, dll.

Sigarek Kretek Mesin Rokok mesin yang menggunakan kandungan tar dan Light Mild (SKM LM) nikotin yang rendah. Rokok jenis ini jarang

menggunakan aroma yang khas. Contoh: A Mild, Clas Mild, Star Mild, U Mild, LA Light, Surya Slim, dll.

MOHD AFIQQ HANAFFI BIN JAINI DIPLOMA TEKNOLOGI BINAAN BANGUNAN

ROKOK

[KAJIAN ILMIAH]

Jadual 1 : Berdasarkan penggunaan penapis (filter) Jenis Rokok Filter (RF) Rokok (RNF) Non Keterangan Bahagian pangkalnya terdapat gabus

Filter Bahagian pangkalnya tidak terdapat gabus

1.1.5 PROSES PENGELUARAN ROKOK Terdapat tiga peringkat dalam proses pengeluaran rokok iaitu;

PraPengeluaran

Pengeluaran

Pembungkusan

(i)

Pra-Pengeluaran Setelah melalui proses pemilihan yang ketat pada masa pembelian. Bahan baku utama yang telah diproses kemudian dicampur dengan sos sehingga siap dibuat menjadi merokok.

MOHD AFIQQ HANAFFI BIN JAINI DIPLOMA TEKNOLOGI BINAAN BANGUNAN

10

ROKOK

[KAJIAN ILMIAH]

(ii)

Pengeluaran Pengeluaran Rokok yang dihasilkan ada tiga jenis utama, iaitu klobot dan Sigaret Kretek Tangan (SKT) sebagai hasil pembuatan tangan -tangan wanita yang trampil dengan menggunakan alat giling dari kayu serta Sigaret Kretek Mesin (SKM) yang diproses dengan mesin-mesin automatik berkelajuan tinggi.

(iii)

Pembungkusan Batang - batang rokok yang telah dihasilkan memerlukan beberapa lapis bungkusan dengan berbagai ukuran sesuai jenis produk, isi serta keperluan distribusinya. Fungsi pembungkusan di sini selain berguna untuk

mempertahankan kualiti merokok, juga untuk memberikan citra terhadap produk. Proses pembungkusan merokok menjalani beberapa peringkat pembungkusan secara berlapis. Kemasan lapisan pertama adalah kertas kaca untuk jenis rokok SKT dan kertas yang berlapis alluminium foil untuk jenis merokok SKM. Lapisan kedua adalah pembungkus (etiket) yang telah mengalami proses cetak terlebih dahulu. Pengemasan ketiga dalam bentuk press atau slof, bungkusan keempat dalam bentuk bal (corrugated).

MOHD AFIQQ HANAFFI BIN JAINI DIPLOMA TEKNOLOGI BINAAN BANGUNAN

11

ROKOK

[KAJIAN ILMIAH]

1.2

SEJARAH PERKEMBANGAN ROKOK

1.2.1 TEORI MENGENAI PENEMUAN AWAL ROKOK

a) Pendeta-pendeta kaum Maya di Mexico sudah pun menggunakan tembakau dalam upacara keagamaan mereka sebelum kelahiran Nabi Isa a.s lagi. Dalam upacara tersebut, mereka menggunakan satu jenis paip untuk meniup asap rokok ke arah matahari dan ke arah empat penjuru bumi. Mengikut anggapan mereka, asap rokok mempunyai sejenis kuasa yang boleh membantu mereka untuk berhubung dengan 'tuhan-tuhan' mereka. Amalan merokok itu kemudiannya tersebar pula kepada kaumkaum lain di Mexico, terutama sekali kaum Aztecs, yang menggunakan satu jenis batang buluh kecil sebagai paip rokok. b) Dr. Yusuf al-Qardawi dalam Fatawa Muasarah dan juga Syeikh al-Akbar Mesir, Jad al-Haq Ali Jad al-Haq dalam fatwanya mengatakan tembakau dan rokok masuk ke bumi umat Islam lewat ke-11 Hijrah, khususnya di Maghribi, Sudan, kemudian berkembang ke negeri-negeri lain. Ertinya, selama 100 tahun umat Islam tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan tembakau, apatah lagi rokok.

c) Orang-orang Indian Merah (Red Indian) di benua Amerika itu juga mempercayai bahawa tembakau mempunyai nilai-nilai perubatan. Kirakira pada tahun 1492, penjajah Kristian berbangsa Sepanyol yang diketuai oleh Christopher Columbus telah menemui kaum Red Indian ini di benua Amerika. Sebagai tanda persahabatan, mereka telah dihadiahkan dengan daun-daun tembakau kering oleh kaum Red Indian. Kemudian Columbus dan rakan-rakannya telah membawa balik benih-benih tembakau tersebut pulang ke Eropah dan dengan itu bermulalah sejarah rokok di dunia.

