Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

Tugasan 2a:Bincangakan secara kritis keberkesanan peranan kerajaan dan agensi bukan kerajaan(dasar, strategi , aktiviti) dalam mengeratkan

hubungan etnik di Malaysia ? Sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan, pelbagai ranjau berduri yang dilalui oleh generasi terdahulu untuk menuntut kemerdekaan. Hasil perpaduan masyarakat Tanah Melayu ketika itu yang berganding bahu menuntut kemerdekaan telah membuka mata pihak Inggeris supaya memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu. Implikasinya, masyarakat kini hidup harmoni tanpa gangguan dan kongkongan penjajah. Perpaduan yang telah wujud kini adalah warisan daripada warisan nenek moyang yang harus dikekalkan agar tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panasSesungguhnya, usaha yang berterusan dan efision amat diperlukan bagi memelihara dan memperkukuhkan perpaduan Negara ini.Pelbagai usaha telah dilakukan oleh kerajaan dan agensi bukan kerajaan dalam usaha menganjak paradigma perpaduan dalam kalangan masyarakat yang berbeza etnik ini.Namum persoalannya di sini adalah sejauh manakah keberkesanan peranan kerajaan dan agensi bukan kerajaan dalam mengeratkan hubungan etnik di Malaysia ? Terdapat pelbagai usaha yang telah dilakukan oleh pihak kerajaan dalam proses mengeratkan hubungan ini. Memupuk semangat hubungan etnik yang harmoni menjadi agenda utama kerajaan yang dilaksanakan menerusi perancangan dan pelaksanaan dasar-dasar tertentu.Antara usaha-usaha yang dilakukan adalah dengan memperkenalkan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Ia adalah sebuah badan yang ditubuhkan dan bertanggungjawab memupuk dan memelihara perpaduan antara etnik di negara ini. Masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai etnik mempunyai latar belakang budaya, agama, bahasa dan adat resam yang berbeza. Walaupun etnik yang berlainan ini berganding bahu di bawah satu sistem politik yang sama namun kehidupan mereka adalah berasingan. Interaksi dalam kalangan mereka juga kurang dan hubungan antara mereka hanya terbatas kepada perkara tertentu terutama yang berkaitan dengan aktiviti ekonomi. Pembahagian buruh dalam sistem ekonomi dibuat berdasarkan pemisahan etnik dalam masyarakat dengan setiap etnik mempunyai fungsi ekonomi yang tersendiri. Bagaimanapun suasana ini jauh lebih baik jika dibandingkan dengan suasana sewaktu Tanah Melayu baru mencapai kemerdekaan. Masyarakat pada waktu itu menepati ciri-ciri masyarakat majmuk seperti yang diutarakan Furnivall (1948), kesan daripada pelaksanaan dasar pecah dan perintah oleh British. Dalam hal ini isu perpaduan dan hubungan antara etnik merupakan agenda penting negara dalam memastikan kestabilan politik sentiasa terjamin. Generasi kini yang mewarisi

konsep masyarakat majmuk sejak merdeka masih menghadapi persoalan dan dilema akibat masalah segregasi antara kaum. Keadaan ini secara tidak langsung menggambarkan konflik antara kaum yang wujud akibat perbezaan persepsi dalam kalangan kaum.Maka melalui JPIN ini masyarakat pelbagai kaum ini dapat disatukan dalam satu bumbungan yang menjamin nilai perpaduan dan keharmonian. Selain itu, terdapat beberapa strategik politik telah dilakukan bagi memupuk perpaduan dan integrasi hubungan etnik.Contohnya kerajaan telah berusaha memupuk perpaduan negara berlandaskan peruntukan dalam perlembagaan merangkumi , sistem kerajaan persekutuan, demokrasi berparlimen , raja berperlembagaan ,kedudukan Raja-raja Melayu ,bahasa kebangsaan ,hak mengamalkan agama masing-masing ,hak asasi rakyat Malaysia ,kedudukan istimewa kaum bumiputera dan peribumi, lambang-lambang negara dan pembahagian kuasa dan tanggungjawab antara kerajaan persekutuan dengan kerajaan negeri. Kesemua perkara ini merupakan kerangka kepada usaha kerajaan dalam bidang politik untuk memupuk identiti nasional, perpaduan antara kaum dan integrasi antara wilayah. Di samping itu, mewujudkan langkah keselamatan dan undang- undang juga adalah penting untuk mengawal dan mencegah pertubuhan yang memperjuangkan kepentingan sesuatu kaum. Malahan , pendidikan juga salah satu cara di mana untuk memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat pelbagai etnik ini.Hal ini kerana, golongan celik pandai adalah golongan yang bakal menerajui pentadbiran Negara dengan memenuhi keperluan setiap golongan masyarakat tanpa mengira bangsa, kaum dan agama.Maka bagi merealisasikan impian ini , pihak kerajaan telah memperkenalkan Dasar Pendidikan Negara yang seimbang dengan semua lapisan masyarakat.Antara langkah-langkah yang telah diambil adalah dengan mengadakan kurikulum yang sama dan berorientasikan Malaysia bagi semua jenis sekolah, Mewujudkan sistem peperiksaan yang sama bagi semua; Meningkatkan mutu pendidikan

