Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

Tingkatan 5

EKONOMI MALAYSIA : STRUKTUR EKONOMI NEGARA SEKTOR EKONOMI Dalam sesebuah negara, sektor ekonomi meliputi : Sektor Utama (Pertama) Aktiviti ekstraktif Sektor Kedua Aktiviti Pemprosesan Sektor Ketiga Aktiviti Perkhidmatan Pertama Pertanian, Penternakan, Perikanan, Perlombongan dan Kuari

Kedua Perkilangan, Pembuatan, Pembinaan

Ketiga Pendidikan, Kesihatan,Perbekalan Air,Letrik dan Gas, Perhotelan, Pengangkutan

SEKTOR UTAMA Biasanya di sebut juga sebagai Sektor Pertama Menjalankan aktiviti ekstraktif Aktiviti mengeluarkan barang daripada alam semulajadi Penyumbang utama kepada KDNK sehingga kini (peratus sumbangan semakin berkurang) Peluang pekerjaan khususnya penduduk luar bandar Pertanian Kelapa Sawit ,Getah, Lada Hitam, Koko. Pengeluaran untuk industri seperti tayar Perlombongan dan Kuari Petroleum, gas asli, bijih timah, besi, bauksait. Penyumbang semakin penting petroleum & gas Penternakan Lembu, kambing, ayam, khinzir Perikanan Pantai dalam, persisiran pantai,air tawar Perhutanan

Pembalakan. Kayu untuk kegunaan sektor kedua SEKTOR KEDUA Juga di sebut sebagai Sektor Sekunder Menjalankan aktiviti pemprosesan Aktiviti menukarkan barang daripada bahan mentah kepada barang separa siap atau barang akhir Penting kepada KDNK mulai tahun 1970-an (Dasar Perindustrian Negara) Peluang pekerjaan besar kerana insentif buruh Perkilangan Industri Berat, Industri Sederhana, Industri Ringan Pembinaan Rumah kediaman, kedai, kilang, ruang pejabat Pembuatan Indusri desa - kraftangan, makanan berasakan bahan pertanian DASAR BERKAITAN SEKTOR KEDUA Pelan Induk Perindustrian -Dasar Perindustrian Negara -Dasar Persyarikatan -Dasar Penswastaan -Dasar Perindustrian Berat

Ke arah Negara Perindustrian Baru (NIC) -HICOM : Kereta Nasional -Perwaja Steel : Industri Keluli -Petronas, Petronas Dagangan, Petronas Gas, Petronas Penapisan -MEC : Pengeluaran perlatan elektrik

Galakan & Program -Taraf Perintis -Elaun Cukai Pelaburan -Infrastruktur -MSC : Korridor Raya Multimedia SEKTOR KETIGA Juga di sebut sebagai Sektor Tertier Menjalankan aktiviti perkhidmatan Aktiviti menyediakan barang dan perkhidmatan kepada pengguna akhir Society of Services : Pentingkan perkhidmatan Mewujudkan peluang pekerjaan dalam kaedah baru Meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara

Perkhidmatan Pengeluaran Perkhidmatan Awam Perkhidmatan Lain ________________________________________________________

MASALAH PERGANTUNGAN EKONOMI KEPADA SEKTOR UTAMA Di Malaysia, masalah pergantungan ekonomi akan mempengaruhi : KETIDAKSTABILAN HARGA Harga komoditi utama mengalami turun naik yang hebat. Oleh itu Pendapatan Negara juga tidak stabil. PENDAPATAN PEKERJA TERJEJAS Harga komoditi utama yang tidak stabil menyebabkan peluang pekerjaan terjejas. Ini akan menjejaskan pendapatan pekerja KEUPAYAAN MENYERAP BURUH RENDAH Berlaku pengangguran bermusim kerana keupayaan menyerap buruh terhad. TINGKAT GUNATENAGA BERKURANG Kemelesetan ekonomi berlaku akibat harga yang tidak stabil.Kesannya, tingkat gunatenaga akan jatuh. KEPUPUSAN SUMBER Komoditi utama yang semakin pupus/haus. Kekurangan sumber mengurangkan aktiviti sektor. PEMBANGUNAN TAK SEIMBANG Pembangunan yang tak seimbang dan lembab menyebabkan negara terpaksa mengimport hasil sektor dari luar negara. MERUGIKAN IMBANGAN DAGANGAN Jumlah nilai eksport sektor utama lebih rendah. Ini merugikan imbangan dagangan kerana indeks harga eksport lebih rendah daripada indeks harga import _______________________________________________________

FAKTOR PERUBAHAN STRUKTUR EKONOMI 4 faktor yang mempengaruhi perubahan dalam struktur ekonomi negara (merujuk kepada mengapa kerajaan bertindak ke arah menjalankan aktiviti ekonomi lain) : MEMPELBAGAIKAN EKONOMI Tidak terlalu bergantung kepada sektor utama. Langkah diambil untuk membentuk dasar yang akan mempelbagaikan corak keluaran dalam ekonomi. Penegasan pada mulanya kepada sekotr perindustrian kemudian diikuti oleh sekot perkhidmatan

KEHAUSAN SUMBER ASLI Kepupusan sumber asli seperti bijih timah, hasil hutan, petroleum dsb. Penggantungan yang lama akan menjejaskan ekonomi. Hasil berkurangan, pendapatan negara jatuh. INDUSTRI PENGGANTIAN IMPORT Galakan pengwujudan industri penggantian import akan mengurangkan aktiviti mengimport negara. Oleh itu imbangan dagangan dapat dibaiki. PENINGKATAN PENDAPATAN PENDUDUK DAN TARAF HIDUP Kepelbagaian sektor akan menjana pendapatan kepada rakyat. Kuasa beli rakyat meningkat dan menjurus kepada peningkatan taraf hidup. _________________________________________________________

KESAN PERUBAHAN STRUKTUR EKONOMI PERUBAHAN STRUKTUR EKONOMI AKAN MENYEBABKAN: PENINGKATAN PELABURAN ASING Pelaburan asing meningkat, peluang pekerjaan bertambah PERKEMBANGAN SEKTOR PERINDUSTRIAN Kepesatan sektor ini akibat daripada kemasukan teknologi baru PERKEMBANGAN SEKTOR PERKHIDMATAN Pemingkatan pekerja/penduduk memerlukan banyak jenis perkhidmatan PENDAPATAN NEGARA MENINGKAT Peluang pekerjaan bertambah, pendapatan negara meningkat, taraf hidup semakin baik

You might also like