Professional Documents
Culture Documents
Soalan Elm 3101
Soalan Elm 3101
PENGENALAN
TEORI TELELOGIKAL merupakan suatu aliran
yang juga dikenali sebagai consequentialism. Telos berasal dari Yunani bermaksud tujuan atau matlamat. Daripada Greek pula bermaksud kesudahan atau keputusan. Pengasas ; Jeremy Benthan (1784-1832) dan John Stuart Mill (1806-1873). Ahli teleologis menentukan cakap bohong betul @ salah melalui AKIBAT dan NATIJAHNYA.
Berdasarkan teori ini, kebaikan atau kejahatan sesuatu ditentukan oleh nilai instrumentalnya. Malah, sesuatu tindakan atau peraturan dianggap bermoral jika jumlah kebaikan yang dihasilkan melebihi kejahatan. Namun begitu, kehadiran beberapa pandangan ahli teologi menyebabkan wujudnya perbezaan dalam aspek baik dan jahat hingga muncul 2 teori teologi yang berbeza iaitu Utilitarianisme dan egoisme.
TEORI TEOLOGI
Utilitarianisme
Egoisme
TEORI UTILITARIANISME
DEFINISI :
Utilitarianisme berpegang kepada prinsip bahawa seseorang itu sepatutnya melakukan sesuatu tindakan yang akan menghasilkan kebaikan yang paling banyak kepada setiap orang atau kebahagiaan yang paling banyak kepada sejumlah insan yang paling ramai. Kebahagiaan yang diamaksudkan ialah keseronokan (sesuatu yang bukan bersifat moral).
PENGASAS-PENGASAS
Jeremy Bentham (1748-1832) merupakan pengasas bagi teori ini dan seterusnya dikembangkan oleh anaknya, John Stuart Mill (18061873) Jeremy Bentham, mengatakan bahawa manusia dikuasai dan dipengaruhi keseronokan serta kesakitan, manakala kemoralan ialah usaha mencari kebahagiaan, iaitu keseronokan. Bagi John Stuart Mill pula, beliau membezakan antara keseronokan dengan memasukkan aspek kualiti. Mill mengukur kualiti dan kuantiti sekaligus. Menurutnya, petunjuk kualiti keseronokan adalah seperti tinggi/rendah, baik/buruk, baru/lama, objektif/subjektif. Faktor yang boleh mempengaruhi keseronokan pula, ialah kecerdikan, pendidikan, sensitiviti, bermoral dalam tindakan dan kesihatan yang naik.
PENYOKONG
Quinton (1973), menganggap bahawa kebaikan sesuatu tindakan atau perlakuan ditentukan oleh nilai natijah daripada tindakan itu sendiri. Penentu nilai berkenaan ialah keseronokan dan kesakitan yang wujud bersama.
JENIS-JENIS UTILITARIANISME
ACT UTILITARIANISM
Ciri pertama adalah merekod akibat sesuatu perbuatan sama ada bermoral atau sebaliknya berdasarkan kajian kes. Ciri ini dipanggil act utilitarianism. Misalnya aktiviti riadah dengan menonton televisyen mungkin dianggap tidak bermoral kerana masa tersebut sepatutnya digunakan untuk kerja-kerja bermanfaat.
HEDONISTIC UTILITARIANISM: Ciri kedua pula ialah mengambil kira kegembiraan, kesan daripada suatu tindakan dianggap bermoral. Ini kerana Bentham berpendapat, untuk menentukan benar atau salah (moraliti ) tingkah laku individu, ianya perlu mengambil kira kesan dan akibatnya. Misalnya tindakan yang meningkatkan ciri kesetiaan dalam persabahatan sehingga mencetuskan ciri kegembiraan.
EGOISME
Definisi: Egoisme ditakrifkan sebagai teori yang menggangap nilai itu baik jika menguntungkan diri sendiri dan nilai itu buruk jika sesuatu itu merugikan diri sendiri. Teori ini juga bersifat induvisualistik.
Egoisme Psikologi
Egoisme Etika
Egoisme Psikologi
satu teori deskriptif mengatakan bagaimana orang melakukan tindakan. Berpendapat bahawa semua orang adalah selfish.
Egoisme Etika
Memberitahu (pescribe) bagaimana mereka perlu bertindak. Berpendapat bahawa semua orang perlu selfish
Egois biasanya mementingkan diri sendiri sahaja dan tidak mengambil kira kepentingan orang lain, sebaliknya menindas dan mengeksploitasi orang lain. Egois tiada iltizam untuk berbakti kepada masyarakat dan menjalankan kerja sukarela. Mereka ini benci kepada pertubuhan atau organisasi. Nietzsche memperakui nilai sesuatu sistem peraturan tetapi beliau menentang peraturan mutlak. Peraturan mestilah bersifat individualistik.
