Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 28

Kata pinjaman

EJAANPENGEJAAN KATA PINJAMAN

Bahasa Eropah Lingua Franca telah menggantikan bahasa Melayu semasa era penjajahan Inggeris, dengan menyerap masuk bahasa Inggeris ke dalam kehidupan harian masyarakat tanah Melayu sebagai bahasa pendidikan, pentadbiran dan perniagaan. Penjelajahan orang India ke tanah Melayu telah mempengaruhi perubahan rakyat tempatan dalam aspek kesusteraan. Banyak perkataan bahasa Melayu diambil daripada bahasa Sanskrit. Menerima pinjaman dari pelbagai bahasa seperti bahasa

Arab, bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa Eropah lain disebabkan penjajahan Inggeris dan Belanda.2. SEJARAH PEMINJAMAN KATA

3. SUKAR MENCARI GANTIAN BAGI ISTILAH MODENTIMBUL KEKELIRUAN ISTILAH LAMA TIDAK BAGI PENGGUNA SESUAI DENGAN TEKNOLOGI MASA KINI Faktor Peminjaman Kata PERKEMBANGAN PERNIAGAAN DAN FAKTOR PERDAGANGANMEMERLUKA N ISTILAH PSIKOLOGI ASING MEMANTAPKAN STRUKTUR BAHASA

4. IMBUHAN KATA PINJAMAN DIAMBIL DARI.. BAHASA

INGGERIS BAHASA SANSKRIT BAHASA ARAB

5. AWALANanti antibiotik, antiamerikapro prokerajaan, proamerikapoli poliklinik, politeknikauto autograf, automatiksub subgolongan, subtopiksupra suprakelas, supranasional

6. AKHIRANal Klinikal, kritikalisme Idealisme,nasionalismesis Hidrolisis,elektrolisis

7. IMBUHAN PINJAMAN DARIPADA BAHASA SANSKRIT AWALANmaha mahasiswa, mahasiswipra prasejarah, prasekolahtata tatasusila, tataterbitswa

swasta,swalayaneka ekabahasa, ekanadadwi dwibahasa, dwifungsipanca pancaindera, pancalogam

8. AKHIRANman Seniman, budimanwan Hartawan, jutawannita Nita, biduanitawati Pragawati, seniwati

9. IMBUHAN PINJAMAN DARIPADA BAHASA ARAB AKHIRANi Abadi, insaniwi Duniawi, syurgawiiah Ilmiah, lahiriahin Hadirin, musliminah Hajah, ustazahat Hadirat, muslimat

10. penyesuaian huruf-huruf konsonan pengekalan/ tertentu pengguguran satu penyesuaian daripada ejaan daripada

KAEDAH gabungan huruf Bahasa Inggeris PENYESUAIAN konsonan yangke bahasa melayu EJAAN DALAM sama BAHASA MELAYU penyesuaian pengekalan huruf bagi huruf bagi gabungan 2 gabungan 2 huruf vokal huruf vokal

Penyesuaian Huruf-huruf KonsonanTertentu Huruf Bahasa Inggeris Bahasa Melayu c=s cent Sen cylinder silinder cc = k Accomodation akomodasi accumulation akumulasi cc = ks Accent Aksen vaccin vaksin ph = f phosphorus fosforus q=k quality Kualiti rh = r rhythm Rima rhetoric

retorik wh = w whisky wiski whistle wisel11.

Pengekalan atau pengguguran satu daripadagabungan huruf konsosnan yang sama Huruf Bahasa Bahasa Melayu Inggeris B, Bb = B Barbecue Barbeku F, Ff = F Factor Faktor G, Gg = G Geology Geologi N, Nn = N Tennis Tenis12.

Penyesuaian huruf bagi gabungan dua huruf vokal Huruf Bahasa Inggeris Bahasa Melayu ae = e aesthetic estetik ea = i beaker bikar ee = i beer bir ie = i calorie kalori ie = ai pie pai oa = o cardboard kadbod oe = e foetus fetus13.

Pengekalan huruf bagi gabungan dua huruf vokal Huruf Bahasa Inggeris Bahasa Melayu ae = ae aerial aerial ai =ai aileron aileron au =au automatik automatik ea = ea bearing bearing ei = ei atheist atheist eo = eo geometry geometri eu = eu europium europium ia = ia dialect dialek ie =ie diesel diesel io = io iodine iodin14.

