Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

10 jenis pendahuluan karangan umum (SPM)

1)Perenggan jenis Definisi Perenggan pendahuluan ini dimulakan dengan memberi takrifan atau definisi tentang tajuk karangan yang ditulis. Di samping definisi, anda juga boleh memberi huraian tentang tajuk karangan yang ditulis. Penulisan perenggan pendahuluan ini sesuai untuk karangan jenis deskriptif dan perbahasan. Tajuk: Gejala Sosial Skop : Langkah-langkah untuk membendung gejala sosial Gejala sosial bermaksud perbuatan buruk atau negatif yang dilakukan oleh segelitir anggota masyarakat. Hal ini jika tidak dibendung mendatangkan pelbagai masalah kepada masyarakat. Kini, gejala ini membabitkan golongan muda yang akan menjadi pewaris pucuk pimpinan negara ini, malah gejala ini melibatkan pelajar sekolah. Antara kes yang membabitkan pelajar sekolah ialah ponteng sekolah, mengugut guru, merosakkan harta benda awam, membuli pelajar junior sehingga menyebabkan kematian, dan sebagainya. Manakala, kes-kes yang membabitkan golongan muda ialah penyalahgunaan dadah, curi motosikal, pecah rumah, lumba haram, dan sebagainya. Masalah ini tidak boleh dibiarkan begitu sahaja. Oleh itu, langkah kerajaan mengadakan Program Latihan Khidmat Negara merupakan satu langkah wajar untuk membendung gejaa sosial dalam kalangan remaja. Selain itu, langkah-langkah lain, perlu dijalankan untuk membendung gejala sosial yang membabitkan golongan remaja.

2)Pendahuluan jenis Pendapat Tokoh Dalam pendahuluan jenis ini, anda memaparkan pendapat tokoh berkaitan dengan tajuk perbincangan. Tokoh yang dikemukakan itu boleh yang masih hidup atau yang sudah meninggal dunia, tetapi tokoh tersebut hendaklah yang dikenali oleh kebanyakan orang. Pendapat ini ditulis dalam bentuk prosa atau dalam bentuk dialog, yakni dalam pengikat kata. Pendahuluan jenis ini sesuai untuk karangan jenis deskriptif, syarahan, ceramah, ucapan, rencana dan perbahasan. Tajuk : Tabiat membaca dalam kalangan masyarakat Malaysia Skop : Cara-cara untuk memupuk minat membaca Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, Universiti Sains Malaysia 9USM), Tan Sri Ani Arope mengatakan bahawa rakyat Malaysia belum bersedia menjadikan amalan membaca sebagai tabiat harian mereka untuk menggantikan tabiat lain, terutamanya makan. Beliau mengatakan bahawa membaca ialah tabiat yang amat mustahak berbanding makan kerana setiap bahan bacaan berupaya mendatangkan pelbagai idea untuk kegunaan manusia. Ketika berucap merasmikan pelancaran buku penerbit USM di Dewan Kuliah A, Universiti Sains Malaysia pada 27 Mac 2004, beliau berkata "Jadual makanan boleh ubah. Cuba jangan lupa membaca. Tabiat membaca rakyat negara ini amat kurang berbanding dengan penduduk di negara Asia lain seperti Jepun, Korea dan China. Orang Jepun misalnya, membaca dua buah buku sebulan. Orang kita nak baca dua buah buku setahun pun payah. Selepas keluar universiti pun, lupa membaca. Kita perlu membangkitkan budaya membaca ini. Saya fikir masyarakat harus kembali kepada buku, khususnya bacaan yang lebih serius dan bermotifkan ilmu pengetahuan. Walaupun perkembangan penerbitan di negara kita semakin pesat, namun tentunya tidak serancak perkembangan penerbitan majalah hiburan dan bacaan ringan yang lebih banyak melaporkan mengenai dunia artis dan glamor." Berdasarkan kenyataan Tan Sri Ani Arope di atas, maka usaha-usaha perlu dilaksanakan untuk memupuk minat membaca dalam kalangan masyarakat Malaysia. Soalan: Amalan membaca harus dipupuk dalam kalangan rakyat negara ini sejak mereka kecil lagi, seperti kata peribahasa melentur buluh biarlah dari rebungnya. Hal ini bertepatan dengan hasrat kerajaan yang bertujuan untuk melahirkan masyarakat berilmu yang maju dan berdaya saing. Bincangkan usaha-usaha untuk memupuk minat membaca dalam kalangan rakyat negara ini. 1

