Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 13

PENGENALAN

Matematik merupakan mata pelajaran yang memerlukan kefahaman yang mendalam dan ia berkesinambungan daripada satu topik dan topik yang lain. Sebelum pembelajaran topik baru dimulakan, penguasaan kepada topik sebelumnya adalah amat penting. Pembelajaran matematik akan bertambah susah kepada murid-murid apabila umur mereka meningkat sehingga kehilangan minat terhadap mata pelajaran itu, akibat kurang faham pada peringkat awal. Kelemahan murid-murid dalam matematik merupakan isu utama dalam pendidikan negara pada masa kini. Di kalangan pelajar, ramai yang merasakan matematik sebagai sesuatu koleksi hukum-hukum abstrak yang sukar difahami, menjemukan dan jarang memberi makna secara langsung kepada mereka. Sukatan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) menjelaskan bahawa pengajaran dan pembelajaran matematik hendaklah merupakan suatu pengalaman yang seronok dan mencabar bagi semua pelajar. Malangnya guru-guru tidak mengikut kehendak sukatan, tetapi mengajar mengikut pengalaman biasa mereka iaitu pengajaran ialah satu proses memindahkan atau menyalurkan pengetahuan kepada pelajar. Pengajaran dan pembelajaran merupakan suatu pengalaman, jarang diberi penekanan oleh guru. Namun demikian, tidak sepatutnya juga guru dipersalahkan seratus peratus dalam hal ini. Ini kerana guru juga perlu memastikan anak muridnya akan cemerlang dalam peperiksaan terutama dalam peperiksaan umum. Dimana guru perlu segera menghabiskan sukatan pelajaran dan perlu membimbing murid cara-cara untuk lulus dengan mudah dalam peperiksaan. Dengan secara tidak langsung penekanan oleh guru terhadap penguasaan pemikiran matematik dan kefahaman konsep agak kurang. Walau apa pun alasan yang diberikan, berdasarkan penulisan G.Polya dalam

bukunya How to solve It, 1994 mengatakan bahawa jika seorang guru itu meneruskan usaha memperuntukkan masa untuk memberi penekanan dalam latih tubi dan hafalan (rutin biasa), ini bermakna guru itu telah membunuh minat muridnya, menyekat perkembangan intelek mereka dan mereka akan kehilangan peluang. Tetapi jika mereka sedar akan kesilapan dan melakukan perubahan seperti memberi mereka peluang untuk menyelesaikan masalah dengan menggunakan pengetahuan yang mereka ada, dan membantu mereka untuk menyelesaikan masalah, biar mereka merasai dan beri mereka peluang untuk berfikir sendiri.

Objektif Projek

Objektif projek yang akan dijalankan ialah: a. Untuk mengkaji sejauh mana murid dapat mengaplikasikan pengetahuan operasi asas yang melibatkan wang. b. Membina pemikiran algebra di kalangan pelbagai deria. c. Menambahbaik kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam tajuk perimeter dan luas. murid melalui aktiviti yang melibatkan

Persoalan Kajian:

Secara khususnya, projek ini akan menjawab persoalan yang berikut: a. Bagaimanakah pemahaman murid di dalam operasi asas yang melibatkan wang dan luas? b. Bagaimanakah pemikiran algebra di kalngan murid dapat diwujudkan melalui aktiviti yang dijalankan? c. Sejauhmanakah kepelbagaian pendekatan pengajaran mempengaruhi pembelajaran murid?

Kajian Literatur

Konsep pembelajaran matematik kini dikonsepkan sebagai sesuatu proses dimana kanak-kanak membina dan membentuk ilmu di dalam bidang matematik dengan memperkaitkan ilmu atau konsep yang sedia ada pada mereka. Ini dapat disokong dengan pandangan yang dikeluarkan oleh NCTM, 1989 yang mengatakan bahawa antara perkara yang perlu diambil kira dalam menggunakan konsep konstruktif dalam pengajaran kanakkanak ialah konteks pembelajaran, peringkat perkembangan kognitif dan interaksi sosial yang berlaku semasa pembelajaran. Perkembangan pemikiran kanak-kanak adalah

