Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 13

Keselamatan dalam aktiviti fizikal 1.

Sebelum kita memulakan sebarang aktiviti fizikal, kita perlu melakukan pemanasan badan terlebih dahulu. 2. Pemakaian yang bersesuaian dengan aktiviti yang dilakukan. Sebagai contohnya, kita perlu memakai boots semasa permainan rugby dijalankan. 3. Lakukan senaman 2 jam selepas makan. Dapat menghindari daripada rasa loya, muntah dan kekenjangan perut. Dapat menghindari daripada timbulnya masalah kepada sistem penghadaman dan pernafasan. 4. Minum air secukupnya. Pastikan minum air secukupnya sebelum melakukan senaman (sebaikbaiknya air kosong). Galakkan minum air antara 6 hingga 8 gelas. Minum air pada setiap 15 hingga 20 minit, terutamanya ketika cuaca panas. Elakkan minum air berkarbonat/bergas di dalam tin atau botol. Minum air kosong sebelum, semasa dan selepas bersenam. Contoh cara memanaskan badan berjalan pantas atau berlari setempat dan diikuti dengan aktiviti regangan dan kelonggaran. Aktiviti regangan boleh membantu mengelakkan kecederaan pada otot, melancarkan pengaliran darah dan meningkatkan suhu otot selain meningkatkan fleksibiliti dan menggerakkan sendi-sendi pada julat pergerakan yang optimum.

Amalan menyejukkan badan dapat menyingkirkan asid laktik yang terkumpul di dalam otot.

Keselamatan Semasa Melakukan Senaman dan Aktiviti Fizikal Jangan bersenam jika tidak sihat, dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu. Jangan bersenam ketika cuaca sangat panas, sangat sejuk, terlalu gelap atau kadar pencemaran udara tinggi. Jangan gunakan peralatan yang rosak. Berhenti segera jika terasa semput atau sakit dada ketika bersenam. Jangan terus mandi selepas bersenam kerana ini akan mengganggu sistem badan. Tunggu hingga badan telah sejuk dan peluh di badan telah kering, mandilah dengan air biasa.

Keselamatan di Rumah

Keselamatan di rumah merupakan satu isu yang sering diabaikan. Menjadikan rumah anda sebagai sebuah rumah yang selamat untuk kanak-kanak adalah satu proses yang rumit dan terperinci. Proses ini bermula daripada kesedaran serta kemahuan ibu bapa untuk menjadikan rumah sebagai sebuah tempat perlindungan yang selamat.

Punca

Sebahagian besar kecederaan yang berlaku berpunca daripada kemalangan yang berlaku di rumah. Kemalangan-kemalangan ini sebenarnya boleh dicegah. Kemalangan-kemalangan pada kebiasaanya berlaku pada waktu lewat petang atau pada waktu malam apabila kanak-kanak keletihan dan mengantuk. Jenis kemalangan yang sering berlaku ialah: Terjatuh Terkena api Terambil racun Sesak nafas atau tercekik Lemas

Berikut adalah senarai perkara-perkara yang anda boleh lakukan untuk menjadikan rumah anda serta persekitarannya selamat untuk kanak-kanak. Walau bagaimanapun anda harus ingat bahawa walau apa pun yang anda lakukan untuk menjadikan persekitaran kanak-kanak anda selamat, perkara yang terbaik untuk diamalkan ialah untuk mendidik anak anda untuk menjaga keselamatan diri sendiri. Pelan anda untuk menjadikan rumah anda selamat boleh dijadikan proses pengajaran yang mengambil kira penglibatan anak-anak anda ini adalah kerana ia dapat diperbaiki dari masa ke semasa melalui bantuan dan pandangan anak-anak anda.

