Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 10

SARJIMI BIN CHE ABDUL SALLEH 690920 09 5059 _____________________________________________________________________________________ BAHAGIAN B TUGASAN INDIVIDU c ) Cadangkan dan buktikan satu

u alat bantu mengajar maujud baru yang kreatif dan berinovasi serta sesuai dengan bidang sirah yang diajar . Definisi : Bahan Pengajaran dan Pembelajaran ( Bahan Bantu Mengajar ) Bahan bantu mengajar ( BBM ) adalah antara faktor terpenting dalam menentukan kejayaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran . Ini adalah bertujuan bagi menimbulkan rangsangan keinginan pelajar pelajar untuk mengetahui isi pembelajaran dengan lebih jelas serta menarik. BBM bukanlah merupakan sesuatu yang tersisih sifatnya daripada proses pengajaran dan pembelajaran . Mengikut Noraziah Abdul Hamid ( 1981: 2 ) , bertajuk Alatan Mengajar Dalam Pengajaran Bahasa , alat bantu itu mestilah dianggap sebagai satu bahagian yang penting dalam proses tersebut . Ia bertujuan untuk merapatkan perhubungan antara guru dan murid . Pendapat ini disokong oleh Edgar Dale ( 1964 ) yang digambarkan dalam bentuk cone of experience di mana proses pembelajaran bermula dengan aspek semi-abstrak hingga kepada yang lebih abstrak . Penggunaan BBM juga sebahagian kaedah dan idea idea yang disampaikan oleh guru kepada murid muridnya . Sebagai rumusan , BBM adalah sesuatu yang sangat penting kerana ianya dapat menjima tkan masa serta dapat mempelbagaikan kegiatan atau aktiviti murid murid dengan melahirkan perasaan seronok di kalangan mereka . BBM maujud Bagi sesi pengajaran dan pembelajaran ibadah dalam tajuk perkara perkara yang membatalkan puasa , saya telah meyediakan BBM benda maujud berbentuk replika jarum suntikan yang boleh dibuka dan diisi bahan bahan pengajaran . BBM ini juga boleh

digunakan untuk sesi set induksi . Semasa saya berjalan ke kelas , ramai pelajar teruja melihat replika jarum suntikan yang saya bawa . Ada antara pelajar daripada kelas lain yang meminta izin untuk memegang dan melihat dengan lebih dekat . Inilah antara tarikan penggunaan BBM dalam pengajaran dan pembelajaran yang mana mampu menarik perhatian semua pelajar walaupun pelajar tersebut bukan pelajar yang akan diajar .

SARJIMI BIN CHE ABDUL SALLEH 690920 09 5059 _____________________________________________________________________________________

Tajuk pengajaran yang akan sampaikan adalah perkara perkara yang membatalkan puasa . Antara perkara perkara yang membatalkan puasa ialah memasukkan sesuatu kedalam rongga badan dan termasuklah suntikan insulin . Pada pandangan saya , BBM ini adalah bersesuian kerana suntikan insulin memerlukan jarum suntikan . Saya percaya dan yakin pelajar pelajar pernah menerima suntikan semasa menerima rawatan di hospital atau pusat rawatan . Secara tidak langsung , BBM ini membantu mmengimbau kembali pengalaman sedia ada di kalangan pelajar . BBM yang saya sediakan ini mempunyai dua atau tiga peranan , antaranya ia bertindak sebagai alat untuk mengisi maklumat maklumat mengenai perkara yang membatalkan puasa , sebagai alat untuk menulis ( marker pen bertidak sebagai jarum ) dan menjadi salah satu alat utama untuk menerang kan perkara perkara yang membatalkan puasa . Semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berjalan , saya akan memilih secara rawak seorang pelajar kehadapan kelas untuk mengeluarkan salah satu bahan yang terdapat didalam replika jarum dan membaca secara kuat di hadapan kelas diikuti oleh semua murid . Seterusnya , pelajar yang lain akan dipanggil untuk meneruskan aktiviti sehingga selesai . Setiap kali pelajar mengeluarkan bahan , saya akan menerangkan serta menghurai dengan jelas perkara perkara yang mambatalkan puasa tersebut . Pada akhir pengajaran dan pembelajaran , saya akan membuat mengedarkan lembaran kerja dan membuat kesimpulan serta penutup . Contoh Replika Jarum

