Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Arahan : Baca dan fahami teks syarahan di bawah ini yang bertajuk Faedah makan buah -buahan tempatan.

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, yang berusaha Tuan Guru Besar, barisan, guruguru, serta rakan- rakan sekalian. Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan.Pada pagi yang mulia ini, saya ingin menyampaikan sebuah syarahan yang bertajuk Faedah makan buah-buahan tempatan.

Para hadirin yang dihormati, Definisi buah-buahan tempatan ialah buah-buahan yang dikeluarkan dalam sesebuah negara. Sebagai contoh, buah-buahan tempatan negara kita ialah rambutan, manggis, durian, tembikai dan sebagainya. Buah-buahan tempatan banyak mengandungi khasiat yang setanding dengan buah-buahan yang diimport. Contohnya, buah jambu batu mengandungi vitamin C dan buah limau mengandungi asid yang boleh menghadamkan makanan yang kita makan. Buah-buahan tempatan juga mudah didapati kerana hasil dari dalam negara kita. Dusun-dusun buah-buahan dimerata tempat di negara kita ini membekalkan pelbagai jenis buah-buahan yang bermutu tinggi. Buah-buahan tempatan didapati lebih segar dan tidak mengandungi bahan pengawet. Buah-buahan ini banyak dijual di gerai buah-buahan di seluruh negara. Selain daripada itu, harga buah-buahan tempatan juga jauh lebih murah jika dibandingkan dengan buah-buahan import. Ini kerana buah-buahan tempatan tidak memerlukan kos yang tinggi untuk dipasarkan seperti kos pengangkutan berbanding buah-buahan yang diimport. Buah-buahan tempatan juga telah pun berjaya dieksport keluar negara. Contohnya buah nanas yang ditinkan telah dieksport keluar negara seperti Arab Saudi, Amerika Syarikat dan lain-lain lagi. Ini menunjukkan buah-buahan tempatan juga digemari dan dipercayai daripada segi mutunya. Kesimpulannya, mengambil buah-buahan tempatan sangat banyak faedahnya. Selain segar, murah, berkhasiat dan bermutu, mengambil buah-buahan tempatan juga dapat meningkatkan pendapatan para petani, seterusnya menjana perkembangan ekonomi negara kita. Oleh itu, makanlah buah-buahan tempatan sebagai buah-buahan pilihan kita. Sekian, terima kasih.

You might also like