Perkara-perkara yang anda boleh lakukan untuk menjadikan rumah anda lebih selamat, ialah:

Jangan sekali-kali membiarkan bayi anda di rumah bersendirian, di atas katil atau meja, atau di dalam tandas tanpa diiringi oleh orang dewasa

Jangan tinggalkan beg plastik atau belon di kawasan yang boleh dicapai oleh bayi. Kanak-kanak boleh mengalami kesesakan nafas apabila bermain dengan benda-benda ini

Jangan tinggalkan objek-objek kecil terbiar di merata tempat. Bayi dan kanak-kanak kecil boleh tercekik apabila meletakkan objek-objek kecil dalam mulut atau boleh mencederakan diri dengan meletakkannya ke dalam hidung

Pastikan

pengasuh

anak

anda,

ialah

seorang

yang

mempunyai pengalaman menjaga kanak-kanak

Pastikan tingkap rumah anda dilengkapi dengan besi bersilang dan anjung rumah tidak boleh dicapai oleh kanak-kanak

Baby walkers merupakan alat permainan yang merbahaya dan tidak membantu anak anda belajar berjalan lebih awal.

Pastikan buaian yang boleh dilambung, dipasang dengan betul dan mempunyai dasar yang lebar berbanding rangkanya. Letakkan sebuah tilam atau bantal seluas dua kali ganda kawasan dasar buaian apabila buaian digunakan.

Jangan biarkan benda-benda yang tajam di merata tempat dan di tempat yang boleh dicapai oleh kanak-kanak

Jangan amalkan tabiat merokok di dalam rumah. Hampir semua kebakaran bermula dengan penghisap rokok yang cuai yang tidak memadam api puntung rokok sepenuhnya.

Rangkakan satu pelan keselamatan untuk kebakaran.

Beli sebuah alat pemadam api untuk disimpan di dalam rumah.

Elakkan daripada memegang air panas atau benda-benda panas apabila adanya kehadiran kanak-kanak berdekatan dengan anda.

Gunakan minyak tanah yang diiktiraf oleh SIRIM. Use kerosene that has been SIRIM certified.

Jangan tinggalkan anak anda bersendirian dekat dengan air.

Untuk mandi dengan air panas, penuhkan bekas mandi dengan air sejuk terlebih dahulu, kemudian barulah tuangkan air panas dan bukan sebaliknya.

Pagarkan kawasan disekeliling kolam mandi anda.

Gunakan kerusi kanak-kanak yang sesuai dengan umur anak anda apabila mengadakan perjalanan melalui kereta, TERUTAMANYA UNTUK JARAK PERJALANAN YANG PENDEK. Kebanyakan kes kemalangan berlaku dalam perjalanan yang pendek.

Jangan mendukung anak anda semasa menumpang kereta, dengan anggapan bahawa dengan cara ini anak anda berada dalam keadaan yang selamat. Sewaktu kemalangan, anak anda boleh terpelanting dari

dukungan anda, atau badan anda boleh mengenakan impak ke atas anak anda.

Kanak-kanak di bawah umur 12 bulan tidak boleh menumpang di kerusi belakang basikal. Kerusi-kerusi ini adalah untuk kanak-kanak yang lebih tua. Bila membawa kanak-kanak yang lebih tua, pastikan mereka memakai topi keselamatan basikal mereka.

Pagarkan tangga di rumah anda jika anak-anak anda baru mula belajar merangkak atau berjalan.

Jauhkan anak anda daripada mesin memotong rumput apabila rumput halaman rumah anda sedang dipotong

Simpan ubat/bahan-bahan mudah terbakar/sabun/racun rumah seperti pembasmi kuman atau penyembur serangga ditempat yang jauh dari capaian kanak-kanak. Labelkan benda-benda yang berbahaya sebagai tanda amaran kepada kanak-kanak.

Periksa rumah anda untuk cat yang mempunyai kandungan plumbum. Sisa-sisa dari cat ini boleh mengakibatkan keracunan yang serius jika ditelan. Tukarkan cat anda kepada jenis yang bebas daripada bahan plumbum.

Pastikan tumbuh-tumbuhan yang anda miliki tidak beracun.

Belajar didikan

kaedah

pertolongan

cemas

untuk

kanak-kanak.

Beri

kepada

anak-anak

anda

tentang

kaedah-kaedah

pertolongan cemas.