SARJIMI BIN CHE ABDUL SALLEH 690920 09 5059 _____________________________________________________________________________________

d ) Berikan pendapat anda terhadap keperluan menjadi guru yang beretika , berilmu , berakhlak mulia dan berinovasi . Berikan justifikasi atau hujjah bagi setiap isi yang dikemukakan . Pendidikan di Malaysia berperanan sebagai pembentukan insan yang seimbang dan harmonis seterusnya menjadi warganegara yang cekap , berketerampilan , beretika , berilmu , beriman , kreatif dan berinovasi . Ini bertepatan dengan harapan yang terdapat dalam Falsafah

Pendidikan dan Falsafah Pendidikan Islam . Pada zaman globalisasi yang penuh dengan cabaran di mana ilmu tersebar luas dan boleh didapati di mana mana , seperti kata pepatah ilmu di hujung jari , maka tugas dan peranan guru amatlah penting untuk membimbing anak anak memilih serta mengasingkan ilmu yang baik dan ilmu yang patut dijauhi . Pada zaman globalisasi ini juga , anak anak bukan sahaja perlu mempunyai pengetahuan , malah perlu mempunyai kemahiran atau skill yang tinggi agar dapat bersaing di peringkat yang lebih tinggi . Guru merupakan nadi kepada sekolah . Profesionalismenya adalah kunci kepda peningkatan kualiti ( Jemaah Nazir 2001 ) . Guru Pembina Negara bangsa , guru yang berkemahiran melaksanakan tugas dengan tingkah laku yang professional dan beriltizam penuh kepada keperluan etika , akan dapat melahirkan pelajar yang seimbang dari segi emosi , rohani dan intelektual . Guru merupakan contoh dan aspirasi bagi anak-anak , sahsiah guru yang cemerlang dan komitmen yang diberikan mampu membentuk anak didik menjadi insan yang bersepadu dan dapat memahami peranan serta tanggungjawab mereka terhadap masyarakat dan seterusnya terhadap Negara . Oleh yang demikian, bagi memastikan jatidiri guru terus utuh , seseorang guru haruslah mematuhi Etika Profesion Keguruan . Etika ini merupakan panduan tingkah laku yang menjadi pegangan guru berlandaskan nilai - nilai akhlak mulia . Melalui etika inilah masyarakat boleh menganilisis , menilai serta menentukan sama ada tingkah laku guru telah mengikut peraturan yang ditetapkan atau sebaliknya . Melalui etika ini juga dapat membantu guru menangani cabaran dalam dunia pendidikan yang begitu mencabar ketika ini . Oleh yang demikian, bagi memastikan jatidiri guru terus utuh , seseorang guru haruslah mematuhi Etika Profesion Keguruan . Etika ini merupakan panduan tingkah laku yang menjadi pegangan guru berlandaskan nilai - nilai akhlak mulia . Melalui etika inilah masyarakat boleh menganilisis , menilai serta menentukan sama ada tingkah laku guru telah mengikut peraturan

SARJIMI BIN CHE ABDUL SALLEH 690920 09 5059 _____________________________________________________________________________________

yang ditetapkan atau sebaliknya . Melalui etika ini juga dapat membantu guru menangani cabaran dalam dunia pendidikan yang begitu mencabar dewasa ini . Guru yang beretika akan sentiasa menanamkan sikap positif dan menghapuskan sikap negatif ketika melaksanakan tugas - tugas yang diamanhkan bagi meningkatkan kualiti kerja . Jika seseorang guru itu Berjaya menghayati dan melaksanakan tanggungjawabnya dengan sempurna pasti ianya membantu guru tersebut menangani cabaran dalamdunia pendidikan pada hari ini . Etika seseorang guru yang dimaksudkan itu ialah : Tanggungjawab terhadap Tuhan Tanggungjawab terhadap Diri Tanggungjawab terhadap Ilmu Tanggungjawab terhadap Profesion Tanggungjawab terhadap Pelajar Tanggungjawab terhadap Rakan Sejawat Tanggungjawab terhadap Masyarakat dan Negara Tanggungjawab terhadap Ibu Bapa

