Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 10

FAKULTI SAINS SOSIAL GUNAAN

ABSD2103 SIASAH SYARIYYAH SEMESTER : MEI 2013

NO. MATRIKULASI : 910126126737 001 NO. KAD PENGNELAN : 910126126737 NO. TELEFON : 0198093070 E-MEL : hesham.side@yahoo.com PUSAT PEMBELAJARAN : KOTA KINABALU SABAH

ISI KANDUNGAN

MUKA SURAT

Penghargaan

Pengenalan

Penerangan tentang pengertian siasah syariyyah.

3-5

Matlamat siasah syariyyah.

5-6

Ciri-ciri asas siasah syariyyah.

6-7

Satu kaedah pemakaian siasah syariyyah dalam pentadbiran sesebuah negara Islam 8-9

Kesimpulan

Rujukan

10

Penghargaan Syukur dipanjatkan kehadrat Ilahi kerana dengan rahmat dan inayah-Nya dapatlah saya melaksanakan tugasan yang diberikan mengikut tarikh yang telah ditetapkan. Berbanyak-banyak terima kasih saya tujukan kepada ibubapa saya yang banyak berkorban untuk saya selama ini. Pensyarah kursus Siasah Shariyyah yang telah banyak memberi tunjuk ajar untuk saya melaksanakan tugasan ini. Tidak lupa juga kepada rakanrakan yang banyak berkongsi idea yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung di dalam kajian ini. Saya juga mengucapkan terima kasih kepada individu-individu yang telah terlibat secara langsung mahupun tidak langsung di dalam menyediakan tugasan ini. Sekian terima kasih.

Pengenalan Pada tugasan kali ini saya akan membincangkan berkaitan pengertian Siasah shariyyah pada menurut perspektif ulamak dan juga huraian matlamat serta ciri-ciri asas kaedah pemakaian Siasah Shariyyah dalam sesebuah negara.Adalah menjadi tanggungjawab seorang ketua negara dan barisankepimpinannya memastikan bahawa setiap perinsip,kaedah,pemikiran dan nilai-nilai tradesi daripada sistem politik dan kuasa pemerintahan yang diterima pakai oleh negara tersebut bertepatan dengan Islam yang mendatangkan manfaat dan kebaikan kepada rakyat. Penerangan tentang pengertian siasah syariyyah. Siasah Syariyyah merupakan perkataan Arab yang terdiri daripada dua perkataan iaitu Siasah dan Syariyyah yang mana perkataan kedua merupakan sifat kepada yang pertama. Dari segi bahasa, Siasah merupakan kata asal (masdar) bagi perbuatan "saasa" yang membawa maksud : mengepalai atau mengetuai sesebuah masyarakat. Manakala Syariyyah merupakan perkataan yang dikembalikan (dinisbahkan) kepada Syara yang bermakna jalan dari segi bahasa. Akan tetapi perkataan ini lebih tertumpu kepada segala apa yang disyariatkan oleh Allah Taala melalui Rasul-rasulnya seperti aqidah, akhlak dan hukumhakam dalam kehidupan. Seperti yang dikatakan di permulaan tadi , istilah Siyasah Syariyyah merupakan antara istilah yang baru di kalangan ulama. Oleh yang demikian, terdapat pelbagai takrif tentang perkataan ini namun semuanya itu menuju kearah maksud yang sama iaitu suatu
3