berperingkat-peringkat dan sentiasa disokong oleh pengetahuan sedia ada mereka. Menurut Baroody, 1987, perkembangan kanak-kanak dalam bidang awal matematik atau dalam mengenali angka nombor dan membilang bukan berdasarkan konsep semua atau tiada langsung (all-or-nothing) tetapi lebih berdasarkan kepada konsep

perkembangan beransur-ansur yang melibatkan sesuatu penemuan dan pembinaan makna yang lebih mendalam, tentang angka dan konsep-konsep pengiraan. Ini bermakna setiap peringkat umur, kanak-kanak akan mempelajari ilmu yang berkaitan dengan matematik yang kadangkalanya tanpa disedari oleh orang yang berada di sekitarnya. Pengetahuan yang diperolehi melalui persekitaran dan juga pengalaman harian ini dikenali sebagai pemikiran informal. Kanak-kanak secara amnya belajar konsep-konsep informal daripada ahli keluarga, rakan, TV dan permainan mereka. Pengetahuan informal yang mereka perolehi ini akan mempengaruhi bagaimana mereka belajar dan memahami matematik formal yang mereka akan pelajari di peringkat sekolah secara formal. Pernyataan ini juga selaras dengan kajian yang telah dijalankan oleh Ginsburg (1977), dimana dalam kajiannya beliau mencadangkan bahawa pemikiran informal tentang matematik telah wujud dalam kanak-kanak sejak sangat awal lagi. Manakala menurut Russell & Ginsburg, 1984 pula, sebenarnya kebanyakan kanak-kanak, termasuk mereka yang berasal daripada keluarga yang miskin, datang ke pra-sekolah dengan serba sedikit pengetahuan informal. Menurut Baroody, 1987 lagi, tidak kira bagaimana kemahiran, simbol atau konsep matematik diajar di sekolah seseorang kanak-kanak akan mentafsirkan dan cuba menggunakan kemahiran yang formal ini berdasarkan pengetahuan matematik informal yang sedia ada pada mereka. Menurut James Dunlap,2001, berfikir secara matematik merupakan satu pendekatan kognitif kepada permasalahan yang melibatkan pemikiran logik dan secara matematik. Definisi ini membolehkan kita menggunakannya secara kondusif dalam menyelesaikan

masalah matematik yang mana menggunakan pendekatan yang tidak memaksa pelajar untuk menggunakan satu kaedah atau strategi sahaja semasa menyelesaikan masalah atau mereka mesti menggunakan kaedah penyelesaian yang ringkas dan cepat. Guru harus sedar bahawa tugas guru bukan hanya sebagai penyampai ilmu, namun lebih daripada itu. Guru bertanggungjawab dalam memastikan bahawa ilmu yang disampaikan benar-benar dapat diterima, difahami dan seterusnya dapat diaplikasikan. Oleh yang demikian guru perlu berfikiran terbuka dan mencari jalan bagaimana untuk melahirkan pelajar yang berfikiran matematik. Sebenarnya telah jelas bahawa pelbagai cara boleh digunakan oleh guru untuk menjadi penyampai dan fasilitator yang berkesan. Antaranya Resnick (1988) menyatakan bahawa terdapat pelbagai cara untuk menyusun kelas yang digunakan untuk proses pembelajaran. dimana Contohnya, Lampert boleh (1986) menjalankan cadangan

perbincangan

dalam

kelas

murid-muridnya

memberikan

penyelesaian kepada masalah matematik. Manakala Schoenfeld (1987) kadangkala pelajar boleh diberi peluang untuk belajar dalam kumpulan kecil jika perlu. Menurut Lesh (1985) pelajar boleh bekerja dalam kumpulan yang kecil walaupun tanpa kehadiran guru. Manakala bagi Countryman (1992) beliau menggalakkan pelajar untuk menulis jurnal dalam melahirkan pelajar-pelajar yang berfikiran matematik. Sehubungan dengan itu juga, Chazan dan Ball (1995) menegaskan beberapa perkara penting yang perlu bagi seorang guru dalam menyemai pemikiran matematik di kalangan pelajar. Seorang guru tidak seharusnya memberikan sesuatu ilmu itu kepada pelajar atau mereka tidak sepatutnya menjadi sumber ilmu kepada pelajar. Guru perlu menjauhi daripada persepsi ini, jika kepercayaan itu hilang maka pelajar boleh mula untuk membina kefahaman mereka sendiri dan guru hanya perlu bertindak sebagai fasilitator atau pemudah cara sahaja. Guru perlu menggalakkan perbualan melalui pelbagai aktiviti yang boleh menggalakkan percambahan idea pelajar. Algebra boleh didefinisikan sebagai bahasa