Seorang guru yang berkualiti sentiasa berasa tidak puas dengan ilmu yang dimiliki malah sentiasa ingin mencari dan menambahbaik ilmu pengetahuan yang sedia ada . Menuntut ilmu adalah selaras dengan tuntutan syariaat . Ia adalah pemangkin kepada lahirnya masyarakat berkualiti . Menuntut ilmu adalah tuntutan besar agama kerana ia adalah aset yang menjadi bekalan setiap individu dalam mengharungi kehidupan yang penuh cabaran ini . Setiap guru hendaklah mengamalkan budaya rajin membaca , menulis , mengkaji serta menghadiri majlis ilmu dari semasa ke semasa bagi memastikan ilmu pengetahuan mereka berkembang seiring kemajuan bidang pendidikan . Dengan kesungguhan guru mempelajari ilmu pengetahuan yang terkini mampu meningkatkan kemampuan pelajar dan seterusnya masyarakat ke tahap yang paling maksimum . Ada ketikanya pelajar bertanyakan perkara yang melebihi sukatan pelajaran atau kurikulum yang terkandung dalam buku teks . Sekiranya guru berkemahiran menjawab dengan tepat berserta fakta dan bukti yang kukuh , pasti akan menimbulkan minat , keyakinan, dan kecenderungan pelajar untuk mengikuti perkembangan pelajaran selanjutnya . Lebih menarik jika guru dapat mengaitkan ilmu tersebut dengan kehidupan seharian mereka , jadi pelajar dapat menilai ilmu yang dipelajarinya adalah berguna untuk dirinya pada masa depan .

SARJIMI BIN CHE ABDUL SALLEH 690920 09 5059 _____________________________________________________________________________________

Sekiranya guru tidak mempunyai kemahiran dan kepakaran dalam subjek yang diajar akan menyebabkan pelajar kurang berkeyakinan kepada guru tersebut malah hilang minat untuk belajar . Guru yang kurang keyakinan akan gagal untuk menjawab pertanyaan dan sentiasa akan menghalang pelajar pelajarnya mengajukan soalan . Pengajaran dan pembelajaran akan lebih berkesan jika disampaikan oleh guru guru yang berinovasi . Dalam satu ucapan di majlis sambutan Hari Guru peringkat kebangsaan , Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin memperincikan ciri ciri guru berinovasi . Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara merupakan tema bagi sambutan Hari Guru tahun 2012 . Ucapan yang diucapkan betul - betul

menggambarkan profesion guru pada masa sekarang . Dengan hasrat negara Malaysia untuk mencapai status negara maju , menyebabkan perkembangan pesat dalam bidang teknologi serta berlaku perubahan dalam dinamika sosial masyarakat di Malaysia , sudah seharusnya fungsi dan tugas guru juga perlu berubah . Guru harus lebih berinovasi bagi memenuhi keperluan dan desakan yang terhasil pada era globalisasi ini . Mengikut kamus dewan edisi keempat ( 2007 ) , kreatif bermaskud mempunyai kebolehan mencipta , menghasilkan dan mengembangkan sesuatu idea baru dan asli manakala inovasi bermaksud sesuatu yang baru diperkenalkan seperti kaedah , sistem , ada , dan lain - lain yang baru . Dari penerangan maksud ini dapat dilihat bahawa kreatif dan inovasi adalah dua benda yang berbeza . Kreatif secara ringkasnya bermaksud mencipta sesuatu yang baharu manakala inovasi memperbaiki dan mempebaharui sesuatu yang sedia ada . Ini kerana , inovasi ini berasal dari perkataan bahasa latin innovare yang bermaksud memperbaharui atau meminda. Ini disokong oleh Fullan ( 2011 ) yang menyatakan bahawa inovasi adalah satu bentuk perubahan di mana proses inovasi itu mengiringi perubahan yang berlaku . Inovasi juga dapat ditakrifkan mengikut banyak bidang antaranya mengikut bidang industri dimana inovasi adalah apabila beberapa barang digabung menjadi satu , pengeluaran barang yang baru , modifikasi terhadap barang yang sedia ada serta kegunaan baru bagi barangan lama ( Ahmad Shukri Mohd. Naim & Amran Md. Rasli, 2005 ) . Dengan ini dapat disimpulkan bahawa guru yang berinovasi adalah guru yang mampu untuk menghasilkan sesuatu yang baru yang dapat meningkatkan hasil proses pengajaran dan pembelajarannya . Ini seperti yang dikatakan oleh John Adair ( 2011 ) di mana seseorang yang inovatif dalam bidang mereka mampu untuk