Penyesuaian ejaan daripada bahasa inggeris ke dalam bahasa melayuBahasa Inggeris Bahasa Melayu Salah carbon karbon kaban cartoon kartun katun dialogue dialog dailog conductor konduktor kondukter institute institut instittiut15.

terdapat beberapa kata pinjaman yang dikecualikandaripada peraturan sistem keselarasan huruf vokal. Bahasa Inggeris Bahasa Melayu atom atom bonus bonus pistol pistol16.

Ejaan gugus konsonan yang terdapat dalam bahasainggeris tetap dikekalkan bentuknya dalam bahasa melayudengan beberapa penyesuaian. Bahasa Inggeris Bahasa Melayu bloc blok clinic klinik drama drama script skrip17.

terdapat kekecualian bagi beberapa perkataan yang tertentu yang boleh menggunakan e pepetBahasa Inggeris Bahasa Melayu Salah

Class Kelas Klas Club Kelab Klab Glass Gelas Glass Grant Geran Gran Plan Pelan Plan Stamp Setem Stem18.

semua huruf g yang dibunyikan sebagai huruf jmenurut sebutan bahasa Inggeris tetap ditulis sebagaig Bahasa Inggeris Bahasa Melayu Salah Agenda Agenda Ajenda Gymnasium Gimnasium Jimnasium Technology Teknologi Teknoloiji Tragedy Tragedi trajedi19.

Kata pinjaman yang berakhir dengan -sion, tion, dan sional menjadi syen, -sional dan sen. Bahasa Inggeris Bahasa Melayu television televisyen

intonation intonasi national nasional20.

Kata pinjaman yang berakhir dengan ism menjadi isme . Bahasa Inggeris Bahasa Melayu nasionalism nasionalisme socialism sosialisme mechanism mekanisme21.

22. Kesimpulan Sesungguhnya tidak ada satubudaya dan bahasa tertentu yangterbentuk daripada unsur asli sesuatubangsa di seluruh dunia. Semuanya terhasil melalui prosespertembungan manusia dari satutempat ke satu tempat lain. BahasaMelayu pun mempunyai unsurunsurperkataan yang berasal

dari pelbagainegara dan bangsa .

23. Ma h a s i s wa Ta t a s u s i l a An t i b i o t i kAu t o g r a f

Pendahuluan Tujuan kertas kerja ini merupakan percubaan untuk memahami masyarakat,kebudayaan dan sejarah Dunia Melayu mengandungi negaranegara Asia Tenggara seperti Malaysia,Singapura,Brunei dan Indonesia melalui analisa tentang unsur-unsur perkataan pinjaman dari bahasa luar dalam bahasa Melayu moden. Analisa kata-kata asing dalam bahasa Melayu agaknya menunjukkan salah satu proses pembinaan tamadun Melayu. Dari segi pandangan tersebut,kertas kerja ini cuba menjelaskan sifat-sifat bahasa dan budaya Melayu dan juga terutamanya masyarakat Malaysia sehingga kepada pembentukannya sekarang. Oleh yang demikian,bahasa Melayu boleh dianggap sebagai salah satu kunci untuk memafami faktor-faktor yang meringkaskan intisari kebudayaan dan sejarah Dunia Melayu. Ini adalah kerana bahasa

Melayu pernah memainkan peranan penting sebagai bahasa rasmi di Nusantara sejak masa lampau sehingga sekarang. 2. Jumlah,sumber dan kadar perkataan pinjaman dalam bahasa Melayu Untuk mengkaji kata-kata pinjaman dalam bahasa Melayu,kosa kata yang terdapat dalam Kamus Dewan terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka dipandukan untuk menentukan jumlah,sumber dan kadar kata asing dalam kertas kerja ini.Hasilnya seperti di bawah. (Jumlahnya berasaskan bilangan kata-kata dasar yang dimuatkan dalam Kamus Dewan.) *Jumlah Kata Pinjaman : 10,062 Sumber Jumlah Kadar Bahasa Inggeris 2,381 23,7% Bahasa Arab 1,791 17.8% Bahasa Jawa 1,482 14.5% Bahasa Belanda 1,387 13.8% Bahasa Minangkabau 1003 10.0% Bahasa Jakarta 920 9.1% Bahasa Sanskrit 490 4.9% Bahasa Cina 188 1.9% Bahasa Sunda 90 0.9% Bahasa Portugis 83 0.8% Bahasa Parsi 81 0.8%

