Dm1135 Dasar Etika Penyelidikan

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

DASAR DAN GARIS PANDUAN PENYELIDIKAN DAN INOVASI


ETIKA PENYELIDIKAN

1. TUJUAN

Dasar dan Garis Panduan ini menjelaskan aspek-aspek yang berkaitan dengan kepatuhan kepada etika dalam menjalankan penyelidikan. Dasar dan Garis Panduan ini bertujuan untuk melindungi semua pihak (penyelidik, bahan penyelidikan, kumpulan sasaran dsb.) daripada penyalahgunaan atau eksploitasi oleh penyelidik atau pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. 2. SKOP

Dasar P&I yang digubal hanya sah digunapakai dalam konteks Universiti Pertahanan Nasional Malaysia. Sebarang perubahan yang dibuat kepada Dasar P&I adalah tertakluk kepada persetujuan pihak pengurusan tertinggi UPNM.

TAKRIFAN Etika Penyelidikan prinsip atau batas/sempadan yang ditetapkan yang perlu dipatuhi oleh penyelidik dalam menjalankan penyelidikan. Pelanggaran etika penyelidikan boleh berlaku dalam hal-hal yang berkaitan dengan penyalahgunaan sumber penyelidikan seperti sumber kewangan, manusia, haiwan dan sebagainya. Jawatankuasa Etika Penyelidikan Jawatankuasa Kecil di bawah Jawatankuasa Penyelidikan Universiti yang berperanan dalam menggubal segala aspek yang

Dasar Etika Penyelidikan

berkait dengan Etika Penyelidikan di UPNM. Peranan Jawatankuasa ini adalah seperti berikut: i. melaporkan kepada Jawatankuasa Penyelidikan Universiti tentang sebarang perkara yang berkait dengan penggubalan etika dan hal-hal yang berkait dengan pelanggaran etika penyelidikan oleh penyelidik. ii. Meneliti sebarang permohonan daripada penyelidik untuk menjalankan penyelidikan (spt., pengumpulan data) yang melibatkan penggunaan bahan bernyawa (mis., manusia, haiwan dsb.). Keterangan lengkap tentang Etika Penggunaan Sumber Manusia dan Etika Penggunaan Sumber Haiwan boleh diperolehi daripada Dokumen Rasmi ETIKA AKADEMIK UPNM. iii. Meluluskan atau menolak permohonan yang menepati etika penyelidikan secara bertulis kepada penyelidik dan salinannya diserahkan kepada Pengerusi Jawatankuasa Penyelidikan Universiti.

3. KANDUNGAN DASAR DAN GARIS PANDUAN PENYELIDIKAN & INOVASI

Etika Penyelidikan

Pematuhan kepada Etika Penyelidikan

i.

Setiap penyelidik hendaklah mematuhi segala peraturan dan etika penyelidikan yang telah ditetapkan.

ii.

Sebarang

kegagalan

oleh

penyelidik

dalam mematuhi peraturan dan etika penyelidikan akan membawa kepada tindakan yang setimpal akan ditetapkan oleh Jawatankuasa Etika Penyelidikan Universiti. iii. Jawatankuasa Etika Penyelidikan

Universiti ini akan membuat cadangan tentang tindakan selaras dengan jenis kesalahan penyelidik. pelanggaran etika oleh

Dasar Etika Penyelidikan

iv.

Jawatankuasa

Penyelidikan

Universiti

akan meneliti laporan pelanggaran etika dan membuat perakuan tentang jenis tindakan yang akan dikenakan kepada penyelidik berkenaan sebelum membawa kes berkenaan kepada pihak pengurusan tertinggi Universiti.

Etika Penyelidikan Berkaitan Penggunaan bahan bernyawa (spt., manusia, haiwan dsb.)

i.

Penyelidik

yang

menjalankan

penyelidikan yang melibatkan bahan atau sumber penyelidikan yang bernyawa

seperti melibatkan organ manusia atau haiwan dalam proses pengumpulan mendapat daripada Penyelidikan

data/maklumat kebenaran Jawatankuasa Universiti. ii. Jawatankuasa Universiti

hendaklah bertulis Etika

Etika

Penyelidikan terlebih dahulu

hendaklah

meneliti merit sebarang permohonan daripada penyelidik yang menjalankan penyelidikan pengumpulan yang data melibatkan sumber

daripada

bernyawa seperti manusia atau haiwan. iii. Setelah berpuashati dengan permohonan Jawatankuasa berkenaan Etika justifikasi Pengerusi Penyelidikan

Universiti hendaklah mengeluarkan surat kelulusan rasmi secara bertulis kepada penyelidik. Salinan surat kelulusan

berkenaan hendaklah dihantar kepada Pengerusi Jawatankuasa Penyelidikan Universiti.

Dasar Etika Penyelidikan

You might also like