Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 19

HBMT1103

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER 3 2012

HBMT1103

INTRODUCTION TO MATHEMATICS EDUCATION TAJUK: LAPORAN TUGASAN PROGRAM PEMULIHAN MATEMATIK

MATRICULATION NO IDENTITY CARD NO. TELEPHONE NO. E-MAIL LEARNING CENTRE

: : : : :

740910086098001 740910086098 0192293713 nyonyaali@yahoo.com Bangi

HBMT1103

ISI KANDUNGAN 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. Pengenalan Ringkasan Hasil Pembacaan Pengenalpastian Murid Yang Memerlukan Pemulihan Perancangan Aktiviti Pemulihan Pelaksanaan Refleksi Dan Cadangan Kesimpulan Rujukan Lampiran 9.1 9.2 9.3 9.4 Lampiran A Lampiran B Kemahiran 2 Kemahiran 3

MUKA SURAT 2 3 5 8 9 10 12 13 14 14 15 16 18

HBMT1103

LAPORAN TUGASAN PROGRAM PEMULIHAN MATEMATIK

PENGENALAN

Dalam konteks proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) seharian, program pemulihan matematik sering dijalankan untuk membantu murid-murid yang mengalami kesukaran untuk menguasai kemahiran-kemahiran tertentu dalam ilmu pengiraan atau matematik. Selalunya kemahiran pengiraan yang terlibat ialah kemahiran asas dalam matematik. Matematik merupakan mata pelajaran yang amat penting dalam sistem persekolahan di negara ini. Ianya bermula di peringkat sekolah rendah, menengah rendah dan menengah atas. Murid-murid perlu menguasai cara dan teknik yang terdapat dalam proses pengiraan untuk mendalami bidang ilmu matematik. Konsepnya di sini, murid hendaklah berkebolehan dalam menentukan cara berfikir, membuat kajian pola, kajian perhubungan dan menguasai seni pengiraan itu sendiri kerana matematik mempunyai bahasanya tersendiri. Kegagalan murid memahami bahasa matematik ini seringkali dikenalpasti sebagai masalah utama murid-murid menguasai matematik di peringkat persekolahan. Program pemulihan matematik pula adalah merujuk kepada satu set tindakan yang diambil untuk mengatasi masalah pembelajaran murid-murid yang lemah dalam bahagianbahagian tertentu mata pelajaran matematik di sekolah. Kebanyakan masalah yang ditemui adalah berkaitan dengan kemahiran-kemahiran asas seperti nombor, operasi tambah, operasi tolak, operasi darab dan operasi bahagi. Masalah pembelajaran matematik berbeza bagi setiap murid kerana mereka mempunyai keupayaan yang berbeza. Keupayaan di sini boleh mewakili dari aspek pengetahuan sedia ada murid, kebolehan murid mengaplikasi pengetahuan sedia ada dengan sesuatu yang baru dan tahap kemahiran yang telah dikuasai untuk menyelesaikan masalah matematik. Sebenarnya, proses kognitif dan pengetahuan murid sentiasa berkembang, maka untuk mengukuhkan lagi penguasaan matematik mereka seseorang guru perlulah menggunakan kaedah dan strategi yang berkesan dalam proses P&P seharian. Seseorang murid itu biasanya akan memerlukan masa yang agak panjang untuk menguasai sesuatu kemahiran.

HBMT1103

RINGKASAN HASIL PEMBACAAN Menurut Syed Abu Bakar Syed Akil (1997), dalam bukunya Bimbingan Khas Perkhidmatan Pendidikan Pemulihan,program pemulihan adalah satu rancangan

