Cara

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 28

CARA-CARA MENULIS RUMUSAN BAGI CALON-CALON SPM 2013

Ciri-ciri Rumusan Yang Baik

Isi rumusan dan jumlah perkataan menepati kehendak soalan. Rumusan hendaklah mempunyai empat perenggan yang terdiri daripada :- Pendahuluan - Isi Tersurat (F1) - Isi Tersirat (F2) -Kesimpulan/ Penutup Pemarkahan BAHAGIAN Pendahuluan (P) Isi Tersurat (S) Isi Tersirat (T) Kesimpulan (K) Bahasa ISI 6 2 5 3 4 4 3 5 2 6 MARKAH 2 16 2 10

Separuh daripada jumlah P+S+T+K

Petua Penulisan Rumusan PETUA 1 Menganalisis Soalan i. Baca arahan dengan teliti untuk menentukan kehendak soalan dan panjang rumusan. ii. Tentukan kata kunci (Fokus 1- Isi Tersurat dan Fokus 2- Isi Tersirat) dengan membuat garisan supaya rumusan berpusat kepada kehendak soalan sahaja. Menulis Pendahuluan i. Bina pendahuluan berdasarkan Fokus 1. ii. Tukarkan kata kunci dengan perkataan yang sama maknanya. iii. Bina pendahuluan dalam satu ayat tunggal sahaja. Mengenal pasti Isi Tersurat i. Beri perhatian kepada Fokus 1. ii. Petunjuknya ialah selepas perkataan tentang dalam arahan soalan. Contoh Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat suaturumusan tentangtanggungjawab guru dan sebab kerjaya guru semakin kurang diminati. iii. Cari sekurang-kurangnya enam isi tersurat. iv. Tulis satu ayat bagi setiap isi dalam olahan bahasa yang ringkas, tepat dan padat. v. Pastikan terdapat kesinambungan antara satu isi dengan isi yang lain. vi. Gunakan penanda wacana yang sesuai. PETUA 4 Mengenal pasti Isi Tersurat i. Beri perhatian kepada Fokus 2. ii. Petunjuknya ialah selepas perkataan dan dalam arahan soalan. Contoh Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat suatu rumusan tentang

PETUA 2

PETUA 3

tanggungjawab guru dansebab kerjaya guru semakin kurang diminati. iii. Tidak terdapat dalam petikan. (Pelajar perlu berfikir secara kreatif dan kritis tafsirkan dan analisis isi tersurat) iv. Tulis satu ayat bagi setiap isi dalam olahan bahasa yang ringkas, tepat dan padat. v. Gunakan penanda wacana yang sesuai. PETUA 5 Menulis Penutup i. Penutup merupakan cadangan dan harapan tentang keseluruhan petikan rumusan yang ditulis. ii. Kata kunci bagi penutup ialah kesimpulannya. iii. Perlu ditulis dalam satu ayat sahaja.

Kata Kunci Rumusan (untuk menulis Pendahuluan)


Fokus Utama Maksud

Masalah

Faktor

Kepentingan

Langkah

Peranan

Tujuan

Kesan

Keburukan

Kekangan Halangan Rintangan Cabaran Punca Sebab Perkara yang menyebabkan Keperluan Kebaikan Faedah Manfaat Kelebihan Keistimewaan Alpukah Strategi Kaedah Cara Tindakan yang perlu diambil Tugas Tanggungjawab Kewajipan Matlamat Objektif Motif Akibat Impak Implikasi Kesan negatif Implikasi

CONTOH MENJAWAB SOALAN RUMUSAN 1.Arahan Soalan Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian tulis satu rumusan tentang langkah-langkah kerajaan meringankan beban rakyat dalam menghadapi kegawatan ekonomi dan kesan-kesan pemulihan ekonomi kepada rakyat.Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Usaha membasmi kemiskinan tegar menjadi agenda utama kerajaan menjelang 2010.Bagi meringankan beban rakyat, usaha diambil dengan memperuntukkan RM214 juta bagi pelaksanaan Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat untuk tujuan pembasmian kemiskinan. Langkah ini juga akan memastikan agenda masyarakat penyayang terus diamalkan walaupun dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu. Kerajaan dalam usaha meringankan beban rakyat telah memperkenalkan pakej rangsangan ekonomi pertama khusus untuk meningkatkan pemilikan rumah oleh rakyat. Oleh itu, bagi merangsang sektor perumahan kerajaan mencadangkan supayapembeli diberi pelepasan cukai atas faedah pinjaman.Kerajaan juga telah membantu rakyat dengan menambah baik infrastruktur awam.Dalam hal ini, kerajaan telah menyediakan (Jawapan soalan 2) peruntukan tambahan sebanyak RM200 juta untuk menambah baikinfrastruktur yang rosak serta menjalankan kerja-kerja pengubahsuaian, menyelenggara dan membaik pulih pelbagai kemudahan dan prasarana awam. Bon Simpanan Kerajaan telah diterbitkan untuk menjanakan pendapatan rakyat.Bon ini bertujuan memberi peluang kepada rakyat untuk memperoleh pendapatan tambahan. Bon ini dibuka kepada setiap rakyat berusia 21 tahun ke atas dengan nilai minimum pelaburan sebanyak RM1,000. Selain itu, kerajaan menaik taraf pelbagai kemudahan asas di luar bandar seperti bekalan elektrik dan air terutama di Sabah dan Sarawak. Usaha ini akan meningkatkan ekonomi rakyat melalui pengambilan kontraktor kecil dan pekerja tempatan di kawasan luar bandar. Di samping itu, pelbagai program dan projek dirancang oleh kerajaan untukmeningkatkan ekonomi rakyat di Sabah dan Sarawak seperti pembesaran Lapangan Terbang Sibu, Sarawak dan Projek Sistem Penghantaran Elektrik Kota Kinabalu, Sabah. Kini, terdapat beberapa program mikrokredit tanpa cagaran disediakan oleh pelbagai pihak seperti Amanah Ikhtiar Malaysia, AgroBank dan TEKUN.Program ini bertujuan untuk membantu peniaga kecil di bandar dan luar bandar. Kaedah lain yang dilaksanakan adalah dengan memberi bantuan kepada golongan kurang bernasib baik seperti warga emas, golongan kurang upaya dan ibu tunggal. Bantuan yang diberikan adalah seperti program jaringan keselamatan sosial, bantuan kewangan dan bilangan tenaga kerja, meningkatkan kemudahan pusat penjagaan warga tua, memantapkan pengurusan rumah perlindungan wanita dan menambahkan kemudahan pusat asuhan kanak-kanak. Bagi mengurangkan tanggungan orang ramai, kerajaan mengambil langkah pengecualian cukai yang diberikan atas bayaran pampasan kehilangan pekerjaan.Langkah ini diambil bertujuan untuk menjaga kebajikan pekerja yang diberhentikan.Di samping itu, kerajaan menggalakkan pihak bank untuk menangguhkan bayaran balik pinjaman perumahan. Kesimpulannya, kerajaan yakin usaha yang dirangka dan dilaksanakan adalah komprehensif dan menyeluruh untuk menghindarkan ekonomi negara daripada terjerumus dalam kancah kemelesetan yang mendalam sehingga memberi kesan kepada rakyatnya. Dengan landasan kukuh yang telah kita bina, kita yakin dapat mencipta kejayaan lebih besar (Dipetik dan diubahsuaikan daripada rencana Pakej RM60b Perkukuh Ekonomi Negara Hadapi Kegawatan Global, Berita Harian, 11 Mac 2009)

Rangka Rumusan BAHAGIAN Pendahuluan - Lihat Fokus 1 KANDUNGAN Petikan membincangkan .. ... ... Antara .. ialah .... . Keduanya, .......................................................................... ..... Ketiganya, .. .. ... Keempatnya, .. .. Kelimanya, ..... .. Keenamnya, .. .. Antara .. ialah . ... .. Keduanya, ... ...... .. Kesimpulannya, .. haruslah/mestilah (cadangan) agar ... ... . (harapan) 2 MARKAH 2