untuk berkomunikasi dan meneroka perhubungan dalam matematik dan satu kaedah untuk membuat pembuktian terhadap sesuatu hubungan (Anghileri, 1995, page 124). Manakala menurut David R.Wetzel (2008) pula, Algebra digunakan setiap hari untuk menyelesaikan masalah matematik termasuklah masalah matematik yang mengandungi pembolehubah dan nombor rasional. Kanak-kanak perlu mempelajari aplikasi secara praktikal berkaitan algebra bagi mengelakkan tercetusnya isu kenapa mereka perlu mempelajari algebra pada usia muda. Aplikasi algebra akan membolehkan pelajar lebih memahami kepentingannya. Mason (1990) menyenaraikan empat tahap dalam perkembangan algebra. Antaranya ialah: Tahap I Beritahu apa yang kamu lihat (Say What You See). Tahap II Pelbagai jenis persamaan dan tanda kurung (Multiple Expressions and Brackets). Tahap III dan IV generalissi arithmetik (Generalised Arithmetic). Generalisasi arithmetik melibatkan

kesedaran kepada hasil yang eksplisit semasa memanipulasi nombor, menyelesaikan operasi yang melibatkan tanda kurung, dan seterusnya. Kebanyakan masalah matematik yang melibatkan wang, masa, jarak, perimeter pagar, isipadu sesuatu, membandingkan harga, sewa sesuatu dan situasi-situasi yang berkaitan melibatkan algebra. Oleh itu adalah wajar jika akonsep algebra ini diperkenalkan lebih awal kepada pelajar-pelajar di sekolah rendah iaitu seawall tahun satu. Selain daripada itu juga, pembelajaran berkaitan algebra akan meningkatkan keupayaan kanak-kanak untuk membuat penaakulan.

Walaubagaimanapun, keupayaan ini selalunya tidak tidak digunakan dengan sebaik mungkin. Selalunya pelajar berhadapan dengan kesukaran untuk mempelajari algebra, ini disebabkan mereka tidak mampu untuk mengaitkan pengetahuan sedia ada mereka mengenai arithmetik dalam mempelajari algebra (Herscovics & Linchevski, 1994). Menterjemahkan sesuatu perwakilan dalam algebra merupakan satu kesukaran yang dihadapi oleh kebanyakan pelajar (Heffernan & Koedinger,1997), dan masalah ini akan berpanjangan sehingga ke peringkat lebih tinggi. Oleh yang demikian, adalah perlu jika konsep algebra itu diperkenalkan lebih awal di peringkat persekolahan supaya pelajar tidak menghadapi masalah yang lebih besar bila berada di peringkat yang lebih tinggi.

Kerangka Konseptual

Pemahaman Murid Dalam Operasi Asas Yang Melibatkan Wang

Murid dapat mengaplikasikan konsep dengan betul dalam setiap aktiviti.

Pendekatan Pengajaran

Metodologi Projek

Bahagian ini akan membincangkan metodologi projek yang akan digunakan semasa projek dijalankan. Perbincangan ini akan merangkumi reka bentuk projek, populasi serta sampel projek, instrumen projek, dan prosedur pengumpulan data dan maklumat. Reka bentuk projek adalah kuantitatif. Data projek diperolehi melalui aktiviti-aktiviti pengajaran yang dijalankan. Di dalam projek ini, sampel terdiri daripada 35 orang murid dari tahun 2 di sebuah sekolah di daerah Kinta (u). Guru telah mengagihkan sampel ini kepada 7