pembelajaran yang disediakan untuk membantu murid-murid yang menghadapi masalah atau kesukaran pembelajaran dalam menguasai sesuatu kemahiran.Dalam usaha untuk membantu murid-murid ini, kaedah,bahan dan aktiviti alternatif yang bersesuaian dengan masalah yang dihadapi adalah digunakan.Kanak-kanak pemulihan memerlukan suatu kaedah pengajaran yang berlainan daripada apa yang telah dialami mereka semasa kelas biasa..Teknik pengajarannya pula memerlukan pertimbangan penetapan objektif dengan menggunakan kaedah terancang untuk pencapaian objektif eksplisit pengajaran. Dengan kata lain, pertamanya, guru perlulah memastikan seseorang murid telah menguasai kemahiran-kemahiran asas yang awal seperti kemahiran dalam sistem nombor, operasi tambah dan sebagainya. Murid juga pada peringkat ini sememangnya bersedia untuk menggunakan kemahiran-kemahiran tersebut pada bila-bila masa diperlukan. Keduanya, murid perlu memahami sesuatu konsep terutama dalam hubung kait pengalaman baru dan pengalaman lama dalam isi kandungan pembelajaran. Sebelum sesuatu masalah matematik itu diselesaikan, wujudkan ruang dialog antara murid dan guru bagi menilai sejauh mana mereka memahami masalah/soalan matematik mereka itu. Pada tahap mungkin banyak perkara (konsep)yang difahami oleh murid yang perlu diperbetulkan. Ketiganya, murid perlu terus mengukuhkan pengetahuan mereka, bukan hanya kepada isi/kemahiran yang lepas malah teknik dan kemahiran semasa yang dikuasai supaya dapat melahirkan rasa keyakinan murid selain daripada menggilap kemahiran-kemahiran yang dikuasai oleh mereka itu. Didapati, dua keadaan yang menyebabkan murid tidak dapat menyelesaikan masalah matematik. Pertama, sememangnya tahap pemikiran itu yang menjadi halangan dan kedua ialah masalah pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Faktor mental murid, mungkin disebabkan oleh faktor kesihatan dan pemakanan murid. Faktor P&P pula skopnya terlalu luas. Mungkin murid itu diajar oleh guru yang bukan opsyen dalam matapelajaran matematik atau teknik dan strategi pengajaran guru berkenaan tidak berkesan. Mungkin juga murid tidak memberi perhatian yang sewajarnya sewaktu belajar, tersalah faham tentang
3

HBMT1103

sesuatu konsep atau kehendak soalan/masalah dan murid itu tidak menguasai kemahirankemahiran yang diperlukan. Oleh itu, program pemulihan dalam matapelajaran matematik bertujuan membantu murid-murid menguasai semula kemahiran-kemahiran yang tertinggal atau terlupa seperti sistem nombor, operasi tambah, tolak, darab dan bahagi dan dapat digunakan semula sebaiknya dalam keadaan pembelajaran semasa atau sesuatu penilaian yang dibuat. Selain itu program pemulihan juga bertujuan melatih murid-murid menggunakan kemahiran-kemahiran yang telah dipelajari supaya wujud rasa yakin dengan kebolehan mereka. Keyakinan seumpama ini akan menghakis ketakutan murid untuk menerima pembelajaran yang seterusnya. Bermakna mereka lebih bersedia untuk menerima pelajaran baharu. Program ini juga bertujuan untuk membetulkan konsep dan kemahiran sesuatu aspek dalam matapelajaran matematik. Latih tubi yang dibuat akan meningkatkan kefahaman mereka terhadap kehendak soalan/masalah matematik itu. Program ini pula semestinya menjadi satu platform kepada murid-murid yang lemah untuk terus belajar matematik di dalam bilik darjah. Dengan itu mereka tidak terus tercicir dalam proses pembelajaran meskipun mereka telah terkebelakang daripada murid lain. Sekiranya program pemulihan tidak dibuat, murid-murid lemah akan terus tercicir atau tertinggal, mereka bukan sahaja tidak menguasai pelajaran baharu malah pelajaran lama pun akan dilupai atau tidak dikuasai. Kedudukan program pemulihan matematik (di sekolah rendah contohnya) perlu difahami kaedah atau prosedur tindakannya. Guru matapelajaran matematik memainkan peranan yang cukup penting dalam mengenalpasti murid-murid yang memerlukan tindakan pemulihan. Bermakna, guru berkenaan hendaklah opsyen dalam matapelaran matematik atau telah melalui beberapa siri kursus berkaitan dengan proses pengajaran dan pembelajaran matematik di sekolah. Jika guru itu tidak terlatih, adalah sukar baginya untuk membantu murid-murid yang bermasalah ini. Melalui penilaian formatif yang dibuat, atau penilaian-penilaian lain yang dibuat semasa P&P, guru matapelajaran sudah tentu dapat mengenalpasti murid yang memerlukan pemulihan (bimbingan lanjutan). Guru tersebut perlu mengikuti prosedur tertentu bagi memastikan seseorang murid benar-benar memerlukan program pemulihan. Pada peringkat
4

