Program Sistem Rumah

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 13

BAB 3: PROGRAM SISTEM RUMAH 1.1 PROJEK YANG TELAH DITANDAARAS IALAH PROJEK SISTEM RUMAH 3.

2 RASIONAL PEMILIHAN PROJEK Sistem Rumah Sukan atau ringkasnya Sistem Rumah merupakan satu sistem yang telah lama diamalkan di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) premier. Mulai tahun 2013, sebaik dilantik sebagai Pengetua SMKA Sultan Muhammad, Tuan Haji Muhd. Hairi bin Tamam, setelah melakukan analisis keperluan dan pemerhatian, telah memutuskan bahawa SMKA Sultan Muhammad perlu mengambil langkah ke arah penambahbaikan sistem pengurusan pelajar. Menurut Tuan Pengetua hasil pemerhatiannya didapati bahawa kehadiran kelas-kelas tambahan tidak memuaskan, penglibatan dalam aktiviti kokurikulum tidak menyeluruh dan sahsiah pelajar masih perlu dipertingkatkan. Tuan Pengetua berpendapat melalui pelaksanaan Sistem Rumah pelajar dapat dirangsang untuk hadir ke kelas-kelas tambahan, penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum boleh ditingkatkan dan sahsiah pelajar boleh dibentuk dengan lebih tersusun dengan aktiviti-aktiviti yang sedia ada dalam Sistem Rumah ini. Tuan Pengetua yakin melalui Sistem Rumah ini, 4 bidang yang diberi tumpuan dalam projek ini boleh melahirkan pelajar-pelajar yang mampu berdaya saing secara sihat dan mampu mengangkat kecemerlangan sekolah. Melalui strategi Sistem Rumah ini, Tuan Pengetua penuh yakin matlamat sekolah untuk mencapai Band 1 Menjelang 2015 akan tercapai. Ini merupakan langkah proaktif Tuan Haji Muhd Hairi bin Tamam ke arah merealisasikan hasrat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM 2013-2025), Kementerian Pendidikan Malaysia yang menyedari bahawa sistem pendidikan Negara perlu melalui transformasi yang menyeluruh dan sistematik sekiranya Malaysia berhasrat melahirkan individu yang mampu berkembang maju dan bersaing pada peringkat global. Oleh itu, sebagai pemimpin sekolah Tuan Haji Muhd Hairi bin Tamam berusaha untuk mencapai visi dan misi melalui pelaksanaan Sistem Rumah berpandukan SIstem Rumah SBP dengan sedikit pengubahsuaian. Projek ini dipilih kerana projek ini mempunyai hala tuju dan matlamat yang jelas, mempunyai sistem dan strategi yang terancang, mempunyai fokus tindakan yang jelas dan pelan aktiviti yang mampu dilaksanakan. Tambahan pula

ianya disokong oleh komitmen yang tinggi dari kepimpinan sekolah SMKA Sultan Muhammad yang tidak mengenal erti jemu dan putus asa. 3.3 SITUASI DAN LATAR BELAKANG PROJEK Sistem Rumah SMKA Sultan Muhammad dilaksanakan dengan beberapa konsep asas tertentu bagi memupuk semangat kesepaduan dan keharmonian dalam kalangan pelajar yang berasal dari latar belakang sosio-ekonomi, persekitaran dan budaya yang berbeza. Justeru matlamat Sistem Rumah ini adalah untuk meningkatkan jalinan

kerjasama dan pembangunan emosi (EQ), untuk menghasilkan para pelajar yang mempunyai jati diri, berketrampilan dan mempunyai daya kepemimpinan yang tinggi, sebagai sumber tenaga cemerlang dan bijaksana kepada pembangunan masa depan negara. Sistem Rumah ini berperanan sebagai perekayasa sosial (social reengineering) bagi melahirkan amalan budaya positif dan memupuk semangat kekitaan dalam kalangan pelajar. 3.3.1 MATLAMAT STRATEGIK a. Melahirkan sekolah yang unit dan istimewa school character (Sekolah Berwatak) b. Membentuk pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek c. Memperkasa jati diri pelajar, berketrampilan, berkeyakinan berdaya saing dan berdaya pimpin. d. Mewujudkan semangat pertandingan yang sihat dalam kalangan pelajar e. Mewujudkan semangat kekeluargaan dan kekitaan sense of belonging dengan menanam perasaan menyayangi yang muda, menghormati yang tua di antara ahli Rumah. 3.3.2 KONSEP ASAS a. Setiap sekolah mempunyai sekurang-kurangnya 4 buah Rumah b. Rumah dinamakan sebagai Rumah Ibnu Sina (merah), Rumah Ibnu Rushd (hijau), Rumah Al-Farabi (biru) dam Rumah Al-Khindi (kuning). c. Setiap murid dan guru wajib mempunyai Rumah kecuali Pengetua dan Jawatankuasa Induk Sistem Rumah sekolah.

