Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

PERATURAN PERTANDINGAN KEJOHANAN SEPAK TAKRAW MSS DAERAH LAHAD DATU 2014 1. UNDANG-UNDANG PERMAINAN 1.1 1.

2 Pertandingan ini dijalankan mengikut undang-undang ISTAF ( Gabungan Sepak Takraw Antarabangsa yang dikuatkuasakan pada masa ini ) dan peraturan MSSM. Kejadian di luar dugaan dan tidak dinyatakan dalam peraturan atau undang-undang berkenaan akan diputuskan seperti berikut : 1.2.1 1.2.2 1.3 2. Semua kejadian am akan diputuskan oleh Jawatankuasa kerja MSSD Gombak. Sebarang persoalan teknikal akan diputuskan oleh Jawatankuasa Pengelola.

Semua keputusan yang telah dibuat oleh Jawatankuasa Kerja MSSD atau Jawatankuasa Pengelola adalah muktamad.

JENIS PERMAINAN 2.1 Kejohanan ini mengandungi pertandingan acara-acara berikut : Antara regu ( peringkat umur bawah 12 tahun, terbuka bawah 18 tahun lelaki dan regu bukan melayu. ) Bagi kategori bawah 12 tahun pemain mesti dilahirkan pada atau selepas 1 januari 1998. Bagi kategori terbuka bawah 18 tahun pemain mesti dilahirkan pada atau selepas 1 januari 1992. Bagi kategori bukan melayu peringkat umur terbuka dari tingkatan satu hingga tingkatan lima. 2.1.1

Hanya seorang pelajar tingkatan enam atas ( peraturan Am MSSM 2007 ) boleh bertanding dengan didaftarkan dalam peringkat umur 18 tahun ketetapan yang telah dibuat dengan syarat belajar sepenuh masa di sekolah-sekolah bantuan kerajaan atau swasta yang berdaftar dan bergabung dengan MSS Negeri serta dapat menunjukkan bukti pelajar tersebut sedang belajar sepenuh masa di sekolah berkenaan. 2.3 Bukti pengesahan bagi penyertaan pelajar tingkatan 6 atas sekolah bantuan kerajaan adalah dengan mengemukakan surat tawaran rasmi kemasukan tingkatan 6 rendah manakala bagi sekolah swasta adalah dengan mengemukakan keputusan peperiksaan tingkatan 6 rendah yang disahkan oleh pengetua sekolah berkenaan.

3.

SISTEM PERTANDINGAN 3.1 Undian akan dijalankan oleh Jawatankuasa Pengelola Kejohanan / Jawatankuasa Teknik bagi menentukan kumpulan pasukan-pasukan yang mengambil bahagian. 3.1.1 3.1.2 PUSINGAN PERTAMA : PUSINGAN KEDUA 3.1.2.1 3.1.2.2 3.2 : Liga dalam kumpulan Kalah keluar

Johan dalam setiap kumpulan layak ke pusingan kedua Undian dijalankan selepas sahaja tamat pusingan pertama

Acara Antara Regu 3.2.1 3.2.2 Regu yang menang mendapat dua mata dan kalah 0 mata. Sekiranya selesai semua perlawanan dalam sesuatu kumpulan, kiraan mata diperoleh oleh dua pasukan atau lebih, maka kedudukannya akan ditentukan dengan mengikut tertib berikut: 3.2.2.1 Kiraan perbezaan pusingan daripada jumlah pusingan menang dan diperolehi oleh pasukan berkenaan. 3.2.2.2 Kiraan perbezaan angka-angka mata daripada jumlah mata yang diperolehi oleh pasukan berkenaan.

3.3

Sekiranya dengan kaedah di atas kedudukan seri masih berlaku, maka kaedah berikut dilakukan : 3.3.2 3.3.3 Jika 2 pasukan sahaja yang terlibat, maka pasukan yang telah mengalahkan lawannya akan dikira menang. Jika 3 pasukan atau lebih pasukan yang terlibat, maka keputusan muktamad akan ditentukan dengan perlawanan semula dalam liga satu pusingan dengan kiraan 15 mata sahaja. Undian akan dibuat bagi menentukan perlawanan.

4.

HADIAH 4.1 Johan 4.2 Naib Johan 4.3 Ketiga ( tempat ketiga dan keempat tidak dipertandingkan )

5.

MENARIK DIRI 5.1 Regu yang terlewat 15 minit daripada masa yang dijadualkan tanpa sebab yang munasabah akan dianggap memberi kemenangan pada pihak lawan tanpa bertanding. 5.2 Menarik diri ( walk over ) tidak dibenarkan. Jika berlaku juga, maka regu yang berkenaan akan dihukum menarik diri daripada keseluruhan kejohanan.

6.

PENGADIL / PENJAGA GARISAN 6.1 Semua pengadil dan penjaga garisan yang bertugas di kejohanan ini dilantik oleh Pengerusi Teknik Sepak Takraw MSSD Gombak dan disahkan oleh PPD Gombak.

7.