perbincangan ilmu atau sistem yang menekankan soal pentadbiran serta pengurusan sesebuah negara berlandaskan atau mengikut segala apa yang telah disyariatkan oleh Allah Ta'ala dan rasulNya. Antara kata-kata ulama dalam menjelaskan maksud Siyasah Syariyyah sepertimana yang ditulis oleh Imam Ibn Qayyim Al-Jauziyyah dalam bukunya yang berjudul "At-Turuk AlHukmiyyah fi As-Siasah Asy-Syariyyah" termasuklah kata-kata Imam Asy-Syafie yang menyebut bahawa : "Tiada politik (siasah) melainkan yang berlandaskan Syara". Selain itu,berkata juga Ibn-Uqoil (salah seorang ulama dalam mazhab Hanbali) : "Politik dalam Islam tertumpu kepada semua perbuatan yang mana ianya menyebabkan manusia lebih dekat kepada kebaikan atau maslahah dan menjauhkan mereka daripada kebinasaan, walaupun ianya tidak diletakkan oleh Nabi atau tidak diturunkan padanya wahyu (tidak termaktub di dalam nas)". Melalui cebisan kata-kata ulama tadi, dapat disimpulkan bahawa kewujudan Sistem Politik Islam bermatlamatkan kepada menegakkan keadilan di muka bumi dengan asas "kemaslahatan" atau "menjauhkan keburukan dan mendatangkan kebaikan". Perbincangan ini jugalah yang disebut oleh Imam Ibn-Qayyim Al-Jauziyyah tentang pembahagian secara umum dalam Siasah iaitu dengan mengatakan bahawa Siasah (politik) terbahagi kepada dua; pertama: Siasah yang berasaskan keadilan yang merupakan sebahagian daripada Syariat Islam dan yang kedua merupakan Siasah yang berasaskan kezaliman yang perlu dijauhkan serta diharamkan oleh syara keatasnya. Demikian tadi beberapa isi penting dalam pengertian Siasah Syariyyah. Walaupun ianya merupakan suatu istilah yang baru, namun kewujudan isi kandungannya telah lama bertapak di muka bumi semenjak lahirnya Islam. Hal ini dapat dilihat melalui pengutusan Nabi Muhammad sebagai Rasul yang terakhir di kalangan utusan-utusan Allah yang mana diperintahkan sebagai nabi, ketua negara dan pemimpin umat dengan tertegaknya negara Islam yang pertama di Madinah. Kemunculan negara Islam pertama ini menunjukkan secara logiknya perlu kepada satu sistem yang unik berlandaskan Syariat dalam pentadbiran negara Islam. Maka dengan bukti sejarah tamadun Islam ini menunjukkan Islam tidak pernah melupakan sebarang aspek kehidupan bahkan ianya menyeluruh (syumul) dan saling melengkapi antara satu dengan yang lain (mutakamil).

Namun demikian , musuh-musuh Islam masih mencari jalan untuk membuat tohmahan ke atas Islam dengan mengatakan ketidaksuaian perlaksanaan sistem politik Islam kerana ianya hanya terhad kepada zaman nabi sahaja. Atau ianya ketinggalan zaman hingga menyebabkan jatuhnya Kerajaan Khilafah Uthmaniyyah. Akan tetapi kita sebagai umat Islam yang yakin dengan Islam perlu bersedia dengan mempunyai jawapan-jawapan yang bernas untuk bersedia membidas sebarang tohmahan dan dakwaan yang boleh menjatuhkan Islam. Antara jawapan tersebut ialah tiada perlaksanaan Islam bukan bererti ketidaksuaian Islam sebagai sistem politik, akan tetapi kecuaian umat Islam itu sendiri yang tidak mahu menghayati keindahan Islam dan tewas dengan dakwaan-dakwaan musuh terhadap agamanya sendiri. Selain itu, urusan-urusan pentadbiran atau amanah secara amnya diletakkan kepada bukan ahlinya yang menyebabkan ianya terbengkalai dan tidak dilaksanakan.Wallahualam.

Matlamat siasah syariyyah. Antara matlamat Siasah Shariyyah ialah: Pertama: Membentuk kepimpinan yang berkualiti dan berwibawa serta melahirkan rakyat yang baik. Menerusi Siasah Shariyyah, negara akan dapat dibangunkan sesuai dengan landasan Shara. Ini terjadi apabila Siyasah Shariyyah dapat menutup ruang kepada para pemerintah atau pemimpin menjalankan kegiatan yang bercanggah dengan prinsip Islam. Apabila pemerintah atau pemimpin yang berkualiti dan berwibawa dapat dibentuk dari segi iman, taqwa, amanah, tanggungjawab, akhlak dan adab, maka akan dapat membentuk kehidupan masyarakat yang baik dan harmoni. Apabila rakyat memiliki nilai yang baik, maka Allah Subhanahu wa Taala akan melimpahkan rahmat-Nya sebagaimana firman-Nya di dalam al-Quran: Tafsirnya: Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membukakan kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya dari langit dan bumi. (Surah al-Araf, 7: 96).