Bahasa Tamil 57 0.6% Bahasa Hindu 57 0.6% Bahasa Jepun 16 0.2% *Bahasa Lain 36 0.4% *Kadar jumlah kata pinjaman terhadap jumlah kata dasar ialah 35%.(Jumlah kata dasar dalam kamus tersebut merupakan 28,651) *Bahasa Lain : Bahasa Palembang(11), Bahasa Latin(8), Bahasa Bali (4),Bahasa Turki(3), Bahasa Rusia(3), Bahasa Aceh(2), Bahasa Perancis (1), Bahasa Padang(1), Bahasa Sepanyol(1), Bahasa Korea(1), Bahasa Thai(1) Terutamanya,untuk menyatakan bahasa sumber kepada kata-kata tersebut,beberapa buah kamus bahasa Melayu dan Indonesia dan juga tesis berkaitan tema yang sama dirujuk di samping Kamus Dewan. Tetapi dalam kertas kerja ini keterangan etimologi tidak diberikan selengkapnya.Kebanyakan perkataan pinjaman hanya dihitungkan menurut kata yang sudah berlabel bahasa sumber dalam kamus sebagai kata yang masih ada sifat-sifat keasingannya. Oleh itu,tujuan kajian ini tidak menjelaskan bahasa sumber kata pinjaman dengan tepat kerana takrif mengenai peminjaman leksikal sukar ditentukan.Tetapi tesis ini mencuba menganalisa latarbelakang unsur-unsur perkataan luar dari bahasa asing ke dalam bahasa Melayu untuk memafami sejarah dan ciri-ciri masyarakat Melayu terutamanya Malaysia. 3. Penganalisa unsur-unsur perkataan pinjaman dalam bahasa Melayu.

Di bab ini, penulis menganalisa kata-kata asing yang tergolong menurut bahasa asal-usul masing-masing dan mempertimbangkan hubungan antara masyarakat Melayu dan kebudayaan luar melalui hasil analisa tersebut. 3.1. Perkataan pinjaman dari bahasa Sanskrit Penghijrahan orang dari India ke Dunia Melayu telah mempengaruhi perubahan masyarakat tempatan berabad-abad lamanya sejak dari kurun pertama Masihi. Mereka membawa bukan sahaja agama Budha dan Hindu tetapi juga pemerintahan beraja, kesusasteraan, geografi,hukum,ilmu nujum,ubat,seni pahat,pengolahan logam,kain sutera dan sebagainya. Perkara itu memberi faedah yang penting kepada dunia Melayu. Oleh yang demikian,beberapa faktor yang berkaitan boleh dijumpai dalam perkataan bahasa Sanskrit yang dimasukkan ke dalam bahasa Melayu. Sebahagian perkataan berasal dari bahasa Sanskrit boleh dibahagikan kepada tiga bidang, iaitu konsep kewujudan,pembentukan pertubuhan sosial kelas dan permulaan perdagangan. Mengenai konsep kewujudan, banyak perkataan yang menyatakan agama ,alam dan falsafah boleh ditemui dalam kata-kata pimjaman dari bahasa tersebut. Oleh sebab itu kita mengagak bahawa masyarakat Melayu telah menerima pengetahuan seperti itu dari kebudayaan India. Tentang pembentukan pertubuhan sosial kelas, ketika bahasa Sanskrit