HBMT1103

awal, guru matapelajaran hendaklah sedaya-upaya menggunakan prosedur yang ada di bawah bidangkuasanya untuk memulihkan murid-murid berkenaan. Sekiranya murid-murid itu tidak berjaya dipulihkan, murid-murid itu hendaklah dihantar ke Guru Pemulihan Khas untuk dibuat tindakan selanjutnya. Guru Pemulihan Khas mempunyai kepakaran yang khusus dalam menangani masalah pembelajaran murid yang tidak dapat diselesaikan oleh guru biasa (matapelajaran). Dalam kata lain, guru matapelajaran tidak boleh sewenang-wenangnya menghantar murid yang lemah dalam matematik kepada Guru Pemulihan Khas tanpa melalui prosedur atau proses yang perlu dilaksana di dalam bilik darjah (biasa). Oleh itu, dalam laporan ini, program pemulihan yang dibincangkan ialah program yang dibuat di dalam kelas bukan program yang dibuat oleh Guru Pemulihan Khas. Sungguhpun aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan ada yang bertepatan dengan yang digunakan oleh guru pemulihan khas namun ia masih lagi di bawah perlaksanaan guru mata pelajran matematik.

PENGENALPASTIAN MURID YANG MEMERLUKAN PEMULIHAN

Setelah melalui beberapa sesi P&P, terdapat tiga (3) orang murid Tahun 3 yang amat lemah dalam menjawab soalan matematik yang dikemukakan. Mereka langsung tidak boleh menjalankan operasi bahagi. Sungguhpun murid-murid ini telah dikenalpasti, namun masalah sebenar mereka perlu diketahui. Oleh itu proses pengenalpastian murid dan masalah mereka telah dijalankan. Peringkat pertama, ujian saringan dibuat (screen test). Satu lembaran kerja diberi kepada ketiga-tiga orang murid tersebut. Tujuannya, adalah untuk memastikan bahawa mereka benar-benar tidak boleh menjawab soalan operasi bahagi. Mereka diberi masa 20 minit untuk menjawab lima (5) soalan. Mereka menjawab secara berasingan tidak dibenarkan berbincang. Jawapan atau hasil kerja murid seperti jadual di bawah. Bil. Soalan-soalan Jawapan Murid A 1 2 3 18 24 6= 14 27 45 Jawapan Murid B 24 27 45 Jawapan Murid C 12 21 35

