Laporan Ajk Cenderahati

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

LAPORAN AJK CENDERAHATI Pada hari Selasa yang lalu, iaitu 11 Februari 2014, kami dari Kumpulan PISMP

Bahasa Inggeris 2 Semester 5 telah membuat program Bina Insan Guru fasa 5 di Sekolah Kebangsaan Tengku Mahmud, Besut, Terengganu. Selaku AJK cenderahati yang terdiri daripada tiga orang iaitu Amirah Athirah, Muhmmad Zulkhairi, dan juga saya sendiri, Jackie Lee telah dipertanggungjawabkan untuk menyediakan cenderahati kepada pihak sekolah dan perasmi program kami sebagai tanda penghargaan. Cenderahati yang telah disediakan ialah goodie bag yang mengandungi tuala dan juga plak IPK. Kami telah mendapat bantuan dari AJK peralatan untuk mendapatkan barang tersebut dari stor IPG. Selain itu, kami juga menyediakan gambar kelas yang telah dibingkaikan serta sebuah hamper buah-buahan yang telah dibungkus oleh kami sendiri. Hadiah yang disediakan merupakan satu tanda penghargaan kami terhadap kerjasama yang diberikan oleh pihak Sekolah Kebangsaan Tengku Mahmud. Kami selaku AJK cenderahati tidak menghadapi apa-apa masalah sepanjang proses penyediaan cenderahati tersebut. Kesemua pihak yang terlibat telah memberikan kerjasama yang penuh bagi memastikan atur cara penyerahan cenderahati berjalan dengan lancar. Kami berasa amat bersyukur kerana pada hari program tersebut, segala yang kami rancangkan telah berjalan dengan lancar. Cenderahati yang kami sediakan telah disampaikan semasa majlis penutupan BIG pada hari tersebut. Kami berharap agar pada masa akan datang, kami dapat menyediakan cenderahati yang lebih mantap lagi bagi menimbulkan kepuasan pihak yang menerimanya dan mereka juga dapat merasakan keikhlasan kami untuk bekerjasama dengan mereka. Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh,

18 Febuari 2014

____________________ (Jackie Lee Nyip Loong)

You might also like