mendatangi dunia Melayu, perubahan penting terjadi dalam masyarakat Melayu.Pendek kata,kedua-dua kelas yang memerintah dan kelas yang diperintah telah diformasi pada masa itu. Yang ketiga, berkaitan permulaan perdagangan, perdagangan antarabangsa di kalangan dunia Melayu dan India bermula dan ramai pedagang dan tentera melawati ke sana. Sejak itulah dunia Melayu dikatakan mencebur diri ke zaman perdagangan. Untuk melakukan perdagangan tersebut, kota dan bandar dibentuk dan dibangunkan di beberapa tempat di kepulauan Melayu sebagai pengkalan pertukaran dengan negara luar Nusantara. Menurut perkembangan perdagangan,persalinan perseorangan pun semakin meningkat dan juga bukan sahaja dari segi material tetapi juga bahan perpustakaan dan kesusasteraan dibawa oleh orang India. Contoh : agama, syurga, neraka, dosa, bakti, manusia, udara, cuaca, negara, keluarga, raja, bendahara, kuasa, duli, beta, istana, pustaka, tentera, cerita, harga, kota, desa, merdeka, kerja 3.2. Perkataan pinjaman dari bahasa Arab Untuk bahasa Melayu,dikatakan pengaliran masuk perkataan bahasa Arab beserta kedatangan agama Islam merupakan peristiwa yang sama penting dengan pengislaman kerajaan Melaka dalam sejarah dunia Melayu. Melalui proses peminjaman dari bahasa Arab,perubahan leksikal dilakukan sama ada kata umum mahupun istilah. Setelah agama Islam disebarkan ke seluruh dunia Melayu,bahasa Melayu bukan sahaja menjadi bahasa pengantar bagi bidang pendidikan dan pengajian tinggi tetapi

juga bahasa umum di Nusantara. Oleh itu kebudayaan Islam memberi pelbagai pengaruh yang penting kepada masyarakat Melayu. Sifat yang didapati oleh penganalisa tentang golongan perkataan dari bahasa Arab adalah seperti yang berikut. Kebanyakan kata pinjaman dari bahasa Arab terdiri daripada tiga kategori seperti konsep berdasar ilmu Islam(pandangan dunia,nilai moral,undangundang,upacara dll),perkembangan perniagaan dan peningkatan sains,kesusasteraan dan seni. Terutamanya,perkataan Arab boleh dijumpai dalam golongan kata umum yang bermaksud hubungan antara Tuhan dan manusia,perniagaan dan upacara sebagai kelahiran,perkahwinan,pemakaman dan sebagainya. Sebagai kesimpulan, perkataan-perkataan tersebut telah sebati dalam kehidupan harianan dan menggambarkan jiwa bangsa dunia Melayu. Contoh : adat, dunia, masjid, salam, ulama, masyarakat, syarikat, musim, ilmu, khabar, hukum, huruf, nujum, kamus, murid, nafu, hikayat, sejarah, riwayat, kisah 3.3. Perkataan pinjaman dari bahasa Parsi Ketika pedagang Parsi berkunjung ke Dunia Melayu lebih 800 tahun lalu,mereka membawa pelbagai pengaruh yang kesannya masih tinggal sehingga kini. Salah satu kesan yang bekekalan merupakan agama Islam yang tersebar di seluruh Nusantara.Selain daripada itu,pedagang Parsi juga membawa kesusasteraan mereka dan memperkenalkan penggunaan tulisan

jawi kepada orang Melayu. Kesannya terdapat dalam bahasa Melayu di mana perkataan yang mempunyai asal-usul dari bahasa Parsi digunakan dalam percakapan seharian. Contoh : bandar, dewan, domba, kahwin, kelasi, kenduri, medan, piala, nobat, pasar, nakhoda, saudagar, pahlawan, jam, serunai 3.4. Perkataan asal dari bahasa Portugis Orang Portugis menduduk Melaka selama satu abad sejak dari tahun Masihi 1511. Berkaitan hal ini pengaruhnya boleh ditemui dalam beberapa perkataan yang diambil dari bahasa Portugis ke dalam bahasa Melayu. Melalui analisa kata-kata tersebut,kita boleh mengagak hubungan antara masyarakat Melayu dan orang Portugis pada masa itu dan ia boleh dibahagikan kepada tiga bidang iaitu kedatangan barangbarang Eropah dari Portugis,kedatangan agama Kristian dan tenaga tentera Eropah. Latar-belakang perkara tersebut, zaman itu orang Portugis berminat untuk menguasai perniagaan di antara India dan Nusantara tetapi kuasanya tidak kuat untuk memerintah seluruh dunia Melayu.Oleh sebab itu pengaruhnya kepada masyarakat Melayu tidak sampai ke jiwa bangsa dan ia hanya membawa masuk barang dan ilmu dari Eropah sebagai perkara baru. Contoh : almari, bendera, meja, boneka, garpu, keju, kemdeja, sepatu, tinta, gereja, paderi, meriam, peluru, minggu, picu, roda, bomba

