Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

Kajian berkenaan dijalankan untuk mengkaji pendapat ibu bapa dan guru prasekolah tentang kepentingan pelaksanaan aktiviti

seni kreatif dalam membantu kearah penyuburan budaya seni kreatif di Malaysia. Kajian tersebut di lakukan keatas ibu bapa dan guru pelajar prasekolah yang berumur 6 tahun dari dua jenis prasekolah iaitu yang dikendalikan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan pihak swasta. Kajian juga memfokus kearah mencari perbezaan pendapat diantara guru-guru dan ibubapa dari demografi yang berbeza iaitu luar bandar dan bandar. Hasil dapatan kajian juga bertujuan membantu KPM dalam mengesan kumpulan yang memerlukan bimbingan dari segi latihan dan kesedaran daripada kalangan pendidik dan ibu bapa. Seramai 53 orang guru dan 253 orang ibubapa dari 40 buah prasekolah di daerah Sibu telah dipilih secara rawak sebagai responden kepada kajian ini. Kajian dilakukan melalui cara borang kaji selidik dan soalan tersebut telah diuji mengikut pekali Cronbach Alfa bagi menentukan kadar

kebolehpercayaanya. Instrumen kajian telah dibahagikan kepada dua bahagian iaitu bahagian A yang mengandungi 20 soalan untuk guru dan B yang mengandungi 20 soalan untuk ibubapa. Soalan-soalan yang diajukan adalah berkaitan dengan latar belakang responden dan tahap kefahaman individu mengenai nilai kreativiti dalam pendidikan. Aspek kreativiti dalam pendidikan prasekolah adalah penting untuk membantu mempertingkatkan keupayaan guru-guru dan murid-murid di sekolah. Selaras dengan tuntutan Falsafah Pendidikan Negara iaitu Memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu. Sikap kreativiti yang lahir daripada pendidik akan memberi inspirasi dalam mencungkil bakat-bakat terpendam dikalangan anak didik mereka. Terdapat pelbagai kemahiran yang perlu dikuasai telah di tetapkan sebagai objektif pembelajaran bagi murid prasekolah dan ini akan dapat dicapai melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang sistematik dan berinovasi daripada guru-guru. Selari dengan perkembangan bidang pendidikan, Kementerian Pendidikan telah mengenalpasti empat pendekatan pengajaran dan
1

pembelajaran iaitu pendekatan belajar melalui bermain, pendekatan bertema, pendekatan bersepadu dan penggunaan ICT dalam pembelajaran. Semua ini akan dapat direalisasikan dengan mengadaptasi kreativiti dan inovasi tersendiri semasa pengajaran dan pembelajaran (P dan P) dijalankan. Fokus kajian juga adalah bertujuan untuk menentukan tahap kesedaran ibu bapa tentang nilai kreativiti dalam aspek pembelajaran anak-anak dimana ibu bapa juga memainkan peranan dalam memilih teknik penyampaian pembelajaran yang lebih berkesan kepada anak-anak. Ibu bapa yang peka akan kesan positif seni kreatif pembelajaran akan berusaha meningkatkan mutu pembelajaran anak mereka di rumah mahupun di sekolah melalui pelbagai alternatif. Sesetengah ibu bapa tidak peka terhadap signifikan nilai kreativiti dalam teknik pengajaran dan mereka hanya memandang pendidikan sebagai satu pencapaian akademik semata-mata. Kekurangan ini akan memberi impak kepada pemilihan institusi pendidikan anak-anak dan penilaian ibu bapa terhadap tahap pencapaian anak-anak juga tidak akan menyeluruh. Begitu juga dengan tahap kesedaran guru yang berbeza tentang nilai kreativiti dalam pendidikan. Kebanyakan guru hanya memberi fokus kepada hasil pendidikan sematamata tanpa mempedulikan tentang penerapan kreativiti kedalam pengajaran dan personality murid-murid. Warga pendidik perlu sedar akan kepentingan mengintegrasikan kreativiti dan pemupukan budaya ini dikalangan pelajar bagi menongkah arus pemodenan bidang pendidikan dan seterusnya melahirkan generasi modal insan yang berdaya saing di peringkat global. Keputusan kajian menunjukkan bahawa pihak guru dan kebanyakan ibu bapa melihat nilai kreativiti sebagai satu elemen yang penting dalam suatu sistem pendidikan. Walau bagaimanapun, ada juga sesetengah ibubapa yang tinggal di kawasan luar bandar masih gagal menilai akan kepentingan nilai kreativiti ini terhadap anak-anak mereka. Mereka cuma mahu melihat kepada hasil pembelajaran yang diolah di atas kertas peperiksaan
2