SARJIMI BIN CHE ABDUL SALLEH 690920 09 5059 _____________________________________________________________________________________

menghasilkan idea baru dengan jayanya dibawa ke pasaran sebagai produk atau perkhidmatan yang baru ( atau diperbaharui ) . Guru berkualiti adalah guru yang yang cemerlang di mana ia mampu memenuhi keperluan murid - muridnya melalui pengajaran dan pembelajaran serta dapat menjalankan tugasnya dengan bermotivasi agar dirinya menjadi seorang guru yang produktif . Ini bersesuaian dengan ciri - ciri guru berkualiti iaitu berpengetahuan , berkemahiran , berpengalaman dan juga mempunyai sahsiah yang boleh dicontohi . Sekiranya guru itu mempunyai usaha untuk mentransformasi dirinya serta pengajaran dan pembelajaranya kearah yang lebih baik , maka dia merupakan seorang guru yang berinovasi sekaligus membuatkan guru tersebut menjadi guru yang berkualiti . Guru berinovasi tidak akan terikat dengan sesuatu cara dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah , sebaliknya sentiasa berfikir di luar kotak pemikiran biasa untuk mencari kaedah serta pendekatan yang lebih berkesan . Guru yang berinovasi ini adalah individu yang tidak senang dengan keadaan berada di zon selesa . Mereka akan sentiasa untuk mencari alternatif baru dnegan cara mempelbagaikan kaedah dan aktiviti dalam bilik rajah mereka . Ini memerlukan kerajinan dan motivasi yang tinggi . Guru yang sudah lama mengajar selalunya akan menggunakan kaedah yang sama dan mereka akan berada pada zon selesa dan pada tahap ini perubahan adalah satu yang sukar untuk dilakukan . Guru berinovasi tidak semestinya dapat menghasilkan pelajar yang meraih 10A dalam peperiksaan . Yang penting , keberhasilan pengajaran mereka mendorong murid seronok dan minat belajar kerana mereka mudah memahami pelajaran yang diajar . Pengurusan bilik darjah terkawal , murid dapat menumpukan perhatian di kelas dan pencapaian murid semakin meningkat . Guru sentiasa berusaha agar objektif pengajaran tercapai . Mereka berusaha untuk menghasilkan murid yang berakhlak mulia , menguasai kemahiran berfikir dan memiliki daya saing yang tinggi . Kita sering mendengar guru muda yang baru tamat latihan perguruan berinovasi tinggi dan begitu bersemangat mengajar . Perkara penting ialah bagaimana untuk mengekalkan semangat inovasi guru ? Bagaimana jika tahap disiplin pelajar di sesebuah sekolah tidak terkawal, ibu bapa tidak memberi perhatian kepada pelajaran anak , pelajar bebas keluar rumah dan terlibat dengan pelbagai gejala negatif ?