keseluruhannya dengan menyediakan pendidikan yang menyeluruh, seimbang dan bersepadu; mendemokrasikan pendidikan dari segi peluang dan mutu dengan mengagihkan peruntukan secara adil dan memberi perhatian khas kepada kumpulan yang kurang bernasib baik dan kawasan luar bandar atau pendalaman dan menjadikan Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Inggeris sebagai mata pelajaran yang wajib diajar di sekolah-sekolah dan memberi peluang yang sempuma bagi pembelajaran bahasa-bahasa lain seperti Bahasa Cina dan Bahasa Tamil. Langkah- langkah ini amat berkesan dalam merealisasikan impian untuk mewujudkan bangsa Malaysia yang hidup bersepadu dan harmoni.Hal ini kerana, konsep pendidikan untuk semua ini membawa perubahan dalam semua lapisan masyarakat agar hidup bersatu.

Malahan,Rumah terbuka diadakan sempena sambutan musim perayaan sesuatu kaum di Malaysia.Rumah terbuka ini dilakukan secara besar-besaran agar semua masyarakat dapat menyertainya dan merasai perayaan setiap etnik.Contonhya baru-baru ini , pihak kerajaan telah mengadakan rumah terbuka bagi perayaan Tahun Baru Cina yang telah disertai oleh Perdana Menteri kita. Di samping itu juga, bukan sahaja pihak kerajaan menganjurkan rumah terbuka,malah rakyat biasa juga mengamalkan amalan ini. Masyarakat pelbagai etnik saling berkunjung ke rumah jiran tetangga mereka.. Etnik Cina, misalnya, akan berusaha menyediakan makanan yang halal kepada etnik Melayu apabila menjemput etnik Melayu datang ke rumah mereka sewaktu perayaan Tahun Baru Cina. Demikian juga semasa perayaan Krismas atau Deepavali. Hal ini menunjukkan etnik Cina, India, Iban, dan Kadazan Dusun begitu mengambil berat dan memahami budaya etnik Melayu dan etnik Melayu pula tidak akan menyajikan daging lembu kepada etnik India apabila mereka datang ke rumah semasa Hari Raya Aidilfitri. Pertimbangan ini memperlihatkan keharmonian hubungan etnik sentiasa terjalin kukuh dalam kalangan rakyat dan memahami keharmonian budaya masing-masing. Amalan ini membuktikan kesepaduan sosial dalam masyarakat berada pada tahap yang tinggi walaupun mereka berlainan agama, etnik dan budaya. Kerajaan telah memperkenalkan konsep Sekolah Wawasan sebagai satu daripada pendekatan alternatif untuk memupuk nilai perpaduan etnik dan integrasi nasional dengan membina dua atau tiga jenis sekolah rendah yang berlainan bahasa pengantar. Namun, pentadbiran terletak dalam kawasan yang sama dan berkongsi kemudahan asas seperti padang permainan dan dewan. Sekolah Wawasan ini bertujuan untuk mewujudkan persekitaran yang memberikan peluang yang luas kepada para pelajar pelbagai etnik untuk bergaul dan berinteraksi melalui pelbagai aktiviti tanpa menjejaskan status dan perkembangan

