Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 5

PANDUAN PENGESAHAN MURID BERKEPERLUAN KHAS. 1.0 PENGENALAN 1.

1 Pelaksanaan Program Saringan Literasi dan Numerasi (LINUS), NKRA telah dilaksanakan di semua sekolah rendah kerajaan dan bantuan kerajaan mulai bulan Januari tahun 2010 yang melibatkan murid Tahun Satu (kohort 1) 2010. Pelaksanaan LINUS akan berterusan bagi tahuntahun yang akan datang. Murid yang tidak menguasai konstruk 1 dan 2 dalam saringan 3 disaring sekali lagi menggunakan Instrumen Pengesanan Murid Bermasalah Dalam Pembelajaran (IPMBDM) dan Instrumen Saringan Disleksia (ISD) bagi mendapat pengesahan Pegawai Perubatan dan Kementerian Pelajaran seterusnya akan menempatkan murid berdasarkan keperluan pembelajaran mereka.

1.2

2.0

TUJUAN Panduan ini dihasilkan untuk membantu Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) dan Guru Besar melaksanakan proses pengesahan murid berkeperluan Khas.

3.0

PROSEDUR PENGESAHAN MURID BERKEPERLUAN KHAS OLEH PEGAWAI PERUBATAN 3.1 Dalam melaksanakan pengesahan murid berkeperluan khas oleh Pegawai Perubatan, semua pihak yang terlibat perlu mematuhi prosedur seperti yang digariskan di bawah: i. Ibu bapa/penjaga perlu membawa bersama keputusan saringan IPMBDM dan ISD anak/anak di bawah jagaan mereka semasa temu janji dengan pegawai perubatan. ii. Borang BPKh01 merupakan surat kebenaran ibu bapa/penjaga untuk membenarkan pemeriksaan perubatan dijalankan kepada anak/anak di bawah jagaan mereka. Ibu bapa/penjaga perlu menanda tangani borang tersebut dan membawa bersama semasa temu janji dengan pegawai perubatan. iii. Borang BPKh02 merupakan borang pemohonan bagi menjalani pemeriksaan perubatan oleh murid yang telah dikenal pasti melalui saringan IPMBDM dan ISD. Pihak sekolah hendaklah mengisi borang ini dan diserahkan kepada ibu bapa/penjaga untuk dibawa bersama semasa temu janji dengan pegawai perubatan. Carta Aliran berikut merupakan penjelasan tentang prosedur yang perlu diikuti oleh PPD, Guru Besar dan ibubapa.

3.2

CARTA ALIRAN PROSEDUR PENGESAHAN MURID BERKEPERLUAN KHAS OLEH PEGAWAI PERUBATAN
1
1. Mula

2. Sekolah menghantar nama murid yang telah dikesan mempunyai ciri-ciri berkeperluan khas dengan menggunakan IPMBDM dan ISD kepada PPD 3. PPD menyelaras senarai nama murid yang diterima daripada sekolah bagi tujuan penyelarasan temu janji murid dengan Klinik Kesihatan Daerah. 4. PPD menyerahkan senarai nama murid yang mempunyai ciri-ciri berkeperluan khas kepada Klinik Kesihatan Daerah yang dikenal pasti. 5. Klinik Kesihatan Daerah menyelaras tarikh temu janji murid dengan pegawai perubatan dan menghantar semula senarai temu janji kepada PPD. 6. PPD memanjangkan senarai temu janji tersebut kepada sekolah. 7. Sekolah memaklumkan kepada ibu bapa/penjaga tarikh temu janji murid dengan pegawai perubatan di klinik yang ditetapkan. 8. Ibu bapa/penjaga membawa anak/anak di bawah jagaannya* untuk pemeriksaan pada tarikh dan masa di klinik/hospital yang telah tetapkan dan membawa bersama keputusan IPMBDP, ISD, surat BPKh01 serta BPKh02. 9. Pegawai Perubatan membuat pengesahan dan memaklumkan keputusan kepada ibu bapa/penjaga. 10. Ibu bapa/penjaga wajib memanjangkan keputusan pengesahan pegawai perubatan kepada pihak sekolah. 11. Sekolah memanjangkan keputusan pengesahan murid kepada PPD untuk dibuat penempatan seterusnya.

10

11

12

12. Tamat

* Bagi murid yang tinggal di asrama, adalah menjadi tanggung jawab guru untuk membawa murid membuat pemeriksaan perubatan dengan syarat ibu bapa / penjaga telah menanda tangan borang BPKh01.
4

4.0

PENUTUP Panduan ini dapat membantu semua pihak untuk mengenal pasti murid-murid yang mempunyai ciri-ciri berkeperluan khas bagi tujuan pengesahan Pegawai Perubatan. Melalui proses ini murid dapat ditempatkan di program yang sesuai bagi membolehkan mereka mengikuti pembelajaran mengikut keperluan dan tahap kemampuan mereka.

BPKh01

Nama Ibubapa / Penjaga: Alamat: No. Telefon: Tarikh:

Guru Besar, Sekolah ...................................................... Tuan, KEBENARAN IBU BAPA / PENJAGA BAGI PEMERIKSAAN PERUBATAN Dengan sukacitanya saya merujuk perkara di atas. 2. Setelah berbincang dan mendapat nasihat serta pandangan daripada pihak saya membenarkan anak saya / anak di bawah jagaan saya

sekolah,

.................................................................... No. Sijil Kelahiran.................................... Tahun ........................menjalani pemeriksaan perubatan.

3.

Saya faham bahawa pemeriksaan perubatan ini penting bagi masa depan

anak / anak di bawah jagaan saya dan bersetuju bahawa saya tidak akan mengambil apa-apa tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak berkaitan dengan perkara ini. Sekian, terima kasih. Yang benar, ....................................... Nama Ibubapa/penjaga: No. Kad Pengenalan: Tarikh:

BPKh02 Guru Besar; Sekolah . Rujukan sekolah : Tarikh:

Pegawai Perubatan, Hospital / Klinik.........................................

Tuan, RUJUKAN MURID PROGRAM LINUS UNTUK PEMERIKSAAN PERUBATAN NAMA : No. Sijil Kelahiran :..

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk. 2. Berhubung dengan perkara di atas, pihak kami memohon jasa baik tuan bagi

mendapatkan kemudahan untuk menjalankan pemeriksaan perubatan ke atas murid seperti nama di atas. 3. Saya memohon jasa baik tuan agar segala butiran dan hasil pemeriksaan

dapat dikembalikan kepada pihak kami melalui ibu bapa / penjaga untuk tindakan selanjutnya. Sekian, terima kasih. Saya yang menurut perintah, ............................................. Guru Besar s.k. PPD. Ibubapa/penjaga
7

You might also like