Setiap seorang daripada kita mesti memberikan nilai tambah kepada diri masing-masing. Demikian Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pernah menukil dalam salah satu ucapan beliau sekitar pertengahan tahun 2005 yang lalu. Ungkapan keramat itu sesungguhnya membawa maksud bahawa harga seseorang dalam pasaran pekerjaan akan bertambah andai individu itu berusaha mendapatkan keterampilan yang lain untuk dirinya. Selain melalui proses pembelajaran secara formal, nilai diri akan dapat ditambah dengan banyaknya menerusi amalan membaca. Cerdik pandai sering menganggap membaca sebagai jambatan ilmu. Persepsi ini terjelma lantaran amalan membacalah yang dapat menghubungkan antara manusia dengan segala ilmu dan pengetahuan. Oleh hal yang demikian, pelbagai usaha perlu dilaksanakan bagi memupuk amalan membaca dalam kalangan rakyat negara ini.

3) Pendahuluan jenis Suasana -Dimulakan dengan mengisahkan satu keadaan atau suasana di suatu tempat yang akan dijadikan fokus untuk tajuk karangan. -Jadi, pendahuluan jenis ini sesuai untuk karangan jenis cerita dan dekriptif. Tajuk: Boros berbelanja Skop: Kesan jika masyarakat suka berbelanja boros Selepas tamat kelas tuisyen, saya pun keluar dari rumah Cikgu Siva dan menuju ke stesen bas untuk menaiki bas pulang ke rumah yang sejauh empat kilometer dari pusat bandar Sungai Petani. Dalam perjalanan ke stesen bas, saya mendapati sekelompok orang sedang menuju ke sebuah pasar raya. Pelanggan masuk dan keluar dari pasar raya itu. Setelah itu, baharulah saya mengetahui bahawa pasar raya itu sedang mengadakan promosi jualan hebat bersempena dengan perayaan Tahun Baru Cina dan Hari Raya Aidilfitri.Pengunjung pasar raya itu terpaksa ber asakasak masuk kerana pasar raya itu terlalu sesak.Manakala,orang yang keluar dari pasar raya saya didapati menjinjing barangan di kedua-dua belah tagan.Mereka membeli barangan,makanan,dan pakaian dalam kuantiti yang banyak.Tidak hairanlah kadar inflasi di negara kita semakin meningkat dari setahun ke setahun.Sikap boros dan membeli tanpa perancangan patu di kawal dan sebaliknya sikap berjimat cermat patut diamalkan kerana berjimat cermat patut diamalkan kerana berjimat cermat merupakan satu amalan nilai murni.Sekiranya semua rakyat Malaysia boros berbelanja,maka pelbagai kesan akan timbul kelak. 4)Pendahuluan jenis Persoalan - Mudah ditulis kerana pelajar perlu menulis banyak ayat tanya tentang tajuk, yakni mengemukakan beberapa persoalan yang dibincangkan dalam isi karangan. -Sesuai untuk karangan jenis perbahasan, syarahan, ceramah, ucapan dan deskriptif. Tajuk : Kemalangan jalan raya Skop : Faktor-faktor yang menyebabkan peningkatan kadar kemalangan jalan raya Dewasa ini, kadar kemalangan jalan raya di Malaysia semakin meningkat dari semasa ke semasa, terutamanya pada musim perayaan. Adakah kemalangan jalan raya terjadi akibat kelalaian diri-sendiri atau kelalaian orang lain? Mengapakah jumlah kemalangan jalan raya semakin meningkat dari setahun ke setahun, khususnya pada cuti perayaan? Apakah punca sebenar kemalangan berlaku? Mengapakah kemalangan jalan raya banyak membabitkan motosikal dan bas ekspres berbanding dengan kenderaan lain? Bagaimanakah kita hendak mengelak atau mengurangkan kadar kemalangan jalan raya? Adakah dengan mengadakan kempen keselamatan kita dapat mengawal kadar kemalangan jalan raya? Mungkin ada anatara kita yang mengatakan bahawa kemalangan jalan raya 2