Isi Tersurat - Lihat Fokus 1

16

Isi Tersirat - Lihat Fokus 2

Kesimpulan - Lihat Fokus 1

Kesimpulan hendaklah satu ayat sahaja yang terdiri daripada 2 unsur. Unsur pertama ialah cadangan anda iaitu siapa yang patut melakukan sesuatu. Unsur kedua ialah mengapa cadangan itu patut dilaksanakan/kesan daripada cadangan itu. Siapa- Semua pihak/ibu bapa/kerajaan/ pihak sekolah/masyarakat dan lain-lain ikut kesesuaian. Cadangan- masukkan fokus 1 daripada soalan Harapan- Kesan terhadap individu atau - Kesan terhadap negara (Kesan yang ditulis mestilah kesan positif)

1. CARA MENULIS PERENGGAN PENDAHULUAN Petikan membincangkan cara-cara kerajaan meringankan menghadapi kegawatan ekonomi di negara ini.

beban

rakyat

dalam

2. CARA MENULIS PERENGGAN ISI TERSURAT

KAEDAH PERTAMA Antara langkah kerajaan menangani kegawatan ekonomi adalahdengan melaksanakan Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat.Keduanya, pakej rangsangan ekonomi pertama juga diperkenalkan sebagai langkah menangani krisis ekonomi.Ketiga, kerajaan menambah baik infrastruktur awam dan menerbitkan Bon Simpanan Kerajaan untuk menjana pendapatan rakyat. Keempat, kerajaan juga mengambil langkah menaik taraf pelbagai kemudahan asas di luar bandar. Kelima, kerajaan memberi bantuan kepada golongan kurang bernasib baik. Keenam, kerajaan mengecualikan cukai atas bayaran pampasan kehilangan pekerjaan sebagai langkah lain menangani isu ini.

KAEDAH KEDUA Antara langkah kerajaan menangani kegawatan ekonomi ialah mengambil langkah pemulihan dengan melaksanakan Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat.Selain itu, pakej rangsangan ekonomi pertama juga diperkenalkan sebagai langkah menangani krisis ekonomi. Seterusnya kerajaan menambah baik infrastruktur awam dan menerbitkan Bon Simpanan Kerajaan untuk menjana pendapatan rakyat. Seperkara lagi, kerajaan juga mengambil langkah menaik taraf pelbagai kemudahan asas di luar bandar. Di samping itu, kerajaan memberi bantuan kepada golongan kurang bernasib baik. Akhir sekali, kerajaan mengecualikan cukai atas bayaran pampasan kehilangan pekerjaan sebagai langkah lain menangani isu ini. 3. CARA MENULIS PERENGGAN ISI TERSIRAT KAEDAH PERTAMA Antara kesan pemulihan ekonomi menjadikan kehidupan rakyat lebih selesa. Keduanya, pengangguran dapat dikurangkan serta kuasa beli rakyat akan meningkat. KAEDAH KEDUA Kesan pemulihan ekonomi menjadikan kehidupan rakyat lebih selesa.Selain itu, pengangguran dapat dikurangkan serta kuasa beli rakyat akan meningkat.

4. CARA MENULIS PERENGGAN KESIMPULAN Kesimpulannya, semua pihak haruslah bekerjasama menangani kemelut ekonomi negara agarrakyat dapat hidup dalam keadaan harmoni.

CARA MENJAWAB SOALAN PEMAHAMAN Soalan 2 (a) Petikan Umum Berdasarkan petikan Soalan 1 di atas jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. (i) Apakah maksud rangkai kata membasmi kemiskinan tegar? [2 markah]

i. Maksud rangkai kata membasmi kemiskinan tegar ..menghapuskan/membanteras/memerangi/mengatasikedaifan/kepapaan/kemelaratan hidup/ ketidakupayaan ekonomi yang melampau/sukar diatasi/diubah (ii) Bagaimanakah peruntukan tambahan yang disediakan oleh kerajaan dibelanjakan? [3 markah] ii. Peruntukan tambahan yang disediakan oleh kerajaan dibelanjakan dengan menambah baik infrastruktur yang rosak menjalankan kerja-kerja pengubahsuaian ... menyelenggara dan membaik pulih pelbagai kemudahan/prasarana awam (iii) Nyatakan empat cara rakyat dapat menangani krisis ekonomi negara. [4 markah] iii.Empat cara rakyat dapat menangani krisis ekonomi negara... .... berjimat cermat dalam perbelanjaan ... memberi sokongan kepada kempen penjimatan ekonomi bekerja sambilan/berniaga bercucuk tanam/melibatkan diri dalam bidang pertanian ... melancong dalam negara ... membeli barangan buatan tempatan ... menggunakan pengangkutan awam 4. Jawapan Contoh i Maksud rangkai kata 'membasmi kemiskinan tegar' adalah membanteras kemelaratan hidup yang sukar diatasi. ii. Peruntukan tambahan yang disediakan oleh kerajaan dibelanjakan dengan menambah baik infrastruktur yang rosak. Selain itu, kerajaan menjalankan kerja-kerja pengubahsuaian di samping menyelenggara dan membaik pulih pelbagai kemudahan serta prasarana awam. iii Empat cara yang boleh dilakukan oleh rakyat untuk menangani krisis ekonomi negaraadalah dengan berjimat cermat dalam perbelanjaan. Kedua, rakyat juga boleh memberi sokongan kepada kempen penjimatan ekonomi yang dijalankan oleh kerajaan Cara ketiga untuk menangani krisis ekonomi adalah dengan rakyat bekerja sambilan atau melibatkan diri dalam perniagan secara kecil-kecilan.Keempat, rakyat boleh bercucuk tanam atau melibatkan diri dalam bidang pertanian .Terdapat beberapa cara yang lain untuk menangani krisis ini seperti rakyat hanya melancong dalam negara dan membeli barangan buatan tempatan. Rakyat juga perlu menggunakan pengangkutan awam.

LATIHAN RUMUSAN 1 Baca petikan yang diberi di bawah dan tulis satu rumusan tentang faedah-faedah hidup berjiran dan cara-cara memupuk semangat kejiranan.Panjang rumusan hendaklah tidak lebih 120 patah perkataan. Kemakmuran sesebuah negara amat bergantung pada kemamtapan dan keutuhan hubungan dalam setiap lapisan masyarakat.Hubungan yang erat antara jiran dalam masyarakat merupakan ciri masyarakat yang berkualiti.Semangat kejiranan dapat memainkan peranan yang amat penting dalam (menjana kehidupan setempat yang aman dan harmoni).[ISI 1] Jiran ialah orang yang tinggal paling hampir dengan tempat kediaman kita.Segala perkara yang berlaku pada diri kita terlebih dahulu diketahui oleh jiran.Oleh itu, jiran merupakan orang yang paling (mudah memberikan pertolongan pada saat kita ditimpa bencana) [ISI 2].Pertolongan seperti inilah yang amat diperlukan pada masa kecemasan sementara menunggu bantuan pihak berwajib atau sanak-saudara.(Jiran yang berbeza latar belakang) pekerjaan, pendidikan, agama dan budaya akan (memberikan manfaat yang besar kepada kita) [ISI 3]. Hal ini kerana (mereka memiliki pengetahuan dan kemahiran yang boleh kita kongsi bersama-sama).[ISI 3-PILIHAN 2] Di samping itu, jiran yang sepakat dan bersatu padu (mampu menjamin keselamatan setempat) [ISI 4] daripada sebarang ancaman seperti kecurian, penyalahgunaan dadah dan budaya samseng. (Segala perkara yang mencemarkan keharmonian dan kesejahteraan masyarakat dapat dicegah)[ISI 5] dengan semangat kerjasama dan keperihatinan seama jiran.(Gejala sosial) seperti khalwat, penderaan kanak-kanak dan kes-kes jenayah (dapat dibendung) [ISI 6] jika jiran memainkan peranan dan mengambil inisiatif melaporkannya kepada pihak berkuasa.Kita perlu bertindak sekalipun gejala tersebut tidak menimpa ahli keluarga sendiri.Setiap ahli masyarakat seharusnya beringat sebelum terjadi sesuatu yang buruk, bak kata pepatah, sediakan payung sebelum hujan. Jiran yang hidup dalam suasana bekerjasama dan mengambil berat antara satu sama lain sudah semestinya (dapat menjana program yang menyumbang kebajikan kepada masyarakat setempat).[ISI 7] Rahsia kejayaan program ini terletak pada persepakatan dan persefahaman yang mantap sesama jiran. Perpaduan ialah kunci kemakmuran dan kesejahteraan negara. Tanpa perpaduan, negara akan berada dalam keadaan kucar-kacir dan masyarakat tidak lagi dapat hidup dalam keadaan aman dan damai. (Perpaduan dapat dilahirkan melalui hubungan baik sesama jiran). [ISI 8]Jiran yang baik ialah jiran yang berjaya (memupuk semangat toleransi, saling mempercayai dan mengamalkan perkongsian pintar sesama mereka). [ISI 9] Sekiranya hal ini diabaikan, maka lambat-laun akan tercetuslah bibit-bibit permusuhan yang akhirnya membawa kepada perbalahan dan perpecahan.

