Laporan Lawatan Sambil Belajar Ke Desa Cattle

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

LAPORAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE DESA CATTLE (SABAH) SDN. BHD. MESILOU HIGHLAND, KUNDASANG.

10 OKTOBER 2013

Pada 10 Oktober 2013 bersamaan hari Khamis, satu lawatan sambil belajar telah diadakan bertampat di Desa Cattle Sdn. Bhd. Mesilou, Kundasang. Aktiviti ini telah dianjurkan oleh Program Pendidikan Khas Integrasi Ranau. (PPKI) SK Pekan 2,

Program lawatan sambil belajar ini telah disertai oleh 22 orang murid dan diiringi 11 orang guru serta 4 orang pembantu pengurusan murid . Objektif lawatan ini diadakan ialah untuk memberi pendedahan secara langsung kepada murid-murid pendidikan khas. Melalui aktiviti seperti ini, keyakinan mereka untuk berhadapan dengan masyarakat akan dapat dipertingkatkan. Selain itu, lawatan seperti ini merupakan satu aktiviti sosial yang penting dalam usaha membuka minda dan memberi inspirasi kepada murid untuk meneroka masa depan yang lebih baik.

Murid-murid dan guru berkumpul di perkarangan sekolah pada pukul 8.00 pagi dan bertolak ke Desa Cattle tepat pukul 8.30 pagi. Sebelum itu, murid telah di bahagikan kepada tiga kumpulan yang kecil supaya memudahkan guru untuk mengawal murid dan menaiki 3 buah van yang telah di sewa khas oleh pihak PPKI. Setelah sampai, murid murid dan guru telah di beri taklimat oleh pegawai di Desa Cattle tersebut. Beliau telah menerangkan kemudahan kemudahan yang terdapat di sini. Terdapat pelbagai keunikan yang boleh manarik minat pelancong untuk datang ke sini. Ladang berkenaan mempunyai keluasan 199 hektar dan daripada jumlah itu, 133 hektar sudah ditanam rumput padang seperti Kikuyu, Narok Setaria dan kekacang (white clover). Sektor penternakan lembu tenusu di Sabah bukan baru, sebaliknya wujud hampir tiga dekad lalu menerusi pembukaan ladang tenusu di dataran Mesilau berhampiran kaki Gunung Kinabalu pada 1980.Tidak keterlaluan jika ladang lembu tenusu itu dirumus sebagai ladang yang mempunyai produk `dua dalam satu iaitu pengeluar susu segar di Sabah yang berupaya membantu meningkatkan ekonomi, selain menjadi destinasi lawatan pelajar dan pelancong.

Setelah diberikan penerangan serba sedikit mengenai Desa Cattle ini, murid murid di bawa melawat ladang ternakan anak kambing dan anak lembu. Murid murid diberi peluang untuk memberi rumput dan juga susu kepada anak kambing dan lembu. Murid kelihatan sangat teruja untuk memberikan makanan kepada anak anak lembu dan kambing tersebut. Seterusnya, murid-murid di berikan peluang untuk melawat kawasan ladang dengan pemantauan daripada pada pekerja.

Setelah selesai lawatan ini, murid-murid dan guru di beri peluang untuk membeli susu segar yang dijual disini. Setelah selesai aktiviti ini, murid murid dan guru guru bertolak ke De Olundus yang terletak di pekan Kundasang untuk menjamu selera dan tepat pukul 12.30 peserta-peserta lawatan sambil belajar ke Desa Cattle bertolak pulang.

Kekuatan Sepanjang aktiviti dijalankan, terdapat beberapa kekuatan dan kelemahan. Antara kekeuatan yang dapat dikenalpasti ialah kejasama daripada semua guru, pembantu pengurusan murid, dan juga ibu bapa. Tanpa kerjasama ini, aktiviti ini tidak dapat dijalankan dengan lancar. Selain itu, pihak sekolah juga telah memberikan kerjasama dengan meluluskan aktiviti ini supaya murid-murid dapat memperkembangkan lagi pengetahuan dan meningkatkan komunikasi sosial dengan masyarakat setempat.