Matlamat yang kedua adalah menjamin kedaulatan Siasah Shariyyah. Dengan berpandukan Siasah Shariyyah mengurus dan mentadbir negara akan menjamin kedudukan Islam sebagai dasar tertinggi dan menonjolkan kemampuan Islam mentadbir negara dengan baik dan berjaya.

Hari ini kita dapati manusia di beberapa buah negara yang gagal menjalankan fungsinya sebagai Khalifah Allah di muka bumi; mereka mengejar keduniaan dan hiburan dengan keterlaluan, tidak kurang pula ada yang mengejar kekayaan tanpa batasan. Ini berpunca daripada sistem kenegaraan yang membelakangi sistem kenegaraan Islam dengan mengikut undang-undang buatan manusia hingga merosakkan manusia itu sendiri. Matlamat siasah shariyyah yang ketiga pula ialah Menghapuskan unsur mungkar dan kerosakan. Unsur mungkar dan fasad merupakan penyakit berbahaya yang menggangu gugat kestabilan negara, seperti perbuatan syirik, murtad, zina, arak, judi, ajaran sesat dan sebagainya. Oleh sebab itu, pemerintah dan pemimpin perlu melaksanakan tanggungjawab Amar Maruf dan Nahi Munkar hingga rakyat berada dalam keadaan selamat.

Matlamat yang keempat pula ialah menjamin kebajikan rakyat. Aspek kebajikan rakyat merupakan perkara pokok atau tunjang dalam urusan Siasah Shariyyah. Kerajaan wajib melaksanakan peranan dan tanggungjawab itu dengan sempurna kerana ia adalah sebahagian daripada perjanjian kepimpinan dengan rakyat. ciri-ciri asas siasah syariyyah. Terdapat beberapa pandangan yang sering diketengahkan dalam menyenaraikan Maqasid Siasah Syariyyah atau matlamat kepimpinan politik dan pentadbiran negara mengikut acuan syariat Islam ini. Antaranya ialah sebagaimana yang digariskan oleh Abd al-Wahhab Khallaf iaitu: i. Memandu pentadbiran negara supaya selaras dengan kehendak Islam. ii. Menjamin seluruh kepentingan dan kemaslahatan rakyat di sepanjang masa dan tempat. iii. Menjadikan Islam sebagai sistem yang relevan dalam pentadbiran negara.

Seiring dengan maqasid syariah yang bertujuan untuk membawa kemaslahatan kepada orang ramai dan menolak kemudharatan daripada mereka, maka Maqasid Siasah Syariyyah pula
6

bertujuan untuk memastikan bahawa kemaslahatan itu benar-benar terjamin dan kemudharatan dapat dielakkan melalui kuasa politik dan pentadbiran, kehakiman dan undangundang. Di dalam urusan pentadbiran negara dan ummah, setiap keputusan dan tindakan pemerintah yang berdasarkan Siasah Syariyyah hendaklah sentiasa mengambil kira prinsip yang digariskan oleh kaedah fiqhiyyah yang menegaskan: Maksudnya: Tindak tanduk Imam (pemerintah) terhadap rakyatnya hendaklah didasarkan kepada maslahah Maka menjadi kewajipan kepada pemerintah menjadikan objektif umum syariah ( sebagai asas dalam pentadbiran negara berkebajikan. Pemerintahan yang berlawanan dengan prinsip islam pastilah tidak akan dapat menjaga (

dan memenuhi hajat serta kebajikan manusia untuk kesejahteraan dunia dan akhirat mereka.