Didiklah anak-anak anda cara untuk berenang.

Jangan biarkan alat-alat elektrik di dalam tandas.

Jangan biarkan alat elektrik yang rosak di rumah, kerana anak anda mungkin akan cuba menggunakannya.

Tutup punca-punca elektrik di rumah anda dengan penutup yang khas.

Jangan biarkan anak anda bersendirian dalam kereta.

Pastikan semua alat permainan anak anda memiliki ciri-ciri keselamatan.

Labelkan

semua

bahan-bahan

beracun

yang

disimpan

dalam

rumah dengan pelekat-pelekat yang boleh dikenalpasti oleh kanak-kanak sebagai bahan yang berbahaya dan tidak boleh disentuh.

Jangan biarkan anak-anak bermain mercun atau cuba untuk membuat mercun secara bersendirian.

Pastikan anak anda memakai pakaian yang sesuai apabila bermain.

Pastikan taman permainan yang digunakan oleh anak anda adalah selamat untuk kanak-kanak.

Jangan sekali-kali membawa kanak-kanak sebagai penumpang motorsikal. Penunggang motorsikal merupakan kumpulan terbesar yang mengalami kemalangan di jalan raya. Gunakan kaedah pengangkutan lain yang lebih selamat.

Keselamatan di Sekolah PUNCA-PUNCA SEKOLAH DIDAKWA KECUAIAN GAGAL MELAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB DAN MENEPATI UNDANG-UNDANG SERTA PERATURAN PENYALAHGUNAAN KUASA DAN PENYELEWENGAN

Kecuaian Sekolah mempunyai kewajiban berjaga-jaga Pihak sekolah perlu melindungi kesihatan guru dan murid Sekolah perlu mengambil langkah mengenalpasti dan mengurangkan risiko-risiko yang boleh dijangka

ASPEK KESELAMATAN YANG PERLU DIBERI PERHATIAN MEMASTIKAN KESELAMATAN STRUKTUR FIZIKAL SEKOLAH MEMASTIKAN KESELAMATAN SEWAKTU KELAS MEMASTIKAN KESELAMATAN SEWAKTU KELAS YANG MENJALANKAN AMALI DAN KETUKANGAN ( SAINS, PERTANIAN, TEKNIK, VOKASIONAL, ERT) MEMASTIKAN KESELAMATAN KEMUDAHAN SUKAN DAN KOKURIKULUM MEMASTIKAN KESELAMATAN TRAFIK DI KAWASAN SEKOLAH MEMASTIKAN KESELAMATAN KEBAKARAN SENTIASA DIJAGA MEMASTIKAN KESELAMATAN SEWAKTU MEMBUAT LAWATAN MEMASTIKAN KEBERSIHAN MAKANAN DAN KESIHATAN MURID DIJAGA

MEMASTIKAN KESELAMATAN STRUKTUR FIZIKAL SEKOLAH Keadaan premis hendaklah selamat digunakan dan didiami oleh semua pihak Keadaan fizikal hendaklah sentiasa diselenggarakan dengan baik Segala kerosakan perlu dibaiki segera Langkah-langkah yang munasabah perlu diambil bagi mengelakkan kemalangan dan kecederaan kepada murid Sekolah mematuhi The Registration of Schools Ordinance, 1950. Schools General Regulations.

Kes Carmarthenshre county council v Lewis (1995) MEMASTIKAN KESELAMATAN SEWAKTU KELAS Mengikut undang-undang common law, guru dikehendaki membuat penyeliaan yang munasabah ke atas muridnya sewaktu kelas berjalan Kes Carmarthenshire County Council V Lewis (1995) MEMASTIKAN KESELAMATAN SEWAKTU KELAS YANG MENJALANKAN AMALI DAN KETUKANGAN Peraturan bertulis perlu diedarkan kepada setiap murid dan diterangkan dengan jelas Peraturan perlu dipamerkan Kelas amali hanya boleh dikendalikan oleh guru-guru terlatih sahaja Pengetua dengan bantuan Ketua Panitia harus menapis rancangan kerja bagi kerja amali Pekeliling Ikhtisas 1/1974 perlu difahami dan dipatuhi Semasa amali guru mesti menyelia dan mengawasi aktiviti murid dengan rapi Kes Kmmarulzaman Mohd Ali V Louis Marie Neube