HBMT1103

4 5

55 90 Catatan Cara penyelesaian operasi tambah

56 90 Cara penyelesaian operasi tambah

42 82 Cara penyelesian operasi tolak

Sungguhpun jadual di atas menunjukkan murid menggunakan operasi pengiraan yang salah, namun setelah ditanya, mereka mengaku bahawa sebenarnya mereka tidak tahu mengira operasi bahagi. Secara sepontan, mereka boleh menjawab tiga biji epal jika dibahagi kepada mereka bertiga, jawapannya, setiap orang akan mendapat sebiji epal. Malangnya, jika diminta mereka menjawab secara bertulis iaitu menjawab soalan kelihatan cukup sukar untuk memberi jawapan. Kesimpulannya, salah satu daripada masalah murid-murid ini ialah gagal memahami bahasa matematik. Masalah besar dan penting yang ketara ialah mereka tidak menguasai kemahiran dalam operasi bahagi dan boleh dikatakan mereka tidak memahami konsep operasi bahagi itu sendiri. Oleh itu mereka perlu diberi pemulihan. Sebelum aktiviti pemulihan sebenar dibuat, sekali lagi murid-murid itu diuji dari aspek kefahaman mereka tentang konsep dalam operasi bahagi. Satu set lembaran kerja diberi kepada murid. Kali ini, soalan yang diberi berpandukan gambar. Konsep operasi bahagi yang perlu dilakukan ditunjukkan oleh gambar-gambar yang disertakan. Sekiranya murid ini faham pola gambar yang disertakan itu, maka murid boleh membuat pengiraan atau menjawab soalan operasi tersebut. Ujian seumpama ini lebih dikenali ujian diagnostik. Sila lihat LAMPIRAN A, contoh lembaran kerja ujian diagnostik. Hasil kerja murid ditunjukkan seperti jadual di bawah: Bil. Soalan berarahan: Lengkapkan jumlah berikut. 1 2 3 4 Jawapan murid A 4 3 5 2 Jawapan murid B 4 3 5 2 Jawapan murid C 4 3 5 2 , mereka

HBMT1103

5 Bil. Soalan berarahan: Isikan angka yang sesuai dalam petak yang disediakan. 1 2 3 4 5

5 Jawapan murid A

5 Jawapan murid B

5 Jawapan murid C

Tidak berjawab ____= 8___

Tidak berjawab ____= 8___

Tidak berjawab ____= 8___

Tidak berjawab

Tidak berjawab

Tidak berjawab

Bil. 1 2 3 4 5

Soalan berarahan: Lengkapkan jumlah berikut:

Jawapan murid A 30 36 50 20 18

Jawapan murid B 30 36 50 20 18

Jawapan murid C 24 38 40 16 12

Daripada ujian diagnostik di atas, bagi bahagian pertama, murid boleh memberi jawapan yang betul kerana mereka melihat jawapan bagi contoh soalan yang diberi. Mereka membuat kaedah pengamatan dalam menjawab soalan di mana mereka mengira bilangan objek yang berada di dalam sesuatu petak. Di bahagian kedua, yang memerlukan murid mengisi angka yang sesuai dalam petak kosong, murid masih menggunakan kaedah pengamatan yang sama. Mereka melihat bilangan objek di dalam petak yang disusun secara horizontal dan mengisi bilangan tersebut ke dalam petak selepas tanda =. Mereka tidak tahu mengisi di petak-petak yang lain kerana mereka tidak tahu kaedah atau teknik apa yang perlu digunakan, mungkin kerana tiada contoh soalan dan contoh jawapan diberi. Bagi petak yang disusun secara vertikal, murid kelihatan keliru terus dan tidak menjawab untuk soalan-soalan ini. Manakala di bahagian ketiga, di mana murid perlu menjawab seperti soalan dalam screen test kelihatan murid tidak dapat menghubungkait aktiviti ini dengan dua bahagian yang sebelumnya. Sekali lagi mereka sengaja membuat operasi tambah dan tolak walaupun mereka tahu jawapan mereka adalah salah.

HBMT1103

PERANCANGAN AKTIVITI PEMULIHAN

Dengan itu, didapati murid-murid ini perlu diberi aktiviti pemulihan yang sewajarnya. Di sini guru matapelajaran, setelah berbincang dengan rakan-rakan sekerja yang lain terutama dengan Guru Pemulihan Khas, mencuba sedaya upaya untuk membantu murid-murid ini. Sekiranya tidak berhasil atau tidak begitu berkesan, maka murid-murid ini akan dihantar kepada Guru Pemulihan Khas dan akan melalui beberapa prosedur yang melibatkan pihak pentadbir sekolah. Aktiviti yang dirancang seperti berikut: Minggu 1 Kemahiran 1. Aktiviti Sumber/BBM

