Kaum Dusunm

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 10

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS BAHASA MELAYU KUALA LUMPUR

PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN PISMP SEMESTER 3 (2014)

SEJARAH SABAH DAN SARAWAK

NAMA

: ABDUL AZIZ BIN ALI SHIR : MOHD. SAIFUL AZWAN BIN SUNDIAN

KELAS

: PISMP 3G

SOALAN TUTORIAL MINGGU 2

: HURAIKAN CARA HIDUP BEBERAPA SUKU KAUM TERBESAR DI SABAH DAN SARAWAK SEBELUM KEDATANGAN BARAT.

Kaum Kadazandusun

Kaum Kadazandusun merupakan kaum bumiputera asli yang terbesar di Negeri Sabah. Masyarakat kaum kadazandusun merupakan golongan petani , tetapi dengan perkembangan sosio-ekonomi yang dicapai oleh negara Malaysia sekarang, masyarakat ini beransur-ansur beralih kebidang perkhidmatan, perniagaan dan pertanian moden. Sebelum Sabah merdeka melalui Malaysia, masyarakat

Kadazandusun dikenali sebagai Dusun, iaitu nama yang diberi oleh orang luar kepada mereka.Setelah mencapai kemerdekaan, mereka menggunakan

nama"Kadazan"secara rasmi sebagai identiti mereka. Pada mulanya Tun Fuad Stephens, Huguan Siou (Pemimpin Agung) pertama Kadazan, mencadangkan istilah Kadazan digunakan bagi menyatukan 14 suku kaum yang berkongsi kumpulan bahasa bagi memberikan mereka suara yang lebih besar. Ini dipersetujui oleh ramai, tetapi sesetengah orang Dusun mahukan atonomi lebih besar, dengan itu istilah Kadazan-Dusun dipilih sebagai tolak-ansur.

Selain itu, populasi kaum Kadazandusun dan Murut di sabah yang sebilangan besar dari mereka terdapat di daerah Penampang, Putatan, Kawang, Papar,Kimanis, Bongawan, Beaufort, Kuala penyu, Tuaran, Tamparuli, Kota Belud, Kota Marudu, Kudat. Pitas, Labuk Sugut, Paitan, Telupid, Ranau, Tambunan, Keningau, Tenom, Sook, Pensiangan dan Ulu Kinabatangan. Menurut Persatuan Kebudayaan Kadazandusun Sabah(KDCA) dan di dalam perlembagaannya, terdapat empat puluh etnik kaum Kadazandusun seperti Bonggi, Lingkabau, Nabai, Tatana, Bundu, Liwan, Paitan,Tangara, Dumpas, Lobu, Pingas, Tidong, Gana, Lotud, Rumanau,Tindal,Garo, Lundayo,Rungus,Tobilung,Idaan,Makiang,Sinobu,Tolinting,Kadayan,Malapi,Sinorupu ,Tombonuo,Kimaragang,Mangkaak,Sonsogon,Tuhawon,Kolobuan,Minokok,Sukang, Tutung,Kuijau, Murut, Sungai, Bisaya Kesemua etnikini mempercayai bahawa mereka berasal dari Nunuk Ragang,iaitu satu petempatan awal Kadazandusun yang terletak di Kawasan perkampungan Tompios dalam daerah Ranau.

Dari segi sosioekonomi, kaum etnik ini merupakan antara orang-orang asli yang mengamalkan penanaman padi bukit (huma) serta padi biasa. Mereka menghuni bahagian Utara dan Barat Sabah serta beberapa daerah sekitar gunung Kinabalu terutamanya di bahagian Ranau, Keningau dan juga Beaufort. Dari segi

kepercayaan pula, Orang Kadazandusun mengamalkan kepercayaan animistik serta semangat dalam setiap hidupan alam ini. Kebanyakkan orang Kadazan telah pun meninggalkan amalan ini kerana kedatangan agama Kristian dan Islam dalam kehidupan mereka. Segelintir golongan tua masih lagi mengamalkannya

terutamanya mereka yang tinggal di pedalaman Sabah. Walaupun begitu, akibat arus pemodenan kini bilangan mereka sudah kian berkurangan. Orang

Kadazandusun kini menjadikan amalan lalu hanya sebagai kenangan atau sebagai sebahagian daripada adat mereka sahaja dan tidak mengamalkannya secara serius.