hanya disifatkan sebagai takdir daripada Allah. Persoalannya, apakah faktor-faktor sebenarnya yang menyebabkan kemalangan jalan raya berlaku? 5)Pendahuluan jenis Peribahasa, Pepatah dan Cogan Kata -Mengandungi beberapa peribahasa, pepatah, atau cogan kata yang ada kaitan dengan tajuk yang hendak dibincangkan. -Pelajar-pelajar tidak dikehendaki menghuraikan maksud peribahasa, pepatah, dan cogan kata yang diberi. -Sesuai untuk karangan jenis perbahasan, ucapan, ceramah, syarahan, dan deskriptif. Tajuk : Belia Skop : Peranan belia dalam pembangunan negara Peribahasa Melayu dicipta untuk dijadikan pedoman dan panduan hidup masyarakat Melayu. Antara peribahasa Melayu yang menggambarkan peranan belia dalam pembangunan negara ialah jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya dan di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Kedua-dua peribahasa ini menekankan kepentingan daya usaha semua golongan masyarakat, terutamanya golongan belia dalam membangunkan negara. Hal ini membuktikan bahawa pembangunan negara memang bergantung kepada golongan belia kerana pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara, generasi muda pelapis dan peneraju wawasan, remaja penggerak wawasan, generasi muda wawasan bangsa, dan banyak lagi. Oleh itu, pembangunan negara memang dipertanggungjawabkan kepada golongan belia untuk merealisasikan Wawasan 2020 seperti kata pepatah satu matlamat,satu wawasan. Oleh itu, setiap belia perlu mengetahui peranan mereka dalam memajukan dan membangunkan negara ini.

6)Contoh Pendahuluan Jenis Pantun Soalan: Anda telah dipilih mewakili kelas dalam pertandingan menulis esei sempena Minggu Keusahawanan yang dianjurkan oleh Persatuan Ekonomi sekolah anda. Tajuk esei yang ditetapkan ialah Faedah Berjimat Cermat.Tulis esei anda itu selengkapnya. Tikar pucuk tikar mengkuang, Alas nikah raja Melayu; Ikan busuk jangan dibuang, Buat perencah si daun kayu. Pantun warisan di atas mengingatkan kita supaya tidak membuang ikan yang sudah busuk. Sebaliknya, suri rumah yang kreatif seharusnya memanfaatkan ikan busuk itu untuk dijadikan hidangan yang istimewa. Dengan sentuhan yang bijak, ditambah pula dengan pelbagai ramuan termasuk ulam-ulaman, ikan busuk itu akan menjadi makanan yang enak untuk dinikmati. Demikian, maksud secara literal pantun empat kerat di atas. Secara tersiratnya, pantun tersebut mengingatkan kita agar sentiasa berjimat-cermat dalam kehidupan amnya, dan perbelanjaan seharian khususnya. Tambahan pula, agama Islam sendiri melarang umatnya bersikap boros lantaran pemboros ialah sahabat syaitan. 7) Contoh pendahuluan jenis seni kata lagu Soalan: Pelbagai langkah telah diambil oleh pihak kerajaan untuk memajukan sektor pertanian di samping meningkatkan taraf hidup golongan petani. Tulis sebuah rencana tentang sumbangan sektor pertanian terhadap ekonomi negara untuk dimuatkan dalam akhbar tempatan. 3

Burung yang berkicau Air mengalir tenang Sejuk mata memandang Damai mempesonakan Padi melambai-lambai Gadis di tepi bendang Walau panas membahang Tetap manis tersenyum riang Lagu Desa Tercinta dendangan Nora yang dikategorikan dalam genre muzik irama Malaysia ini sangat popular sekitar tahun 2000 yang lalu. Ilustrasi di dalam lagu tersebut menunjukkan betapa harmoni hubungan antara alam dengan insan. Lebih jauh lagi, lagu itu berusaha memberikan gambaran tentang keindahan sebuah kampung tradisional di negara kita. Kampung tersebut masih mengekalkan sektor pertanian, khususnya penanaman padi sebagai sumber utama pendapatan penduduknya. Walau bagaimanapun, gambaran seumpama itu hanya indah dan terdapat di beberapa perkampungan di negara kita, sedangkan desa yang lainnya sudah dicalar oleh projek pembangunan yang menggila. Di sisi yang lain, sektor pertanian sesungguhnya masih amat diperlukan untuk terus membangunkan negara. Lantaran itu, apakah langkah-langkah proaktif yang wajar dilaksanakan bagi memajukan sektor pertanian di negara ini?