Mengenalpasti 1.1. Mengenalkan operasi bahagi Benda konkrit. proses pengagihan Kad angka.

operasi bahagi melalui melalui proses benda bilangan ditentukan.

pengagihan benda-benda mengikut bilangan mengikut dua-dua. yang 1.2. Mengenalkan operasi bahagi melalui proses pengagihan

benda-benda mengikut bilangan tiga-tiga. 1.3. Mengenal operasi bahagi melalui proses pengagihan benda empat-empat. 1.4. Mengenal operasi bahagi melalui proses pengagihan benda lima-lima. 2-3 2. Menulis dan 2.1 Mengenal operasi bahagi Benda konkrit. ayat melalui proses pengagihan sama Kad angka ( ) dan bagi banyak, satu kumpulan benda- ( konkrit kepada dua Kad simbol ( hingga kumpulan secara satu-satu, dua- Kad simbol ( dua, tiga-tiga. Mangkok pengasing.

melengkap matematik

operasi bahagi fakta- benda fakta 25 asas

HBMT1103

2.2 Mengenal operasi bahagi melalui benda-benda konkrit dan lambang. 2.3 Melengkapkan operasi ayat hingga

matematik

2.4 Melengkapkan hasil bahagi fakta asas bahagi daripada hingga 2.5 Melengkapkan ayat

matematik dengan menuliskan operasi bahagi bagi jawapannya yang diberi. 2.6 Mengenal operasi bahagi melalui bahagi. 2.7 Menulis ayat matematik bahagi fakta asas yang angka dan bahasa

pembahaginya ialah 3. 2.8 Menulis ayat matematik bahagi fakta asas yang

pembahaginya ialah 4. 2.9 Menulis ayat matematik bahagi fakta asas yang

pembahaginya ialah 5. 4-5 3. Penyelesaian masalah. 3.1 Menyelesaikan masalah Pembilang.

harian yang melibatkan operasi Kad ayat matematik. bahagi.

PELAKSANAAN Program pemulihan telah dilaksanakan seperti dirancangkan. Contoh-contoh lembaran kerja yang menjadi aktiviti pemulihan dapat dilihat di LAMPIRAN B. Jadual di bawah menunjukkan pemerhatian yang dibuat ke atas hasil kerja murid.

HBMT1103

Jenis kemahiran 1 1.1 1.2 1.3 1.4 2 2.1 2.2 2.3 2.4 2.5 2.6 2 2.7 2.8 2.9 3 3.1

Murid A Memuaskan Memuaskan Memuaskan Memuaskan Memuaskan Memuaskan Memuaskan Memuaskan Agak memuaskan Agak memuaskan Agak memuaskan Agak memuaskan Agak memuaskan Kurang memuaskan

Murid B Memuaskan Memuaskan Memuaskan Kurang memuaskan Memuaskan Memuaskan Kurang memuaskan Kurang memuaskan Kurang memuaskan Kurang memuaskan Agak memuaskan Agak memuaskan Agak memuaskan Kurang memuaskan

Murid C Memuaskan Memuaskan Memuaskan Kurang memuaskan Memuaskan Kurang memuaskan Kurang memuaskan Kurang memuaskan Kurang memuaskan Kurang memuaskan Kurang memuaskan Kurang memuaskan Kurang memuaskan Kurang memuaskan