d) Sejarah kepesatan perusahaan tembakau secara jelas disaksikan apabila ahli korporat besar bernama Rodrigo De Jares merintis perniagaan tembakau, khususnya perusahaan rokok di Cuba. Pada tahun 1556-1558
MOHD AFIQQ HANAFFI BIN JAINI DIPLOMA TEKNOLOGI BINAAN BANGUNAN

12

ROKOK

[KAJIAN ILMIAH]

rokok mula diperkenalkan ke Perancis, Sepanyol dan Portugal sehingga tersebarlah ke seluruh dunia. e) Dilaporkan, selepas orang-orang Sepanyol berjaya mempromosikan tembakau ke Eropah, terutama kepada golongan bangsawan British yang menghisap tembakau dengan paip pada waktu rehat telah melonjakan aktiviti penanaman tembakau sebagai komuniti ekonomi negeri-negeri jajahan British yang bermula di Amerika Utara. Akibatnya, fenonema tembakau tidak dapat disekat lagi, kian pesat pada abad ke-17. Serentak dengan itu, pedagang Eropah memperkenalkan tembakau ke seluruh Asia dan Afrika. f) Kemudian dalam abad ke 19 orang-orang Sepanyol memperkenalkan cerut ke Asia melalui tanah Filipina dan kemudian ke Rusia dan Turki serta tidak terkecuali ke dalam negeri-negeri Islam, terutama tanah jajahan mereka. g) En. Mohd Fakri bin Mohd Noor, PRO Lembaga Tembakau Negara, Kota Bharu Kelantan yang telah berkhidmat hampir 20 tahun berkata tembakau bukan tumbuhan asal rantau ini. Tumbuhan tembakau seperti juga getah dibawa masuk ke Tanah Melayu seringi penjajahan Inggeris.

Sumber Lembaga Tembakau Negara melaporkan industri tembakau di Malaysia bermula dengan tembakau cerut yang ditanam secara meluas di Sabah sejak awal abad kesembilan belas, setelah didapati penanamannya berjaya diusahakan pada tahun 1883. Pada satu ketika ianya menarik minat lebih dari lima puluh pengusaha dari Eropah dan mencapai nilai eksport sebanyak RM2 juta pada tahun 1902. Selepas perang dunia kedua, khususnya di tahun 1959 usaha meningkatkan tanaman tembakau telah dilaksanakan secara serius. Di pertengahan 1970-an pula penanaman tembakau berkembang maju di Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis, Pahang dan lain-lainnya di negeri Melaka, Negeri Sembilan dan Johor. Berdasarkan fakta di atas menunjukkan
MOHD AFIQQ HANAFFI BIN JAINI DIPLOMA TEKNOLOGI BINAAN BANGUNAN

13

ROKOK

[KAJIAN ILMIAH]

industri tembakau dan rokok mempunyai hubungan yang erat dengan gerakan penjajahan barat ke atas bumi umat Islam, khususnya Yahudi melalui dasar kapitalisme.

1.2.2 SEJARAH PERKEMBANGAN ROKOK DAN SYARIKAT PENGELUARAN ROKOK

Pada awalnya, Tembakau adalah tanaman yang tumbuh asli di Amerika Utara dan Selatan. Tembakau berasal dari keluarga yang sama dengan kentang, lada dan nightshade beracun, iaitu tanaman yang sangat berbahaya. Benih dari tanaman tembakau adalah sangat kecil. Contohnya, 1 ons mengandungi sekitar 300.000 biji. Hal ini diyakini bahawa tembakau mula berkembang di Amerika sekitar 6,000 SM. Pada awal 1 SM, orang Indian Amerika mula menggunakan tembakau dalam pelbagai cara, seperti dalam amalan keagamaan dan ubat. Tembakau diyakini dapat menyembuhkan segala penyakit, dan digunakan untuk mengubati luka, serta ubat taha sakit. Mengunyah tembakau diyakini mengurangkan rasa sakit yang disebabkan oleh sakit gigi.

Dunia Baru Ditemukan Pada tarikh 15 Oktober 1492, Christopher Columbus ditawarkan daun kering pokok tembakau sebagai hadiah daripada orang Indian Amerika yang beliau temui. Sejurus selepas itu, pelaut dari Eropah membawa tembakau kembali ke Eropah, dan pokok tembakau banyak ditanam di seluruh Eropah. Alasan utama tanaman tembakau menjadi popular di Eropah adalah kerana sifat penyembuhannya. Penduduk Eropah percaya bahawa tembakau dapat menyembuhkan hampir apa saja, daripada mulut berbau hingga ke kanser. Pada tahun 1571, Seorang doktor Sepanyol bernama Nicolas Monardes menulis sebuah buku tentang sejarah tanaman ubat dari dunia baru. Dalam hal ini beliau menyatakan bahawa tembakau boleh

menyembuhkan 36 masalah kesihatan. Pada 1588, seorang warga Virginia bernama Thomas Harriet mempromosikan bahawa merokok tembakau adalah cara yang efektif untuk mendapatkan dosis harian tembakau.
MOHD AFIQQ HANAFFI BIN JAINI DIPLOMA TEKNOLOGI BINAAN BANGUNAN

