Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 4

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN MAHSURI

SEJARAH KERTAS 4 (904/4)

SEJARAH TOKOH

SHUIB BIN MOHD ISA

(USAHAWAN MELAYU INDUSTRI GAMAT DAN HERBA DI KEDAH MENERUSI


SYARIKAT ROJAM INDUSTRIES SDN.BHD DARI TAHUN 1990-2010)

NAMA

: MOHD FARIS HAFIFI BIN ABDUL HALIM

NO.KAD PENGENALAN

: 951106-02-5075

ANGKA GILIRAN

: SK0101/1048

TINGKATAN

: 6 P2T3

NAMA GURU PENILAI

: CIK ZURANITA BINTI MD DAUD

PENGENALAN
En.Shuib Bin Isa merupakan salah seorang usahawan yang berjaya di Pulau
Langkawi.Beliau berumur 69 tahun.Beliau dilahirkan dan membesar di Alor Star,Kedah.Beliau
bersekolah di Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim,Jitra,Kedah.Beliau pada mulanya
berkhidmat sebagai seorang kerani di Jabatan Kerajaan.Seterusnya,beliau bekerja sebagai
seorang Pegawai Eksekutif di Jabatan Perdana Menteri.Kemudian,beliau ditukarkan ke Ibu
Pejabat Polis Alor Star sebagai Pegawai Kewangan Kontinjen.Selepas itu,beliau dinaikkan
pangkat untuk berkhidmat juga sebagai Pegawai Kewangan di Kementerian Penerangan
Malaysia,Kuala Lumpur.

OBJEKTIF KAJIAN
Antara Objektif saya menjalankan kajian ini adalah :
1-Mengetahui dengan lebih lanjut mengenai tokoh yang merupakan pengasas syarikat Rojam
Industries Sdn.Bhd.
2-Meningkatkan kemahiran berkomunikasi dan menghasilkan kajian dengan baik dan berkesan.
3-Meluaskan pengetahuan tentang perkembangan syarikat Rojam Industries Sdn.Bhd.
4-Mengkaji sejauh mana sumbangan tokoh sebagai pengusaha syarikat Rojam Industries
Sdn.Bhd.
5-Memenuhi kehendak Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang menggunakan sistem baharu
bermula pada tahun 2012/2013.

PERSOALAN KAJIAN
Salah satu cadangan persoalan yang dikaji adalah bagaimana tokoh memulakan perniagaannya
dengan lebih terperinci.Selain itu,apakah faktor yang menyebabkan perniagaan tokoh
berkembang dan berjaya.Di samping itu,apakah sumbangan paling terbesar yang pernah tokoh
laksanakan kepada masyarakat.

SKOP KAJIAN
Skop kajian saya bermula dari tahun 1990 hingga tahun 2010.Hal ini demikan kerana,tahun 1990
merupakan tahun bersejarah buat En.Shuib Bin Mohd Isa bersama rakan kongsinya En.Azizan
bin Zainol.Hal ini demikian kerana,pembukaan pengusahaan gamat dan herba ini tercetusnya
idea untuk meluaskan lagi perniagaan yang dimiliki oleh rakan kongsi beliau suatu ketika
dahulu.Mereka berpakat untuk membuka sebuah syarikat gamat dan herba yang diberi nama
Rojam.Nama Rojam ini tercetusnya daripada gabungan dua nama iaitu Rokiah yang merupakan
isteri kepada En.Shuib dan Jamilah yang merupakan isteri kepada En.Azizan.Pada
mulanya,mereka hanya menjalankan perniagaan di belakang rumah sahaja.Kilang pertama
dibuka di Kampung Keda,Langkawi.Namun,kilang tersebut tidak mampu menghasilkan produk
yang banyak lalu menutup operasi kilang tersebut.Setelah itu,En Shuib dan rakan kongsinya
membuka sebuah kilang di Sungai Petani,Kedah.Pada tahun 1996,syarikat Rojam Industries
Sdn.Bhd mula berkembang ke seluruh Malaysia.Di Selatan Thailand juga terdapat stokis Rojam
Industries yang meluaskan perniagaan di sana.

SOROTAN KAJIAN
En.Shuib bin Mohd Isa yang merupakan seorang usahawan yang pernah menghadiri kursus
perniagaan di Amerika telah berjaya mencipta nama sebagai seorang usahawan yang terkemuka
di Pulau Langkawi.Hal ini sedikit sebanyak telah merungkai perkembangan seorang tokoh
usahawan gamat dan herba menerusi syarikat Rojam Industries Sdn.Bhd.Oleh itu,kajian ini akan
memfokuskan lagi kepada sejarah dan kejayaan pengusaha Rojam Industries Sdn.Bhd., En.Shuib
bin Isa dalam bidang perusahaan gamat dan herba.

KAEDAH KAJIAN
TEMUBUAL
Kaedah temu bual digunakan sebagai kaedah untuk mendapatkan maklumat dalam kajian
ini.Menurut Kamus Dewan,temu bual merupakan soal selidik atau cara untuk mendapatkan
maklumat secara lisan daripada seseorang.Kelebihan temu bual adalah penemu bual boleh
menerangkan dengan jelas tujuan kajian dan jenis maklumat yang diinginkan.Maklumat temu
bual direkod melalui rakaman audio.Metode ini digunakan kepada tokoh usahawan bagi
mengetahui lebih lanjut mengenai kisah hidup dan kejayaan tokoh itu sendiri.

You might also like