d. Pembahagian Rumah bagi murid dan guru kekal sepanjang persekolahan dan perkhidmatan di sekolah ini. e. Setiap Rumah dikehendaki mempunyai identiti meliputi warna, logo, moto, bendera, lagu Rumah dan lagu sorak. f. Setiap Rumah mempunyai struktur organisasi seperti yang telah ditetapkan Ketua Rumah yang dilantik mestilah seorang Pengawas g. Penempatan pelajar di kelas tidak semestinya mengikut Rumah. h. Bilangan pelajar luar dan pelajar asrama dibahagi sama banyak untuk

mengelakkan ketidakadilan kerana status penginapan pelajar. i. Penempatan Rumah adalah mengikut blok tetapi dalam keadaan prasarana terhad, penempatan Rumah dibenarkan mengikut aras dan dom, di mana setiap aras atau dom didiami oleh ahli Rumah yang sama. j. Penempatan Warden juga adalah mengikut Rumah / Blok Warden berkenaan secara automatic bertanggungjawab sepenuhnya kepada ahli Rumah / blok yang ddiaminya. k. Kedudukan di dewan makan daripada pelbagai tingkatan dari Rumah yang sama l. Pelajar juga diwajibkan mengikut kumpulan usrah dan ahli kumpulan usrah tersebut adalah disusun mengikut Rumah masing-masing 3.3.3 PENILAIAN Penilaian Sistem Rumah ini mengambil kira pencapaian pelajar dalam akademik, kokurikulum, sahsiah dan program 3K (Keselamatan, Keceriaan dan Kebersihan). Pencapaian cemerlang oleh ahli Rumah akan diberi pengiktirafan, manakala pencapaian yang tidak sampai ke tahap yang ditetapkan akan dikenakan penalty. Sistem ini akan mewujudkan satu persaingan yang sihat dalam kalangan pelajar dengan menanamkan sifat ingin bertanding dan sentiasa berusaha membuat penambahbaikan untuk memberi sumbangan mata kepada kecemerlangan Rumah. 3.3.4 PENGIKTIRAFAN Majlis pengiktirafan Sistem Rumah hendaklah diadakan sekali atau dua kali setahun. Kategori yang diberi pengiktirafan adalah seperti berikut:a. Rumah Terbaik Akademik

b. c. d. e. f.

Rumah Terbaik Kokurikulum Rumah Terbaik Sahsiah Rumah Terbaik Sahsiah Pelajar Terbaik Keseluruhan Rumah Terbaik Keseluruhan

Semua anugerah ini adalah berdasarkan pencapaian tertinggi pada tahun semasa dalam kategori yang berkaitan. Sekiranya berlaku persamaan markah untuk Anugerah Pelajar Terbaik Keseluruhan atau Anugerah Rumah Terbaik Keseluruhan, Pengetua mempunyai kata pemutus di mana pertimbangan utama adalah berasaskan markah akademik. 3.3.5 PELAKSANAAN SISTEM RUMAH Rujuk Lampiran 7 3.4 KEPUTUSAN PENILAIAN SISTEM RUMAH TAHUN 2013, Rujuk Lampiran 8

LAMPIRAN 7 PELAKSANAAN SISTEM RUMAH i. Struktur Organisasi Pengurusan Sistem Rumah Induk (Guru)