sekolahnya.Memang sah, pendekatan ini berkesan dalam kalangan para pelajar.Hal ini demikian, pelajar dari sekolah wawasan lebih mudah untuk memahami tentang kehidupan etnik lain . Sejajar dengan hasrat dan matlamat kerajaan untuk memupuk perpaduan dalam masyarakat,Agensi bukan kerajaan seperti Multinational Corporation (MNC) turut

memainkan peranan ke arah kesejahteraan masyarakat dengan cara menaja aktiviti yang memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat pelbagai etnik. Antara syarikat tersebut ialah YTL Corporation, Lion Group, Maxis dan Berjaya Group. Syarikat berkenaan sering menganjurkan aktiviti kemasyarakatan melibatkan pelbagai etnik melalui penajaan dalam bidang pendidikan, penjagaan alam sekitar, kebajikan, Antara matlamat utama syarikat MNC ini

adalah untuk memberi peluang kepada golongan sasar terutamanya masyarakat luar bandar yang rendah tahap kehidupan mereka supaya dapat menikmati bantuan menerusi program Corporate Social Responsibility(CSR) ini. Tanggungjawab sosial yang diberikan dapat membantu kerajaan memperbaiki kualiti kehidupan dalam kalangan masyarakat yang memerlukan tanpa mengira batas etnik di seluruh pelosok negara. Di samping itu, generasi muda terutamanya para pelajar pelbagai etnik ialah golongan penting kepada syarikat MNC kerana program dan aktiviti anjuran CSR melibatkan pemberian dana bantuan berbentuk biasiswa kepada mereka yang cemerlang untuk meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Golongan warga emas juga turut didekati oleh pihak MNC dengan menyalurkan sumbangan untuk meringankan sedikit tanggungan oleh pihak tertentu dan sebagai mengingati jasa dan bakti mereka kepada masyarakat dan Negara.Maka melalui jasa bakti MNC Malahan , pihak NGO iaitu agensi bukan kerajaan juga banyak mengambil langkah drastic dalam membantu pihak kerajaan untuk mengeratkan hubungan etnik.Terdapat pertubuhan induk di peringkat kebangsaan yang menaungi pertubuhan berasaskan etnik seperti Pertubuhan Belia Malaysia dan Dewan Perniagaan dan Perusahaan Malaysia. Pertubuhan NGO pula dapat memainkan peranan untuk mempercepatkan proses hubungan etnik di Malaysia. Dari aspek kepemimpinan pula pemimpin persatuan di peringkat negara atau persatuan, barisan kepemimpinannya disertai oleh pemimpin daripada pelbagai etnik. Sebagai contoh, kepemimpinan Majlis Belia Malaysia disertai oleh semua golongan etnik. Walaupun terdapat pembahagian pertubuhan mengikut etnik seperti Pergerakan Belia 4B, Persatuan Belia Tamil, Dewan Perniagaan Melayu Malaysia, Dewan Perniagaan Cina dan Dewan Perniagaan India Malaysia, namun persatuan berkenaan dapat digunakan oleh NGO untuk mengadakan pelbagai dialog dan seminar dalam usaha memahami permasalahan dan jalan penyelesaiannya. Melalui dialog dan seminar tersebut, secara tidak langsung akan dapat memupuk hubungan antara etnik Kesimpulannya walaupun penduduk Malaysia berbilang kaum namun semangat tolongmenolong sesama masyarakat amat penting untuk melaksanakan sesuatu perkara.. Perpaduan merupakan aset terpenting Malaysia kerana tanpa perpaduan, tidak mungkin keharmonian dapat dinikmati ibarat 'bersatu kita teguh, bercerai kita roboh'.Maka, terbuktilah bahawa usaha yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan dan NGO amat berkesan dalam mengeratkan hubungan etnik di Malaysia.

