Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

KABADDI

Pengenalan
Permainan Kabddi merupakan permainan tradisional yang berasal dari negara India. Menurut bahasa Hindi, perkataan kabaddi bermaksud menahan nafas yang juga merupakan sebahagian daripada permainan tersebut. Permainan ini sangat popular di selatan Asia dan mula berkembang di Asia Tenggara, Jepun dan Iran.

Pasukan Pemainan
Permainan ini dimainkan antara dua pasukan. Setiap pasukan mempunyai 12 orang pemain; iaitu tujuh pemain utama dan lima lagi sebagai pemain simpanan. Bagi setiap sesi permainan, satu pasukan akan bertindak sebagai pasukan penyerang manakala pasukan yang satu lagi bertindak sebagai pihak lawan.

Kawasan dan Durasi Permainan


Gelanggang yang digunakan adalah 12.5m x 10m (separuh daripada gelanggang bola keranjang) Permainan ini dilangsungkan selama 20 minit, dengan 5 minit setengah untuk rehat semasa pertukaran gelanggang. Dan terdapat dua sesi, durasi permaian adalah 40minit.

Cara Permainan
Satu pasukan akan menghantar penyerang kepada pasukan pihak lawan, yang mana bertujuan untuk menyentuh salah seorang daripada pemain pihak lawan sebelum patah balik kepada pasukannya. Sepanjang proses inim wakil pasukan penyerang tersebut perlu menahan nafas. Untuk memastikan beliau tidak menipu dengan menarik nafas, beliau dikehendaki menyebut kabaddi secara berterusan

Pemain yang telah disentuh akan terkeluar dan meninggalkan padang. Sementara itu, pihak pertahanan membentuk sebuah rantai seperti berpegangan tangan antara satu sama lain. Jika rantai itu terputus, salah seorang pemain pertahanan akan meninggalkan padang. Sasaran pertahanan adalah untuk menghentikan penyerang balik ke pasukannya sebelum berhenti berehat.

Jika penyerang berhenti sebelum sampai ke destinasi, penyerang itu akan meninggalkan padang. Pemain juga boleh melepasi sempadan garisan atau bahagian badan mencecah tanah di luar garisan, kecuali semasa bergelut dengan pasukan pihak lawan. Setiap pemain yang terkeluar, pihak lawan akan mendapat mata. Pasukan yang skor dua mata bonus, yang dipanggil lona, manakala semua pihak lawan akan tersingkir. Pada akhir perlawanan, pasukan yang mengumpul mata tertinggi akan menang.

You might also like