kumpulan. Guru memilih kumpulan murid tersebut kerana mereka merupakan kumpulan murid yang diajar oleh guru sendiri. Perkara ini akan memudahkan lagi guru untuk mengumpul data kerana guru akan sentiasa berada bersama mereka sepanjang projek ini dijalankan. Guru telah memilih tajuk wang bagi murid tahun 3. Di dalam projek ini murid akan diberi 5 peringkat tugasan. Pada peringkat pertama, murid dikehendaki mendapatkan

risalah barangan yang dikeluarkan oleh pasaraya-pasaraya berhampiran. Seterusnya, pada peringkat kedua, murid akan memotong gambar-gambar barangan tersebut dan menampalkan mengikut kreativiti kumpulan masing-masing. Di dalam peringkat ketiga murid diminta menulis dalam perkataan nilai barangan yang dipilih. Pada peringkat keempat, murid akan diberi cabaran untuk membuat belanjawan berhemah. Murid akan dibekalkan dengan RM150 dan dikehendaki membantu ibu membeli 10 jenis (tiada had bilangan) barangan dapur yang biasa ibu belikan untuk kegunaan sekeluarga. Murid perlu menyenaraikan barangan tersebut dan membuat perbandingan harga sekurang-kurangnya dua pasaraya untuk mendapatkan kesemua barangan dengan harga yang lebih rendah. Pada peringkat kelima, murid dikehendaki menjawab soal selidik berkenaan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang telah digunakan oleh guru. Melalui peringkat-peringkat yang telah dijalani oleh murid, guru akan membuat kesimpulan tentang sejauhmanakah murid dapat menyampaikan pemahaman mereka di dalam topik wang serta menggunakan kreativiti dan pemikiran kritikal mereka sendiri. Berfikir secara matematik dapat membantu murid belajar matematik dengan penuh yakin dan boleh mengaplikasikan pengetahuan mereka dalam semua situasi yang berkaitan dengan kehidupan harian mereka. Menurut James Dunlap ( 2001 ), berfikir secara matematik merupakan satu pendekatan kognitif kepada permasalahan yang melibatkan

pemikiran logik dan secara matematik. Definisi ini membolehkan kita menggunakannya secara kondusif dalam menyelesaikan masalah matematik yang mana menggunakan pendekatan yang tidak memaksa murid untuk menggunakan satu kaedah atau strategi sahaja semasa menyelesaikan masalah atau mereka mesti menggunakan kaedah penyelesaian yang ringkas dan cepat.

Dapatan Projek

Di dalam projek yang telah dijalankan ke atas 7 kumpulan sampel, didapati bahawa hasil dapatan daripada setiap sampel murid ini, mereka mempunyai idea yang sama dan berbeza-beza terhadap tugasan yang diberikan. Dapatan projek adalah seperti berikut: 1) Sampel Pertama Murid dapat mencari maklumat dan membandingkan harga barangan daripada dua buah pasaraya yang berhampiran. Ini telah menggambarkan bahawa murid telah

memahami tugasan yang guru berikan. Murid telah menyenaraikan 10 jenis barangan seperti yang dikehendaki oleh ibu. Ini telah menjawab persoalan projek yang pertama iaitu bagaimanakah pemahaman murid di dalam operasi asas yang melibatkan wang . Murid dapat menunjukkan dengan jelas proses-proses penambahan dan pendaraban. menjawab persoalan kedua, iaitu bagaimanakah pemikiran algebra di kalangan beberapa harga barang untuk menjadi RM150. Bagi murid

dapat diwujudkan melalui aktiviti yang dijalankan, didapati murid berjaya menjumlahkan

2)

Sampel Kedua Murid dapat mencari maklumat dan membandingkan harga barangan daripada dua

buah pasaraya yang berhampiran.