14

ROKOK

[KAJIAN ILMIAH]

Malangnya, beliau meninggal kerana kanser hidung (kerana popular dan untuk bernafas asap keluar melalui hidung). Sepanjang 1600-an tembakau adalah begitu popular itu sehinnga ia sering digunakan sebagai wang dan dianggap seperti emas.

MOHD AFIQQ HANAFFI BIN JAINI DIPLOMA TEKNOLOGI BINAAN BANGUNAN

15

ROKOK

[KAJIAN ILMIAH]

2.1

KESAN KESAN MEROKOK

2.1.1 KESAN KEPADA KESIHATAN Rokok mendatangkan kesan buruk terhadap kesihatan tubuh badan disebabkan oleh bahan kimia yang berbahaya dalam asap rokok. Kesan tersebut boleh dibahagikan kepada dua iaitu kesan jangka panjang dan kesan jangka pendek. Asap rokok yang dihidu oleh perokok atau mereka yang berada di sekelilingnya, akan memasuki rongga mulut dan hidung melalui kerongkong ke paru-paru. Kandungan asap rokok akan menyebabkan kerosakan tisu di sepanjang perjalanan di ruang didalam tubuh badan. Antara kesan jangka pendek ialah mengurangkan fungsi otak disebabkan oleh pembebasan gas karbon dioksida dan pengurangan oksigen daripada asap rokok tersebut. Selain itu, menghisap rokok boleh

mengganggu daya pendengaran dan penglihatan kerana mengurangkan kadar pengaliran darah ke seluruh tubuh badan. Perokok selalunya mempunyai nafas yang berbau dan mudah mendapat jangkitan mulut dan gusi serta gigi menjadi kuning. Mereka yang merokok juga akan menghadapi kesukaran untuk bernafas dan mudah merasa letih apabila melakukan sesuatu pekerjaan terutamanya bersukan. Ini pula merupakan kesan jangka panjang rokok. Rokok boleh membahayakan kesihatan diri kerana bahan-bahan kimia yang dibebaskan daripada rokok yang boleh mengurangkan fungsi sekaligus merosakkan organ dalam tubuh kita. Sebagai contoh, nikotin yang ada didalam rokok boleh menyebabkan ketagihan sekiranya menghisap rokok secara

berulangkali. Selain itu, tembakau boleh mengakibatkan penyakit jantung dan barah. Terdapat lebih kurang 63 bahan kimia didalam rokok yang akan menyebabkan barah paru-paru, mulut, usus, tekak dan payudara. Penghisap rokok tegar akan menghidap penyakit strok, penyakit mulut dan gusi, osteoporosis, mandul dan penyakit paru-paru seperti asthma dan bronkitis ( jangkitan pada paru-paru). Hampir satu per empat mangsa pesakit jantung adalah hasil punca dari tabiat merokok. Di Malaysia, sakit jantung merupakan
MOHD AFIQQ HANAFFI BIN JAINI DIPLOMA TEKNOLOGI BINAAN BANGUNAN

16

ROKOK

[KAJIAN ILMIAH]

menyebab utama kematian sementara strok adalah pembunuh yang keempat. Racun akibat merokok juga mempunyai kesan tindak balas terhadap ubat-ubatan. Secara umum diketahui merokok boleh menjejaskan fungsi beberapa kumpulan enzim di hati dan ada kalanya ia boleh memperhebatkan kesan sampingan sesuatu ubat itu Perokok juga bukan hanya membahayakan kesihatan diri sendiri malah turut memberi kesan yang lebih merbahaya terhadap kesihatan orang sekeliling. Mereka yang menghidu asap rokok tanpa merokok dari orang yang merokok dikenali sebagai perokok pasif. Contohnya, kanak-kanak akan mudah mengidap penyakit paru-paru dan jantung seperti asthma,

mengganggu pertumbuhan paru-paru, kecacatan pendengaran, mempunyai IQ rendah, masalah kawalan motor, keguguran dan mati dalam kandungan. Ibu mengandung juga akan mengalami implikasi yang buruk terhadap bayi dalam kandungan seperti melahirkan bayi yang tidak cukup bulan dan bayi kurang berat badan. Mengikut jurnal 'Pediatrics (1994)', sindrom kematian bayi secara tibatiba dikatakan tiga kali lebih tinggi di kalangan wanita perokok sama ada semasa atau selepas mengandung. Si ibu pula akan lebih terdedah kepada kanser. Oleh itu, ibu bapa yang merokok dinasihati supaya berhenti merokok demi menjaga kesihatan keluarga.