daripada pembangunan nilai estetik ini. Faktor latar belakang ibu bapa di luar bandar yang tidak mempunyai pendidikan tinggi dan kurangnya sensitif terhadap perubahan pendidikan semasa menjadi punca kepada kuranganya kesedaran ini. Jurang perbezaan terhadap tahap kehafahaman nilai kreativiti yang ketara juga wujud diantara guru yang mengajar di sekolah kebangsaan dan sekolah swasta. Guru-guru dari sekolah kebangsaan sangat terlatih dan mereka dilengkapi dengan teknik pengajaran baharu yang boleh diaplikasikan di dalam bilik darjah. Ini adalah berbeza dengan kemahiran yang dimiliki oleh kebanyakan guru-guru prasekolah swasta yang tidak memiliki latar belakang pendidikan yang tinggi dan kurang mahir dalam teknik penyampaian pembelajaran kreatif. Mereka kurang pendedahan kepada cara-cara pengajaran yang terkini dan kebanyakan mereka hanya mempraktikkan teknik latihtubi dan menghafal yang tidak selaras dengan perkembangan pendidikan semasa. Kelebihan dapat dilihat dikalangan guru-guru dari sekolah kebangsaan yang sentiasa mendapat khidmat latihan dan dihantar berkursus untuk mempelbagaikan teknik pengajaran masing-masing. Begitupun, terdapat beberapa faktor yang dikenalpasti menyulitkan usaha pembudayaan nilai kreativiti dikalangan guru iaitu faktor kawalan kelas dan pengolahan idea kreatif kedalam pembelajaran. Kedua-dua masalah ini akan dapat diatasi dengan latihan dan penerapan nilai motivasi yang tinggi di kalangan pendidik. Kemahiran pengajaran perlu sentiasa diperkemaskan dan ditambahbaikan dalam menyiapsiagakan warga pendidik searus dengan perubahan sistem pendidikan dunia. Kehadiran motivasi dan semangat yang disuntik melalui kursus dan latihan daripada KPM akan dapat membantu guru-guru menangani kerenah murid disekolah dengan profesional dan berhemah. Kurangnya peluang untuk guruguru sekolah swasta menyertai majlis ilmiah yang akan memperbaiki mutu pengajaran mereka menyumbangkan kepada kemerosotan penggunaan kreativiti dikalangan guru prasekolah swasta. Pihak pengurusan prasekolah swasta tidak sensitif kepada permintaan
3

sistem pendidikan semasa yang menginginkan perubahan dan penggunaan aspek seni pengajaran. Justeru, perbezaan pendapat ibu bapa dan guru prasekolah berdasarkan lokasi sekolah dan jenis sekolah memberi halatuju dan fokus yang jelas kepada pihak berkuasa supaya bertindak lebih proaktif dan serius. Pendedahan kepada konsep dan fungsi aktiviti seni kreatif dalam pengajaran dan pembelajaran adalah sangat diperlukan oleh kumpulan yang terlibat dalam membantu mereka memahami kepentingan nilai tersebut dan mengorak langkah perubahan kearah merialisasikan Falsafah Pendidikan Negara. Kerajaan perlu berusaha untuk mengurangkan jurang perbezaan tahap pendidikan di kalangan guru prasekolah untuk memperluaskan perlaksanaan aktiviti seni kreatif yang menjadi pencetus pembangunan holistik pelajar di peringkat awal pendidikan ini. Pemantauan dan penyelarasan kurikulum serta pengenalan kepada teknik seni kreatif kepada guru-guru di prasekolah swasta harus dipertimbangkan dalam membantu memartabatkan sistem pendidikan kebangsaan sehingga ke peringkat akar umbi. Kesedaran warga pendidik terhadap kepentingan mengaplikasian metodologi ini harus dipertingkatkan dalam mewujudkan budaya seni kreatif ini dalam teknik pengajaran harian. Kerjasama dari semua pihak yang terlibat dalam menjalankan peranan masing-masing kearah satu matlamat sama akan dapat memastikan budaya seni kreatif subur di dalam sistem pendidikan negara.

Rujukan

1. http://wendegreeinmajorandminor.blogspot.com/2011/12/kod-kod-estetika-dalam-kelaskanak.html diakses pada 31st Februari 2014 2. Model Perkembangan Metode Pembelajaran Seni Dalam Pendidikan Apresiasi Dan Kresi UNtuk Pelajar Prasekolah Oleh: Malarsih, Siluh Made Astini, dan Usrek Tani Utina. UNNES. 3. Perkembangan seni Kanak-kanak oleh Suriati Raji 4. Kreativiti Seni dalam Pendidikan Oleh Nor Anuwar Bin Hamat 5. Perlaksanaan Aktiviti Seni Kreatif dalam Pendidikan Prasekolah Malaysia oleh Ling Pik Kuong dan Hasnah Toran

You might also like