3.5. Perkataan pinjaman dari bahasa Cina,Tamil dan Hindi Kedudukan Dunia Melayu strategik sebagai pelabuhan transit di jalan perkapalan antarabangsa di antara India dan China sejak masa lampau.Oleh sebab itu ramai orang berpindah dari dua negara ke kepulauan Melayu,khususnya di Semenanjung Tanah Melayu. Pada abad ke19 ramai orang Cina dan India dibawa masuk ke sana sebagai tenaga buruh di kawasan perlombongan dan estet. Akibat perkara itu,perkataan berasal dari bahasa Cina,Tamil dan Hindi telah dibawa oleh imigran ke sana. Unsur-unsur perkataan yang tergolong dalam kategori ini boleh ditemui dalam bahasa Melayu sekarang. Berdasarkan analisa tentang perkataan tersebut, ketengahannya bermaksud makanan-makanan dan barang-barang hidup harian yang berasalumbi budaya masing-masing tetapi ia sudah menyerap di dalam masyarakat Malaysia walaupun kata-kata ini masih ada ciri-ciri budaya mereka sendiri.Pendek kata ia menetap dalam bahasa Melayu dari segi kebendaan bukan kerohanian. Perkataan itu menjadi sebahagian dari kehidupan harian dan sudah sebati di kalangan masyarakat Malaysia sebagai unsur budaya umum meskipun ia dibawa masuk oleh imigran dari negara berasingan. Contoh : Bahasa Cina : angpau, beca, cawan, dacing, pecai, samseng, sempoa, tauge, tauhu, tauke, toko, tukang, tong, teko, mi, tocang Bahasa Tamil : batil, kari, manikam, kapal, tirai, badai, tose, cerpu, katil, perisai, talam, pingga, Bahasa Hindi : acar, bakdul, kunci, dobi, lada, marmar, neraca, pateri, roti, tala, topi

3.6. Perkataan pinjaman dari bahasa Inggeris dan Belanda Penjajahan Inggeris di Tanah Melayu telah memberi banyak pengaruh kepada masyarakat Malaysia. Salah satu pengaruh yang penting ialah penyerapan penggunaan bahasa Inggeris dalam masyarakat Malaya,sebagai bahasa pentadbiran,perniagaan dan pendidikan. Dengan analisa perkataan ini,sifatnya boleh didefinisikan bahawa perkataan bahasa Inggeris dimasukkan dalam bahasa Melayu sejak zaman penjajahan sampai sekarang terutamanya dalam bidang sains dan teknologi. Kata pinjaman asal dari bahasa Inggeris boleh digolongkan kepada dua bidang iaitu istilah politik,ekonomi dan akademik moden dan nama barang industri,letrik dan teknologi tinggi. Sebaliknya, orang Belanda menjajah Indonesia setelah mereka meninggalkan Melaka pada 1924 Masihi. Oleh itu orang Belanda juga memberi perkataannya kepada bahasa Indonesia dan sifatnya digolongkan dalam bidang yang hampir sama dengan perkataan dari bahasa Inggeris dalam bahasa Melayu. Tetapi agaknya kebanyakan kata pinjaman dari bahasa Belanda dalam Kamus Dewan merupakan kata Belanda yang dipinjam melalui bahasa Indonesia. Oleh sebab perkataan itu dilabel IB(Indonesia Belanda) dalam Kamus tersebut.