2.1.2 KESAN KEPADA ALAM SEKITAR Selain membahayakan kesihatan diri, merokok juga boleh

mencemarkan persekitaran. Asap rokok akan menyebabkan pencemaran udara. Jadi, bukan hanya mereka yang merokok yang mendapat keburukan malahan, orang sekeliling turut merasa kesukaran untuk mendapatkan udara yang bersih dan segar. Tambahan pula, puntung rokok yang dibuang meratarata boleh mencemarkan alam sekitar seperti mengakibatkan longkang tersumbat yang boleh menyebabkan pembiakan nyamuk aedes. Ini boleh menyebabkan masalah kesihatan yang lain seperti demam denggi.

MOHD AFIQQ HANAFFI BIN JAINI DIPLOMA TEKNOLOGI BINAAN BANGUNAN

17

ROKOK

[KAJIAN ILMIAH]

Selain itu, alam sekitar akan kelihatan kotor dan akan menyebabkan datangnya masalah pencemaran air dan lain- lain. Sebagai contoh, apabila sistem pengairan terganggu, bencana alam boleh berlaku seperti banjir kilat. Merokok juga menyumbang sebanyak 25 peratus kepada kes kebakaran. Ini boleh dilihat apabila mereka yang merokok kurang rasa tanggungjawab untuk membuang puntung rokok yang masih berbara di merata-rata tempat. Kebakaran juga menyebabkan peningkatan kandungan karbon dioksida dan karbon monoksida meningkat dan penghuni bumi akan merasai kekurangan oksigen untuk bernafas dan menaikkan suhu bumi sekaligus mengakibatkan pelbagai bencana alam akibat perbuatan manusia sendiri.

2.1.3 KESAN KEPADA SOSIAL Pertubuhan Kesihatan Sedunia berpendapat bahawa merokok adalah satu aktiviti ketagihan. Merokok secara tidak langsung akan menyebabkan seseorang itu terlibat dengan najis dadah. Hal ini disebabkan rokok merupakan bunga kepada dadah. Keadaan ini boleh digambarkan sebagai permulaan untuk menjinakkan diri dengan bahan- bahan yang tidak mendatangkan sebarang manfaat seperti melepak dan penagihan dadah. Ini sekaligus, akan meningkatkan masalah sosial dalam masyarakat. Merokok juga sering bermula pada zaman remaja. Kaji selidik yang dilakukan oleh Global Youth Survey mendapati 20 peratus daripada pelajar yang berumur 13 tahun hingga 15 tahun adalah perokok, manakala remaja bawah 18 tahun yang merokok juga meningkat sehingga 20 peratus. Ini kerana remaja merupakan satu fasa dimana mereka sedang mencari identiti. Oleh itu, meraka sangat mudah terpengaruh dengan perkara- perkara yang tidak berfaedah terutama daripada rakan-rakan. Para remaja juga mempunyai sikap ingin tahu dan ingin mencuba yang tinggi.

MOHD AFIQQ HANAFFI BIN JAINI DIPLOMA TEKNOLOGI BINAAN BANGUNAN

18

ROKOK

[KAJIAN ILMIAH]

Selain itu, ibu bapa yang merokok juga akan menggalakkan anakanak cuba untuk merokok. Ini kerana anak- anak merasakan merokok itu tidak akan mengakibatkan apa- apa keburukan. Dan selalunya ibubapa merupakan contoh yang paling dekat dan merekalah yang bertanggungjawab mencorakkan anak-anak. Anak-anak akan mudah mengikuti apa yang dilakukan oleh ibubapa mereka.

2.1.4 KESAN KEPADA EKONOMI Di samping itu, merokok mengundang ke arah pembaziran. Wang yang sepatutnya digunakan ke arah kebaikan telah digunakan untuk membeli rokok iaitu satu perkara yang tidak bermanfaat. Seharusnya wang yang diperolehi perlu dilaburkan ke arah yang lebih baik seperti untuk pelajaran, makanan, memperbaiki taraf hidup keluarga, meningkatkan ekonomi negara dan lainlain lagi. Dengan ini dapat dilihat yang merokok merupakan satu pembaziran harta. Satu kajian telah dilakukan oleh seorang sarjana Barat, C. Everentt Koop, golongan perokok kebanyakannya mati pada usia muda berbanding dengan golongan yang tidak merokok. Hal ini amat membimbangkan terutamanya pihak kerajaan yang terpaksa menanggung risiko kekurangan tenaga kerja dalam pelbagai sektor apabila pekerja yang merokok mati pada usia yang muda walaupun mati itu sesuatu yang tidak dapat dielakkan. Merokok juga akan menyebabkan seseorang itu hilang fokus dalam melakukan pekerjaan terutama bagi mereka yang ketagih dan akan mengurangkan prestasi kerja seseorang. Secara tidak langsung pula, akan mengurangkan produktiviti sesebuah syarikat serta melemahkan taraf ekonomi negara.

