Download as ppt, pdf, or txt
Download as ppt, pdf, or txt
You are on page 1of 21

TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF

Oleh:
MOHAMAD HUSAINI BIN ABU HASSAN MOHD HASNOR BIN MOHD HASIM TANG KIE GUAN MOHD SYAFIEE BIN MD HASIM MUHAMMAD HAFIYUDDIN BIN MSNNANI

TEORI-TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF JEAN PIAGET & LEV VVGOTSKY

PENGENALAN
Ahli-ahli psikologi telah mengkaji bagaimana

pemkembangan kanak-kanak berlaku dan menghasilkan beberapa teori pemkembangan kognitif. Teori-teori perkembangan ini dikaitkan dengan pengajaran dan pembelajaran.

TEORI PIAGET
Jean Piaget dikenali sebagai bapa psikologi kanak-kanak Dilahirkan di Neuchatel, Switzerland (1896-1980) Penyelidikan dalam bidang psikologi kanakkanak

PERINGKAT-PERINGKAT PERKEMBANGAN KOGNITIF


1.

Peringkat Sensorimotor (Semenjak lahir 2 tahun) Menggunakan deria dan pergerakan fizikal untuk mempelajari tentang persekitaran. Mengkoordinasi maklumat deria dengan kebolehan motor untuk membentuk skema tingkahlaku. Merasa puas menggunakan mulut untuk merasa dan menghisap juga berminat dengan objek yang berada di persekitarannya. Menujukkan permulaan pemikiran logik. Boleh mengulang semula proses ini ke asal secara fizikal. Melakukan imitasi terhadap tingkahlaku yang dilihat atau diperhatikan. Mencapai tahap pengekalan objek iaitu kebolehan untuk menggambarkan objek di dalam memori.

2.Peringkat Pra Operasi (Kanak-kanak 2-7 tahun) Boleh menggunakan skema-skema fizikal yang mudah. Mula menggunakan minda untuk membentuk skema-skema baru. Dapat mewakili sesuatu dengan simbol mental. Boleh menceritakan pengalaman mereka dengan ayat-ayat mudah. Boleh membayangkan dan juga memberi kualiti atau ciri benda hidup kepada benda bukan hidup. Bersifat intuitif iaitu pemahaman kanak-kanak mengenai objek bergantung pada ciri-ciri yang nampak jelas dan nyata. Menunjukan sikap egosentrik (melihat dan memahami persekitaran melalui perspektif sendiri.) Selalu menyangka orang lain mempunyai perasaan, reaksi dan perspektif yang sama dengan mereka. Belum menguasai konsep pengekalan, konsep transformasi.

3. Peringkat Operasi Konkrit (7-11 tahun)


Belum boleh berfikir perkara yang abstrak. Boleh berfikir secara logik tetapi terbatas kepada yang

konkrit. Mula memahami proses transformasi, ,keterbalikan dan menaakul Boleh menguasai konsep pengekalan (conservation) iaitu: Prinsip identiti Prinsip ganti rugi Prinsip keterbalikan .

4. Peringkat Operasi Formal (11 tahun ke atas)


Boleh melakukan proses mental ke atas idea-idea dan

membuat jangkaan atau andaian berdasarkan fakta. Boleh berfikir secara abstrak Boleh berfikir secara sistematik Berupaya membuat hipotesis. Bilangan skemata akan meningkat bilangannya.

IMPLIKASI TEORI PIAGET


a) menumpukan perhatian kepada cara berfikir atau proses mental kanak-kanak, tidak sekadar kepada hasilnya. Guru harus memahami proses yang digunakan kanak-kanak itu sehingga sampai pada hasil tersebut. b) Mengutamakan peranan pelajar dalam berinisiatif sendiri dan penglibatan aktif dalam kegiatan belajar. Dalam kelas, Pieget menekankan bahawa pengajaran pengetahuan semulajadi (ready made knowledge) kanak-kanak didorong oleh interaksi spontannya sendiri.

c)adanya perbezaan individu dalam perkembangan diri seseorang individu.Teori Pieget menganggap bahawa semua pelajar berkembang dan melewati urutan perkembangan yang sama, namun pertumbuhan itu berlaku pada kelajuan yang berbeza. d) Mengutamakan peranan pelajar untuk saling berinteraksi. Menurut Pieget, pertukaran idea atau pendapat tidak dapat dielakkan untuk perkembangan setiap individu.

TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF

Lev Vygotsky

TEORI VYGOTSKY
Teori pembudayaan sosial atau juga dikenali sebagai teori konstruktivisme diperkenalkan oleh Lev Semenovich Vygotsky (1896 1934). Seorang guru dan sarjana sastera Psikologi berbangsa Rusia Menulis buku tentang Pemikiran dan Bahasa dan Fikiran Masyarakat .