Contoh : Bahasa Inggeris : akaun, arkitek, elektronik, faktor, filem, gobenor, kabinet, hidrogen, insurans, motosikal, parlimen, stesen, teknologi, paip, sains, kamera, radio, satelit, taksi, virus, wayarles Bahasa Belanda : akademikus, debitur, ekonomis, introdusir, invalide, kubus, langdros, komponis, mester, otobis, percis, supremasi, nol, mebel, marsuse, bangkir, pigmen, rektor, studen, universitas 3.7. Perkataan pinjaman dari bahasa serumpun di kepulauan Indonesia Bahasa Melayu telah berkembang dan diguna sebagai Lingua Franca di Dunia Melayu sejak masa lampau.Oleh yang demikian, kita boleh menemui banyak perkataan bahasa serumpun di kepulauan Indonesia terutamanya dari Jawa dan Sumatra.Kerana aliran masuk kata-kata dari bangsabangsa serumpun di sana kerapkali dilakukan terhadap bahasa Melayu. Khususnya berhubung dengan akibat bahawa ramai petani berimigrasi ke Semenanjung Tanah Melayu dari Jawa dan Sumatra, perkataan dari bahasa Jawa dan Minangkabau dapat dijumpai lebih banyak dari kata-kata bahasa lain dari kawasan tersebut dalam bahasa Melayu. Kalau dianalisa sifatnya,perkataan tersebut agaknya sudah menyerap sebagai sebahagian unsur bahasa Melayu sekarang dan kebanyakannya ialah kata yang bererti mengenai alam,pertanian,makanan,haiwan,nama keluarga diraja,adat-istiadat dan sebagainya yang berdasarkan adat dan kebudayaan daerah masing-masing di kepulauan Indonesia. Dalam jumlah kata tersebut,bahasa-bahasa pertuturan di pulau Jawa (bahasa Jawa, Jakarta Melayu dan Sunda) melebihi dari 50 peratus.

Berikutnya ialah bahasa-bahasa Sumatra(bahasa Minangkabau,Aceh, Palembang dan Padang). Di samping itu perkataan dari bahasa Bali terdapat dalam Kamus Dewan. Ia bermaksud adat-istiadat Bali yang unik di Indonesia. Contoh : Bahasa Jawa : alu, ani-ani, banjir, bengawan, kuno, lahar, omong, perabot, ratu, sapi, tempe, wisma, warga, gotong, lontong Bahasa Minangkabau : acak, alimbubu, bagar, bako, bancah, gerai, kacang, kelumun, kila, limbubu, mumuk, pondik, rumbing, satir, toboh, uda Bahasa Jakarta : bandot, bisa, bancet, genit, gerontang, jamur, jejaka, majikan, ngah, nini, pelan, rebon, tangar, urik, yuyu Bahasa Sunda : akang, balong, dodol, jaat, kantih, molor, oncom, peser, pincut, takol, tahapan, timburu Bahasa Palembang : anggan, cengih, kekas, panjing, perepat, sandang, welasan Bahasa Aceh : bangta, rudus Bahasa Bali : lebu, pedanda, senteng Bahasa Padang : marah 3.8. Perkataan pinjaman dari bahasa Jepun Perkataan yang berasal dari bahasa Jepun terdapat sedikit dalam Kamus Dewan. Kebanyakannya ialah perkataan yang diguna pada zaman pendudukan Jepun dan juga kata yang bererti benda-benda tradisi dan moden dari Jepun yang terkenal di dunia. Tetapi sesetengah perkataan ini jarang digunakan.

Contoh : ginko, harakiri, heiho, jibaku, judo, kanji, kimono, kokang, romusya, sake, samurai, syogun, taiso, takeyari 3.9. Perkataan pinjaman dari bahasa lain Perkataan yang memasuki dari bahasa lain yang boleh ditemui ialah bahasa Latin,Turki,Rusia,Perancis,Sepanyol,Korea dan Thai.Bilangannya sangat sedikit. Contoh : Bahasa Latin : ad, interim, ibid, status quo Bahasa Turki : aga, bokca, efendid Bahasa Rusia : czar, taiga, vodka Bahasa Prancis : kelonyor Bahasa Sepanyol : selva Bahasa Korea : tae kwan do Bahasa Thai : wat 4. Penutup Dari analisa tersebut,peratusan unsur perkataan bahasa luar dalam bahasa Melayu ialah 35 peratus.Adakah kadar itu tinggi atau rendah berbanding dengan bahasa-bahasa lain? Soalannya ia tidak begitu tinggi.Kerana proses peminjaman leksikal berlaku pada setiap bahasa ketika pertembungan beberapa bangsa terjadi melalui proses globalisasi.Biasanya apabila sesuatu bidang ilmu dikuasai oleh penutur bahasa tertentu,maka kumpulan bahasa lain akan meminjam kata yang berkaitan dalam bidang itu. Misalnya,dalam bahasa Inggeris terdapat hampir 65 peratus perkataan yang mempunyai asal-usul bahasa Latin,Greek dan lainlain.Sebahagian kosa kata bahasa-bahasa Eropah pula terdiri daripada bahasa Latin