Selain itu juga, kaum Kadazandusun ini mempercayai kuasa bomoh.Di kebanyakkan daerah di Sabah, bomoh atau bobohizan masih lagi memainkan peranan yang penting dalam kehidupan seharian orang Kadazan. Bobohizan adalah seorang bomoh perempuan yang terdiri daripada golongan yang sudah berumur dan mereka memainkan peranan dalam hal-hal kesihatan serta kerohanian sesetengah penduduk pedalaman. Kemahiran bomoh perempuan ini adalah dalam bidang perubatan di mana wanita yang sakit bersalin akan dibidankan mereka. Selain itu, bomoh juga berfungsi sebagai pembimbing masyarakat Kadazan dari segi kerohanian serta mengingatkan mereka kepada adat-adat lama yang sudah menjadi warisan turun-temurun. Dalam perkahwinan, bobohizan juga menjadi pengantara dan juga menjadi ketua dalam memastikan majlis berjalan lancar. Walaupun begitu, peranan bomoh perempuan ini juga sudah kian berkurangan dalam kehidupan orang Kadazan sepertimana yang berlaku kepada adat-adat lama yang dahulunya dipegang mereka. Bilangan bobohizandalam negeri Sabah juga tidak banyak dan apa yang membimbangkan adalah usia kebanyakkan daripada bomoh ini sudah lanjut.

Sesungguhnya, kaum Kadazandusun ini memiliki banyak budaya yang boleh diwarisi contohnya dari segi asal-usul, lagenda dan perkembangan suku kaum Kadazandusun, bahasa, pakaian tradisional, muzik berunsurkan tradisional, corak kehidupan masyarakatnya, tarian tradisional dan kemuncak bagi pemartabatan warisan budaya Kadazandusun ialah Perayaan Pesta Kaamatan yang diadakan pada setiap tahun. Dalam aspek asal-usul, lagenda dan perkembangan suku kaum Kadazandusun menjelaskan tentang kelahiran kaum Kadazandusun dan lagenda kelahiran kaum ini bermula dari "NunukRagang"sehinggalah kepada perkembangan

dan penyebaran suku kaum ini ke seluruh pelusuk negeri Sabah yang telah banyak mempengaruhi sosio budaya mereka mengikut tempat yang baru, contohnya dari aspek bahasa dan corak kehidupan mereka. Mengikut statistik,terdapat lebih kurang 40 etnik yang terdapat dalam suku kaum Kadazandusun.

Dari aspek bahasa, perbezaan loghat, sebutan dan ejaan banyak dipengaruhi mengikut etnik tertentu. Contohnya, sebutan danejaan suku kaum Kadazandusun dari satu daerah dengan daerah lain di negeri sabah adalah berlainan tetapi masih membawa erti dan makna yang sama. Pakaian tradisi ini pula berbeza mengikut kawasan dan sosio budaya suku kaum Kadazandusun. Dalam aspek ini, tumpuan diberikan kepada corak pakaian dalam perayaan tertentu. Setiap etnik dalam Kadazandusun mempunyai pakaian tradisinya sendiri.

Dari segi budaya kaum kadazandusun contohnya dalam seni muzik tradisi yang ditonjolkan dalam kaum ini amat menarik dan unik. Alat-alat dan bunyi-bunyian tradisional ini banyak terdapat dalam suku kaum Kadazandusun dan ianya berpotensi untuk diwarisi oleh generasi muda kini. Antara lain alat-alat muzik tradisi yang popular ialah gong, sompoton, kulintangan, togunggu atau togunggak, bungkau, pumpuak, sundatang, suling, turali, tongkungon dan lain-lainlagi. Disebabkan masyarakat Kadazandusun ini memiliki pelbagaibudaya yang unik mengikut etnik tertentu maka corak hidup mereka juga berbeza mengikut tempat tertentu. Kebanyakan corak kehidupan mereka ini dipengaruhi oleh adat resam penduduk setempat. Adat resam inilah yang mempengaruhi corak kehidupan masyarakat Kadazandusun sesuatu kawasan.