Pengetua

GPK Pentadbiran GPK HEM GPK Kokurikulum

Penyelaras Penolong Penyelaras

Ketua Guru Rumah

Ketua Guru Rumah

Ketua Guru Rumah

Ketua Guru Rumah

Pen. Ketua Guru Rumah

Guru Biro Akademik

Guru Biro Kokurikulum

Guru Biro Sahsiah

Guru Biro 3K

Guru Rumah

Guru Rumah

Guru Rumah

Guru Rumah

ii. Struktur Organisasi Pengurusan Sistem Rumah Pelajar Ketua Guru Rumah

Pen. Ketua Guru Rumah

Guru Rumah

Ketua Rumah

Pen. Ketua Rumah

Setiausaha

Pen. Setiausaha

Bendahari

Ketua Biro Akademik

Ketua Biro Kokurikulum

Ketua Biro Sahsiah

Ketua Biro 3K

Wakil Tingkatan

Sukan/ Permainan Kelab/ Persatuan Kelab/ Persatuan

Disiplin

Ketua Kamar Ketua Bilik Khas

Kerohanian

Kebajikan

iii. PEMARKAHAN SISTEM RUMAH Panduan pemarkahan ini merupakan satu kaedah mengenai pemberatan yang perlu digunakan dalam pemberian markah. Prinsip yang digunakan dalam menyediakan panduan ini adalah berdasarkan keselarasan, potensi/bakat murid-murid, pembentukan sahsiah/akhlak, adil dan kemampuan pelaksanaan. Penilaian Sistem Rumah adalah berdasarkan kepada aturan permarkahan seperti berikut: a. BIDANG AKADEMIK Pencapaian pelajar dalam bidang akademik akan menyumbangkan markah kepada Rumah dan juga dirinya. Markah akan diberi berdasarkan kepada Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) yang diperolehi oleh murid tersebut berdasarkan kepada jadual di bawah: 1. Menengah Atas PNG Keseluruhan 4.0 3.75 3.99 3.50 3.74 3.00 3.49 2.76 2.99 2.50 2.74 2.00 2.49 1.50 1.99 0 1.49 2. Menengah Rendah PNG Keseluruhan 4.0 3.75 3.99 3.50 3.74 3.00 3.49 2.76 2.99 2.50 2.74 2.00 2.49 1.50 1.99 0 1.49 Mata +50 +40 +30 +20 +10 0 -10 -20 -30 Mata +50 +40 +35 +30 +20 +10 0 -10 -20

Hanya 4 peperiksaan akan diambil kira untuk dihimpunkan ke dalam markah Sistem Rumah seperti di bawah: Peperiksaan Pertengahan Penggal 1 Peperiksaan Pertengahan Tahun Peperiksaan Pertengahan Penggal 2 Peperiksaan Akhir Tahun / Peperiksaan Percubaan PMR / Peperiksaan Percubaan SPM (Nota: Pencapaian pelajar dalam setiap subjek tidak diambil kira di dalam pengiraan markah untuk Sistem Rumah)

b.

BIDANG KOKURIKULUM Tiga aspek kokurikulum akan menyumbangkan markah kepada Sistem Rumah iaitu: Penglibatan pelajar dalam unit-unit kokurikulum iaitu Persatuan/Kelab, Badan Beruniform dan Sukan/Permainan Pencapaian murid dalam unit-unit kokurikulum iaitu Persatuan/Kelab, Badan Beruniform dan Sukan/Permainan Penglibatan pelajar dalam sesuatu acara/aktiviti seperti Merentas Desa, Kejohanan Olahraga dan Sukantara 1. Markah Penglibatan Peringkat Sekolah Zon / Daerah Negeri Kebangsaan Antarabangsa 2. Markah Pencapaian Peringkat Sekolah Zon / Daerah Negeri Johan 3 5 10 Naib Johan Ketiga 2 1 4 3 8 6 Mata 3 5 10 15 20

Kebangsaan Antarabangsa 3. Markah Acara Acara Merentas Desa

15 20

13 18

11 16

Penyertaan 1

Kategori Kelayakan Pencapaian 2 Johan 20; N.Johan 18; Ke-316; ke-414; ke-5-12; Ke-6-10; Ke-7-9; Ke-8-8; Ke9-7; Ke-10-6

Sukantara Road Relay

1 1

2 -

Johan 20; N.Johan 18; Ke-316; ke-414; ke-5-12; Ke-6-10; Ke-7-9; Ke-8-8; Ke9-7; Ke-10-6

Perbarisan

Johan-20; Naib Johan-10; Ke-3 - 5

c. BIDANG SAHSIAH Aspek sahsiah yang akan menyumbangkan markah kepada Sistem Rumah adalah: i. ii. iii. Salah laku (Demerit) Kepimpinan (jawatan yang disandang) Khidmat bakti dan Special Talent

i.

Salah laku Markah negative (demerit) akan dikenakan kepada semua salah laku disiplin mengikut kategori seperti yang dinyatakan dalam Surat Pekeliling Iktisas Bil KP(BS)8591/Jld.XVII(7) bertarikh 20 Oktober 2003. Kategori Salah laku Berat Sederhana Ringan Markah (demerit) -20 -10 -3

ii.

Kepimpinan

Markah untuk kepimpinan pelajar akan diberi berdasarkan kepada peringkat jawatan yang disandang iaitu: Peringkat Tinggi Peringkat Sederhana dan Peringkat Biasa Markah 50 40 35 30 25 20 20 20 10 10 7 7 * Kapten Rumah mesti dilantik dari kalangan pengawas (Nota: sekiranya seseorang pelajar memegang lebih dari satu jawatan, hanya markah dari jawatan paling tinggi akan diambil kira)

