Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

Kronologi Kes-Kes Buli Paling Terkenal Di Malaysia | Kes buli atau lebih dikenali sebagai ragging merupakan satu

aktiviti tidak bermoral yang sering dilakukan oleh pelajar terutama pelajar senior. Kes seperti ini bukanlah satu perkara yang baru kerana sudah menjadi lumrah apabila pelajar baru masuk ke sekolah atau universiti, pelajar senior akan memainkan peranan mereka. Namun tahukah anda, bahawa pada tahun 1989 terdapat kes buli yang dianggap paling panas di Malaysia. Benarkah? Peloncolan ialah suatu perkataan asing pada hari ini. Pada 1980-an, peloncolan sering digunakan sebagai terjemahan untuk perkataan Inggeris, ragging. Di Malaysia, ragging bukanlah suatu perkataan asing walaupun kepada seseorang yang tidak fasih berbahasa Inggeris. Boleh dikatakan semua pelajar (atau bekas pelajar) tahu tentang apa itu ragging. Terjemahan ragging yang sedang popular pada hari ini ialah buli, tapi mungkin masih ada lagi sesetengah orang yang lebih selesa menterjemahkannya sebagai mendera.

Kes Buli 1989

Kes Buli yang paling terkenal di Malaysia walaupun mungkin telah lama dilupakan berlaku pada Julai 1989. Akhbar New Straits Times (NST / 13.7.1989) menyifatkan kes buli tersebut sebagai barbaric (sangat kejam) dan sadistic (penyeksaan untuk mendapat keseronokan). Kes itu melibatkan 6 orang pelajar lelaki tahun akhir a tau senior dari Universiti Pertanian Malaysia (UPM di Selangor) yang mendera 6 orang pelajar lelaki junior atau freshie dari universiti yang sama. Kejadian berlaku di rumah sewa para pelajar senior itu yang terletak di Sri Serdang, 2km dari kampus UPM. Penderaan yang dilakukan dalam kes buli terkenal di UPM itu ialah: Menampar freshies. Memaksa freshies menari dalam keadaan bogel. Mengikat zakar setiap freshie dengan tali yang disambungkan kepada kipas siling. Apabila kipas dihidupkan, setiap freshie terpaksa berlari mengikut pusingan kipas akibat zakar mereka yang sedang terikat. Setelah mendapat aduan mengenai penderaan yang gila tersebut, lembaga disiplin UPM telah bersidang pada 12 Julai 1989 selama 5 jam dan mereka akhirnya mendapati bahawa 5 orang pelajar senior yang dituduh mendera itu telah terbukti bersalah. Daripada 5 orang pelajar senior tersebut, 3 orang telah dibuang daripada universiti, manakala 2 orang lagi telah digantung pengajian selama 2 semester, semuanya berkuat kuasa serta merta. Seorang lagi pelajar senior yang dikatakan terlibat

dalam kes itu telah dibebaskan daripada tuduhan dan dia diberi teguran setelah didapati sekadar menjadi pemerhati.

Kes Buli 1988


Lebih setahun sebelum kes buli di UPM itu, masyarakat terlebih dahulu digemparkan dengan kes buli yang melibatkan kematian seorang pelajar dari Sekolah Menengah Teknik (SMT) di Cheras, Kuala Lumpur. Kes buli di SMT Cheras itu berlaku pada 24 Mac 1988 (Khamis), melibatkan seorang pelajar lelaki senior tingkatan 5 bersama beberapa orang bekas pelajar lelaki atau super senior yang hadir ke sekolah itu untuk mengambil keputusan peperiksaan SPM. Pelajar tingkatan 5 tersebut yang bernama Hishamuddin meninggal dunia akibat kerosakan organ dalaman badannya setelah dia dikatakan dibelasah oleh beberapa orang bekas pelajar di dalam tandas sekolah tersebut pada pukul 11.30 pagi. Setelah dibelasah, Hishamuddin meminta kebenaran daripada guru kelasnya untuk pulang ke asrama atas alasan tidak sihat tanpa memberitahu apa yang sebenarnya berlaku. Pada pukul 7.30 malam hari yang sama, beberapa orang pelajar melaporkan kepada warden asrama bahawa Hishamuddin sedang dalam kesakitan. Atas arahan ketua warden, Hishamuddin dibawa ke hospital oleh warden asrama. Hanya beberapa ketika selepas dimasukkan ke dalam wad kecemasan, pada pukul 8.50 malam doktor mengesahkan bahawa Hishamuddin telah meninggal dunia. Pada mulanya, laporan kematian Hishamuddin yang dikeluarkan oleh pihak polis pada 25 Mac 1988 menyatakan bahawa dia mati akibat sakit di dalam perut. Hanya apabila bapa Hishamuddin membuat laporan kepada polis mengenai punca sebenar kematian anaknya, barulah kejadian itu bertukar menjadi kes jenayah.