Selain itu, kaum kadazandusun menyambut pesta keaamatan (menuai) sebagai meraikan tuaian baik, tetapi Pesta Kaamatan juga disambut oleh semua kaum lain Sabah. Pesta Kaamatan disambut sepanjang bulan Mei walaupun perayaan ini hanya pada 30 dan 31 Mei. Kemuncak perayaan Kaamatan adalah peraduan ratu cantik atau unduk ngadau, tarian tradisi, dan upucara kemuncak yang dijalankan oleh Bobohizan "ketua pendita". Pesta Kaamatan bagi kaum Kadazan juga dikenali sebagai 'Tadau Ka'amatan' dalam bahasa Kadazandusun.

Kaum Kadazandusun percaya kepada makhluk halus dan dipercayai terdapat lima makhluk halus iaitu Kinoringan(Ketua makluk halus & Pencipta),

Rusod(semangat semua benda hidup kecuali manusia), Koududuwo (semangat manusia), Tombiruo (semangat orang yang telah meninggal), dan Rogon (semangat jahat). Menurut kepercayaan dalam Kadazan, dialek semangat Dusun) yang padi dikenali

merupakan Kinoingan (Kinorohingan

sebagai Bambaazon, disembah sebagai pencipta dan berkuasa sumber kepada kewujudan. Semangat padi Bambaazon dimuliakan pada pokok padi, beras, dan nasi. Ramai yang mempercayai bahawa "Tanpa padi, tiada kehidupan." Ketika pesta Kaamatan, penduduk Sabah mengenakan pakaian tradisi mereka dan bersuka-ria. Selain menari Sumazau dengan alat muzik tradisi, tapai (arak beras) dihidangkan sebagai minuman istimewa. Penduduk Sabah akan menyapa sesama mereka dengan ucapan 'Kopivosian Tadau Ka'amatan' atau 'Selamat Hari Menuai'.

Selain itu, kaum kadazandusun amat terkenal dengan tarian tradisonal mereka iaitu Tarian Sumazau yang merupakan tarian tradisi suku kaum Kadazandusun yang terkenal di seluruh Malaysia. Tarian ritualnya memenuhi pelbagai fungsi seperti mengucap kesyukuran yang berkaitan dengan kegiatan menanam dan menuai padi dan untuk menolak bala, menyemah semangat, dan mengubati penyakit. Juga melaluinya ibu-bapa atau keluarga dapat menonton dan memilih bakal menantu yang berpotensi. Untuk pengetahuan anda irama sumazau adalah perlahan. Alat alat pengiring tarian adalah set gong dan gendang. Pasangan penari berhadapan dan menggerak-gerakkan kaki berlangkah kecil, sementara tumit kaki diangkat-turunkan mengikut irama. Ketika menari tangan dikepakkan keluar, gerakannya turun naik seperti burung terbang. Biasanya Sumazau ditarikan semasa hari keramaian majlis jamuan Pesta Kaamatan.

Kaum Iban

Kaum Iban atau Kaum Dayak Iban adalah salah satu rumpun Dayak yang terdapat di Sarawak, Kalimantan Barat, Brunei dan Tawau Sabah. Orang Iban biasanya menduduki di lembah Sungai Lupar, Sungai Saribas, Sungai

Kalaka, Sungai Rajang, Sungai Sadong, Sungai Sarawak, Sungai Balingian, Sungai Kemena, Sungai Baram, Sungai Limbang dan Sungai Lawas. Kaum Iban adalah kaum yang mengamalkan banyak budaya yang menarik. Mereka hidup

bermasyarakat dan mendiami rumah-rumah panjang. Diketuai oleh ketua kampung yang dipanggil Tuai Rumah. Kebanyakkan masyarakat Iban sekarang telah menetap di bandar-bandar besar di sekitar Negeri Sarawak. Namun demikian, ciri - ciri asal tradisi mereka tetap dikekalkan.