Tugasan 2b: Berdasarkan perbincangan di atas cadangkan langkah-langkah yang berkesan dalam mengeratkan hubungan etnik di Malaysia.
Malaysia merupakan sebuah Negara Asia yang kaya dengan alam sekeliling dan anugerah khazanah yang indah.Namun bukan sahaja alam yang indah malah mempunyai masyarakat yang berbilang kaum dan etnik bagai taman bunga yang berwarna-warni.Sudah menjadi tangggungjawab setiap insan yang menduduki Malaysia untuk memastikan keamanan dan kesejahteraan Negara sepanjang masa.Maka, sebagai seorang rakyat Malaysia kita haruslah sentiasa berusaha untuk hidup bersatu padu tanpa mengira kaum dan etnik.Walaupun kita daripada pelbagai pokok komuniti namun masih di bawah satu bumbung dipanggil Negara.Oleh yang demikian, kita haruslah mengambil langkah-langkah yang drastik dalam mengeratkan hubungan etnik di Malaysia.Hal ini kerana, terdapat pelbagai pihak yang menjadi batu api untuk menghancurkan perpaduan yang telah dibina ,tujuannya, untuk mengulingkan Negara kita yang aman damai. Antara langkah-langkah yang boleh kita ambil adalaKh dengan Kelab Perpaduan Nasional di seluruh Negara.Kelab ini boleh ditubuhkan di sekolah, institusi pengajian tinggi dan sebagai badan berdaftar yang bergerak sebagai badan yang membantu untuk meweujudkan sifat bersatu padu dalam kalangan rakyat.Tujuan cadangan langkah ini adalah, badan ini akan menjadi satu medan dimana rakyat akan diberi pendedahan tentang kepentingan

perpaduan.Hal ini kerana, walaupu Negara kita aman, namun ada pihak sentiasa bersedia dengan idea baru untuk mempecah belahkan masyarakat.Maka, badan inia akan mencegah masalah sebegini daripada berlaku dengan memastikan rakyat faham apa itu perpaduan, kepentingannya, dan kesannya jika tiada perpaduan.Malahan hal ini harus diterapkan di setiap sekolah seluruh Negara, agar dapat mewujudkan Generasi Y yang berfikiran matang, boleh bekerjasama tanpa mengira etnik. Di samping itu juga,peranan sekolah sangat penting dalam merealisasikan impian sebuah Negara Malaysia yang aman dan bersatu padu.Hal ini kerana, sekolah adalah medan untuk melahirkan manusia-manusia yang berguna kepada Negara selaras dengan impian Falsafah Pendidikan Negara iaitu, melahirkan golongan sempurna dari segi JERIS.Generasi Y ini adalah bakal peneraju kerajaan.Kerajaan haruslah jatuh pada tangan pemimpin yang boleh menerajui Negara tanpa mengira etnik , agama, bangsa, dan kaum.Maka, pihak sekolah haruslah memastikan bahawa sifat bersatu padu ini telah menyemai setiap hati murid .Peranan pihak sekolah amatlah penting.Hal ini kerana, jika pelajar yang dilahirkan adalah pelajar yang

berfikiran rasisme maka akan berulang balik peristiwa

hitam Negara 13 May 1969, akan

berlaku sekali lagi pertumpahan darah.Pihak sekolah haruslah membentuk pelajar yang berkerjasama dan boleh hidup di bawah satu bumbung tanpa mengira kaum . Di samping itu juga, pihak pengajian tinggi tidak kira swasta mahupun kerajaan haruslah berganding bahu untuk mewujudkan satu bangsa Malaysia yang harmoni dan erat hubungannya antara setiap etnik.Hal ini kerana, kalau dibandingkan dengan sekolah, di IPT hubungan antara setiap etnik adalah lebih kurang .Hal ini kerana , kehidupan yang padat.Maka, pihak IPT harus memastikan pelajarnya saling kenal- mengenali dan mengambil bahagian dalam setiap aktiviti yang dijalankan,Contohnya, Majlis Sambutan Hari Deepavali, Hari Raya, dan Tahun Baru Cina.Pada majlis sambutan begini, siswa dan siswi akan didedahkan dengan ilmu budaya dan adat setiap kaum secara langsung.Melalui mengambil bahagian dalam majlismajlis begini bukan sahaja boleh mengenali budaya malah boleh mengeratkan hubungan silaturahim antara satu sama lain. Selain daripada itu , memikul tugas dalam mengeratkan hubungan etnik bukan sahaja terletak di tangan pelajar dan kerajaan malah masyarakat memainkan peranan yang sangat penting dalam soal ini.Hal ini kerana, tanpa masyarakat yang bersatu padu tiadalah Negara Malaysia yang aman damai.Maka, bagi mengeratkan hubungan etnik ini, masyarakat juga harus berganding bahu membantu dalam hal ini.Antara langkah yang boleh diambil adalah , mengamalkan sistem Rukun Tetangga yang telah diperkenalkan pada tahun 1975 berikutan penguatkuasaan Peraturan-Peraturan Perlu mengenai Rukun Tetangga 1975. . Mulai 1 Januari 1983, kerajaan telah membuat pindaan terhadap Peraturan Perlu (Rukun Tetangga) 1975 dengan memberi penekanan kepada konsep kejiranan untuk memupuk serta mengukuhkan lagi semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat setempat. Pada tahun 2000, peraturan Rukun Tetangga telah dipinda sekali lagi dengan memberi ruang yang lebih luas untuk pembangunan masyarakat secara menyeluruh ke arah mewujudkan perpaduan nasional.Namun demikian, masih lagi ada kawasan yang tidak mengerjakan Rukun Tetangga ini. Dengan kata lain, Skim Rukun Tetangga diperkenalkan sebagai langkah untuk membolehkan rakyat sendiri mengawal dan menjaga keselamatan kawasan kediaman mereka dengan penekanan terhadap konsep kejiranan serta falsafah bahawa kesejahteraan kawasan sejiran akan menjamin kesejahteraan negara. Peranannya diperluaskan lagi kepada pembangunan komuniti bagi memastikan perpaduan dan keharmonian hubungan dalam masyarakat akan berterusan dan berkekalan. Dari aspek sosial, ahli Rukun Tetangga haruslah