SARJIMI BIN CHE ABDUL SALLEH 690920 09 5059 _____________________________________________________________________________________

Keadaan ini bukan sahaja boleh menjejaskan hasil pengajaran bahkan mungkin tahap inovasi guru . Pentadbir sekolah juga perlu bijaksana mengurus sumber manusia agar wujud gaya kepimpinan yang mesra guru . Oleh itu, semua pihak perlu memainkan peranan sewajarnya agar wujud persekitaran sekolah yang dapat menyuburkan tahap inovasi guru . Di samping kepentingan guru berinovasi , guru juga perlu memiliki akhlak mulia . Guru boleh memainkan peranan penting sebagai Muallim , Murabbi , Mudarris , Muaddib dan Mursyid. Contohnya , salah satu perkembangan diri iaitu nilai keyakinan wujudnya Tuhan . Guru sebagai Muallim iaitu orang yang berpengetahuan akan memainkan peranan menerapkan nilai tersebut ke dalam diri murid supaya meyakini kewujudan Tuhan sebagai pencipta alam dan mematuhi segala suruhanNya berlandaskan pegangan agama masing-masing selaras dengan prinsip Rukun Negara . Sebagai Muallim , adalah penting menekankan kepentingan berpegang kepada agama sebagai pedoman hidup yang juga merupakan tuntutan semua agama dan tanggungjawab bersama mengamalkannya . Penerapan amalan baik dituntut oleh setiap agama seperti bermaaf - maafan dan bersyukur . Di sinilah guru akan memainkan peranan , bukan sahaja sebagai Muallim tetapi juga Murabbi iaitu memainkan peranan sebagai menjayakan proses pendidikan . Sebagai Murabbi , guru perlu menggalakkan murid - murid mengamal dan menghayati cara hidup mengikut tuntutan agama masing-masingi seperti bagi agama Kristian pergi ke gereja , Buddha ke tokong manakala Hindu ke kuil untuk beribadah dan berdoa . Manakala guru sebagai Mudarris iaitu memperkembangkan kemahiran dengan cara mengadakan perbincangan tentang amalan baik mengikut ajaran agama masing-masing . Melalui perbincangan ini , murid-murid akan mengutarakan cara mereka mengamalkan agama masing - masing dan menceritakan keseronokan mereka ketika menyambut perayaan agama mereka . Guru sebagai Mudarris akan menggalakkan murid-murid terlibat dalam aktiviti kumpulan dengan aktif , di mana secara tidak langsung ianya meningkatkan kemahiran berkomunikasi mereka serta menunjukkan kemahiran interpersonal mereka . Melalui aktiviti main peranan , guru bolehlah memainkan peranannya sebagai Muaddib iaitu sebagai pendidik adab dan budi pekerti dalam aktiviti ini . Guru mewujudkan situasi perayaan Deepavali . Guru mengarahkan beberapa murid memainkan peranan sebagai tuan rumah dan tetamu yang datang ke rumah untuk beraya bersama-sama . Dalam menjayakan aktiviti ini ,

SARJIMI BIN CHE ABDUL SALLEH 690920 09 5059 _____________________________________________________________________________________

akan memerlukan penglibatan

ramai pelajar bagi mewujudkan suasana sebenar sesuatu

perayaan . Penerapan adab budi pekerti melayan tetamu dan hormat menghormati amat ditekankan dalam aktiviti main peranan . Cara meminta maaf ketika hari perayaan agama juga akan diberi penekanan agar murid memahami pentingnya sifat saling memaafkan antara satu sama lain . Dengan terlaksananya perbincangan dalam kumpulan dan aktivit main peranan ini , maka guru telah berjaya memainkan peranan sebagai Mursyid iaitu melahirkan murid yang akan memimpin ahli keluarga supaya wujud keharmonian dan kesejahteraan dalam diri , keluarga dan Negara . Maka akan terlahirlah murid-murid yang bermoral seterusnya membentuk generasi yang berkualiti dan berwawasan .