Kesimpulannya, jelaslah kepada kita betapa penting dan besarnya peranan jiran dalam (menentukan kemakmuran dan kesejahteraan sesebuah negara) [ISI 10] Hanya negara yang makmur dan sejahtera sahaja yang akan dapat meneruskan agenda pembangunan yang lebih gemilang pada masa akan datang.

RANGKA JAWAPAN RUMUSAN LATIHAN 1 ( KAEDAH 1) Petikan membincangkan .

... .. Antara .. ialah .... . .Keduanya,............................ ................................................................................................................................................... Ketiganya, .. .. ... .. .. Keempatnya, . . . Kelimanya, ........................................................... .. .. Keenamnya, .. .. Antara cara memupuk semangat kejiranan adalah dengan......................................... ................................................................................................................................................... .....................Keduanya, .......................................................................................................... ................................................................................................................................................... Kesimpulannya,........................................................................................................... haruslah.............................................................................................................................agar ..................................................................................................................................................

LATIHAN RUMUSAN 2 Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentangkelebihan menabung dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasionaldanlangkah-langkah untuk menggalakkan tabungan pendidikan.Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 perkataan.

Tahun 2008 telah membuka lembaran baru kepada semua murid di seluruh negara kerana mereka menerima sepenuhnya bantuan buku teks percuma, tidak terhad hanya kepada kategori tertentu seperti sebelumnya.Yuran sekolah juga tidak lagi perlu dibayar. Menteri Pelajaran juga telah mengumumkan bahawa pelajar-pelajar yang ibu bapanya berpendapatan rendah akan mendapat bantuan uniform untuk kegiatan kokurikulum. Meskipun kini kita telah menerima nikmat pemberian bantuan, aspek penabungan bagi keperluan pelajaran anak-anak pada masa hadapan tidak harus diabaikan.Ibu bapa berperanan untuk menerapkan sikap gemar menabung dalam kalangan anak-anak. Namun, demi masa depan anak-anak, ibu bapa sendiri sewajarnya memikirkan bentuk tabungan yang mudah dan dapat menyediakan jaminan kepada anak-anak untuk melanjutkan pelajaran pada masa hadapan. Antara cara menabung tersebut adalah melalui Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN). Penabungan ini amat penting bagi memastikan anak-anak mencapai tahap pendidikan tertinggi. Dengan penabungan yang dimulakan sejak anak-anak di sekolah rendah, tabungan akan bertambah sehingga anak-anak memasuki sekolah menengah, bak kata pepatah, sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit. Hasil daripada tabungan inilah nanti yang akan membantu anak-anak membiayai pengajian mereka bagi memastikan mereka berjaya dalam kehidupan tanpa perlu bergantung sepenuhnya kepada Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Kini, syarat baru dikenakan oleh PTPTN, iaitu mulai tahun ini, mereka yang hendak meminjam daripada PTPTN pada masa hadapan mestilah mempunyai akaun SSPN. Sehubungan dengan itu, menabung dalam SSPM bukan sahaja memberikan peluang kepada pelajar untuk meminjam daripada PTPTN apabila melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi, malah menyediakan tabungan pelajaran pada masa hadapan, apatah lagi jika pelajar tidak mendapat sebarang biasiswa atau tajaan. Dalam konteks SSPN, banyak keistimewaan yang dapat diperoleh oleh masyarakat tanpa mengira bangsa dan pendapatan mereka. Ahli SSPN akan mendapat pelepasan cukai sehingga RM3000 setahun. Peluang ini seharusnya direbut oleh keluarga yang dikenakan cukai pendapatan dalan usaha untuk mendapatkan pelepasan cukai .Di samping itu, perlindungan insurans diberikan secara percuma sehingga RM50 000. Hal ini merupakan satu lagi galakan yang menjadi pendorong orang ramai untuk menyimpan dalam SSPN, skim simpanan yang dijamin oleh kerajaan. Selain itu, SSPN juga menjanjikan dividen yang dikecualikan daripada cukai selain insentif bagi keluarga yang berpendapatan RM 2 000 ke bawah.Insentif ini dalam bentuk geran sepadan. Geran ini akan bersamaan dengan simpanan pendeposit, tertakluk pada had maksimum yang ditetapkan. Insentif ini pasti akan mendorong mereka yang berpendapatan rendah menyimpan dalam SSPN.

Dengan pelaksanaan akta baru PTPTN, SSPN terbuka kepada semua warganegara Malaysia tanpa had umur dan pendapatan. Oleh itu, tiada alasan untuk tidak menabung dalam SSPN. Kesedaran masyarakat dalam melahirkan generasi berilmu bermula daripada pendidikan anak-anak sebagai agenda utama keluarga dan dalam masa yang sama masyarakat perlulah memastikan anak-anak tidak dibelenggu oleh pinjaman pendidikan setelah bekerja kelak dengan cara menabung dalam SSPN.

RANGKA JAWAPAN RUMUSAN LATIHAN 2 ( KAEDAH 2) Petikan membincangkan .

... .. Antara .. ialah .... . .Selain itu, . Seterusnya, .. .. ... .. .. Seperkara lagi, . . . Di samping itu, ........................................................... .. .. Akhir sekali, .. .. Antara cara memupuk semangat kejiranan adalah dengan......................................... ................................................................................................................................................... .....................Keduanya, .......................................................................................................... ................................................................................................................................................... Kesimpulannya,........................................................................................................... haruslah.............................................................................................................................agar ..................................................................................................................................................

PEMAHAMAN LATIHAN 2 Soalan 2(a) - Petikan Umum Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

(i)

Berikan maksud rangkai kata keistimewaan yang dapat diperoleh. (2 markah)

(ii) Nyatakan kemudahan-kemudahan yang diterima oleh murid-murid di sekolah. (3 markah)

(iii) Pada pendapat anda, mengapakah pendidikan amat penting bagi sesebuah negara? (4 markah)

RANGKA JAWAPAN PEMAHAMAN LATIHAN 2 1. Maksud rangkai kata keistimewaan yang dapat diperoleh ialah 2. Antara kemudahan yang diterima oleh murid-murid di sekolah . Kemudahan lain ialah . . 3. Pada pendapat saya, pendidikan amat penting bagi sesebuah negara kerana . .. . Selain itu, pendidikan juga dapat .. ,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,, Seterusnya, pendidikan

LATIHAN RUMUSAN 3 Soalan 1 : Rumusan [30 markah] Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentangpunca-punca remaja melarikan diri dari rumah danlangkah-langkah untuk mengatasi masalah ini.Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 perkataan.