Ini telah menggambarkan bahawa murid telah

memahami tugasan yang guru berikan. Murid telah menyenaraikan 10 jenis barangan seperti yang dikehendaki oleh ibu. Ini telah menjawab persoalan projek yang pertama iaitu bagaimanakah pemahaman murid di dalam operasi asas yang melibatkan wang . Walaupun barangan yang disenaraikan tidak lengkap kerana murid tidak membeli beras sebagai makanan utama tetapi murid dapat menunjukkan dengan jelas proses-proses penambahan, penolakan dan pendaraban. Bagi menjawab persoalan kedua, iaitu bagaimanakah pemikiran algebra di kalangan murid dapat diwujudkan melalui aktiviti yang dijalankan, didapati murid berjaya menjumlahkan beberapa harga barang untuk menjadi

RM150.

3)

Sampel Ketiga Murid dapat mencari maklumat dan membandingkan harga barangan daripada tiga

buah pasaraya yang berhampiran.

Ini telah menggambarkan bahawa murid telah

memahami tugasan yang guru berikan. Murid telah menyenaraikan 10 jenis barangan seperti yang dikehendaki oleh ibu. Persoalan projek yang pertama iaitu bagaimanakah pemahaman murid di dalam operasi asas yang melibatkan wang telah dijawab. Murid dapat menunjukkan dengan jelas proses-proses penambahan dan penolakan. Murid juga dapat menunjukkan proses pendaraban dan pembahagian dengan jelas dan teratur. Bagi menjawab persoalan kedua, iaitu bagaimanakah pemikiran algebra di kalangan beberapa harga barang untuk menjadi RM150. murid dapat diwujudkan melalui aktiviti yang dijalankan, didapati murid berjaya menjumlahkan

4)

Sampel Keempat dan Kelima Sampel keempat dan kelima telah mencari maklumat secara bersama dan telah

membuat perbandingan diantara tiga buah pasaraya dan sebuah kedai runcit berhampiran. Kumpulan ini telah membuat pembahagian tugasan untuk memudahkan mereka membuat perbandingan. Ini telah menggambarkan bahawa murid telah memahami tugasan yang guru berikan. Kedua-dua kumpulan dikehendaki oleh ibu. telah menyenaraikan 10 jenis barangan seperti yang

Ini telah menjawab persoalan projek yang pertama iaitu

bagaimanakah pemahaman murid di dalam operasi asas yang melibatkan wang . Murid dapat menunjukkan dengan jelas proses-proses penambahan, penolakan, pendaraban dan pembahagian secara teratur. Bagi menjawab persoalan kedua, iaitu bagaimanakah pemikiran algebra di kalangan murid dapat diwujudkan melalui aktiviti yang dijalankan, didapati murid berjaya menjumlahkan beberapa harga barang untuk menjadi RM150.

5)

Sampel Keenam Murid dapat mencari maklumat dan membandingkan harga barangan daripada dua

buah pasaraya yang berhampiran.

Ini telah menggambarkan bahawa murid telah

memahami tugasan yang guru berikan. Murid telah menyenaraikan 10 jenis barangan seperti yang dikehendaki oleh ibu. Ini telah menjawab persoalan projek yang pertama iaitu bagaimanakah pemahaman murid di dalam operasi asas yang melibatkan wang . Murid dapat menunjukkan dengan jelas proses-proses asas dalam matematik yang melibatkan

wang. Bagi menjawab persoalan kedua, iaitu bagaimanakah pemikiran algebra di kalangan murid dapat diwujudkan melalui aktiviti yang dijalankan, didapati murid tidak berjaya menjumlahkan beberapa harga barang untuk menjadi RM150. Setelah ditambahkan harga setiap barang didapati ia telah melebihi RM150.

6)

Sampel Ketujuh Murid dapat mencari maklumat dan membandingkan harga barangan daripada dua

buah pasaraya yang berhampiran.

Ini telah menggambarkan bahawa murid telah

memahami tugasan yang guru berikan. Murid telah menyenaraikan 10 jenis barangan seperti yang dikehendaki oleh ibu. Ini telah menjawab persoalan projek yang pertama iaitu bagaimanakah pemahaman murid di dalam operasi asas yang melibatkan wang . Murid dapat menunjukkan dengan jelas proses-proses asas dalam matematik yang melibatkan wang. Bagi menjawab persoalan kedua, iaitu bagaimanakah pemikiran algebra di kalangan murid dapat diwujudkan melalui aktiviti yang dijalankan, didapati murid tidak berjaya menjumlahkan beberapa harga barang untuk menjadi RM150. Setelah ditambahkan harga setiap barang didapati ia tidak mencukupi RM150.