Jawatan PERINGKAT TINGGI Ketua Pengawas Penolong Ketua Pengawas Kapten Rumah * Setiausaha Pengawas Bendahari Pengawas PERINGKAT SEDERHANA Pengawas biasa Ketua Badan Kepimpinan Pelajar Yang Lain Ketua Imam PERINGKAT BIASA AJK Badan Kepimpinan Pelajar Imam/Bilal Naqib/Naqibah Ketua Kelas/Ketua Dom/Ketua Blok d. KHIDMAT BAKTI DAN SPECIAL TALENT

Penglibatan pelajar dalam khidmat bakti di dalam dan luar sekolah juga akan diberi pengiktirafan dalam Sistem Rumah. Markah-markah akan diberikan berdasarkan kepada peringkat penglibatan pelajar dalam khidmat bakti iaitu: Khidmat Bakti Peringkat Sekolah Khidmat bakti yang dianjurkan di dalam atau luar kawasan sekolah oleh sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan Pendidikan Negeri atau mana-mana institusi di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Antara contoh aktiviti khidmat bakti di peringkat sekolah adalah terlibat sebagai AJK acara rasmi sekolah seperti Pendaftaran Pelajar Baru, Kejohanan Olahraga Tahunan, Kejohanan Merentas Desa, Sambutan Hari Guru, Hari Kecemerlangan Sekolah dan sebagainya.

Khidmat Bakti Peringkat Masyarakat Khidmat bakti yang dianjurkan di dalam atau luar kawasan sekolah oleh institusi atau badan-badan selain dari institusidi bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Antara contoh khdimat bakti di peringkat luar sekolah adalah menghulurkan bantuan perkhidmatan sosial kepada masyarakat luar sekolah yang dibenarkan seperti: Mengambil bahagian dalam aktiviti gotong royong membersihkan kubur Memberi bantuan di rumah orang-orang tua Memberi bantuan di rumah/pusat orang-orang cacat Mewakili koir/nasyid untuk majlis anjuran oleh Majlis Daerah Mengambil bahagian dalam malam kebudayaan anjuran Persatuan Bekas Pelajar Peringkat Penglibatan Sekolah Luar Sekolah Special Talent Markah 2 4

Markah akan diberi kepada pelajar dan Rumah sebagai pengiktirafan kebolehan seseorang pelajar dalam bidang-bidang tertentu seperti bermain piano, melukis, menulis perisian komputer dan sebagainya yang tiada pertandingan khusus dianjurkan oleh Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan Pendidikan Negeri, SBP atau Kementerian Pendidikan Malaysia. Markah tidak diberi kepada penglibatan tetapi hanya ke atas pencapaian murid dalam sesuatu pertandingan seperti jadual di bawah: Negeri 10 8 6 Kebangsaan Antarabangsa 15 20 13 18 11 16

Johan Naib Johan Ketiga

e. Program 3K (Kebersihan, Keselamatan dan Keceriaan) Markah akan diberi kepada Rumah dan individu yang menganggotai kelas dan kamar yang berjaya melepasi tahap piawai. Kelas atau kamar yang berjaya

melepasi tahap piawai minimum akan diberi markah manakala kelas atau kamar yang gagal melepasi tahap piawai akan ditolak markah (demerit).

1. Markah untuk 3K (Kelas) Markah untuk individu Johan : +5 Naib Johan : +3 Ketiga : + 2 Lain-lain : +1 0 -2 -3 Melepasi piawai (>70%) Zon Selesa 61% - 70% Tidak Melepasi Piawai 50% - 60% 0 49%

LAMPIRAN 8 a. ANALISIS PEMARKAHAN SISTEM RUMAH TAHUN 2013


AKADEMIK RUMAH L AL FARABI IBNU RUSH AL KHINDI IBNU SINA -1154 -979 -1193 -701 P 0 0 0 0 JUM -1154 -979 -1193 -701 L 1068 827 1104 915 P 30 20 22 19 JUM 1098 847 1126 934 L 713 779 941 1124 P 95 53 71 43 JUM 808 832 1012 1167 KOKURIKULUM SAHSIAH 3K KELAS 0 0 0 0 3K DORM -220 -20 -200 -180 JUMLAH BESAR 502 680 745 1220

b. KEPUTUSAN ANUGERAH GEMILANG SISTEM RUMAH 2013 BIL 1 2 3 4 5 5.1 5.2 5.3 5.4 5.5 KATEGORI ANUGERAH Rumah Terbaik Akademik Rumah Terbaik Kokurikulum Rumah Terbaik Sahsiah Rumah terbaik Program 3K Rumah Terbaik Majlis Santapan Beradap Pengurusan Majlis Kreativiti / Hiasan Dewan Sambutan dan layanan Pendokumentasian ANUGERAH RUMAH GEMILANG PEMENANG IBNU SINA AL KHINDI IBNU SINA IBNU RUSH IBNU SINA AL FARABI IBNU RUSH AL KHINDI IBNU SINA IBNU SINA

You might also like