Fenomena remaja lari dari rumah merupakan sesuatu yang harus dipandang serius.Walaupun di negara kita fenomena ini belum boleh dikatakan sebagai kritikal, namun ini tidak bermakna kita haru memandang fenomena ini sebagai perkara yang remeh.Kita harus berwaspada supaya langkah-langkah memahami dan mencegahnya dapat dilakukan. Mengapa remaja lari dari rumah?Inilah antara persoalan berpusat seputar psikologi yang perlu kita fahami.Remaja ini biasanya berusaha untuk mengelakkan pengalaman atau trauma emosi yang terlalu menyentuh dalam hati mereka.Dengan lari dari rumah, mereka berharap agar keadaan emosi itu dapat dibetulkan atau sekurang-kurangnya diredakan. Keadaan ibu bapa dan rumah tangga yang sentiasa dalam situasi tegang akan mendorong faktor pembetulan kepada ketegangan emosi yang berlaku dalam struktur keluarga. Ramai remaja yang lari dari rumah kerana tidak tahan dengan sesuatu keadaan.Boleh jadi mereka berasa tidak selesa, tidak aman, kesakitan, atau kesukaran dalam keluarga.Lalu mereka mengambil penyelesaian dengan lari dari rumah.Mereka juga lari bagi mengelakkan aktiviti yang tidak digemari atau mungkin juga perhubungan yang tidak direstui mereka. Kita biasa mendengar anak-anak yang lari kerana tidak bersetuju ibunya yang menjadi janda berkahwin lain. Kajian menunjukkan bahawa beberapa sebab menjadi faktor mengapa bilangan remaja yang lari dari rumah semakin meningkat.Penderaanm, termasuk kanak-kanak, remaja, atau orang yang disayangi oleh remaja dalam keluarga adalah antara faktornya.Penderaan dalam kalangan ibu bapa juga boleh menyebabkan anak-anak lari dari rumah.Mereka tidak sanggup menerima hakikat bahawa orang yang disayangi terpaksa berpisah. Tambahan pula, mereka tidak sanggup untuk membayangkan betapa hidup tanpa kedua-dua ayah dan ibu, yang tidak akan tinggal bersama lagi. Pengaruh rakan sebaya sering menjadi faktor penarik untuk remaja lari dari rumah. Remaja dimomok-momokan dengan keseronokan hidup di luar rumah, di samping bayangan kebebasan tanpa had untuk melakukan apa-apa sahaja. Pengaruh ini terlalu kuat tarikannya, terutamanya dalam komuniti masyarakat yang begiu sibuk dengan urusan masing-masing dan begitu galak menjaga periuk nasi sendiri.Anak-anak secara diam-diam semakin dilupakan. (Dipetik dan diubahsuaikan daripada Penyelesaian Masalah Remaja Lari dari Rumah Oleh Mizam Rahim, Dewan Pasyarakat, April 2002)

LATIHAN PEMAHAMAN 3 Berdasarkan petikan di atas, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

(i) Apakah yang dimaksudkan dengan dimomok-momokkan dengan keseronokan hidup? (2 markah) (ii) Mengapakah remaja berharap agar perbuatan lari dari rumah dapat menjadi faktor pembetulan kepada ketegangan emosi yang berlaku dalam keluarga? (3 markah) (iii) Sebagai seorang remaja, nyatakan langkah-langkah yang anda ambil jika anda menghadapi masalah yang serius.

LATIHAN RUMUSAN 4 Soalan 1 : Rumusan [30 markah] Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentangfaktor-faktor banjir kilat berlaku di bandar-bandar besar danlangkah-langkah untuk menanganinya.Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 perkataan.

Banjir kini jarang-jarang berlaku di kampung-kampung terpencil.Sebaliknya, bencana alam itu lebih kerap melanda kawasan bandar, termasuk Kuala Lumpur.Aneh, semakin pesat program pembangunan dilaksanakan, semakin mudah pula bandar raya ditenggelami air hujan. Semakin canggih teknologi diperkenalkan, semakin teruk pula ibu kota diserang banjir kilat. Fenomena yang sering berlaku di beberapa kawasan rendah di Lembah Kelang sejak akhir-akhir ini tidak boleh dianggap sebagai bencana alam.Hal ini tidak bermusim dan boleh dielakkan. Jika semua pihak prihatin dan mematuhi peraturan alam sekitar, Kuala Lumpur tidak akan dilanda banjir kilat hanya kerana hujan lebat selama dua jam. Kadangkala, hujan lebat tidak sampai sejam pun boleh menjadikan beberapa jalan utama di pusat bandar raya terputus hubungan. Dalam kes banjir kilat di Kuala Lumpur, salah satu faktor yang telah dikenal pasti sebagai penyebabnya ialah kegagalan pihak pemaju atau kontraktor untuk mematuhi peraturan tentang alam sekeliling, termasuk usaha mencegah banjir.Pihak pemaju lebih mementingkan aspek keuntungan dan tidak mengambil berat tentang peraturan yang telah ditetapkan.Projek-projek pembangunan dilaksanakan tanpa sistem perparitan yang sesuai. Sungai dan saliran lain ditimbus, tanpa menyediakan laluan alternatif untuk air. Tembok halangan banjir dibina tidak menepati kesesuaian yang telah ditetapkan. Pihak berkuasa seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Jabatan Saliran dan Perparitan gagal memantau projek-projek pembangunan menyebabkan pihak pemaju berani mengetepikan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan.Sesetengah pemaju memang telah menunjukkan sikap kurang ajar, tetapi tidak ada sebarang tindakan

tegas dikenakan.Masyarakat sendiri pun tidak prihatin dan terus melakukan amalan-amalan yang tidak baik yang boleh menyumbang kepada masalah banjir di kawasan bandar.Sikap orang ramai yang suka membuang sampah di merata-rate tempat merupakan salah satu punca yang menyebabkan banjir.Sistem perparitan dan longkang mudah tersumbat jika setiap hari ditimbunkan dengan segala macam sampah sarap. Walaupun telah kerap kali diadakan kempen menjaga kebersihan bandar raya kita, orang ramai masih tidak dapat mendisiplinkan diri dan terus membuang sampah sesuka hati.Sikap ini merupakan kedegilan manusia, ditambah pula dengan kelemahan penguatkuasaan undang-undang sehinggakan orang tidak takut, malah memperlekeh hukuman dan denda terhadap mereka yang membuang sampah di merata-rata tempat.Akhirnya, sampah yang dibuang sesuka hati itu menyumbat setiap lubang dan menyekat air untuk mengalir dan banjir kilat pun terjadi.Masalah banjir kilat di bandar-bandar besar boleh diatasi sekiranya semua pihak mematuhi peraturan-peraturan memelihara alam sekitar.Banjir kilat terjadi bukan kerana masalah alam, tetapi kerana kesilapan manusia.

SOALAN PEMAHAMAN 4 Berdasarkan petikan di atas, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

(i)

Apakah kesilapan-kesilapan yang dilakukan oleh pemaju hingga terjadi banjir kilat? ( 2 markah)

(ii) Sejauh manakah keberkesanan kempen-kempen kebersihan yang dilaksanakan di negara kita?( 3 markah)

(iii) Wajarkah hukuman dan denda terhadap orang yang membuang sampah diperketat? Berikan alasan anda.( 4 markah)

LATIHAN RUMUSAN 5

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang tindakan untuk memperkasa pendidikan vokasional dan faedah mempunyai kemahiran vokasional.Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Inisiatif kerajaan untuk menjadikan sistem pendidikan vokasional di Perancis sebagai model dalam sistem pendidikan di Malaysia adalah sangat signifikan dengan Model Ekonomi Baharu (MEB).Antara strategi MEB adalah meningkatkan pendapatan per kapita rakyat Malaysia dengan fokus ditumpukan kepada golongan yang kurang bernasib baik.Selain golongan miskin dan orang kurang upaya, mereka mencapai tahap akademik