Bagi menjawab persoalan ketiga iaitu, sejauhmanakah kepelbagaian pendekatan pengajaran mempengaruhi pembelajaran murid , berdasarkan maklumat daripada soal selidik yang diperolehi, guru mendapati kaedah pengajaran yang berkesan merupakan Jika pelajar merasakan kaedah pengajaran yang

tonggak kejayaan seseorang pelajar.

diterima adalah berkesan maka ini akan secara tidak langsung mempengaruhi pencapaian akademik pelajar. Penggunaan kaedah dan strategi yang pelbagai akan menjadikan sesuatu pengajaran itu menarik dan akan memberi ruang untuk membolehkan pelajar terlibat secara aktif dan bergiat sepanjang sesi pengajaran tanpa merasa jemu dan bosan. Di dalam proses pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak, terdapat beberapa kaedah dan teknik yang berkesan boleh digunakan oleh guru. Oleh yang demikian pemilihan terhadap kaedah dan teknik perlulah dilakukan secara teliti supaya kanak-kanak dapat mengembangkan potensi yang ada pada diri mereka.

Perbincangan dan Kesimpulan

Dari hasil projek yang telah dijalankan guru mendapati pemahaman konsep matematik lebih mudah diterapkan kepada murid jika mereka sendiri yang melakukan aktiviti

untuk membina kefahaman mereka sendiri.

Menurut

Mohamad Daud Hamzah (1990),

setiap murid mempunyai skema pengetahuan mereka sendiri. Mereka menghimpunkan pelbagai maklumat dalam ingatan mereka. Apabila mereka mentaakul sesuatu kejadian, mereka akan mengaktifkan sesuatu konsep. Konsep yang diaktifkan ini akan mengaktifkan konsep lain yang berkaitan melalui proses rebakan gegaran. Mengikut Jean Piaget, kanakkanak yang berumur antara 7 hingga 10 tahun, perkembangan kognitif mereka masih pada peringkat operasi konkrit dan semi konkrit. Untuk menerapkan konsep matematik dengan berkesan aktiviti yang melibatkan penggunaan deria motor seperti melukis gambarajah sangat sesuai dalam membantu mereka memahami sesuatu konsep matematik tersebut dengan jelas. Topik wang dimasukkan ke dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) kerana pakar pendidikan merasakan ilmu ini perlu di ajar di peringkat kanak kanak lagi supaya pada peringkat ini mereka akan mendapat pendedahan awal. Melalui projek ini guru dapat melihat bagaimana murid-murid ini memberi reaksi yang sebenar apabila mereka diberi peluang untuk menjalankan aktiviti mencari maklumat, membanding, membuat operasi asas dan melahirkan idea yang kreatif, bernas dan logik.

Cadangan Jadi untuk menggalakkan sikap positif terhadap matematik dan menggalakkan perkembangan pemikiran matematik di kalangan kanak-kanak, guru perlulah mengetahui peringkat perkembangan murid. Kanak-kanak akan belajar dengan seronok jika mereka boleh melihat dengan jelas dan memahami apa yang disampaikan oleh guru terutama sekali apabila melibatkan pengalaman sebenar mereka. Bagaimana untuk menerapkan pemikiran matematik dalam proses pengajaran? Berikut merupakan beberapa cadangan lain yang mungkin dapat membantu guru: a) Menggalakkan pelajar mempelajari matematik daripada konteks yang spesifik, menggunakan grafik-grafik berkaitan, menggunakan simbol-simbol matematik untuk menerangkan sesuatu dalam usaha menerapkan pemikiran matematik mereka. b) Menggalakkan murid untuk menggunakan grafik bagi pemikiran visual dan matematik. c) d) Menggalakkan murid meningkatkan kesedaran kepentingan pemikiran matematik. Galakkan pelajar supaya sentiasa berusaha untuk membuat pembuktian secara logik

Rujukan

Anghileri J. (1995) Children's Mathematical Thinking in the Primary Years London: Cassell

Baroody, A. J. (1987). Childrens mathematical thinking: A developmental framework for preschool, primary, and special education teachers. New York: Teachers College.