PENGGANTUNGAN 7.1 Mana-mana pemain yang telah dikeluarkan daripada gelanggang oleh pengadil, maka dengan serta merta digantung daripada bermain pada satu perlawanan berikutnya sehingga Jawatankuasa Tatatertib membuat sesuatu keputusan.

8.

BANTAHAN / RAYUAN 8.1 Semua bantahan atau rayuan hendaklah dikemukakan oleh Pengurus Pasukan sahaja secara bertulis kepada Juri Rayuan tidak lewat daripada 1 jam selepas perlawanan tamat. 8.2 Tiap-tiap bantahan /rayuan hendaklah disertakan dengan wang tunai RM 150.00 8.3 Wang pertaruhan ini akan luput jika bantahan /rayuan itu didapati tidak wajar.

9.

JAWATANKUASA TATATERTIB 9.1 Jawatankuasa Tatatertib akan bersidang dalam masa 1 jam setelah laporan pengadil atau pegawai pertandingan disampaikan dan membuat keputusan jika tindakan tatatertib perlu diambil berlebihan dari peraturan 7 di atas. 9.2 Jawatankuasa ini adalah berhak mendapat maklumat daripada mana-mana pihak yang berkaitan dengan perkara yang dibincangkan untuk membuat keputusan.

10.

JURI RAYUAN 10.1 Juri rayuan akan bersidang dalam masa dua jam setelah menerima bantahan atau rayuan yang dibuat oleh pasukan pasukan dan akan menyampaikan keputasannya kepada Jawatankuasa Kerja atau Jawatankuasa Pengelola. Keputusan adalah muktamad

11.

AM 11.1Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam peraturan AM ini akan diputuskan oleh Jawatankuasa yang berkenaan. Semua keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Kerja atau Jawatankuasa Pengelola adalah muktamad.

MAKLUMAT DAN TINDAKAN SEMUA PENGURUS PASUKAN 1. PENDAFTARAN PESERTA - Sila fax borang pendaftaran regu ke SMK Bkt Gading ( Menengah ) SK Gombak Setia ( Rendah ) pada atau sebelum 30 Mac 2010. TARIKH KEJOHANAN 06 & 07 April 2010 ( Terbuka Bawah 18 tahun dan Bukan Melayu ) 14 & 15 April 2010 ( Bawah 12 tahun ) 16 April 2010 ( Separuh akhir dan akhir bagi semua kategori ) TEMPAT KEJOHANAN Dewan Muhibah, Taman Bolton Batu Caves,Selangor. MASA 8.00 pagi 5.00 ptg 2. DISIPLIN Tidak dibenarkan membawa penyokong. Pengurus pasukan diminta sentiasa mengawasi disiplin pelajar masing-masing sepanjang masa kejohanan. Mana-mana pasukan yang pemainnya dikenalpasti menimbulkan kekecohan TIDAK DIBENARKAN menyertai pertandingan seterusnya. Para pemenang dikehendaki memakai jersi ketika mengambil hadiah. 3. KEBERSIHAN Sila maklumkan kepada semua pemain supaya menggunakan kemudahan tandas yang disediakan dengan penuh tanggungjawab. o tidak mengotorkan tandas o tidak merosakkan tandas - Tidak membuang sampah di merata-rata tempat. 4. MAKANAN DAN MINUMAN - Makan dan minum peserta disediakan oleh sekolah masing-masing.

KEJOHANAN SEPAKTAKRAW MAJLIS SUKAN SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH LAHAD DATU

2014
SENARAI BARISAN PEMAIN
ANTARA REGU PASUKAN : .. A/B TARIKH : MASA : GELANGGANG : .

PERLAWANAN BIL : ..

POSISI TEKONG A/KANAN A/KIRI GANTIAN 1 PENGURUS JURULATIH

NAMA PEMAIN

NO NO KP JERSEY

.. Tandatangan Pengurus
NOTA : 1. Borang ini mestilah diserahkan kepada Pengadil rasmi 15 minit sebelum pertandingan yang dijadualkan 2. Kad Pengenalan/Pendaftaran pemain-pemain mestilah dikemukakan untuk tujuan pengesahan. 3. Tulis (k) di hujung nama ketua regu. 4. Pemain Gantian Pengurus hendaklah memenuhi borang Gantian. 5. Ketua regu hendaklah memakai ARM BAND

KEJOHANAN SEPAKTAKRAW MAJLIS SUKAN SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH LAHAD DATU

2014
PENDAFTARAN REGU PASUKAN /SEKOLAH: _________________________ PENGURUS : ________________________ JURULATIH : ________________________ WARNA JERSI : ___________/ _____________

BIL

NAMA PESERTA

N0 KP

NO JERSI

Maklumat di atas diakui sah dan pihak kami bersedia untuk mematuhi peraturan dan undang undang pertandingan .

Tarikh :

_____________ T/T Pengurus

Sila EMEL borang pendaftaran regu ke SMK Terusan pada atau sebelum 30 Jan 2014.

You might also like