MEMASTIKAN KESELAMATAN KEMUDAHAN SUKAN DAN KEGIATAN KOKURIKULUM KEMALANGAN SERING BERLAKU SEGALA KEMUDAHAN SUKAN DAN PERMAINAN DALAM KEADAAN SEMPURNA DAN SELAMAT PASTIKAN ALAT DAN KEMUDAHAN YANG BAIK DAN SEMPURNA SAHAJA DIGUNAKAN MURID PERLU DIAJAR MENGGUNAKAN ALAT DENGAN BETUL PERATURAN DAN ARAHAN TENTANG LANGKAH KESELAMATAN PERLU DIMAKLUMKAN PENJAGAAN RAPI SEMASA AKTIVITI BERJALAN SURAT PEKELILING IKTISAS 1/1995, 9/2000, 3/84,7/77, 7/88, 8/95 DAN 24/98 PERLU DIPATUHI Kes Silvadurai v government of Malaysia MEMASTIKAN KESELAMATAN TRAFIK DI KAWASAN SEKOLAH Sekolah perlu sistem pergerakan trafik yang cekap Pengawasan lebih semasa sebelum kelas bermula dan kelas berakhir Ibu bapa perlu ada tempat khas menunggu anak mereka Sekolah kawasan larangan untuk kenderaan Kes headmistress, mgs &ors v headmaster, anglo-chinese primary school & anor MEMASTIKAN KESELAMATAN KEBAKARAN SENTIASA DIJAGA

MENUBUHKAN JAWATANKUASA PENCEGAHAN KEBAKARAN SEKOLAH MEMBUAT PEMERIKSAAN RAPI TERHADAP SISTEM PENDAWAIAN GURU PERLU TAHU DAN MEMATUHI PROSEDUR PENCEGAHAN KEBAKARAN DI MAKMAL DAN BENGKEL MEMASTIKAN PEMADAM API DAN ALAT PENCEGAHAN KEBAKARAN DALAM KEADAAN BAIK ADAKAN DEMONSTRASI MEMADAM KEBAKARAN DAN FIRE DRILL MENYEDIAKAN PELAN KESELAMATAN KEBAKARAN DI SEKOLAH MEMASTIKAN KESELAMATAN SEWAKTU MEMBUAT LAWATAN KEMALANGAN SERING BERLAKU SEMASA LAWATAN GURU DAN MURID MESTI MEMATUHI SEGALA UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN (SCHOOL TOURS REGULATION 1957), PEK.IKHTISAS 1/1995, 9/2000BERHUBUNG DENGAN LAWATAN KES CHEN SOON LEE V CHONG VOON PIN MEMASTIKAN KEBERSIHAN MAKANAN DAN KESIHATAN MURID DIJAGA PERATURAN SCHOOLS (GENERAL) REGULATIONS, THE REGISTRATION OF SCHOOLS ORDINANCE, 1950 SEKOLAH MESTI MEMENTINGKAN ASPEK KEBERSIHAN, KECERIAAN DAN KESIHATAN GURU, MURID DAN KEMUDAHAN FIZIKAL SEKOLAH MAKANAN DAN MINUMAN YANG DISEDIAKAN ATAU DIBEKALKAN DI KANTIN ATAU DI DAPUR MESTI BERSIH DAN SESUAI DENGAN KESIHATAN PELAJAR

MAKANAN MESTI SELAMAT DIGUNAKAN OLEH SEMUA PIHAK AMALAN KEBERSIHAN PERLU DIDEDAHKAN PEKERJA DAN PENGENDALI MAKANAN PERLU MENGAMALKAN AMALAN KEBERSIHAN

You might also like