MOHD AFIQQ HANAFFI BIN JAINI DIPLOMA TEKNOLOGI BINAAN BANGUNAN

19

ROKOK

[KAJIAN ILMIAH]

Secara konklusinya, ada sesetengah pihak yang berpendapat bahawa merokok membawa nilai yang positif seperti dapat mengurangkan tekanan emosi, meningkatkan prestasi kerja, mencari idea malah rokok mempunyai nikmat yang tersendiri. Tetapi apa yang kita dapat lihat di sini, merokok lebih banyak memberi kesan yang negatif terhadap individu, masyarakat sekeliliing dan juga negara berbanding kebaikan yang kurang jelas.

MOHD AFIQQ HANAFFI BIN JAINI DIPLOMA TEKNOLOGI BINAAN BANGUNAN

20

ROKOK

[KAJIAN ILMIAH]

3.1

FAKTOR FAKTOR MEROKOK Kegiatan merokok ini sering berlaku kepada masyarakat yang tidak mengendahkan tentang bahayanya merokok, bukan saja golongan lelaki malahan juga golongan wanita juga ada yang sudah pandai berjinak-jinak dengan tabiat merokok ini. Terdapat pelbagai punca atau faktor seseorang itu menghisap rokok antaranya, ialah; KURANG IKATAN KEKELUARGAAN Beberapa kajian telah dibuat dan mendapati bahawa peranan keluarga amat penting dalam mendidik anak-anak mereka supaya tidak terjerumus dalam masalah sosial yang sering berlaku pada anak remaja sekarang ini. Ikatan kekeluargaan yang ada sekarang ini semakin berkurangan kerana ibu bapa tidak memberikan sepenuh perhatian kepada anak mereka kerana mereka sering saja sibuk dengan pekerjaan masing-masing. Hal ini menyebabkan anak-anak merasa bosan dan kurang kasih sayang daripada ibu bapa sehingga anak-anak mereka menjadi penghisap rokok kerana tidak seorang pun yang melarang perbuatannya itu.

TERLALU BEBAS Punca seterusnya, tingkah laku anak-anak mereka, terutama yang telah mencapai umur belasan tahun sekarang ini, seolah-olah di luar kekuasaan ibu bapa. Anak-anak remaja terlalu diberi kebebasan oleh ibu bapa atau penjaga untuk melakukan setiap aktiviti. Jadi anak tersebut melakukan sesuatu tanpa pengetahuan dan larangan ibu bapa.

IBU BAPA MENGHISAP ROKOK Selain itu, ada ibu bapa yang menghisap rokok di depan anak-anak mereka. Ini bukan saja menunjukkan contoh yang kurang baik, malah mengajar dan menggalakkan anak-anak mereka supaya berbuat

perbuatan yang sedemikian kerana ibu bapa mereka juga melakukan hal yang sama.
MOHD AFIQQ HANAFFI BIN JAINI DIPLOMA TEKNOLOGI BINAAN BANGUNAN

21

ROKOK

[KAJIAN ILMIAH]

PERGAULAN DAN PENGARUH RAKAN-RAKAN Pengaruh dan pergaulan dengan kawan-kawan yang merokok juga merupakan faktor penggalak bagi remaja untuk menghisap rokok kerana jika mereka tidak merokok, mereka akan disisihkan dan dianggap tidak berani. INGIN MENCUBA DAN BERSERONOK Mereka juga terdorong oleh perasaan ingin mencuba bagaimana rasanya rokok itu kerana golongan remaja sinonim dengan sikap mereka yang ingin mencuba sesuatu yang baru. Bagi remaja khususnya lelaki menganggap dengan merokok dapat menunjukkan kedewasaan atau kematangan mereka sebab itulah mereka merasa bangga apabila menghisap rokok. Ada juga remaja lelaki yang beranggapan mereka merokok sekadar untuk berseronok saja tanpa memikirkan kesan buruk akibat tabiat merokok. Manakala lelaki dewasa merokok kerana sifat ketagihan mereka sehingga ada yang berpendapat rokok sahabat atau kekasih kedua mereka. ROKOK MUDAH DIPEROLEHI Ada juga berpendapat rokok mudah dibeli disebabkan itu remaja mula dan meneruskan tabiat merokok setiap hari dan juga rokok itu mudah diperolehi dari rakan-rakan yang merokok. TERTEKAN Tabiat merokok ini juga berlaku apabila merasa tertekan dengan kerja dipejabat atau sekolah, mengantuk dan apabila tiada keyakinan diri terhadap sesuatu perkara.