dan Greek.Tambahan lagi, sekiranya analisa leksikal bahasa Jepun,terdapat juga hampir 40 peratus perkataan yang mempunyai asal-usul bahasa Cina dan 10 peratus berasal dari bahasa Eropah terutamanya bahasa Inggeris. Tetapi,sama dengan bahawa orang Eropah tidak menyedari perkataan yang berumbi bahasa Latin dan Greek sebagai kata pinjaman,bagi orang Melayu,perkataan berasal dari bahasa Sanskrit dan Arab merupakan disedarkan bukan perkataan pinjaman tetapi unsur perkataan berakar umbi bahasa asing yang sudah menetap dalam bahasa Melayu. Hal yang pentingnya ialah cara untuk definisikan erti peminjaman leksikal tetapi ia sukar ditetapkan. Kata-kata pinjaman itu mencerminkan bahawa pengaliran dan pertukaran orang dan juga penyebaran dan peminjaman kebudayaan yang berlaku di kawasan ini. Dengan konteks tersebut,kertas kerja ini cuba menjelaskan sifat tentang unsur-unsur perkataan bahasa asing dalam kosa kata bahasa Melayu dan perubahan tamadun Melayu melalui proses peminjaman leksikal pada bahasa sendiri. Perkataannya boleh digolongkan mengikut sifat dan peranannya dalam bahasa Melayu masa kini. Yang pertama ialah perkataan yang berakar umbi dalam masyarakat Malaysia sebagai konsep kebudayaan dan kerohanian rakyat di negara

itu terutamanya bagi orang Melayu. Kebanyakannya tidak disedari seperti perkataan yang dipinjam dari bahasa luar dan ia diguna dalam percakapan seharian dan juga dalam bidang pendidikan,pengajian tinggi dan media massa. Kumpulan itu termasuk bahasa Sanskrit,Arab dan Parsi. Yang kedua,perkataan yang digunakan sebagai kata yang menyatakan budaya dan benda yang sudah dimalaysiaan(Malaysianized) yang dibawa oleh orang yang bertutur bahasa Cina,Tamil,Hindu dan Portugis.Kebanyakannya boleh dikelaskan sebagai perkataan yang bererti makanan,barang,adat,agama,ilmu yang berasal dari budaya bangsa masing-masing.Seperti yang demikian, kumpulan itu terdiri daripada bahasa Cina(kebanyakannya dari dialek Hokkien),Tamil,Hindu dan Portugis.Tentang bahasa dari bangsa India,berbanding dengan bahasa Sanskrit,bilangan perkataan Tamil dan Hindi sangat sedikit. Perkataan dari serumpun kepulauan Indonesia agaknya terletak di tengah antara golongan yang pertama dan kedua. Selain daripada itu, terdapat perkataan yang baru dibawa masuk ke dalam bahasa Melayu dan sering digunakan untuk menyatakan khususnya konsep moden dan istilah sains dan teknologi tetapi ia tidak berumbi dalam masyarakat Malaysia.Kumpulan itu mengandungi perkataan yang dipinjam dari bahasa Inggeris dan Belanda.Terutamanya perkataan bahasa Inggeris digunakan dalam istilah akademik dan sains yang diambil dari Eropah dan bilangannya masih bertambah dengan pesat dalam bidang tersebut. Ini adalah kerana banyak istilah bidang sains dan teknologi disebarkan oleh media massa bahasa Inggeris ke

seluruh dunia pada masa ini. Melihatkan itu,istilah bahasa Inggeris agaknya akan menduduki sebahagian besar dalam kata pinjaman dalam bahasa Melayu tetapi ini tidak akan berlaku.Kerana perkataan tersebut diterima untuk menunjuk konsep baru,istilah sains dan bidang popular,oleh sebab itu agaknya ia mudah dihapuskan apabila perkara yang lebih baru dan maju muncul dan diambil masuk ke dalam bahasa tertentu pada masa hadapan. Setiap bahasa di dunia menyaksikan sejarahnya di setiap masyarakat dan kawasan yang menuturkannya sebagai bahasa rasmi atau bahasa pengantar.Dengan konteks ini,analisa unsur-unsur perkataan pinjaman dari bahasa asing ke dalam bahasa Melayu bukan sahaja menyambungkan pembentukan miniatur sejarah Dunia Melayu malahan juga membantu memahami dinamik sifatnya bahawa agak luas untuk menerima pengetahuan dan ilmu yang baru dari luar untuk perkembangan ekonomi dan membangunkan negara sendiri dari dahulu hingga sekarang. Sesungguhnya tidak ada satu budaya dan bahasa tertentu yang terbentuk daripada unsur asli sesuatu bangsa di seluruh dunia.Semuanya terhasil melalui proses pertembungan manusia dari satu tempat ke satu tempat lain. Dengan konteks ini,bahasa Melayu pun salah satu hasil itu tetapi disebabkan pertukaran kebudayaan Timur dan Barat berlaku di kawasan ini, bahasa Melayu mempunyai ciri-ciri yang sangat unik.