melakukan amalan kunjung- mengunjung semasa musim perayaan. Dari segi pendidikan, mereka bolehlah mengadakan sistem pendidikan tidak formal seperti kolokium jiran wanita, kursus motivasi, kursus kepemimpinan, tuisyen dan ceramah dalam pelbagai bidang. Selain itu, mereka juga mengadakan aktiviti sukan seperti sukaneka, larian amal, permainan bola sepak, bola baling, bola jaring, sukan air, sukan tradisional dan sukan rakyat. Mereka juga mengadakan aktiviti rekreasi seperti tai chi, ekspedisi mendaki bukit, kembara mendaki gunung dan khemah kerja. Ceramah kesihatan berkaitan anti-dadah, AIDS, kanser, kempen kebersihan, dan menjaga harta awam juga dianjurkan oleh Jawatankuasa Rukun Tetangga. Ceramah dan forum berkaitan dengan keagamaan juga diadakan. Aktiviti-aktiviti seperti bertujuan untuk membolehkan penduduk setempat berkenalan, bantu-membantu dalam menghadapi masalah bersama, berinteraksi dan merapatkan hubungan di peringkat akar umbi antara pemimpin dengan rakyat dan antara rakyat pelbagai keturunan, adat dan budaya Media massa juga memainkan peranan berkesan untuk membantu memupuk perpaduan negara melalui penyampaian maklumat, pembentukan sikap dan pandangan rakyat serta penerapan nilai-nilai positif ke arah memajukan semangat perpaduan. Internet sebagai wadah penyebaran maklumat juga perlu digunakan sebaik mungkin. Perkembangan media elektronik mampu menghubungkan rakyat termasuk masyarakat terpencil di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak. Syarikat swasta yang mengendalikan stesen televisyen turut memainkan peranan penting dalam usaha memupuk perpaduan negara dan integrasi nasional sebagai tanggungjawab sosial mereka kepada bangsa dan negara. Penerbit akhbar dan majalah juga digalakkan memberi sumbangan kepada usaha memantapkan perpaduan negara berdasarkan etika kewartawanan. Pengamal media dituntut supaya bertanggungjawab dan peka apabila menyentuh dan melaporkan perkara yang dapat menjejaskan perpaduan dan perhubungan antara kaum dan agama. Mereka juga perlu memastikan bahawa laporan tidak melanggar Akta Hasutan 1948 dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 serta tidak menjejaskan atau menggugat ketenteraman awam dan keselamatan negara. Kesimpulannya, tugas mengeratkan hubungan etnik adalah tugas semua pihak agar dapat dapat memelihara dan memperkukuhkan perpaduan dan integrasi nasional secara berterusan sejajar dengan kepelbagaian budaya dalam masyarakat di Negara ini. Majulah Malaysia!

You might also like