Kehidupan masyarakat Iban diatur oleh adat mereka yang amat rapat berkait dengan sistem pertanian berhuma (bumai) padi. Di atas kepercayaan kepada semangat padi maka pelbagai perayaan (gawai) dilakukan pada masa tertentu disepanjang tahun. Gawai diketuai oleh beberapa ketua tertentu bergantung kepada jenis dan tujuannya. Permulaan upacara pertanian padi dilakukan oleh Tuai Burung yang melihat gerak-geri dan bunyi burung untuk memulakan acara. Kegiatan pertanian itu sendiri akan diketuai oleh Tuai Rumah sebagai ketua dalam rumah panjang. Apakala sampai kepada membaca sampi (jampi), doa dan tusut (salasilah) maka Lemambang akan melakukannya dengan melagukan pengap. Jika berlaku kesakitan atau sebagainya maka Manang akan melakukannya untuk pengubatan. Dalam konsep masyarakat Iban, Raja Entala merupakan kuasa ketuhanan. Dialah yang melahirkan manusia yang menurunkan orang Iban yang memberi segala macam upacara, gawai dan pantang larang dan peraturan hidup bernama adat. Segala amcam peraturan, adat-istiadat dan upacara adalah adat. Untuk memulakan kehidupan bertani maka Tuai Burung akan melakukan beburung iaitu melihat dan mendengar beberapa jenis burung. Bunyi burung akan memberikan petanda terhadap bertuah atau buruknya suatu kegiatan dan masa melakukannya. Bunyi burung tidak boleh diketepikan kerana akan mendatangkan bala serta kematian. Namun untuk menilik akan punca penyakit, Manang (pawang) akan menggunakan hati babi hutan.

Penyakit dikatakan berpunca dari pelanggaran terhadap adat terutama pantang (mali) dan larangan dalam berbagai upacara kepercayaan, kehidupan sosial dan juga kegiatan berhuma. Pelanggaran terhadap pantang berkaitan semangat padi adalah yang paling berat kerana ia melibatkan makanan dan hasil tuaian. Disepanjang tahun masyarakat Iban merayakan suatu jenis Gawai tertentu bergantung kepada tahap bertani dan juga kehidupan seluruhnya. Gawai kecil adalah semacam doa selamat setelah berjaya mendapat sesuatu atau pun terelak dari bahaya.

Gawai utama ialah yang berkaitan dengan pertanian padi seperti Gawai Batu dan Gawai Benih. Jika berlaku ancaman nyawa masyarakat maka diadakan Gawai Kenyalang atau Gawai Burung, suatu perayaan amat besar yang melibatkan seluruh Rumah Panjang dan jarang dilakukan. Satu lagi Gawai terbesar ialah Gawai Antu yang memperingatkan arwah-arwah moyang-moyang mereka.Dalam Gawai Utama inilah semua ketua adat akan memainkan peranan termasuk Tuai Burung, Tuai Rumah. Lemambang dan mungkin Manang. semua anggota rumah panjang dan jiran-jiran dari rumah panjang lain dijemput dalam perayaan itu. Ia bermula dengan seruan terhadap antu atau roh orang yang berkuasa terutama antu arwah -arwah ketua yang telah meninggal dunia. Sepanjang malam Lemambang akan melagukan pengap atau jampi menjemput antu dan roh dari seluruh alam untuk bersama. Ketika itu juga makanan dan minuman tuak diedarkan oleh semua bilik dalam rumah panjang dan semua bergembira.

Kehidupan masyarakat Iban berlaku dalam rumah panjang, bilik-bilik dan juga ruang tertentu dalam rumah panjang itu. Di situlah mereka melahirkan anak, berkahwin dan kemudian meninggal dunia dan dikebumikan di kawasan berdekatan rumah panjang. Adat mengatur semua segi kehidupan termasuk nilai utama, kebiasaan harian dan juga hukuman yang melanggar pantang serta taboo yang berat.

