Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

Penduduk Sabah terdiri daripada pelbagai suku kaum.

Di antaranya adalah Kadazandusun, Bajau, Murut, Kedayan, Bisaya, Irranun, Rungus, Kimarang, Kwijau, Lundayeh, Ubian, Binadan, Orang Sungai, Tatana, Tagaas, Brunei, Suluk dan lain-lain.

Penggunaan

pakaian-pakaian

tradisional

mereka

boleh dilihat dari dua sudut zaman, iaitu zaman klasik dan zaman moden. Pada zaman klasik, pakaianpakaian tradisional ini dipakai semasa upacaraupacara ritual, hari perkahwinan dan sebagai pakaian seharian.

Pada zaman moden, pakaian-pakaian tradisional hanya dipakai untuk tujuan-tujuan tertentu seperti hari perkahwinan oleh pengantin lelaki dan perempuan serta aktiviti-aktiviti kebudayaan.

Kebanyakan suku kaum di Sabah memilih hitam sebagai warna pakaian tradisional mereka.

Dulu, batu akik merah, manik-manik kaca berwarna, kulit kowri, butang putih atau cakera yang dibuat daripada cengkerang dan tembaga digunakan untuk menghiasi pakaian lelaki dan perempuan.

Oleh itu, penggunaan warna hitam asalnya daripada kepercayaan bahawa warna hitam adalah lambing kekuasaan atau warna ketuhanan yang mana dapat melindungi pemakai daripada makhluk-makhluk halus yang jahat.

Sesetengah pihak mengatakan bahawa penggunaan warna hitam adalah disesuaikan dengan cara hidup dan keadaan semulajadi pada waktu itu.

Kini, kebanyakan hiasan diganti dengan manik-manik plastik atau benang emas dan perak, labuci dan benang berwarna. Hiasan-hiasan ini disertai dengan tali pinggang yang dibuat daripada berbagai-bagai bahan

Lapik pinggang dibuat daripada rotan berwarna untuk mengetatkan gaun, seluar atau anak baju. Kalung dijadikan hiasan leher dan dada. Gelang dipakai untuk menghiasi lengan, pergelangan tangan dan kaki.

Kaum lelaki masih memakai sigah sejak dulu lagi. Sigah atau tanjak ialah sekeping kain segi empat yang dipakai dalam berbagai-bagai bentuk mengikut daerah atau asal usul pemakai.

Tutup kepala seperti terendak atau tudung dipakai oleh kaum lelaki dan wanita sebagai pakaian biasa berfungsi sebagai pelindung dan penahan peluh. Semasa majlis upacara, terendak-terendak yang dipakai adalah lebih indah dan berwarna-warni.

Spesialis ritual memakai tutup kepala dan pakaian dengan hiasan yang banyak dapat membezakan mereka dari orang biasa apabila mereka menjalankan sesuatu upacara tradisional.

Kaum wanita pula memakai manik, sisir, tudung dan terendak mengikut aktiviti yang dijalankan.

You might also like