Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 9

Pengenalan

1. Bearing ialah arah sesuatu objek atau tempat yang diukur dari sesuatu titik rujukan. 2. Bearing dapat menentukan kedudukan sesuatu objek atau tempat dengan tepat. 3. Bearing dinyatakan dalam nilai sudut atau darjah(o). 4. Kompas magnetik dapat digunakan untuk mengukur bearing sesuatu tempat.

Bearing Sudutan
1. Bearing ialah arah sesuatu objek atau tempat yang dinyatakan dari titik rujukan lain. 2. Bearing diukur dalam unit darjah (0). 3. Terdapat dua cara mengukur bearing iaitu bearing sudutan/azimut dan bearing sukuan. 4. Bearing sudutan ialah bearing yang diukur dari arah utara (0o mengikut pusingan jam hingga 360o. 5. Bearing sudutan bagi empat mata angin utama iaitu, utara (0/360o, timur (90o), selatan (180o) dan barat (270o). 6. Bearing sudutan bagi empat mata angin perantaraan ialah: (a) Timur laut antara utara dengan timur (45o) (b) Tenggara, antara timur dengan selatan (135o) (c) Barat daya, antara barat dengan selatan(225o) (d) Barat laut, antara utara dengan barat (315o) 7. Bearing sudutan boleh diukur dengan menggunakan kompas dan jangka sudut. 8. Langkah-langkah mengukur bearing sudutan dengan menggunakan jangka sudut. (a) Lukis garis lurus untuk menghubungkan titik X dan Y. (b) Lukis garisan utara-selatan melalui titik supaya selari dengan arah utara yang ditandakan dalam peta. (c) Jangka sudut diletakkan tepat pada garisan utara-selatan di titik X. (d) Baca nilai sudut mengikut pusingan jam. (e) Bearing sudutan titik Y dari titik X ialah 105o.

Cara Menggunakan Bearing Sudutan Dengan Menggunakan Jangka Sudut.


1. Terdapat dua kaedah untuk mengukur bearing iaitu (a) mengukur bearing sudutan kurang daripada 180o (b) mengukur bearing sudutan yang melebihi 180o Contoh Soalan: Nyatakan bearing sudutan A dari Q. Langkah 1: Lukis garisan lurus dari Q ke A. Langkah 2: Garisan melalui titik rujukan Q. Langkah 3: Letakkan jangka sudut tepat di atas garisan utara-selatan. Pastikan titik tengah jangka sudut bertindih dengan Q. Langkah 4: Ukuran sudut mengikut pusingan jam yang dibaca pada jangka sudut ialah 55o. Oleh itu, bearing sudutan A dari Q ialah 55o

Contoh Soalan: Nyatakan bearing sudutan B dari Q. Langkah 1: Lukis garisan lurus dari Q ke B. Langkah 2: Lukis garisan lurus utara-selatan pada titik rujukan di Q. Langkah 3: Letakkan jangka sudut di sebelah timur garisan utara-selatan dan dapatkan bacaan 180o Langkah 4: Bagi mengukur sudut yang melebihi 180o, letakkan jangka sudut di sebelah barat garisan utara-selatan. Langkah 5: Dari garisan utara-selatan, ukur sudut ke B, Ukurannya ialah 135o

Langkah 6: Bearing sudutan B dari Q diperoleh dengan mencampurkan 180 o dengan 135o iaitu 315o 1. Jangka sudut digunakan untuk mengukur bearing di atas peta. 2. Titik rujukan iaitu lokasi pertama dikenal pasti terlebih dahulu. 3. Penunjuk arah mata angin dilukis di atas titik rujukan dengan tepat. 4. Satu garisan lurus dilukis dari titik rujukan kepada objek yang hendak diukur. 5. Jangka sudut diletakkan di atas titik rujukan. 6. Nilai bearing dikira bermula dari arah utara mengikut pusingan jam ke arah garisan lurus yang menghubungkan titik rujukan dengan objek.

MENENTUKAN ARAH MENGGUNAKAN BEARING SUDUTAN DAN SUKUAN

1. BEARING SUDUTAN KURANG 180 DARJAH.

TINGKATAN 2 - BAB 2: ARAH

2.1 Bearing Sudutan Arahialah kedudukan sesuatu lokasi dari lokasi yang lain. Untuk menentukan arah dengan lebih tepat, bearingdigunakan. Bearing ialah arah suatu tempat atau objek yang diukur dari satu titik rujukan. Unit ukuran yang digunakan ialah darjah (). Bearing ini juga dikenali sebagai bearing sudutan. 2.1 Bearing Sudutan Bearing sudutan diukur dari arah utara (0) mengikut pusingan jam sehingga nilai lengkap satu bulatan 360.

Bearing sudutan ini diukur dengan menggunakan jangka sudutatau kompas magnetik. 2.1 Bearing Sudutan Mengukur Bearing Sudutan Kurang Daripada 180 Menggunakan Jangka Sudut. Langkah-langkah untuk mengukur bearing sudutan yang kurang daripada 180 ialah: Pilih tempat atau objek yang hendak diukur. Contohnya dari K ke L. Tentukan titik rujukan yang hendak digunakan. Contohnya, titik rujukan ialah K. Lukis satu garisan lurus antara titik K dan L. Buat garisan mata angin di atas titik rujukan K. Mengukur Bearing Sudutan Kurang Daripada 180 Menggunakan Jangka Sudut. Letakkan jangka sudut tepat di arah utara-selatan dan pastikan titik tengah jangka sudut berada pada titik K. Ukur nilai sudut mengikut pusingan jam dari arah utara sehingga ke titik L. Kira bacaan sudut, iaitu bearing sudutan L dan K ialah 70.

Mengukur Bearing Sudutan Kurang Daripada 180 Menggunakan Jangka Sudut.

Mengukur Bearing Sudutan Melebihi 180 Menggunakan Jangka Sudut. langkah-langkah untuk mengukur bearing sudutan lebih daripada 180 ialah: Lukis garisan lurus dari titik P ke Q. Tentukan titik rujukan, contohnya P. Lukis garisan mata angin di atas titik P. Letakkan jangka sudut di atas mata angin di sebelah timur untuk mendapatkan nilai 180. Mengukur Bearing Sudutan Melebihi 180 Menggunakan Jangka Sudut. (e) Kemudian, letakkan jangka sudut di atas mata angin di sebelah barat dan ukur sudut Q dari P mengikut garisan lurus tadi.

Mengukur Bearing Sudutan Melebihi 180 Menggunakan Jangka Sudut. Kemudian, letakkan jangka sudut di atas mata angin di sebelah barat dan ukur sudut Q dari P mengikut garisan lurus tadi, iaitu 100. Campurkan nilai 180 dan 100. Bearing sudutan bagi arah Q dari P ialah 280.

Rumusan Bearing sudutan digunakan untuk menentukan arah dengan tepat. Bearing sudutan ialah bearing yang diukur dari arah utara mengikut pusingan jam dan bernilai antara 0 hingga 360. Untuk mengukur bearing sudutan, jangka sudut atau kompas magnetik digunakan. Jangka sudut mengukur bearing dalam dua kaedah, iaitu mengukur nilai sudut yang kurang daripada 180 dan mengukur nilai sudut yang melebihi 180.

2. BEARING SUDUTAN MELEBIHI 180 DARJAH

3. BEARING SUKUAN DARI ARAH UTARA

4. BEARING SUKUAN DARI ARAH SELATAN

You might also like