yang rendah juga boleh digolongkan sebagai kurang bernasib baik.Oleh itu, dengan memberikan mereka pendidikan vokasional, pelajar yang tercicir akademik juga boleh menikmati pendapatan tinggi.Masyarakat sewajarnya juga memberi sokongan padu terhadap misi kerajaan untuk menambah jumlah peratusan pelajar aliran vokasional dan mengenal pasti mereka yang berpotensi mengikuti aliran tersebut sejak tingkatan satu lagi. Saya berpendapat, usaha mengenal pasti kecenderungan pelajar memilih aliran vokasional sewajarnya bermula dari sekolah rendah lagi dan mereka disalurkan ke aliran vokasional bermula dari tingkatan satu.Persepsi masyarakat yang meletakkan pelajar aliran vokasional sebagai pelajar kelas kedua tidak sepatutnya timbul lagi.Hal ini demikian kerana pelajar yang mengikuti aliran vokasional adalah berdasarkan bakat dan minat, bukan lagi keputusan peperiksaan. Penulis juga mencadangkan agar kerajaan dalam proses pemilihan pelajar memasuki aliran vokasional turut membuka peluang kepada pelajar cemerlang. Seterusnya, infrastruktur komprehensif perlu disediakan terlebih dahulu sebelum system pendidikan vokasional secara intensif dilaksanakan.Malah, kerajaan juga sewajarnya mempertimbangkan sumber tenaga pengajar yang berkemahiran dan berpengalaman untuk menyokong kelancaran pelaksanaan aliran vokasional di negara ini. Begitu juga dengan model kurikulum vokasional yang hendak dirujuk dan diguna pakai.Selain Perancis, disarankan kerajaan perlu melihat beberapa negara lain di Eropah dan Amerika Syarikat (AS) untuk memanfaatkan pengalaman mereka. Hai ini adalah berdasarkan fakta sejarah pendidikan vokasional yang berdasarkan latihan bermula di Switzerland pada tahun 1740-an dan berkembang pesat di AS pada tahun 1800 hingga 1900. Laluan kerjaya bagi setiap bidang kemahiran harus diberi gambaran dengan lebih jelas dalam mata pelajaran kerjaya yang diperkenalkan dalam tempoh tingkatan satu hingga tingkatan tiga.Hal ini bertujuan untuk memberi harapan kepada pelajar-pelajar yang memilih bidang kemahiran tertentu dari semasa ke semasa.Kerajaan juga perlu memastikan bahawa pendidikan vokasional tidak menjadi bentuk pendidikan kelas kedua. Oleh itu, usaha memperkasakan pendidikan vokasional perlu dijalankan secara serius dengan penerangan yang jelas kepada masyarakat. Bagi sumber tenaga pengajar, kerajaan sebenarnya telah mempunyai modal insan yang ramai, berkemahiran, dan berdaya saing. Hal ini demikian kerana system pendidikan teknik, vokasional, dan kemahiran bukanlah asing di Malaysia, malah telah bermula sejak awal 1900-an lagi. Kita yakin usaha kerajaan ini dapat menyediakan kemahiran yang secukupnya kepada pelajar yang lemah dalam akademik untuk memasuki pasaran kerja.Dalam jangka panjang, masalah sosial dalam kalangan remaja dapat dibendung dari awal lagi. Pada masa ini, pelajar dan graduan aliran teknik, vokasional, dan kemahiran dilahirkan antaranya dari Institusi Latihan Perindustrian, Pusat Latihan Teknologi Tinggi, Pusat Latihan Pengajar dan Latihan Lanjutan, Institut Teknikal Jepun Malaysia, Institut Kemahiran Mara, Kolej Kemahiran Tinggi Mara, Pusat Giat Mara, Institut Kemahiran Belia Negara, Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara, Kolej Pertanian, Institut Pertanian, serta institut pendidikan swasta seperti German Malaysian Institute dan Malaysia France Institute. (Dipetik dan diubahsuaikan daripada rencana Pelajar Pendidikan Vokasional Mampu Bergaji Tinggi, oleh Dr Ahamad Esa, Utusan Malaysia, 13 April 2010)

SOALAN PEMAHAMAN 5 Soalan 2 : Pemahaman Soalan 2(a) Petikan Umum Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. 1. Berikan maksud rangkai kata kelas kedua. [ 2 markah]

2. Nyatakan kelebihan-kelebihan pendidikan vokasional bagi pelajar yang lemah dalam bidang akademik. [3 markah] 3. Pada pendapat anda, apakah yang berlaku dalam jangka masa panjang jika pendidikan vokasional kurang diberi perhatian oleh kerajaan? Kemukakan dua kesannya [4 markah]

LATIHAN RUMUSAN 6 Soalan Rumusan Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kaedah mengatasi pemerdagangan orang dan peranan media untuk membendung masalah ini.Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Jenayah pemerdagangan orang dipandang serius oleh pihak berkuasa di negara ini.Skop jenayah ini merangkumi pembekalan wanita untuk dieksploitasi seksual dan kanakkanak pula dipaksa meminta sedekah, dijadikan anak angkat, dan diambil organ untuk dijual. Setiap tahun dianggarkan kira-kira 600 ribu orang hingga 800 ribu orang diseludup merentasi sempadan antarabangsa dengan 50 hingga 80 peratus daripadanya terdiri daripada wanita dan kanak-kanak. Penyeludup menjadikan Malaysia sebagai lokasi transit pemerdagangan orang kerana negara ini terletak di tengah-tengah Asia Tenggara. Hal ini memudahkan penyeludup untuk menempatkan mangsa yang diseludup di negara jiran sebelum dibawa masuk ke negara ini. Selain itu, raut wajah dan warna kulit yang hampir sama dengan rakyat tempatan menjadikan warga asing yang dibawa masuk sukar dikesan. Banyak rakyat Malaysia sanggup bekerjasama dengan penyeludup menjadi faktor negara ini menjadi transit pemerdagangan manusia. Beberapa langkah sedang diatur untuk memerangi jenayah pemerdagangan orang. Antaranya, memperkenalkan Akta Antipemerdagangan Orang pada tahun 2007 selain memperkenalkan Pelan Tindakan Kebangsaan Antipemerdagangan Orang pada 31 Mac 2010. Akta yang diperkenalkan diiringi dengan menaikkan denda kepada minimum RM500,000 hingga maksimum RM1 juta untuk menakutkan masyarakat agar tidak terlibat dalam aktiviti haram tersebut. Dalam akta 2007, dendanya hanya minimum RM50,000 hingga ,maksimum RM500,000. Pindaan akta itu bertujuan untuk menyelesaikan isu mengaitkan Malaysia sebagai sebuah Negara transit kerana dengan perubahan akta ini, individu atau pihak yang membantu menyeludup masuk migran ke Malaysia juga akan dikenakan hukuman. Pemerdagangan orang membabitkan dua komponen iaitu penjenayah dan mangsa.Untuk penjenayah, Malaysia mempunyai undang-undang yang mencukupi bagi menghukum mereka.Namun untuk mangsa, kerajaan setakat ini hanya menumpukan kepada perlindungan, iaitu penyelesaian selepas berlaku. Pemerdagangan orang kebanyakannya melibatkan mangsa yang 80 peratus terdiri daripada wanita dan kanak-kanak.Banyak mangsa dibawa ke negara kita untuk tujuan pelacuran, buruh paksa dan lain-lain tujuan tidak elok. Jika dibiarkan, angkanya akan

meningkat dan membawa masalah social. Untuk membendung masalah ini, kerajaan kena peka dan bertindak mengikut trend semasa. Melalui pindaan rang undang-undang itu, diharap pemantauan jenayah pemerdagangan orang dan penyeludupan migran ini akan menjadi lebih komprehensif. Kita berharap tindakan yang lebih bersepadu perlu diambil terhadap isu berkaitan kerana kedua-dua jenayah itu mempunyai hubungan yang amat rapat dan saling berkait khususnya dalam konteks eksploitasi buruh asing dan migran.Untuk tujuan membendung aktiviti haram ini, kerajaan perlu memperluas fungsi dan peranan Majlis Antipemerdagangan Orang (MAPO) dengan memantau corak kemasukan migran ke Malaysia.Malah kerajaan perlu mengesan pergerakan migran ketika berada di dalam negara. Dalam hal ini, penulis teringat kisa cinta seorang gadis dari negeri ini iaitu Stefanie Langka, 15, yang dibawa lari ke Lombok, Indonesia pada Mei lalu. Apa yang menariknya kisah Stefanie ini, ialah dia mendakwa dibawa masuk ke Indonesia melalui pintu masuk Tebedu tanpa menggunakan passport! Dalam hal ini, usaha ini boleh diatasi jika pihak yang menjalankan tugas di pintu masuk Negara telus dalam menjalankan tugas, tanpa terlibat dengan rasuah.Kes yang melibatkan pemerdagangan orang terus berlaku, seakan-akan Malaysia membiarkan isu ini terus timbul. Oleh itu, jika berlakunya penangkapan sedikit yang terlibat , siasatan hendaklah dilakukan sehingga ke akar umbi utnuk mengetahui dalang yang terlibat dalam aktiviti ini. Dalam hal ini, masyarakat perlu memasang mata dan telinga untuk melaporkan kepada pihak berkuasa jika terdapat rancangan penjualan bayi atau kemasukan manusia untuk tujuan tidak sihat. (Dipetik dan diubahsuai daripada rencana Memerangi Jenayah Pemerdagangan Orang. Oleh Lee Fook On, Dewan Masyarakat, Ogos 2010) Soalan 2 : Pemahaman SOALAN PEMAHAMAN 6