Setelah disiasat, 2 orang bekas pelajar SMT Cheras telah didakwa menyebabkan kematian Hishamuddin. Perbicaraan kes itu berlarutan di mahkamah juvana sehingga awal 1990. Beberapa perkara telah terbongkar di sepanjang perbicaraan itu. Antaranya, mahkamah diberitahu mengenai wujudnya upacara tradisi pemberian nama gelaran oleh para pelajar senior kepada para pelajar junior yang terpilih. Pelajar-pelajar yang diberi nama gelaran itu terpaksa menjalani ujian, antaranya melibatkan penderaan fizikal. Hishamuddin dikatakan telah terlibat dalam upacara pemberian nama gelaran pada hari kejadian sehingga menyebabkannya terpaksa menjalani ujian yang menyakitkan.

Ex-school head not aware of initiation rites by boys Seorang pelajar yang menjadi saksi memberitahu mahkamah apa yang dilihatnya ketika berada di dalam tandas sekolah pada waktu kejadian. Saksi itu yang baru keluar daripada salah sebuah jamban mendapati Hishamuddin sedang dikelilingi oleh sekumpulan pelajar di dalam tandas itu. Saksi itu juga mengakui melihat salah seorang daripada bekas pelajar yang didakwa itu telah memukul Hishamuddin. Saksi itu kemudiannya melihat seorang lagi pelajar lain melakukan starlight pada dahi Hishamuddin. Sebagai salah seorang pelajar yang telah menerima nama gelaran, saksi itu diarahkan untuk bersalaman dengan Hishamuddin sebelum dia keluar daripada tandas itu tanpa dapat mengetahui kesudahan kepada ujian itu.

Witness: I saw pupil being punched in toilet Pada Julai 1989, atas arahan pihak pendakwa, pertuduhan dalam kes itu telah dipinda daripada menyebabkan kematian kepada pertuduhan yang lebih ringan iaitu menyebabkan kecederaan parah. Salah seorang bekas pelajar yang didakwa itu telah dibebaskan daripada pertuduhan apabila dia mengaku bersalah dan membuat permohonan maaf secara umum di dalam mahkamah kepada keluarga Hishamuddin. Pada Januari 1990 seorang lagi bekas pelajar yang didakwa akhirnya turut dibebaskan daripada pertuduhan (alasan pembebasan: the prosecution had failed to prove a prima facie case against the 19-year old, the prosecution had failed to prove the ingredients of the charge). Kekurangan saksi yang meyakinkan ialah antara penyebab bekas pelajar yang didakwa itu tidak dapat dibuktikan bersalah. Antara laporan NST berkaitan kes buli SMT Cheras: 1. Two juveniles plead not guilty to killing student (13.7.1988) 2. Death of pupil: Hearing fixed (7.12.1988) 3. Ex-school head not aware of initiation rites by boys (26.4.1989) 4. Delay cost student his life, says warden (27.4.1989) 5. Witness: I saw pupil being punched in toilet (7.6.1989) 6. Warden tells of clash in school (9.6.1989) 7. Charge against boys reduced (6.7.1989) 8. Boy freed after saying sorry to victims family (7.7.1989) 9. Student freed of hurt charge (17.1.1990) Nota tambahan: Perkataan peloncolan seperti yang sering digunakan pada 1980 -an untuk menterjemahkan ragging sebenarnya tidak wujud dalam Kamus Dewan. Perkataan yang sepatutnya ialah memelonco (yang berasal daripada perkataan Jawa, pelonco) yang membawa maksud menguji dan menduga dengan keras (berkenaan mahasiswa baharu yang hendak masuk menjadi anggota perkumpulan mahasiswa), mendera. Dipetik dari MelayuKini

Sumber Kes Buli Paling Ngeri Dan Terkenal Di Malaysia by Fuh.My

Buli fizikal.
Memukul Menggunakan tangan,kaki atau objek secara terus kepada mangsa yang dilakukan secara beramai-ramai. Mengugut o Memaksa mangsa membuat sesuatu perkara seperti membasuh baju, membelikan makanan ataupun mengutip wang secara berkala. Mencabul o Menyentuh bahagian sulit mangsa apabila mangsa enggan menurut arahan.

Buli mental.
Membabitkan emosi pelajar. Mengejek atau mencerca o Bukan sahaja berlaku dalam kalangan berlainan umur tetapi juga turut berlaku dalam kalangan rakan sebaya. Diejek biasanya disebabkan kelainan pada nama, fizikal, dan rupa paras. Memaki hamun Menghamburkan kata-kata nista dan cercaan yang kesat kepada mangsa sehingga menimbulkan rasa tertekan akibat terpengaruh dengan cercaan yang dihamburkan. Gangguan seksual Menunjukkan isyarat lucah kepada mangsa sehingga mengakibatkan mangsa mengalami masalah dan tekanan.