Berkata Ibn Al-Qayyim rh: Syariah Islam dibina atas asas hikmah kebijaksanaan, kemaslahatan hamba di dunia dan akhirat. Syariat semuanya adil, maslahah, hikmah. Maka semua perkara yang keluar dari batasan keadilan kepada kezaliman, dari rahmat kepada lawannya, dari maslahah kepada mafsadah, hikmah kepada pekerjaan sia-sia, maka ia bukanlah dari Syariat Islam walaupun dimasukkan ke dalamnya secara takwil.

Syariah Islam dibina dengan asas untuk membawa kebaikan dan menolak keburukan: (Jalb al-masalih wa dar al-mafasid) - ( ).

Di samping penekanan terhadap pemeliharaan agama sebagai asas, Ibn Hazm dalam kitabnya Al-Muhalla juga manegaskan bahawa pihak kerajaan wajib menunaikan tanggungjawabnya terhadap rakyat dengan melakukan beberapa perkara. Antaranya: 1. 2. 3. 4. 5. Memastikan rakyatnya mendapat makanan, pakaian dan minuman yang sempurna. Memastikan rakyat mendapat pendidikan yang sempurna. Menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat bila dituntut. Memelihara keselamatan nyawa, harta dan kehormatan rakyat. Menyediakan kemudahan pengangkutan kepada rakyat

Satu kaedah pemakaian siasah syariyyah dalam pentadbiran sesebuah negara Islam. Sebagai contoh negara Islam Madinah telah merangka asas yang jelas tentang pengurusan masyarakat majmuk, melalui satu dokumen bertulis yang dinamakan Sahifah al-Madinah Fokus Utama yang terdapat dalam sahifah al-Madinah itu ialah kerjasama penduduk untuk menjamin keamanan negara/masyarakat, seterusnya sama-sama membina masa depan dan kebaikan mereka bersama. Melalui perlembagaan Madinah tersebut, Kerajaan Madinah dapat melaksanakan peraturan keselamatan masyarakat dan negara dengan lebih berkesan melalui penguatkuasaan undang-undang Islam sebagaimana yang termaktub di dalam perlembagaan tersebut.

Oleh kerana pengalaman Islam daIam aspek perhubungan agama dan kaum ini terlalu banyak dan luas, kita dapati ia telah menjadi satu bidang perbahasan yang begitu maju di kalangan para fuqaha dan sarjana Islam, termasuk ahli politik Islam. Di antara dokumen penting yang telah direkodkan dalam senarai khazanah peradaban Islam ialah penulisan yang dibuat oleh Ibn Qayyim al-Jawziyah. Beliau menghuraikan perhubungan Negara Islam dengan warga negara bukan Islam dalam bukunya Ahkam Ahl al-Zimmah, menyentuh aspek-aspek:

Namun begitu, Islam dengan sifatnya yang sentiasa berkembang, maka pandangan hukum dan peraturan yang pernah berjalan dalam masyarakat dahulu boleh dinilai dan diperbaharui sebagaimana yang dikemukakan oleh Syaikh Yusuf al-Qaradhawi dalam banyak penulisan beliau. Beliau menjelaskan bahawa hukum yang diputuskan hendaklah dapat memenuhi matlamat Syariah. Sebab itu beliau mengajak supaya ijtihad semasa perlu dilakukan untuk menilai beberapa pendapat silam seperti pendapat yang menghalang wanita bekerja sedangkan keluarganya sangat memerlukan bekalan hidup, pendapat yang menolak penglibatan wanita dalam proses pilihanraya/mengundi, pendapat yang menolak wanita sebagai anggota majlis syura, ahli parlimen, ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, pendapat yang mewajibkan jizyah ke atas penduduk beragama kristian, tidak boleh mulakan salam kepada mereka, jika bertemu di tengah jalan mereka didorong ke tepi jalan, pendapat yang mengharamkan melantik ahli zimmah sebagai menteri tanfiz, pendapat yang mengharamkan ahli zimmah daripada menggangotai parlimen dan beberapa pendapat lain.