MOHD AFIQQ HANAFFI BIN JAINI DIPLOMA TEKNOLOGI BINAAN BANGUNAN

22

ROKOK

[KAJIAN ILMIAH]

PENGARUH MEDIA MASSA Selain itu, pengaruh daripada media massa juga memainkan peranan yang penting seperti disiarkan iklan orang merokok dan sebagainya kerana golongan remaja ini mudah terikut-ikut dengan budaya yang diperlihatkan kepada mereka. Golongan berpengaruh seperti ahli politik, artis, doktor dan termasuk pemimpin agama yang merokok memberikan teladan yang negatif kepada masyarakat, ini menyebabkan golongan remaja semakin rancak atau tanpa segan silu menghisap rokok di tempat-tempat awam.

GALAKAN PENJUAL ROKOK Langkah penguatkuasaan oleh pihak kerajaan terhadap

larangan menjual rokok kepada remaja bawah 18 tahun adalah lemah atau gagal kerana penjual rokok hanya ingin mengaut keuntungan dalam perniagaan, oleh itu akibat buruk dari perbuatan remaja menghisap rokok tidak dihiraukan. Ini menunjukkan penjual seolaholah memberi galakan kepad perokok untuk merokok dengan lebih giat lagi. Walaupun penjual tahu pembeli itu di bawah umur tetapi tetap juga dijual kepada pembeli tersebut tanpa menghiraukan larangan kerajaan tentang larangan menjual rokok kepada remaja bawah 18 tahun. MEMBERONTAK ATAU MARAH Ada juga remaja atau pelajar yang memberontak seperti marah atau tidak puas hati terhadap guru dan sebagainya akan menghisap rokok kerana bagi mereka rokok itu dapat menghilangkan tekanan.

MOHD AFIQQ HANAFFI BIN JAINI DIPLOMA TEKNOLOGI BINAAN BANGUNAN

23

ROKOK

[KAJIAN ILMIAH]

MENGURANGKAN BERAT BADAN Manakala, bagi golongan remaja wanita merokok dapat mengurangkan berat badan bagi yang mementingkan penampilan mereka. Oleh yang demikian, mereka percaya bahawa merokok dapat mengurangkan berat badan mereka. Hal ini disebabkan bagi mereka merokok dapat mengawal selera makan jadi bentuk dan berat badan mereka dapat dikekalkan. Selain itu, golongan wanita hari ini mahu memperjuangkan persamaan taraf. Ini bermakna mereka mahu meletakkan diri mereka setaraf dengan lelaki. Mereka percaya dengan merokok, taraf mereka sama dengan golongan lelaki. Menjadi kebanggaan golongan wanita jika mereka dapat melakukan apa saja yang dilakukan oleh lelaki. Walaupun golongan wanita ini tahu perkara merokok itu merosakkan kesihatan atau tubuh badan mereka.

MOHD AFIQQ HANAFFI BIN JAINI DIPLOMA TEKNOLOGI BINAAN BANGUNAN

24

ROKOK

[KAJIAN ILMIAH]

4.1

LANGKAH MENGATASI MEROKOK Walaupun pelbagai penyakit atau bahaya rokok itu telah didedahkan kepada mereka yang merokok atau masyarakat umum tetapi gambaran itu masih tidak cukup untuk menakutkan seorang perokok untuk mengurangkan jauh sekali meninggalkan tabiat berbahaya tersebut. Mereka tidak pernah takut dengan ancaman itu, malah langsung tidak menghiraukan sebarang risiko yang akan mereka hadapi untuk jangka masa panjang. Oleh yang demikian, pihak-pihak tertentu terpaksa berusaha lebih gigih untuk

mengurangkan atau mengelakkan masyarakat terutama golongan remaja termasuklah pelajar supaya berhenti merokok. Antara langkah-langkah yang telah dilaksanakan ialah:1. KEMPEN Pelbagai kempen dijalankan untuk mengatasi masalah merokok baik oleh kerajaan mahupun pihak persendirian. Misalnya, kerajaan telah mengadakan kempen anti merokok melalui pelbagai cara seperti iklaniklan yang ditayangkan di dalam televisyen, radio, poster-poster mahupun ceramah yang sering diadakan di sekolah mahupun di pejabat dan sebagainya.

2. CERAMAH Dalam ceramah mahupun iklan itu hendaklah dinyatakan tentang bahayanya merokok, kesan merokok serta dinyatakan faedah orang yang tidak merokok atau berhenti merokok seperti hidup lebih lama, dapat menghindari racun yang terkandung dalam rokok, dapat melindungi diri, keluarga dan orang lain daripada bahaya merokok, menjadi teladan yang baik kepada anak-anak, dapat meningkatkan kecergasan serta memiliki tubuh yang sihat, meningkatkan deria rasa dan bau, gigi lebih putih dan nafas lebih segar dan dapat mengelakkan budaya membazir dengan menggunakan wang untuk membeli rokok kepada tujuan yang lebih baik dan bermanfaat.