Menurut Lev vvgotsky:


pemikiran kanak-kanak berkembang akibat dari pergaulan dengan orang lain. Pergaulan dan interaksi yang bermakna ini selalunya berlaku antara kanakkanak dengan individu yang lebih berpengetahuan darinya. Kanak-kanak mengikut Vygotsky belajar dari apa yang dipraktikkan. kanak-kanak tidak dapat membina pengetahuannya sendiri tentang persekitaran. Ia harus dibina melalui interaksi sosial dengan individuindividu yang berada di persekitarannya seperti ibu bapa, guru, adik beradik, keluarga terdekat dan rakan sebaya. Individu-individu ini akan bertindak memberi arahan, maklum balas dan membimbing komunikasi kanak-kanak. Kanak-kanak kemudiannya akan menggunakan maklumat-maklumat ini di dalam interaksi-interaksi yang lain iaitu mungkin semasa bermain atau apabila berdepan dengan situasi yang hampir sama di masa akan datang.

MENURUT LEV VVGOTSKY LAGI:


TEORI TERBAHAGI KEPADA 3 TAHAP: Zon Perkembangan Proksimal -Kepentingan interaksi di dalam perkembangan kognitif kanak-kanak digambarkan oleh Vygotsky dalam konsep Zon Perkembangan Proksimal. Ia adalah istilah yang digunakan oleh Vygotsky untuk menerangkan bagaimana kemahiran-kemahiran yang sukar dilakukan oleh kanak-kanak boleh dijayakan dengan bantuan dan bimbingan orang-orang dewasa atau rakan sebaya yang lebih mahir.

Had Atas
-Peringkat kemahiran kanak-kanak yang boleh dicapai dengan bantuan individu yang lebih mahir. Had Bawah -Kemahiran yang boleh dicapai sendiri oleh kanak-kanak.

Implikasi Teori Vygotsky ke atas pengajaran dan pembelajaran. 1. Penilaian perlu difokuskan untuk menentukan Zon Perkembangan Proksimal setiap kanak-kanak. Guru perlu meberi latihan yang berbeza kesukaran untuk menentukan tahap bimbingan yang sepatutnya diberi. 2. Gunakan Zon Perkembangan Proksimal dalam pengajaran. Pada had atas tetapkan objektif untuk kanak-kanak capai. Objektif perlu pada tahap kesukaran yang lebih tinggi daripada pencapaian pelajar ketika itu. Guru membantu bila diperlukan. Beri galakan dan semangat untuk kanak-kanak mencuba dan mengaplikasi kemahiran supaya mencapai objektif. 3. Menggalakkan bantuan daripada rakan sebaya yang sudah mahir. Kanak-kanak boleh mendapatkan bantuan dan sokongan dari rakanrakan yang sudah memahami konsep yang diajar.

4. Kawal dan galakkan kanak-kanak bercakap sendiri semasa menyelesaikan sesuatu masalah. Bimbing kanakkanak untuk merealisasikan idea semasa bercakap sendiri ke dalam situasi yang memerlukan penyelesaian. 5. Beri arahan yang bermakna. Seboleh-bolehnya kaitkan pengajaran dengan kehidupan seharian. Kurangkan penghafalan, bimbing pelajar mengaplikasi pengetahuan kepada pengalaman sebenar.

TAHAP PERKEMBANGAN KANAK-KANAK BERPERINGKAT-PERINGKAT ANALISIS AKTIVITI KOKURIKLUM

TEORI PIEGET

MEMOTIVASIKAN KANAK-KANAK MENGGALAKKAN DAYA REKA CIPTA

MENEKANKAN AKTIVITI YANG BERSESUAIAN DENGAN TAHAPPERKEMBANGAN

APLIKASI TEORI DALAM P&P


TEORI PIAGET 1) Mengarahkan mengetahuan murid-murid ke tahap keupayaan mereka. 2) Memilih aktiviti dan BBM yang menarik dan sesuai untuk menarik minat murid-murid untuk belajar.

INTERAKSI SOSIAL MEMAINKAN PERANAN PENTING DALAM PEMBANGUNAN KOGNITIF KANAK-KANAK FOKUS KEPADA ASPEK PEMBINAAN ILMU

TEORI VYGOTSKY

TINGKAH LAKU SOSIAL-KEMAHIRAN KOGNITIF DAN CORAK KEMAHIRAN

MENEKANKAN KEMAHIRAN BERFIKIR

APLIKASI TEORI VYGOTSKY

1) Pembelajaran menjadi suatu pengalaman dan menjadi maklum balas kepada murid-murid dan guru. 2) Para guru perlu mengalakan pelajar bersosial dan membuat aktiviti luar seperti lawatan sambil belajar. 3) Menggalakkan pelajar untuk lebih berinteraksi.

You might also like