Pada masa dahulu sewaktu mata wang atau duit tunai susah diperolehi, segala hukuman ke atas perlanggaran adat boleh dibayar dengan tempayan. Amalan ini dipanggil adat mata tajau. Jika hukuman tidak dapat diisi atau hutang tidak dapat dilangsaikan misalnya membayar dengan tajau jika tiada duit, seseorang itu akan

menjadi jaum atau hamba kepada orang yang telah disalahi atau memberi hutang. Tajau juga digunakan semasa upacara suci dan perayaan gawai kepercayaan asal. Kadang-kala sesetengah tajau dianggap mempunyai kuasa ghaib.

Dalam kepercayaan Iban, mereka berpegang kepada adat yang diwarisi turun temurun dan beasr kemungkinan ditulis di dalam 'Papan Turai' oleh 'Tuai Raban Bansa' atau "Paramount Chief" dengan berpandukan nasihat 'Manang' dan 'Lemambang'. Orang Iban percaya kepada kewujudan seorang Tuhan yang agung (Bunsu Petara) yang mencipta dunia ini dan alam semesta. Di bawah Tuhan agung ini, orang Iban percaya ada tujuh orang dewa yang sentiasa dihitung sebelum memulakan biau dan sampi.

Orang Iban percaya bahawa semua binatang yang hidup, tumbuhan dan barangan fizikal seperti bukit, gunung, sungai, air, ribut dan sebagainya mempunyai semengat atau roh masing-masing. Mereka juga percaya kepada orang Panggau Libau dan Gelong sperti Keling dan Laja, dan Kumang dan Lulong. Juga disembah oleh orang Iban adalah roh - roh nenek moyang yang telah meninggal untuk meminta pertolongan semasa Gawai Antu.

Ilmu firasat lama orang Iban bergantung kepada beberapa cara seperti mimpi yang baik atau buruk, binatang bisa, burung bisa yang sengaja dicari atau dijumpai tidak sengaja, hati babi yang dibaca baik buruk maksudnya. Contohnya apabila hendak membuka penempatan dan mendirikan rumah, kawasan tanah yang hendak didirikan rumah tersebut hendaklah disemak terlebih dahulu. Mereka juga percaya pada petanda-petanda lain seperti bunyi burung ketupung dan burung beragai. Bunyi yang dikeluarkan oleh binatang-binatang ini adalah petunjuk dan alamat untuk menentukan kesesuaian tapak.

Semua petanda akan ditafsirkan oleh 'Beliau' dan 'Manang' bagi mematuhi adat supaya tidak mendatangkan malapetaka. Mimpi merupakan salah satu sumber alamat tentang sesuatu yang bakal terjadi di masa akan datang dan diterjemah oleh Beliau dan Manang. Bagi menghidar alamat yang boleh mendatangkan malapetaka, biasanya upacara 'Ngintu Burung' dan 'belian' akan dijalankan mengikut Adat yang dirujuk kepada Tuai Raban Bansa.

Antara budaya yang Iban yang lain adalah seperti Ngayau dan Ngayap. Ngayau, merupakan tradisi kaum Dayak Iban pada suatu masa dahulu. Kini tradisi memburu kepala atau ngayau tidak lagi diamalkan dan telah diharamkan terutamanya pada zaman penjajahan lagi. Ramai pihak berpendapat atau berfahaman bahawa, lelaki iban yang berjaya memperolehi kepala dalam ekspedisi ngayau akan menjadi rebutan atau kegilaan ramai wanita. Ini kerana ia melambangkan keberanian dan satu jaminan dan kepercayaan bahawa lelaki tersebut mampu menjaga keselamatan wanita yang dikahwininya. Sebenarnya kenyataan itu tidak tepat sepenuhnya, malah masih boleh dipersoalkan. Ia dikatakan sedemikian kerana menurut cerita lisan masyarakat Iban di Rumah-Rumah panjang, selain orang Bujang ada juga individu yang telah berkeluarga menyertai ekspedisi memburu kepala. Oleh itu, paling tepat kalau kita katakan bahawa, aktiviti Ngayau dijalankan adalah untuk mendapat penghormatan pada mata masyarakat. Dalam erti kata lain, ngayau juga berperanan untuk menaikan taraf sosial seseorang. Orang yang pernah memperolehi kepala dalam aktiviti ngayau yang disertainya akan digelar sebagai Bujang Berani, serta dikaitkan dengan hal-hal sakti. Ternyata bahawa masyarakat Iban Tradisional tidak memandang Ngayau sebagai perkara yang memudaratkan. Malah berdasarkan cerita lisan masyarakat Iban juga, ngayau sentiasa dikaitkan dengan bebagai-bagai unsur positif. Misalnya, Ngayau sebagai lambang keberanian, Simbol Kelelakian, serta martabat Sosial.