MOHD AFIQQ HANAFFI BIN JAINI DIPLOMA TEKNOLOGI BINAAN BANGUNAN

25

ROKOK

[KAJIAN ILMIAH]

3. KUAT SEMANGAT DAN BERDISIPLIN Seseorang itu mestilah kuat semangat dan mendisiplinkan diri untuk berhenti merokok seperti tetapkan tarikh untuk berhenti merokok, yakinkan diri, buat nota peringatan, katakan pada diri anda, Aku bukan perokok, tumpukan pada hari ini jangan dulu fikirkan hari seterusnya, sentiasa berfikiran positif, dapatkan sokongan daripada orang sekeliling seperti rakan sebaya, ibu bapa atau keluarga, lawan keinginan atau perasaan untuk merokok dan gunakan Terapi atau rawatan yang sesuai.

4. BERPUASA Amalan berpuasa dari pandangan Islam ialah untuk mengawal nafsu dari melakukan maksiat. Apabila berpuasa seseorang itu tidak dapat merokok sekurang-kurangnya 13 jam iaitu dari subuh hingga ke waktu maghrib. Walaupun masih berpelung untuk merokok pada waktu malam jika selalu berpuasa, seseorang itu tidak hanya dapat menghentikan tabiat merokok tetapi kita juga dapat beribadah ke jalan Allah.

5. HADIAH ATAU HABUAN Seseorang itu hendaklah beri hadiah atau habuan kepada diri sendiri sekiranya dia tidak lagi merokok. Ini untuk mendapatkan kepuasan hasil dari pemberhentiannya merokok.

6. BERSUKAN ATAU AKTIVITI BERFAEDAH Selain itu, individu yang aktif bersukan selalunya menitik beratkan kesihatan tubuh badan dan menghindari tabiat yang boleh merosakkan diri mereka seperti merokok. Pilih aktiviti sukan yang sihat dan lakukan dengan berkumpulan untuk menambah keseronokan dan motivasi diri. Oleh itu, perokok hendaklah melakukan aktiviti sukan ini kerana ia dapat menghindarkan dirinya dari tabiat merokok.

MOHD AFIQQ HANAFFI BIN JAINI DIPLOMA TEKNOLOGI BINAAN BANGUNAN

26

ROKOK

[KAJIAN ILMIAH]

7. SERTAI PROGRAM SUKARELA Sertai program-program sukarela seperti di hospital dan persatuan kebajikan untuk melupakan tabiat merokok ini sambil mengambil iktibar dan bersyukur dengan kesihatan diri kita. Jika seseorang itu sibuk dengan aktiviti atau kerja yang dilakukannya, dia akan lupa untuk menghisap rokok kerana tidak ada masa untuk menghisap rokok. Bagi ibu yang mengandung pula hendaklah didedahkan kepada iklan-iklan tentang pentingnya menjaga bayi yang dikandungnya dan dedahkan perkaraperkara yang boleh memudaratkan keadaan bayinya mahupun kesiahtan dirinya sendiri.

8. PELAJAR DIKENAKAN DENDA Manakala, bagi pelajar di sekolah pula hendaklah dikenakan dendaan yang setimpal kepada mereka yang didapati merokok seperti pelajar yang merokok itu akan diadukan kepada pihak polis dan pihak polis akan mendenda mereka. Ini adalah kerana pihak polis bekerjasama dengan pihak sekolah untuk menangani masalah disiplin pelajar. Ibu bapa juga akan dipanggil untuk memberitahu perihal anak mereka yang merokok. Pelajar yang merokok itu juga akan dirujuk kepada guru kaunseling untuk menanyakan kenapa dia merokok.

9. KUATKUASA UNDANG-UNDANG Di negara Brunei Darussalam, kerajaan telah pun menetapkan undang-undang iaitu tidak membenarkan sesiapa saja untuk merokok di kawasan-kawasan tertentu seperti dalam panggung wayang, rumah sakit, sekolah, pejabat dan di kawasan awam yang tertentu. Denda akan dikenakan kepada sesiapa saja yang melanggar undang-undang tersebut. Penjual rokok di kedai juga tidak menjual rokok kepada remaja yang berumur di bawah lapan belas tahun. Sesiapa yang didapati berumur di bawah lapan belas tahun akan dikenakan denda yang setimpal. Pihakpihak yang berkenaan juga diharap akan dapat bekerjasama dalam membanteras tabiat merokok ini, dengan tidak menjual kepada pembeli yang di bawah umur dan jangan hanya memikirkan keuntungan saja.
MOHD AFIQQ HANAFFI BIN JAINI DIPLOMA TEKNOLOGI BINAAN BANGUNAN