8) Contoh Pendahuluan Jenis Cerita Soalan: Bencana alam seperti gempa bumi, banjir lumpur dan tsunami telah melanda beberapa buah negara sejak belakangan ini. Mala petaka ini memerlukan kerjasama sejagat bagi membantu mangsa-mangsa yang terlibat. Tulis sebuah rencana mengenai peranan Malaysia dalam meringankan beban yang ditanggung oleh mangsa bencana tersebut. Mbah Maridjan. Lelaki yang berusia 79 tahun ini amat dikenali namanya di Kanahreja Dusun Palemsari Kabupatin Sleman, Jawa Tengah. Beliau mengaku sebagai pemegang kunci Gunung Merapi yang akan memuntahkan lahar merahnya bila-bila masa sahaja. Beliau yang tinggal tiga kilometer dari kawah lahar yang sedang mendidih itu mengaku mendapat perintah daripada Almarhum Sultan Hamengku Buwono IX yang melantiknya sebagai juru kunci gunung itu beberapa waktu yang silam. Pengaruh Mbah Maridjan sangat kuat dalam kalangan penduduk di desanya sehingga beliau dan pengikut-pengikutnya tidak akan berganjak dari kawasan itu walaupun dipaksa. Persoalannya, apakah yang akan terjadi kepada seluruh penduduk di kawasan itu apabila Gunung Merapi itu memuntahkan lahar merahnya? Apakah pula peranan negara ini dalam meringankan beban yang ditanggung oleh mangsa bencana alam seperti itu, di samping bencana yang lain seumpama tsunami, banjir lumpur dan taufan? 9) Contoh Pendahuluan Jenis Statistik Soalan: Kadar kemalangan jalan raya di negara dianggap antara yang tertinggi di dunia. Setiap hari, ada sahaja berita tentang kemalangan jalan raya yang disiarkan menerusi media massa. Huraikan pendapat anda tentang usaha-usaha untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya di negara ini. Pada hari pertama Ops Sikap XII 2007 dilaporkan bahawa 921 kemalangana telah berlaku di negara ini. Jumlah tersebut meliputi 24 kemalangan maut yang membawa kepada 25 kematian. Ketua Polis Negara yang melaporkan data ini menyatakan rasa tidak puas hati beliau akan situasi tersebut. Hal ini kerana kebanyakan kemalangan berlaku disebabkan kecuaian pengguna jalan raya yang kurang mementingkan keselamatan. Para pengguna dianggap tidak 4

menghargai diri sehingga sanggup menggadai nyawa semata-mata kerana berhasrat untuk tiba di destinasi masingmasing dengan cepat. Oleh hal yang demikian, usaha-usaha yang lebih mapan wajar dilaksanakan bagi mengurangkan kadar kemalangan jalan raya di negara ini.

10)Contoh Pendahuluan Jenis Berita Akhbar Soalan: Sistem pengangkutan di negara ini telah mengalami perubahan yang amat ketara. Berbanding dengan dua puluh tahun yang lalu, kini pelbagai jenis sistem pengangkutan moden telah disediakan bagi kemudahan para pengguna. Berikan pendapat anda tentang sistem pengangkutan moden di negara ini. Kerajaan galak mohon permit teksi eksekutif. Demikian tajuk berita yang terpapar di muka 11 akhbar Mingguan Malaysia bertarikh 17 Jun 2007 yang lalu. Kenyataan tersebut dikeluarkan oleh Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi selepas beliau merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi Berjasa Negeri Sembilan Berhad kali ke-9 di Seremban. Teksi eksekutif merupakan sistem pengangkutan awam yang menggunakan teksi yang lebih besar dan selesa, tetapi tambangnya lebih tinggi berbanding dengan teksi bajet. Penggunaan teksi eksekutif dicadangkan apabila usia kenderaan sedia ada mencapai tempoh tujuh tahun. Selain teksi eksekutif, terdapat beberapa jenis sistem pengangkutan moden di negara ini, termasuklah monorel, keretapi LRT dan lain-lain lagi.

You might also like