Bagi masyarakat Iban dahulu, usaha bagi si teruna untuk memikat si dara akan dilakukan pada malam hari melalui amalan yang dipanggil Ngayap. Amalan ngayap ini dilaksanakan bagi membolehkan si teruna dan si dara untuk berkenalan dan meluahkan isi hati kepada pasangan masing-masing,walaupun amalan ngayap dibenarkan ,namun ngayap seharusnya dilakukan dengan adap sopan santun yang berlandaskan adat dan pegangan hidup bermasyarakat kaum iban itu sendiri bagi mengelakan salah sangka dan fitnah yang boleh mencemarkan nilai budaya masyarakat iban.

Mengikut Adat, seseorang teruna boleh mengunjungi si dara tidak melebihi tiga malam berturut, jika kunjungan berterusan , ibu - bapa si gadis mempunyai hak untuk menentukan dan bertanya kepada si teruna samada si teruna serius di dalam usahanya untuk memikat atau tidak, jika didapati si teruna tidak jujur dan hanya ingin berfoya-foya maka kunjunganya haruslah dihentikan dengan segera. Jika si teruna serius dan bercadang untuk mengawini si Gadis, maka si teruna dinasihatkan supaya memberitahu ibubapanya tentang hasratnya untuk datang meminang si gadis. Sekiranya si teruna masih berkunjung tanpa membuat keputusan maka ibubapa si gadis berhak menangkap si teruna dan menguruskan perkahwinan pasangan yang berkernaan dan kemudian merujuk perkara tersebut kepada Tuai Rumah(Ketua Kaum) dan penduduk rumah panjang yang berkenaan.

Masyarakat Iban tinggal di rumah-rumah panjang di mana pola pertempatan bagi rumah panjang ini adalah beselerak di lembah-lembah sungai di seluruh Negeri Sarawak, segolongan besar orang Iban melibatkan diri di dalam kegiatan pertanian iaitu menanam padi bukit atau padi huma. Orang Iban pada zaman dahulu merupakan peneroka terulung dalam membuka hutan rimba (berimba) atau (berumpang kampong) bagi tujuan penanaman padi bukit. Aktiviti penerokaan ini dilakukan dengan seluas yang termampu dengan matlamat untuk mendapatkan hasil tuaian tanaman padi yang lebih banyak. Bagi masyarakat Iban sesiapa yang dapat tuaian padi yang banyak maka dia merupakan seorang yang boleh dianggap kaya dan dipandang tinggi, pintar dan rajin.

Justeru itu masyarakat Iban pernah dianggap sebagai salah satu masyarakat yang terkenal dengan penanaman padi bukit. Selain itu orang Iban yang tinggal di rumah panjang menjalankan aktiviti memburu dan mendapat sumber-sumber hutan untuk mendapatkan bekalan makanan dan perubatan. Pendek kata, penghijrahan orang Iban ke kawasan-kawasan baru adalah bertujuan untuk mencari tanah bagi tujuan bercucuk tanam dan mencari sumber makanan daripada hutang serta sekaligus mewarisi tanah-tanah ini sebagai tanah pusaka mereka dari turun-temurun. Selain menanam padi, orang Iban juga menanam getah, kopi, lada, koko dan sekarang ini kelapa sawit.

You might also like