Contohnya situasi: a) Seseorang dianggap akan merugikan diri sendiri apabila membantu orang dalam sesuatu urusan, sedangkan diri sendiri akan mendapat keburukan. Contohnya, seseorang memberikan pelampung kepada rakannya yang hampir lemas, tetapi dirinya sendiri telah dibawa arus yang deras.
Egoisme tidak mengutamakan kemurahan hati kerana mengejar kepentingan diri sendiri, hal ini memudaratkan orang lain. Peraturan yang bersifat individualistik ini menyebabkan tiada satu piawaian atau ukuran untuk menghakimi sesutau tindakan. Merosakan hubungan dan nilai murni tidak dapat diterapkan. Nilai bermasyarakat tidak dapat dipupuk. Melahirkan individu yang penting diri.
Kekuatan Teori Egoisme
Egoisme dapat membantu dalam mencapai matlamat kendiri. Egoisme juga membantu dalam membina sesuatu yang sendiri tanpa bantuan orang lain. Kepuasan kendiri dapat dicapai. Egoisme membantu dalam membina keyakinan dan prinsip kendiri yang kuat.
KESIMPULAN
Prinsip Utilitarianisme yang dikemukakan mendukung bahawa kita seharusnya memaksimunkan kebahagiaan dan meminimunkan kesakitan. Manakala pengajaran Egoisme pula menyokong etika individualisme. Oleh itu, dalam kehidupan seharian, kita mestilah berjaga-jaga dan berwaspada dalam menerima fahaman atau pendapat daripada mana-mana pihak.
SOALAN 1
Egoisme ditakrifkan sebagai teori yang menggangap nilai itu baik jika menguntungkan diri sendiri dan nilai itu buruk jika sesuatu itu merugikan diri sendiri. Secara tidak langsung, teori ini bersifat? a) Individualistik b) Demokratik c) Autokratik d) materialisktik
SOALAN 2
Egoisme merupakan teori yang mementingkan diri sendiri. Terdepat dua jenis egoisme. Nyatakan dua jenis egoisme tersebut. i-egoisme psikologi a) i, ii ii-egoisme etika b) ii, iii iii- egoisme tersendiri c) i, iv iv-egoisme terancang d) iii, iv
SOALAN 3
Teori Utilitarianisme terbahagi kepada dua jenis. Antara berikut, manakah merupakan jenis teori utilitaruanisme? a) Hedonistic Utilitarianism b) domestik ulitarianisme c) keseronokan d) kebahagiaan
SOALAN 4
Antara berikut, manakah pendapat yang dinyatakan oleh penyokong teori Ulitarianisme? a) Utilitarianisme merupakan teori yang bersifat meterialistik b) Utilitarianisme berkonsepkan ketenangan c) Utilitarianisme menganggap bahawa kebaikan sesuatu tindakan atau perlakuan ditentukan oleh nilai natijah daripada tindakan itu sendiri.
SOALAN 5
Terdapat beberapa kelemahan dan kekuatan dalam teori egoisme. Pilih yang manakah, menggambarkan kelemahan dalam teori tersebut? a) Egoisme tidak mengutamakan kemurahan hati kerana mengejar kepentingan diri sendiri, hal ini memudaratkan orang lain. b) Egoisme membantu mencerna minda masyarakat c) Egoisme menerapkan sikap pilih kasih
SOALAN 6
Nyatakan kekuatan yang terdapat dalam teori egoisme yang boleh diaplikasikan dalam kehidupan? a) Kepuasan kendiri dapat dicapai. b) sikap kebersamaan dapat dipupuk c) Membina masyarakat yang majmuk d) Membina persekitaran yang positif
SOALAN 7
Jeremy Bentham, mengatakan bahawa manusia dikuasai dan dipengaruhi keseronokan serta kesakitan, manakala kemoralan ialah usaha mencari kebahagiaan, iaitu keseronokan. Berdasarkan pendapat di atas, teori manakah yang dimaksudkan? a) Utilitariansme b) Egoisme c) Hendonistik d) Autoriti
SOALAN 8
Seseorang dianggap akan merugikan diri sendiri apabila membantu orang dalam sesuatu urusan. Berdasarkan penyataan di atas, teori manakah yang dapat dikaitkan? a) Utilitariansme b) Egoisme c) Hendonistik d) Autoritik
SOALAN 9
semua orang perlu selfish Teori manakah yang dapat dikaitkan dengan penyataan di atas? a) Egoisme psikologi b) Egoisme etika c) Hendonistik d) Autoritik
SOALAN 10
Apakah prinsip Utilitarianisme? a) kita seharusnya memaksimunkan kebahagiaan dan meminimunkan kesakitan. b) Kita hendaklah melaksanakan sebarang tugas berdasarkan kepentingan diri. c) Pelaksanaan kerja perlukan dilakukan atas dasar kepuasan.