27

ROKOK

[KAJIAN ILMIAH]

RUMUSAN Sebagai rumusan, terdapat beberapa perkara penting yang perlu diketahui tentang rokok. Ianya bertujuan supaya kita lebih mengetahui akan baik buruk rokok itu sebenarnya dan juga tentang relavan pembuatannya. Terdapat pelbagai jenis rokok seperti rokok keretek, rokok daun, bidis dan cerut. Selain itu, ada juga produk berasaskan tembakau yang termasuk shisha dan paip tembakau kunyah. Di samping itu, maklumat tentang sejarah, cara pembuatan, hukum, kesan rokok itu sendiri perlu kita ketahui. Seperti yang kita sedia maklum, rokok memang membawa keburukan dan bahaya pada diri kita dan juga masyarakat sekeliling. Keprihatinan banyak pihak tentang bahaya merokok menyebabkan pelbagai usaha dijalankan untuk membendung gejala merokok ini daripada terus mempengaruhi masyarakat terutama para remaja. Kebanyakan remaja terutamanya pelajar sekolah mengakui bahawa mereka merokok lantaran pengaruh daripada rakan sebaya. Sikap terikut-ikut dengan tabiat tidak sihat ini seterusnya akan menghanyutkan mereka sehingga merasakan bahawa merokok itu bukanlah sesuatu yang buruk atau menyalahi etika hidup. Di Malaysia mahupun Indonesia, rokok boleh didapati dengan mudah dan boleh dibeli walaupun hanya sebatang. Keadaan ini menjadikan tabiat merokok semakin berleluasa kerana dengan harga serendah empat puluh sen, pelajar sekolah sudah boleh membeli rokok. Memandangkan longgarnya penguatkuasaan terhadap penjualan rokok, kerajaan mestilah mengambil langkah-langkah pencegahan supaya masalah remaja merokok dapat diatasi. Amatlah malang seandainya remaja beranggapan bahawa mereka akan lebih bergaya dan kelihatan lebih dewasa apabila merokok. Alasan ini ternyata salah kerana merokok sebenarnya tidak mendatangkan sebarang kebaikan sebaliknya mengundang ketagihan yang berpanjangan.

MOHD AFIQQ HANAFFI BIN JAINI DIPLOMA TEKNOLOGI BINAAN BANGUNAN

28

ROKOK

[KAJIAN ILMIAH]

Kejadian merokok di negara kita semakin meruncing dan menjadi topik perbualan hangat di kalangan masyarakat khususnya golongan belia dan beliawanis hari ini. Masalah ini tidak pernah lari daripada kamus kehidupan masyarakat dan sering menjadi hamparan majalah atau menghiasi dada akhbar. Pendedahan demi pendedahan tentang masalah merokok ini dijadikan agenda penting untuk diselesaikan. Fenomena ini dapat

memberikan satu persepsi kelekaan dan kealpaan masyarakat terhadap tanggungjawab mendidik, mengasuh, membimbing generasi kita hari ini. Seandainya kes merokok ini masih bermaharajalela di negara kita, nescaya keadaan ini akan meranapkan impian Malaysia menggapai hasrat dan visi wawasan 2020. Konklusinya, remaja sebagai aset penting negara mestilah berjuang untuk membebaskan diri daripada terus dibayangi oleh kegiatan merokok. Natijah daripada senario-senario ini, kerjasama yang erat, dan persefahaman yang wujud adalah penting dalam menentukan kecerahan dan kelengkapan masa depan negara. Ingatlah remaja yang bakal memimpin negara ini merupakan tonggak dan harapan negara bagi mencorakkan haluan negara demi menzahirkan wawasan 2020.

MOHD AFIQQ HANAFFI BIN JAINI DIPLOMA TEKNOLOGI BINAAN BANGUNAN

29

ROKOK

[KAJIAN ILMIAH] RUJUKAN

Ahmad Redzuawan Mohd Yunus (2003). Gejala Sosial dalam Masyarakat Islam. Selangor Darul Ehsan : Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Dr. Harlina Halizah Siraj dan Noralina Omar (2007). Kesihatan Reproduktif Remaja. Kuala Lumpur : PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd. Rusli Hashim (2005). Cara Mudah Berhenti Merokok Jimat dan Efektif. Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Sander L. Gilman (2004). A Global History Of Smoking. United Kingdom : Reaktion Books LTD.

http://doolphinlover.wordpress.com/isi-kandungan/langkah-langkahmengatasi-kegiatan-merokok/ http://en.wikipedia.org/wiki/Smoking

MOHD AFIQQ HANAFFI BIN JAINI DIPLOMA TEKNOLOGI BINAAN BANGUNAN

30

You might also like