Blount, James. Dunlap Station besieged by Indians. Journal-News Journal-News and the Golden Triangle Association, February 14, 2001 Countryman, J. (1992). Writing to Learn Mathematics. Portsmouth, NH: Heinemann. David R. Wetzel(2008). Children's Science Misconceptions About Weather. Retrieve on 27 February from http://homeschooling.suite101.com/article.cfm/childrens_science_misconceptions Ginsburg, H. P. (1989). Childrens arithmetic: How they learn it and how you teach it (2nd ed). Austin, TX: Pro-Ed.

Haliza Hamzah, Joy N.Samuel (2009), Perkembangan Kanak-kanak. Penerbit Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.

Heffernan, N. T., & Koedinger, K. R.(1997) The composition effect in symbolizing: the role of symbol production versus text comprehension. In Proceeding of the Nineteenth Annual Conference of the Cognitive Science Society (pp. 307-312). Hillsdale, NJ: Lawrence Erlbaum Associates.

Herscovics, N., & Linchevski, L. (1994). A cognitive gap between arithmetic and algebra. Educational Studies in Mathematics, 27, 59-78.

L.B. Resnick, "Shared Cognition: Thinking as Social Practice," in L.B. Resnick, J.M. Levine

and S.D. Teasley (eds.), Perspectives on Socially Shared Cognition, American Psychological Association, Washington, D.C., 1988, pp. 1-20. Lampert, M. (1986). Teachers' strategies for understanding and managing classroom dilemmas. In M. Ben Peretz, R. Bromme, and R. Halkes (Eds.), Advances of Research on Teacher Thinking (pp. 70-83). Lisse: Svets and Zeitlinger. Lesh, R. (1985). Processes, skills, and abilities needed to use mathematics in everyday situations. Education and Urban Society, 7, 439-446.

Mohd Majid Konting (2002). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mok Soon Sang (2010), Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku. Multimedia Sdn.Bhd. Ipoh.

Penerbitan

National Council of Teachers of Mathematics (1989). Curriculum and Evaluation Standards For School Mathematics. Reston, Va.: National Council of Teachers of Mathematics.

Noor Shah Saad (2002). Teori & Pengkaedahan Pendidikan Matematik Siri 1. Selangor: Pearson Education.

Polya, George (1994). How to Solve It. Garden City, NY: Doubleday Russell, R., & Ginsburg, H.P. (1984). Cognitive analysis of childrens mathematical difficulties. Cognition and Instruction, 1, 217247. Schoenfeld, A. (1987). Cognitive Science and Mathematics Education. Hillsdale, NJ: Erlbaum Assoc.

Mok Soon Sang (2004). A Primary Education Course in MATHEMATICS for Post Graduate Diploma (K.P.L.I). Teacher Education Series. Gary L.Musser, William F.Burger dan Blake E.Peterson (2001). Mathematics for Elementary

Teachers, A Contemporary Approach. Fifth edition. Gary L.Musser, William F.Burger (1988,1992). Mathematics for Elementary Teachers, A Contemporary Approach. Third Edition. New York. Noor Shah Saad(2001). Teori Perkaedahan Pendidikan Matematik.Prentice Hall, Petaling Jaya Selangor. Wan Yusof,Lee Gik Lean, Rabiyah ( 2006).Mathematics Textbook Year 4.Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Mohamad Khairuddi, Marzita Puteh, Santhi Periasamy (2006 ). Mathematics Textbook Year 5. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur Santhi Periasamy, Marzita Puteh,Mohd Khairuddi Yahya,Lai Kim Leong, Rozali Mohd Ali(2007). Mathematics Year 6 Teachers Guidebook. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Mok Soon Sang(1996) , Pengajian Matematik Untuk Diploma Perguruan. Kumpulan Budiman Sdn Bhd, Kuala Lumpur. Prof . Dr.Ansary Ahmad & Prof. Madya T.K Mukherjee ( 2004). Methodology In Teaching Mathematics. Open Universiti Malaysia.

You might also like