Soalan 2 (a) Petikan Umum (i) Berikan maksud rangkai kata merangkumi pembekalan wanita. [2 markah] (ii) Nyatakan faktor-faktor masalah pemerdagangan orang banyak berlaku di negara kita . [3 markah] Pada pendapat anda, apakah yang akan terjadi dalam jangka masa panjang sekiranya masalah pemerdagangan orang tidak dibendung? [4 markah]

(iii)

LATIHAN RUMUSAN 7

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan berkenaan peranan ibu bapa dalam menggalakkan anak-anak bergiat dalam bidang sukan dan kekangannya kepada anak-anak. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Bidang sukan merupakan salah satu bidang penting di negara kita.Hal ini demikian kerana, aktiviti sukan mendatangkan faedah yang banyak kepada masyarakat dan negara kita.Oleh itu, pihak yang bertanggungjawab dalam bidang sukan perlulah memainkan peranan yang berkesan melalui kerjasama dengan semua pihak terutamanya ibu bapa. Sekiranya ibu bapa memberikan galakkan dan sokongan moral, sudah pasti matlamat untuk memajukan bidang sukan di negara kita akan tercapai, ibarat kata di mana ada kemahuan di situ ada jalan malah kejayaan atlet negara dalam bidang sukan akan menjunjung nama Malaysia seantero dunia. Ibu bapa boleh dianggap jurulatih kedua kepada anak-anak mereka. Mereka boleh memberi dorongan dengan cara membeli peralatan sukan untuk anak-anak mereka. Sekiranya anakanak memiliki peralatan sukan yang lengkap dan sesuai, sudah pasti mereka akan lebih bersemangat untuk bersukan. Sebagai contoh ibu bapa perlu membelikan anak-anak mereka pakaian, kasut, dan alat-alat yang berkaitan dengan permainan yang diceburi anakanak mereka seperti raket badmintan, squash, dan tenis. Oleh hal yang demikian, minat anak-anak dapat dikembangkan serta mereka mampu melakar kemenangan malah mengharumkan nama sekolah, daerah, negeri, dan negara. Ibu bapa juga boleh menggalakkan anak-anak untuk menceburkan diri dalam bidang sukan dengan aktif.Ibu bapa boleh menasihati anak-anak supaya memperuntukkan masa mereka dalam aktiviti kokurikulum seperti sukan dan permainan. Hal ini demikian kerana aktiviti sukan akan menyihatkan dan mencergaskan badan. Di samping itu anak-anak yang berbakat dalam bidang sukan tertentu boleh melibatkan diri dalam sukan atau permainan yang mereka minati melalui saluran yang betul. Dengan cara inilah maka bakat mereka boleh digilap dan penyertaan mereka akan menjadi perhatian pihak berkenaan untuk ditingkatkan kepada tahap profesional. Oleh itu, ibu bapa perlulah memupuk minat anakanak sejak di bangku sekolah rendah lagi. Selain itu, ibu bapa hendaklah memberi sokongan moral dengan menghantar anak-anak mereka ke tempat latihan atau permainan tersebut dijalankan. Dengan cara ini, anak-anak mereka lebih bersemangat untuk bergiat aktif dalam bidang tersebut. Mereka juga boleh menemani anak-anak dan menyaksikan anak-anak mereka berlatih atau bertanding dalam sesuatu acara sukan atau permainan. Sudah tentulah perkara ini akan memberikan kesan yang lebih mendalam kepada anak-anak dalam usaha untuk mencapai kejayaan dalam sesuatu permainan. Seterusnya mereka akan berasa lebih yakin untuk mencipta kemenangan pada peringkat yang lebih tinggi. Dalam usaha menanam minat yang lebih dalam diri anak-anak, ibu bapa boleh membelikan anak-anak mereka majalah sukan yang diminati oleh mereka. Impaknya, anak-anak akan lebih berminat untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan bidang sukan tersebut dan berusaha untuk menceburinya dengan lebih serius. Mereka juga akan mendapat maklumat atau perkembangan terkini dalam bidang sukan melalui majalah-majalah sukan tersebut malah, kejayaan ahli-ahli sukan antarabangsa yang dipaparkan dalam majalah akan menjadi

idola dan pencetus semangat serta motivasi kepada anak-anak untuk menjadi ahli sukan yang berjaya. Tuntasnya, peranan ibu bapa tidak boleh dikesampingankan dalam usaha untuk menggalakkan anak-anak bersukan.Oleh itu, ibu bapa perlulah diberi kesedaran supaya memainkan peranan yang sepatutnya dalam usaha untuk melahirkan lebih banyak ahli sukan di negara kita.Ibu bapa tidak seharusnya mementingkan aspek kecemerlangan akademik semata-mata dan mengetepikan kepentingan sukan kepada anak-anak mereka kerana anak-anak dilahirkan dengan kecergasan dan minat yang berbeza.Kita mahu agar kecemerlangan akademik dan kecemerlangan sukan bergerak seiring sekiranya mahu negara kita maju dalam pelbagai bidang. Perkara ini akan menjadi realiti jika pepatah, genggam bara api biar sampai jadi arang sentiasa menjadi amalan dalam diri orang yang ingin akan kejayaan.

SOALAN PEMAHAMAN 7 Soalan 2 (a) Petikan Umum Jawab soalan-soalan berikut berdasarkan ayat anda sendiri. i. Apakah yang dimaksudkan oleh pengarang dengan melakar kemenangan seperti yang terdapat dalam petikan? [2 markah] ii. Kemukakan beberapa langkah untuk menarik perhatian anak-anak agar berminat untuk menjadikan bidang sukan sebagai salah satu daripada karier profesional pada masa hadapan. [4 markah] iii. Nyatakan manfaat yang bakal diperoleh sekiranya anak-anak didedahkan dengan informasi yang terdapat dalam majalah-majalah sukan. [3 markah]

JAWAPAN RUMUSAN 2 Pendahuluan Petikan membincangkan kebaikan menyimpan dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional kepada masyarakat. Isi Tersirat Kelebihan menabung: 1. Penabungan memastikan anak-anak mencapai pendidikan yang tertinggi. 2. Berjaya dalam kehidupan tanpa bergantung sepenuhnya pada pinjaman PTPTN. 3. Memberikan peluang untuk meminjam daripada PTPTN sekiranya ke institusi pengajian tinggi. 4. Pelepasan cukai sehingga RM3 000 setahun 5. Perlindungan insurans diberikan secara percuma sehingga RM50 000. 6. Skin simpanan dijamin oleh kerajaan. 7. SSPN menjanjikan dividen yang dikecualikan cukai. 8. Insentif bagi keluarga yang berpendapatan RM2 000 ke bawah 9. Terbuka kepada semua warganegara Malaysia tanpa had umur dan pendapatan. Isi Tersirat Langkah untuk menggalakkan penabungan: 1. Memberikan kemudahan penabungan melalui potongan gaji. 2. Kemudahan menabung secara on line. 3. Memberikan kesedaran kepada orang ramai tentang kepentingan menabung demi pendidikan. 4. Mengadakan kempen menabung melalui media massa. Kesimpulan Kesimpulannya, ibu bapa perlulah menabung dalam SSPN agar anak-anak tidak menghadapi masalah untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

JAWAPAN PEMAHAMAN LATIHAN 2 (i) (ii) Maksud rangkai kata keistimewaan yang dapat diperoleh ialah kelebihan yang akan diraih/diterima. Kemudahan yang diterima oleh murid-murid di sekolah ialah bantuan buku teks secara percuma kepada semua murid, yuran sekolah tidak perlu dibayar dan bantuan uniform untuk kegiatan kokurikulum bagi murid yang ibu bapanya berpendapatan rendah. Pendidikan amat penting kepada sesebuah negara kerana negara dapat melahirkan generasi yang berilmu /modal insan kelas pertama. Selain itu, rakyat yang berilmu dapat memajukan negara. Seterusnya, pendidikan dapat melahirkan pemimpin yang berwibawa. Akhir sekali, rakyat berilmu dapat mempertahankan negara daripada ancaman luar.