Buli siber.
Memperdayakan mangsa di alam siber dan juga menjatuhkan maruah mangsa secara terang-terangan. Mangsa juga dihina dengan kata-kata kesat yang boleh di baca oleh semua orang.

Buli jalanan.
Biasanya terdiri daripada pemandu yang tidak beretika. Mereka memandu dalam keadaan yang berbahaya dan mengganggu pemandu lain dengan membunyikan hon atau memprovok mangsa dengan menekan-nekan minyak atau menunjukkan isyarat untuk menimbulkan pergaduhan.

Buli pekerjaan.
Mangsa akan diberikan kerja yang bukan dalam bidang tugas mangsa oleh orang atasan mahupun rakan sejawat. Mangsa di minta untuk menyelesaikan kerja-kerja tersebut dengan segera walaupun mangsa masih mempunyai kerja untuk diselesaikan. Biasanya mangsa terdiri daripada pekerja-pekerja baru dan pekerja yang bersifat lurus bendul.

GEORGE TOWN, (Bernama) -- Seorang pelajar lelaki Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Balik Pulau di sini mendakwa dipukul sekumpulan pelajar selain menerima ugutan bunuh awal pagi semalam. Pelajar yang hanya ingin dikenali sebagai Arif, 16, berkata kumpulan pelajar terbabit berdendam dengannya ekoran beliau pernah menyerahkan nama mereka kepada Lembaga Disiplin Pelajar (LDP) minggu lepas. "Dalam kejadian pukul 11.30 malam itu, kira-kira 20 orang kumpulan pelajar tingkatan empat itu datang ke katil saya serta menarik saya ke satu sudut bilik asrama dan saya ditumbuk di bahagian perut sebanyak dua kali selain ditendang di rahang kanan," katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya di sini hari ini. Beliau berkata dua pelajar tingkatan lima kemudiannya menyuraikan keadaan dan Arif mendakwa dia diserang lagi buat kali kedua dengan lebih teruk pada pukul 2.30 pagi. "Masa itu hanya lima pelajar yang datang ke katil saya dan saya ditumbuk di bahu kiri, perut selain kepala dihentak ke dinding," katanya yang dilantik sebagai anggota LDP Jun lepas. Arif mendakwa seorang daripada pelajar itu kemudian mengeluarkan serpihan cermin tingkap yang pecah dan berkata "kalau orang lain tak dak di sini dah lama aku bunuh hang". Beliau yang trauma dengan kejadian itu kini berulang alik dari rumah ke sekolah dan belum membuat keputusan untuk bertukar sekolah. Bapa pelajar itu berkata ketika ke MRSM itu awal pagi semalam, beliau mendapati baju anaknya koyak rabak selain kepalanya mempunyai kesan bengkak serta lebam. Arif menerima rawatan di Hospital Balik Pulau sebagai pesakit luar, katanya sambil memberitahu satu laporan telah dibuat di Balai Polis Balik Pulau pagi semalam. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Mohd Hatta Mohd Zain ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu.

SHAH ALAM: Susulankesseorang pelajar tingkatan dua yang mendakwa dibelasah oleh dua pelajar lain di Sekolah Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Ulul Albab, Kepala Batas pada Khamis. Menurut mangsa yang berusia 14 tahun itu, dia dipukul lebih daripada dua pelajar sebelum dipaksa menelan ubat. Pelajar tingkatan dua itu juga mendakwa dipaksa memegang kemaluan salah seorang pelajar senior yang memukulnya. Mangsa mendakwa dipukul selama hampir sejam dan diberikan tiga jenis pil. Ketika dipukul, kaki dan tangannya dipegang manakala mukanya ditutup dengan selimut. Dia kemudiannya diberi minuman sebelum dibelasah sekali lagi. Ini merupakan kejadian kali kedua menimpanya. Pelajar terbabit kini berada di rumahnya di Shah Alam dan berhasrat untuk bertukar sekolah. Sementara itu ibu pelajatr terbabit berkata, dia kesal dengan kejadian yang menimpa anak sulungnya itu. Beliau mahu tindakan tegas diambil ke atas pihak yang terbabit dalam kesbuliini. Berita mula diterbitkan pada: Februari 10, 2013 18:28 (MYT)
Tag: buli, mangsa, trauma, pelajar, tingkatan dua, MRSM, Kepala Batas, Adam Afgan

Read more at:http://www.astroawani.com/news/show/mangsa-buli-di-mrsm-trauma-6914?cp

You might also like