Dunia Melayu merupakan wadah tumpuan pelbagai bangsa Asia dan Eropah.Bahasa Melayu pun mempunyai unsur-unsur perkataan yang berasal dari pelbagai negara dan bangsa dari sana. Perkara itu membuatkan penyelidikan bahasa Melayu sangat menarik bagi para penyelidik dan pelajar bahasa,kesusasteraan dan kebudayaan Melayu dan juga menjadikan bahasa Melayu salah satu bahasa yang penting atau berharga untuk dikaji oleh para sarjana di seluruh dunia. Kertas kerja ini dibentangkan dalam Persidangan Antarabangsa Bahasa, Sastera dan Budaya Melayu di York Hotel Singapura, pada 17-18 Julai 1998, anjuran Institute Pendidikan National, Universiti Teknologi Nanyang, Singapura. Biblografi Kamus Dewan. Dewan Bahasa dan Pustaka. 1989,1994. Kamus Baru Bahasa Melayu. Koa Kyokai, Aikoku Shinbunsha Press. 1941. Kamus Besar Bahasa Indonesia. Departemen Pendidikan dan Kebudayaan,Balai Pustaka. 1993. Kamus Standar Bahasa Indonesia-Jepang. Dian Rakyat. Universitas Nasional.1995. AMRAN Kasimin. Arabic words in the Malay vocabulary(a critical study of existing Malay dictionaries). Kuala Lumpur. Universiti Kebansaan Malaysia. 1976. BARIED,Siti Baroroh. Bahasa Arab dan perkembangan Bahasa Indonesia. Denpasar. Fakultas Sastra,Universitas Udaya. 1982.

BEG,Muhammad Abdul Jabbar. Arabic loan-words in Malay : a comparative study. Kuala Lumpur.Universiti Kebangsaan Malaysia. 1982. BEG,Muhammad Abdul Jabbar. Persian and Turkish loan-words in Malay. Kuala Lumpur. Universiti Kebangsaan Malaysia. 1982. BEG,Muhammad Abdul Jabbar. Indo-Sanskrit loan-words in Malay. Bangi. Universiti Kebangsaan Malaysia. 1981. FATIMAH Faiman. Unsur-unsur Bahasa Melayu dalam Bahasa Jawa. Bangi. Pengarang. 1974. GONDA,J. Sanskrit in Indonesia. Nagpur. International Academy of Indian Culture. 1952. GRIJNS,C.D. European loan-words of origin in Bahasa Indonesia and traditional Malay. Leiden. KITLV. 1983. JONES,Russel. Arabic loan-words in Indonesian. London. School of Oriental and African Studies. University of London. 1978. MAXWELL,William Edward. A mannual of the Malay language with an introduction sketch of the Sanskrit element in Malay. London. Kegan Paul,French,Trubner. 1902 MOHAMMAD Abdullah,Sh. Pengaruh Bahasa Arab di dalam teks Sejarah Melayu. Bangi. Universiti Kebangsaan Malaysia. 1982. MUHAMMAD Said.Hj.Sulaiman. Guguskatan Parsi,Portugis,Belanda dan Tamil dan juga lagak Kedah. Johor Baharu. PBMPB di Raja. 1940.

POEDJOSOEDARMO,Soepomo. Javanese influence on Indonesian. Ann Arbor (Michigan). University Microfilm. 1987. van RONKEL. Mengenai Pengaruh tatakalimat Arab terhadap tatakalimat Melayu. Jakarta. Bhratara. 1977.
About these ads

You might also like