REFLEKSI DAN CADANGAN

Setelah aktiviti-aktiviti ini dilaksanakan beberapa kelemahan dan kekuatan diperolehi. Antara kelemahan-kelemahannya ialah, pertamanya, tumpuan guru terhadap murid-murid ini tidak mencapai tahap yang optimum. Guru, pada masa yang sama, perlu menyediakan aktiviti P&P untuk murid-murid yang lain. Sungguhpun mereka adalah murid yang pandai tetapi mereka tidak boleh berdikari sepenuhnya. Kedua, aktiviti bagi kemahiran ketiga iaitu penyelesaian masalah pula didapati tidak begitu berkesan dalam melatih murid untuk menghubungkait operasi matematik dengan aktiviti kehidupan seharian mereka. Ketiga, mungkin kaedah atau strategi yang digunakan bagi pelaksanaan aktiviti untuk kemahiran kedua tidak begitu berkesan. Ini dapat dilihat apabila soalan lain yang diubah, yang mana murid perlu menulis ayat matematik bahagi fakta asas yang pembahaginya ialah 8 misalnya, murid masih lagi tidak lancar melakukan aktiviti tersebut. Keempat, pengalaman pelaksanaan aktiviti pemulihan seumpama ini kurang dimiliki oleh guru matapelajaran berbanding dengan Guru Pemulihan Khas. Selalunya, aktiviti pemulihan matematik dibuat secara tidak sepontan dan

10

HBMT1103

tidak dirancang sedemikian rupa. Ini mengakibatkan keberkesanan keseluruhan pelaksanaan tidak begitu ketara. Antara kekuatan program ini pula, guru amat mengenali murid-muridnya dan begitu juga sebaliknya, murid-murid lebih selesa melakukan aktiviti dengan guru matapelajaran. Murid memberi kerjasama sepenuhnya terhadap aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Kedua, program ini sebenarnya meningkatkan lagi kemahiran pengajaran guru matematik, di mana pada masa akan datang, guru ini akan lebih bersedia untuk menangani masalah pembelajaran murid-muridnya. Dengan pelaksanaan program ini, guru dapat meluaskan pengetahuan dan berkongsi pengalaman orang lain dalam usaha membantu murid-murid belajar di dalam kelas. Antara cadangan-cadangan pula, sekiranya wajar, lebih baik program pemulihan seumpama ini dilakukan bersama-sama dengan Guru Pemulihan Khas di dalam bilik darjah. Guru matapelajaran boleh memberi tumpuan yang lebih kepada murid-murid lain atau yang tidak terlibat manakala Guru Pemulihan Khas hanya bertumpu kepada murid-murid yang memerlukan pemulihan. Namun begitu ianya memerlukan perancangan dan pelaksanaan yang lebih teliti agar suasana pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah tidak terganggu. Kaedah Mokhdar juga boleh digunakan. Kaedah ini yang mula diperkenalkan pada tahun 1989 dikatakan boleh membantu murid meningkatkan daya ingatan, daya berfikir dan kecepatan berfikir. Asas Kaedah Mokhdar merupakan sebutan terhadap nombor-nombor di mana pelaziman sebutan-sebutan berkenaan mempermudahkan ingatan akan fakta-fakta asas dalam pembelajaran matematik. Ia juga boleh meningkatkan kuasa otak murid dalam menyimpan, memproses dan mengakses maklumat di dalam minda untuk menghasilkan kemampuan minda murid yang optimum bagi semua perkara yang berbentuk, bersifat atau mempunyai sifat-sifat angka dan simbol. Contohnya, kecekapan menyimpan maklumat sifir asas (sifar hingga sembilan) dan seterusnya kecekapan memproses dan mengakses maklumat tersebut di dalam minda menyebabkan sifir seperti 58x52 boleh dicongak oleh murid Tahun 1 atau Tahun 2 menggunakan masa sepuluh ke dua puluh kali lebih cepat daripada menggunakan kalkulator, alat tulis, alat bantuan mengira lain dan sebagainya.