Lawatan ini juga dapat mengeratkan lagi hubungan silatulrahim antara muridmurid. Setiap murid PPKI mempunyai masalah yang berbeza dan murid yang lebih besar dapat menjaga murid ynag kecil dan mempunyai masalah yang lebih memeprlukan perhatian. Hal ini dapat mengeratkan lagi hubungan silatulrahim dan kekeluargaan antara murid-murid, guru-guru dan pembantu pengurusan murid.

Kekutan yang dapat diperolehi semasa lawatan ini diadakan adalah pengurusan masa yang baik. Pengurusan masa yang baik mengikut tentatif program yang telah disediakan dapat menjamin masa yang berkualiti.

Terdapat diantara murid-murid yang tidak mengenal lembu dan juga kambing. Daripada lawatan yang dijalankan ini, murid-murid dapat mengenal lembu-lembu dan dalam masa yang sama juga murid-murid dapat memberikan makanan kepada haiwan-haiwan tersebut. Selain itu, murid dapat melihat pemprosesan susu lembu yang tidak pernah dilihat oleh murid. Hal ini dapat menambahkan lagi pengetahuan am murid.

Kelemahan Jika terdapat kekuatan, setiap aktiviti yang dijalankan terdapat juga kelemahan ang boleh dikenal pasti. Masalah pengurusan dalam menghantar boring kebenaran kepada pihak Pejabat Pendidikan Daerah Ranau (PPD). Hal ini

menyebabkan pihak PPD tidak memberikan kebenaran kepada pihak PPKI SK Pekan 2 Ranau. Walaubagaimanapun, lawatan ini diteruskan atas risiko pihak PPKI sendiri.

Selain itu juga kesilapan dalam penulisan surat kepada pihak Desa Cattle telah menyebabkan yuran kemasukan murid-murid nyaris harus dibayar oleh pihak pengurusan. Hal ini adalah kerana tidak menyenaraikan murid-murid ini sebagai Orang Kelainan Upaya (OKU). Namun begitu, hasil daripada perbincangan pihak PPKI dengan pihak Desa Cattle, mereka dapat membenarkan murid-murid ini masuk dengan kadar percuma.

Penambahbaikan Cadangan untuk mengatasi kelemahan ini, pihak pengurusan seharusnya memastikan prosedur lawatan dipatuhi. Setiap surat-surat kebernaran dan sebagainya harus di hantar kepada pihak PPD selewat-lewatnya sebulan sebelum tarikh lawatan tersebut dijalankan.

Pihak pengurusan juga harus memastikan bahawa setiap surat yang akan dihantar telah lengkap dengan butiran-butirang yang penting supaya masalah salah faham berlaku lagi.

Penutup Secara keseluruhannya, program yang dirancang ini telah berjaya

dilaksanakan dengan jayanya. Objektif yang dirancang juga telah berjaya dicapai dengan berkat kerjasama daripada semua pihak yang terlibat. Semoga programprogram seterusnya yang bakal dirancang pihak pengurusan PPKI SK Pekan 2 Ranau pada masa-masa akan datang dapat dilaksanakan dengan lebih baik dan cemerlang dengan adanya cadangan penambahbaikan kelemahan program yang telah dijalankan ini. Disediakan Oleh,

NOR SAKINAH BT ABU SEMAN Setiausaha Program Lawatan Sambil Belajar ke Desa Cattle, Mesilou Disemak Oleh,

JONIA MOPUN Penolong Kanan Pendidikan Khas, Sk Pekan Dua, Ranau Disahkan Oleh,

DATIN HJH NURLIAH HJ AWG TENGAH Guru Besar Sk Pekan Dua, Ranau

You might also like