(iii)

Jawapan soalan rumusan 3 Pendahuluan Petikan membincangkan sebab-sebab remaja melarikan diri dari rumah belakangan ini.

Isi Tersurat Pengalaman atau trauma emosi yang terlalu menyentuh hati remaja Keadaan ibu bapa dan rumah tangga yang sentiasa tegang Mereka tidak selesa, tidak tenteram, dalam keadaan kesakitan, atau kesukaran dalam keluarga Mereka ingin mengelakkan aktiviti yang tidak digemari atau hubungan yang tidak direstui. Penderaan, termasuk kepada kanak-kanak, remaja, atau orang yang disayangi dalam keluarga Penceraian dalam kalangan ibu bapa Pengaruh rakan sebaya yang menggambarkan keseronokan hidup di luar rumah

Isi Tersirat Konsep Rumahku Syurgaku perlu diterapkan kepada para ibu bapa Bakal-bakal ibu bapa diberikan kursus untuk mewujudkan sebuah keluarga yang bahagia Remaja perlu diberikan ruang dan peluang untuk meluahkan perasaan dan masalah mereka. Ibu bapa perlu mengawal dan mengawasi pergaulan anak-anak di luar rumah

Kesimpulan Semua pihak perlu mencari jalan penyelesaian masalah remaja lari dari rumah agar mereka tidak terjebak dengan pelbagai masalah sosial yang serius.

Jawapan Pemahaman Latihan 3 1. Maksudnya ialah diberikan gambaran yang indah-indah tentang kehidupan. 2. Remaja berharap agar perbuatan lari dari rumah dapat menjadi faktor pembetulan kepada ketegangan emosi yang berlaku dalam keluarga kerana mereka tidak berupaya menanggung tekanan perasaan sebagai akibat kepincangan dalam keluarga mereka. Dengan lari dari rumah, mereka berharap agar kepincangan

tersebut akan dibetulkan atau diredakan. Mereka juga lari daripada keadaan yang tidak disenangi di rumah. 3. Jika saya menghadapi masalah yang serius, saya akan cuba memberitahu ibu bapa saya agar jalan penyelesaian dapat dicari. Saya juga akan cuba merujuki masalah tersebut kepada guru kaunselor sekolah. Selain itu saya juga boleh merujuk guruguru di sekolah untuk khidmat nasihat jika perlu.

Jawapan Latihan Rumusan 4 Pendahuluan Petikan tentang punca-punca berlakunya banjir kilat di bandar-bandar besar dalam arus pembangunan kini.

Isi Tersurat Kegagalan pihak pemaju atau kontraktor mematuhi peraturan alam sekitar Pihak pemaju lebih mementingkan aspek keuntungan. Projek-projek pembangunan dilaksakan tanpa sistem perparitan yang sesuai Pihak berkuasa tempatan dan Jabatan Saliran dan Perparitan gagal memantau projek-projek pembangunan Masyarakat tidak prihatin dengan membuang sampah sesuka hati Kelemahan penguatkuasaan undang-undang hingga orang ramai memandang remeh hukuman dan denda

Isi Tersirat Kerajaan-Peraturan dan undang-undang berkaitan alam sekitar perlu diperketat dalam kalangan kontraktor dan pemaju JPA-Sistem saliran dan perparitan yang sempurna perlu dilaksanakan dan diubahsuaikan. Kerajaan-Hukuman dan denda yang lebih berat perlu dikenakan terhadap mereka yang membuang sampah sesuka hati Kerajaan-Kempen-kempen kesedaran perlu diadakan dengan lebih kerap

Kesimpulan Semua pihak harus memikul tanggungjawab masing-masing dalam pemuliharaan alam sekitar agar kejadian banjir kilat dapat dihindari.

Jawapan pemahaman Latihan 4 1. Pemaju-pemaju gagal mematuhi peraturan berkaitan dengan alam sekitar, sistem perparitan diabaikan, menimbus sungai dan saliran dan membina tembok halangan banjir yang tidak menepati spesifikasi yang ditetapkan. 2. Kempen-kempen kebersihan gagal mencapai matlamatnya kerana sikap dan mentaliti rakyat Malaysia yang sukar mendisiplinkan diri mereka. Kempen hanya

berkesan pada peringkat awal sahaja dan apabila kempen berakhir, mereka akan kembali kepada sikap mereka yang asal. 3. Hukuman dan denda terhadap orang yang membuang sampah wajar diperketat untuk memberikan pengajaran kepada masyarakat. Mereka perlu diberi kesedaran tentang kepentingan menjaga kebersihan alam sekitar. Selain itu, gambaran buruk terhadap rakyat di negara ini oleh pelancong asing boleh dikikis dengan adanya undang-undang yang ketat.

Jawapan Latihan Rumusan 5 Jawapan Soalan (a) Pendahuluan (Tema petikan) 2 markah Petikan membincangkan cara-cara/langkah-langkah/pendekatan/usaha-usaha untuk memperkasakan pendidikan vokasional di negara kita. (b) Isi Tersurat (Memperkasakan Pendidikan Vokasional) Menjadikan system pendidikan vokasional di Perancis sebagai model dalam sistem pendidikan Malaysia. Masyarakat sewajarnya memberikan sokongan padu terhadap misi kerajaan untuk menambah jumlah pelajar aliran vokasional. Aliran vokasional turut dibuka kepada pelajar cemerlang. Infrastruktur komprehensif perlu disediakan terlebih dahulu sebelum system pendidikan vokasional dilaksanakan. Kerajaan mempertimbangkan sumber tenaga pengajar yang berkemahiran untuk menyokong perlaksanaan aliran vokasional. Kerajaan perlu melihat beberapa negara lain di Eropah dan Amerika Syarikat (AS) untuk memanfaatkan pengalaman mereka. Laluan kerjaya setiap bidang kemahiran harus diberi gambaran dengan lebih jelas dalam mata pelajaran kerjaya. Memastikan pendidikan vokasional tidak menjadi bentuk pendidikan kelas kedua. Usaha perlu dijalankan secara serius dengan penerangan yang jelas kepada masyarakat. (c ) Isi Tersirat ( Faedah Kemahiran Vokasional) 4 hingga 12 markah Boleh menyelesaikan tugasan berkaitan kemahiran tanpa bergantung kepada orang lain. Ibu bapa yakin kebolehan anak dalam menjalankan sesuatu tugasan. Kerja-kerja kemasyarakatan mudah dilaksanakan kerana banyak yang menguasai kemahiran. Negara beruntung kerana rakyat tempatan berkemahiran dalam bidang mereka. (Pendapat yang sesuai diterima) Penutup (Cadangan dan harapan daripada cadangan) 2 markah

(d )

Sebagai kesimpulannya/tuntasnya /konklusinya kita hendaklah menyokong usaha kerajaan memperkasakan pendidikan vokasional agar/supaya pelajar mempunyai kemahiran sebelum bekerja.

Jawapan soalan pemahaman 5 (i) (ii) Rangkai kata kelas kedua bermaksud pelajar tercicir dalam pelajaran Kelebihan pendidikan vokasional ialah pelajar tercicir akademik juga boleh menikmati pendapatan tinggi. Selain itu, kerajaan dapat menyediakan kemahiran yang secukupnya kepada pelajar yang lemah dalam akademik untuk memasuki pasaran kerja. Akhir sekali, dalam jangka masa panjang, masalah social dalam kalangan remaja dapat dibendung dari awal lagi Sekiranya pendidikan vokasional kurang diberi perhatian, mereka yang lemah dalam pelajaran tidak dapat memasuki pasaran kerja menyebabkan mereka terlibat dalam jenayah . Selain itu, ramai warga asing yang memenuhi pasaran kerja kerana rakyat Malaysia tidak mempunyai kemahiran yang dikehendaki oleh majikan. [Pendapat yang sesuai diterima]

(iii)