Sebagaimana yang dinyatakan sebelum ini, matlamat perpaduan menjadi perkara pokok
8

dalam pengurusan Negara Islam. Tidak ada sebarang keterangan dalam Islam yang mengharuskan perpecahan dan perbalahan kerana perbezaan kaum. Bagi mencapai matlamat perpaduan, maka kerajaan perlu merangka strategi positif dan strategi negatif secara bersepadu, di mana strategi positif bertujuan untuk mengukuhkan perpaduan kaum dan agama seperti mengingkatkan kesedaran tersebut di peringkat sekolah. Manakala strategi negatif ialah untuk mengawal perkara-perkara yang menghalang atau merosakkan perpaduan.

Kesimpulan Hakikatnya, Negara Berkebajikan telah wujud semenjak wujudnya negara Islam Madinah lagi, bahkan ianya telah dipraktikkan sendiri di zaman para Nabi sebelum Rasulullah s.a.w. Konsep mengenai Negara Berkebajikan yang sukar dijelaskan oleh ahli-ahli ekonomi moden hingga kini sebenarnya telah jelas dalam Syariah Islam. Konsep Negara Berkebajikan yang dibincangkan di atas sebenarnya selaras dengan konsep sebuah Negara Islam yang telah dilaksanakan di zaman kegemilangan Islam dahulu. Keadilan dan kesaksamaan yang dipraktikkan oleh Rasulullah s.a.w, Khulafa al-Rasyidin, Khalifah Umar Abdul Aziz dan lainnya menjadi bukti sejarah bahawa Negara Islam adalah merupakan negara yang berlandaskan Negara Berkebajikan. Begitu juga usaha untuk menjamin kehidupan yang baik dan sempurna dalam masyarakat majmuk adalah suatu yang didokong oleh Islam melalui Siyasah Syar`iyyah, kerana tujuan Siyasah itu adalah menjaga seluruh kepentingan masyarakat. Oleh itu pihak kerajaan atau pertubuhan Islam boleh merangka berbagai kaedah dan strategi yang sesuai untuk mewujudkan sebuah masyarakat majmuk yang berkualiti dan harmoni. Berbagai kaedah boleh digunakan untuk merealisasikan misi tersebut, kerana Islam mempunyai banyak pengalaman politik dan kaedah usulnya yang sangat berwibawa. Sebab itu kita yakin resepi Siyasah Syar`iyyah akan lebih berjaya membangunkan tamaddun masyarakat majmuk di Malaysia.

Rujukan 1.Ab. Rahim Zakaria, 2009. Bulan Zakat Kebangsaan 2009. Utusan Malaysia, 5 Ogos Sumber sewaan wajar dizakat, Utusan Malaysia, 25 November 2008 2.Al-Zuhaili, Wahbah. 2002. Fiqh dan perundangan Islam. Jilid 1. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka 3.Ar-Rahbawi, Abdul Kadir. 1996. Salat empat mazhab.Kuala Lumpur . Victory Agency. 4.http://www.tamilislam.com 5.http://www.zakat.com.my 6.Abdul Hamid Mohd Hassan. (1998). Antara zakat dan cukai pendapatan: Satu analisis penyelarasan. Kertas Kerja dibentang dalam Seminar Zakat dan Cukai Pendapatan di Pusat Matrikulasi USM, 5-6 November 1998. 7.Abdul Monir Yaacob.(2001). Garis panduan agama dalam pengagihan dana zakat. Dalam Nik Mustapha Nik Hassan (penyt). Kaedah pengagihan dana zakat; satu perspektif Islam. Kuala Lumpur: IKIM Abdullah Ibrahim. (1999). Agihan zakat menurut prinsip siasah shariyyah. 8.Kertas Kerja dibentangkan dalam Kolokium Keberkesanan Zakat Negeri Selangor. Shah Alam.17 Mei 1999. 9.Abu Ubaid. (1981). Al-Amwal. Cairo. 10.Aidit, Ghazali. (1998). Zakat- satu tinjauan. Petaling Jaya: IBS Buku Sdn

10

You might also like