11

HBMT1103

KESIMPULAN

Program pemulihan matematik adalah program yang bersifat berterusan. Semasa berlakunya P&P seseorang guru dan murid yang berkenaan perlu sentiasa bersedia untuk melaksanakan program seumpama ini. Keupayaan pembelajaran matematik di kalangan murid-murid di dalam bilik darjah adalah berbeza. Pasti akan ada murid-murid yang lemah yang memerlukan program seperti ini. Oleh itu guru perlu bersiap sedia dengan program-program pemulihan yang disediakan mengikut topik-topik dalam matapelajaran matematik. Ini membolehkan guru dengan cepat membantu murid yang bermasalah dalam pembelajaran. Sekiranya persediaan tidak dibuat, ia akan mengganggu proses P&P kelas harian. Ibubapa murid yang terlibat juga perlu mengetahui dan peka terhadap masalah pembelajaran anak-anak mereka. Kejadian salah faham di antara ibubapa dan guru sudah tentu dapat diatasi jika sekiranya ibubapa mengetahui tahap pembelajaran anak-anak mereka. Biasanya, ada ibubapa yang tidak dapat menerima hakikat akan hasil kerja anak-anak mereka dan mula menuding jari kepada guru berkenaan. Sekiranya, ibubapa memahami situasi sebenar, aktiviti-aktiviti pemulihan ini dapat berjalan dengan lancar. Selain itu ibubapa juga mengambil tindakan yang proaktif seperti menghantar anak-anak mereka ke kelas tambahan dan sebagainya. Keberkesanan program-program pemulihan yang sedia ada hendaklah dibuat kajian dari semasa ke semasa. Maksudnya, program ini dilaksanakan dengan bertanggungjawab supaya hasilnya mencerminkan impak yang sebenar-benarnya. Jika impaknya tidak memuaskan maka beberapa kajian tindakan perlu dibuat iaitu untuk mencari kaedah-kaedah lain yang lebih baik atau formula yang sedia ada dimurnikan lagi. Pihak Guru Pemulihan Khas perlu sentiasa berkomunikasi dengan rakan-rakan yang lain di internet melalui forum, blog dan sebagainya untuk berkongsi pengalaman dan menambah pengetahuan tentang program-program yang dijalankan di sekolah-sekolah lain. Segala dokumen, hasil kerja murid dan lain-lain yang terlibat dalam program pemulihan perlu didokumentasikan supaya ia akan menjadi bahan rujukan yang berguna dan akan bermanfaat pada masa akan datang.

12

HBMT1103

RUJUKAN

Jabatan Pendidikan Khas, 2003. Buku Panduan Program Pemulihan Khas Tahap Satu. Kementerian Pelajaran Malaysia, Kuala Lumpur. Jabatan Pendidikan Khas, 2003. Educational Remedial for Elementary Mathematics. Kementerian Pelajaran Malaysia, Kuala Lumpur. Modul Matematik Pendidikan Rendah, 2011. Kurikulum Pendidikan Matematik. Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia, Cyberjaya. Mok, Soon Sang, 1997.Matematik KBSR dan strategi pengajaran. Edisi kedua.Kumpulan Budiman Sdn. Bhd., Selangor. Nik Azis Nik Pa, 2008. Isu-isu kritikal dalam pendidikan matematik. Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Pusat perkembangan kurikulum,Kementerian Pendidikan Malaysia 1982.Buku Panduan Khas Program Pemulihan KBSR edisi percubaan.

Syed

Abu

Bakar

Syed

Akil,

1997.Bimbingan

Khas

Perkhidmatan

Pendidikan

Pemulihan.Dewan Bahasa dan Pustaka,Kuala Lumpur. http://www.my-rummy.com http://www.geocities.com/fmurni

http://www.scribd.com/doc/88908737/kaedah-pemulihan-matematik

13

HBMT1103

LAMPIRAN A CONTOH: LEMBARAN KERJA UJIAN DIOGNOSTIK

14

HBMT1103

LAMPIRAN B CONTOH: LEMBARAN KERJA PEMULIHANMATEMATIK (Jabatan Pendidikan Khas, 2003). KEMAHIRAN 1: Mengenalpasti operasi bahagi melalui proses pengagihan benda mengikut bilangan yang ditentukan.

15

HBMT1103

KEMAHIRAN 2: Menulis dan melengkap ayat matematik bagi operasi bahagi fakta-fakta asas hingga 25

16

HBMT1103

17

HBMT1103

KEMAHIRAN 3: Penyelesaian masalah.

18

You might also like