Jawapan Latihan Rumusan 6 Jawapan Soalan Rumusan (a) Pendahuluan Petikan membincangkan cara-cara/langkah-langkah/usaha-usaha mengatasi pemerdagangan orang yang berlaku di Negara kita. (b) Isi Tersurat [Kaedah Mengatasi Pemerdagangan Orang] Memperkenalkan Akta Antipemerdagangan Orang pada tahun 2007. Memperkenalkan Pelan Tindakan Kebangsaan Antipemerdagangan Orang pada 31 Mac 2010. Menaikkan denda kepada minimum RM500,000 hingga maksimum RM 1 juta untuk menakutkan masyarakat. Kerajaan kena peka dan bertindak mengikut trend semasa. Tindakan yang lebih bersepadu perlu diambil Kerajaan memperluas fungsi dan peranan Majlis Antipemerdagangan Orang (MAPO) Kerajaan mengesan pergerakan migran ketika berada di Malaysia. Pihak yang menjalankan tugas di pintu masuk negara telus dalam menjalankan tugas tanpa terlibat dengan rasuah. Siasatan hendaklah sehingga ke akar umbi untuk mengetahui dalang yang terlibat Masyarakat perlu memasang mata dan telinga untuk melaporkan kepada pihak berkuasa. (c) Isi Tersirat [Peranan Media Untuk Membendung Pemerdagangan Orang]

Mereka yang didakwa perlu didedahkan nama dan gambar untuk menakutkan masyarakat. Perincian akta perlu didedahkan untuk menyedarkan masyarakat. Penyiaran rencana secara bersiri tentang kesan negative pemerdagangan orang. Mendedahkan aktiviti pusat urut haram agar mendapat perhatian daripada pihak berkuasa.

Jawapan Soalan Pemahaman 6 Soalan 2 (a) Petikan Umum (i) (ii) Rangkai kata merangkumi pembekalan wanita bermaksud melibatkan penyediaan perempuan. Faktor masalah pemerdagangan orang banyak berlaku di Malaysia kerana Malaysia terletak di tengah-tengah Asia Tenggara. Selain itu, raut wajah dan warna kulit yang hampir sama dengan rakyat tempatan menjadikan warga asing yang dibawa masuk sukar dikesan. Akhir sekali, banyak rakyat Malaysia sanggup bekerjasama dengan penyeludup menjadi faktor negara ini menjadi transit pemerdagangan manusia. Jika masalah ini tidak dibendung, maksiat bertambah kerana bertambahnya pusat pelacuran asing. Selain itu, imej Negara tercemar apabila maasalah ini dibangkitkan di forum antarabangsa. [Pendapat yang sesuai diterima]

(iii)

Jawapan Latihan Rumusan 7 Pendahuluan Petikan membincangkan tanggungjawab/tugas (mengikut tema petikan bukan sinonim kepada perkataan) ibu bapa dalam mengalakkan anak-anak bergiat dalam bidang sukan. Isi tersurat (ambil seperti yang terdapat dalam petikan. Tidak perlu edit atau ubah ayat agar maksud ayat tidak berubah. Peranan ibu bapa sahaja)) 1.ibu bapa memberikan galakkan dan sokongan moral 2. mereka/ibu bapa boleh memberi dorongan dengan cara membeli peralatan sukan untuk anak-anak mereka. 3. ibu bapa juga boleh mengalakkan anak-anak untuk menceburkan diri dalam bidang sukan dengan aktif. 4. ibu bapa boleh menasihati anak-anak supaya memperuntukkan masa mereka dalam aktiviti kokurikulum (seperti sukan dan permainan) 5. ibu bapa perlulah memupuk minat anak-anak sejak di bangku sekolah rendah lagi. 6. ibu bapa hendaklah memberi sokongan moral dengan menghantar anak-anak mereka ke tempat latihan atau permainan tersebut dijalankan. 7. mereka/ibu bapa juga boleh menemani anak-anak dan menyaksikan anak-anak mereka berlatih atau bertanding dalam sesuatu acara sukan atau permainan.

8. ibu bapa boleh membelikan anak-anak mereka majalah sukan yang diminati oleh mereka. 9. ibu bapa tidak seharusnya mementingkan aspek kecemerlangan akademik semata-mata/ mengetepikan kepentingan sukan kepada anak-anak mereka.

Isi tersirat (perlukan idea daripada calon sendiri, jangan ambil/cedok daripada petikan) kekangannya kepada anak-anak (kekangan/halangan yang dihadapi oleh anak-anak sahaja) 1.anak-anak/pelajar dibebani kerja rumah 2. anak-anak tidak mendapat galakkan daripada ibu bapa/minat anak-anak dalam bidang sukan ditentang oleh ibu bapa 3. anak-anak lebih berminat bermain peralatan elektronik(play station/game/telefon bimbit) 4. anak-anak tidak mampu membeli peralatan sukan sendiri Kesimpulan (perlu ada cadangan - kesimpulannya dan harapan - agar) Kesimpulannya, Ibu bapa perlulah menyokong minat anak-anak dalam bidang sukan agar mutu sukan negara cemerlang / pencapaian anak-anak dalam bidang sukan cemerlang

Jawapan Soalan Pemahaman 7

i. Maksudkan melakar kemenangan ialah mengukir kejayaan (maksud berdasarkan petikan bukan sinonim daripada kamus- 2 markah) ii. Beberapa langkah yang perlu di laksanakan pada peringkat sekolah bagi menarik perhatian pelajar-pelajar agar berminat untuk menjadikan bidang sukan sebagai salah satu daripada karier profesional pada masa hadapan ialah menyediakan guru khas sukan/permainan agar pelajar didedahkan dengan peraturan permainan/sukan yang betul/menyediakan tempat yang sesuai untuk menjalani latihan/memberi ganjaran yang setimpal dengan kejayaan agar mereka rasa dihargai/ menyediakan kelas-kelas tambahan/tuisyen sekiranya mereka ketinggalan dalam akademik/menyediakan peralatan sukan yang bermutu tinggi. (idea daripada calon sendiri dan tidak boleh dicedok daripada petikan maksimum 4 isi) iii. Manfaat yang bakal diperoleh sekiranya anak-anak didedahkan dengan informasi yang terdapat dalam majalah-majalah sukan ialah anak-anak akan lebih berminat untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan bidang sukan tersebut/berusaha untuk menceburi bidang tersebut dengan lebih serius/mereka juga akan mendapat maklumat atau perkembangan terkini dalam bidang sukan melalui majalah-majalah sukan tersebut/kejayaan ahli-ahli sukan antarabangsa yang dipaparkan dalam majalah akan menjadi idola dan pencetus semangat/motivasi kepada anak-anak untuk menjadi ahli sukan yang berjaya. (Jawapan dari dalam petikan maksimum 3 isi)

, SET 1

DRAMA - 1400

Soalan 2 (b) Petikan Drama Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Waktu : Siang Tempat : Balai Raya Orang-orang kampung sedang bermesyuarat.Berjenis-jenis loghat digunakan. PAK SUDIN : Tak guna kita salahkan diri kita. Tak guna kita salahkan sesiapa pun. Tak guna kita menyesal,kita sendiri yang menjual tanah. Sekarang dah jadi hak dia. Kalau dia nak buat apa-apa pun, kita tak boleh buat apa-apa. ROMLI kuda : Itu betul, Pak Sudin. Tapi kita tak tahu akan jadi sampai begini. Kuda-

tu membawa penyakit. SUDIN KAMAR berlaku. : Kita nak buat apa sekarang ? : Kita pergi jumpa Tuan Dollah. Kita ceritakan perkara yang sedang

PAK SUDIN : Nak cerita apa? LEMAN : Kita katalah, sebelum dia datang dengan kuda-kudanya, air sungai bukan

begini. Ikan banyak, udang banyak. Sekarang tengok apa dah jadi ? ROMLI di KAMAR selalu. : Kuda-kuda dia mandi, meloncat-loncat, entah apa-apa lagi yang dibuat dalam sungai tu. : Anak-anak kita sakit, isteri kita sakit. Kita pun tak sedap badan

Apa nak jadi, ha? LEMAN Anak : Penyakit yang bukan-bukan pula tu. Tengok apa jadi dekat anak aku? Romli, anak Sudin?Mata budak tu tertangkup langsung.Ada yang lumpuh,yang pekak, yang tolol. Dulu mana pernah jadi semua ni? Lama-lama nanti apa jadi pada masyarakat kita?

( Dipetik daripada Drama 1400oleh Noordin Hassan dalam Antologi Dirgahayu Bahasaku, Dewan Bahasa dan Pustaka )

You might also like