SARJIMI BIN CHE ABDUL SALLEH 690920 09 5059 _____________________________________________________________________________________

d ) Buat laporan refleksi selepas anda selesai melaksanakan pengajaran ( di soalan b ) sebagai penilaian kendiri atau muhasabah berkenaan pengajaran anda . Kekurangan di dalam pengajaran tersebut perlu dibaiki dalam pengajaran akan datang . Antara perkara yang boleh dibuat refleksi ialah pencapaian objektif , disiplin kelas dan penglibatan murid serta keazaman guru bagi membaiki pengajaran anda .

REFLEKSI. Alhamdulillah , saya mengucap syukur ke hadrat Yang Maha Esa, kerana dengan limpah kurnianya , saya dapat menyiapkan tugasan ini , walaupun dibatasi masa yang terhad lantaran kesibukan tugas seharian . Tugasan ini tidaklah begitu lengkap dan mungkin tidak mencapai sasarannya tetapi inilah yang terbaik yang mampu saya hasilkan . Saya tetap bersyukur dan gembira kerana susah payah saya membahagikan masa antara tanggungjawab sebagai seorang isteri, ibu kepada tiga orang cahaya mata, guru agama dan pelajar tetapi akhirnya saya berjaya menyiapkan tugasan ini. Pada mulanya, apabila menerima tugasan ini , saya berasa agak buntu untuk menyediakan BBM maujud tentang bidang sirah mengikut kehendak soalan . Selepas dibaca dengan teliti mengenai tajuk dan hasil pembelajaran yang terdapat dalam RPH , barulah saya dapat idea untuk penyediaan BBM . Setelah itu , saya berbincang bersama ahli kumpulan untuk

menentukan kaedah yang sesuai digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran . Setelah kaedah yang sesuai dipilih , kami membahagikan tugas kepada setiap ahli kumpulan . Kami telah menetapkan satu tarikh untuk mengumpul semula hasil tugassan . Dalam pengajaran dan pembelajaran , saya telah menggunakan kaedah penerangan dan soal jawab . Pada sesi permulaan pengajaran , saya telah memanggil tiga orang murid kehadapan kelas untuk memilih bahan yang saya sediakan didalam BBM ( replika hadiah berbentuk Kaabah ) . Selepas mereka memilih , saya akan beri penerangan tentang isi pelajaran tersebut . Saya dapati , murid berminat dengan BBM yang saya sediakan malah mereka memberi

sepenuh tumpuan dan perhatian terhadap pelajaran . Hasilnya , apabila sesi soal jawab hampir 85 % murid dapat memberikan jawapan yang tepat .

SARJIMI BIN CHE ABDUL SALLEH 690920 09 5059 _____________________________________________________________________________________

Antara kelemahan yang dapat saya kenalpasti dalam kaedah soal jawab ialah , jika soalan diajukan secara lisan , mereka mampu menjawab dengan baik tertapi jika soalan diberikan dalam bentuk tulisan ( tulian jawi ) , hanya sebahagian sahaja yang mampu menjawab . Perkara yang merungsingkan fikiran saya ialah masalah menulis dan membaca jawi . Bagi mengatasi masalah ini , saya perlu melakukan sesuatu usaha lebih tersusun dan merancang aktiviti yang menarik lagi berkesan . Untuk tujuan itu , pada sesi pengajaran dan

pembelajaran yang akan datang , saya akan berusaha dengan penuh keazaman untuk meningkatkan lagi penguasaan jawi di kalangan pelajar . Setelah menyiapkan tugasan ini, saya dapati banyak perkara baru dan pengalaman baru yang saya perolehi . Semuanya menginsafkan diri saya betapa kerdilnya saya jika dibandingkan dengan ilmu - ilmu Allah s.w.t anugerahkan . Ilmu yang saya perolehi hanyalah setitis daripada lautan ilmu Allah s.w.t. Di kesempatan ini juga saya ingin merakamkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Dr Rusdi b. mahamud serta rakan rakan kumpulan yang telah memberikan bimbingan dan kerjasama yang baik sepanjang menyiapkan tugasan ini . Sekian, terima kasih,

You might also like