Arahan Dan Tanggungjawab Pelajar Amali

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 2

PERINGATAN KEPADA LATIHAN AMALI 1.

PELAJAR

YANG

AKAN

MENGIKUTI

SESI

Para pelajar dikehendaki membawa alatan-alatan seperti berikut: a. Buku Catatan. b. Alatulis. c. Kamera (bagi pelajar yang mengambil kursus HBLS4403 sahaja)

2.

Pelajar harus memakai pakaian yang bersesuaian dan kemas semasa berada di dalam makmal/padang/bengkel. Pelajar perempuan yang tidak bertudung perlu mengikat rambut semasa berada dalam makmal. Pelajar juga diwajibkan memakai kasut semasa menjalani latihan amali. Pemakaian selipar/sandal tidak dibenarkan sama sekali. Kegagalan berbuat demikian menyebabkan pelajar boleh dihalang daripada memasuki makmal/padang/bengkel. Sila berada di pusat amali 30 minit sebelum kelas amali bermula.

3.

4. 5.

Perlu diingatkan bahawa kawasan pusat amali adalah kawasan larangan merokok. Tindakan disiplin akan diambil terhadap pelajar yang gagal mematuhi arahan larangan merokok. Sebarang kerosakan pada peralatan (seperti alatan pecah) adalah di bawah tanggungjawab pelajar sendiri. Pelajar dikehendaki memaklumkan kerosakan yang berlaku dan membayar pampasan kepada Penyelaras / Demonstrator / Pembantu makmal serta merta. Pelajar yang tinggal berjauhan daripada pusat amali perlu membuat tempahan penginapan sendiri. Keselamatan pelajar semasa menghadiri latihan amali adalah dibawah tanggungjawab pelajar sendiri. Pihak OUM atau pusat amali tidak akan bertanggungjawab terdapat sebarang kemalangan/kecelakaan yang berlaku akibat daripada kecuaian pelajar sendiri. Sebarang pembiayaan kos perubatan akibat daripada kecederaan yang berlaku perlu ditanggung oleh pelajar sendiri. Pelajar diingatkan supaya berhati-hati semasa menjalankan Latihan Amali ini dan mematuhi semua peraturan-peraturan ketika berada dalam makmal/padang/bengkel.

6.

7.

8.

9.

PERINGATAN DARIPADA DEKAN FAKULTI 1. 2. Kehadiran Latihan Amali ini adalah WAJIB. Pelajar yang tidak dapat menghadiri sesi Latihan Amali ini perlu mengemukakan surat tunjuk sebab kepada Dekan Fakulti Pendidikan Dan Bahasa dengan menyertakan dokumen sokongan yang berkaitan. Hanya pelajar yang mengemukakan sebab / alasan yang kukuh sahaja akan diberikan Gred I (Incomplete) dan dikehendaki mengulang semula Latihan Amali ini pada semester yang berikutnya (tertakluk kepada penawaran latihan amali). Pelajar yang gagal menghadiri Latihan Amali ini tanpa mengemukakan sebab/alasan yang kukuh akan mendapat markah 0 % bagi komponen latihan amali (25%/20%) dalam markah penilaian berterusan.

3.

Sekian. Terima kasih.

DEKAN Fakulti Pendidikan Dan Bahasa Open University Malaysia.

You might also like