Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

SEMANGAT KEJIRANAN

Jiran ialah orang yang tinggal di sekeliling rumah kita, iaitu di sebelah, di hadapan, dan juga di belakang rumah kita. Jika kita tinggal di satu taman atau di sebuah kampung yang sama, mereka akan dikenali sebagai jiran tetangga kita. Jiran sangat penting kerana mereka yang akan menjadi sahabat kita dan orang yang akan membantu kita apabila kita menghadapi kesusahan nanti.

Memupuk hubungan baik antara jiran amat penting bagi mewujudkan sebuah kehidupan yang harmoni dan aman antara jiran. Hubungan baik antara jiran dapat dipupuk melalui aktiviti gotong-royong, ziarah-menziarahi serta sukan komuniti. Amalan gotong-royong akan dapat akan dapat menyatukan rakyat Malaysia yang berbilang kaum.

Semangat kejiranan juga dapat memupuk nilai kerjasama dalam kalangan masyarakat di negara ini. Nilai kerjasama dapat menyatupadukan rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Melalui amalan gotong-royong dapat meningkatkan lagi nilai kerjasama dalam kalangan masyarakat lantas semangat kejiranan ini akan dapat diperkukuhkan.

Melalui masyarakat yang mempunyai semangat kejiranan juga akan menjamin keselamatan masyarakat. Jiran yang baik akan bersama-sama menjaga kawasan kediaman mereka daripada berlaku kejadian yang tidak diingini, seperti kejadian pecah rumah. Selain itu, mereka juga akan melaporkan kejadian tersebut kepada pihak yang bertanggungjawab mencurigakan. apabila kawasan kediaman mereka dimasuki orang yang

Semua pihak hendaklah memainkan peranan dalam mengamalkan semangat kejiranan. Oleh itu, dengan meningkatkan semangat kejiranan, perpaduan akan bertambah utuh dan teguh. Jadi, dalam setiap masa, kita mestilah sentiasa berusaha untuk memastikan semangat kejiranan sentiasa terpelihara supaya negara kita sentiasa aman, harmoni dan sejahtera.

You might also like