Kajian Kuantitatif

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

KAJIAN KUANTITATIF Kajian kuantitatif adalah kajian yang menggunakan maklumat / data yang bersifat kuantitatif.

Data kuantitatif boleh diukur, melalui proses pengukuran dan memerlukan alat-alat pengukuran seperti soal selidik dan ujian. Saiz sampel bagi kajian ini lebih besar berbanding kajian kualitatif. Jenis-jenis kajian kuantitatif: i) Kajian Deskriptif ii) Kajian Korelasi iii) Causal Comparative iv) Kajian Eksperimental KAJIAN KUALITATIF Kajian kualitatif adalah kajian yang menggunakan maklumat / data yang bersifat kualitatif. Data kualitatif diperoleh dengan cara pemerhatian, temubual, analisis dokumen atau apa-apa cara untuk mendapatkan data yang lengkap. Saiz sampel bagi kajian ini lebih kecilberbanding kajian kualitatif. Jenis-jenis kajian kualitatif: i) Kajian Tindakan ii) Kajian Kes iii) Kajian Lapangan iv) Analisis Dokumen PERBEZAAN DI ANTARA KAJIAN KUANTITATIF DAN KAJIAN KUALITATIF i) Bentuk Data KAJIAN KUANTITATIF Data berbentuk angka yang boleh diukur. KAJIAN KUALITATIF Data berbentuk perkataan atau ayat yang dikumpul melalui temubual atau yang direkod dalam bentuk gambar atau video.

ii) Instrumen Kajian KAJIAN KUANTITATIF Penyelidik menggunakan instrument seperti soal selidik dan ujian pencapaian bagi memungut data. Instrumen berfungsi sebagai alat pengukur dan menjadi alat perantaraan antara penyelidik dan peserta kajian. iii) Reka bentuk Kajian KAJIAN KUANTITATIF Reka bentuk ditetapkan sebelum data dipungut. KAJIAN KUALITATIF Reka bentuk bersifat mudah lentur / fleksibel, boleh diubahsuai mengikut keadaan dan keperluan situasi. KAJIAN KUALITATIF Penyelidik adalah instrumen utama memungut data. Penyelidik perlu berada dalam situasi yang dikaji, mendengar dan memerhati sendiri fenomena yang ingin dikaji.

iv) Peserta Kajian KAJIAN KUANTITATIF Penyelidik bukan peserta kajian. Peserta kajian adalah sampel yang dipilih dengan menggunakan teknik persampelan tertentu. KAJIAN KUALITATIF Penyelidik adalah sebahagian daripada peserta kajian. Maklumat kajian diperoleh secara langsung daripada peserta kajian.

v) Metodologi Kajian KAJIAN KUANTITATIF Penyelidik mengkaji populasi atau sampel yang mewakili populasi. Saiz sampel besar dan dipilih berasaskan kebarangkalian. KAJIAN KUALITATIF Saiz sampel kecil dan dipilih secara bertujuan dan tidak berasaskan kebarangkalian.

Definisi kajian kuantitatif: Kajian kuantitatif merupakan satu kajian secara umumnya menggunakan analisis statistik, ia lebih bersifat objektif dan berorientasikan kepada hasil. Merujuk kepada istilah "kuantiti" membawa erti berapa banyak atau bilangannya. Kuantiti merujuk kepada bilangan yang diskrit, yang dinyatakan dengan tepat. Berdasarkan kepada istilah kuantiti, penyelidikan kuantitatif dikaitkan dengan data numerika dan ketepatan. Ia adalah berdasarkan kaedah penyelidikan inkuiri positivis dimana penyelidikan dilakukan melalui kajian eksperimental dan data numerika yang dipungut dianalisis dengan ujian statistik. Melalui penyelidikan kuantitatif, masalah kajian dinyatakan dalam bentuk hipotesis..

Ciri-ciri kajian kuantitatif adalah seperti berikut: Bersifat deskriptif atau penjelasan dari Spesifik dan sempit Boleh diukur atau diperhatikan Instrumen ditentukan Data berbentuk numerikal Penglibatan responden yang ramai Penilaian yang lebih objektif dan tidak bias

Bagi penggunaan rekabentuk kuantitatif, ia terbahagi kepada 2 iaitu kajian intervensi dan kajian nonintervensi.Bagi kajian intervensi, rekabentuk kajian yang terlibat dalah kajian eksperimen dimana menerangkan sama ada intervensi mempengaruhi outcome satu kumpulan berbanding kumpulan yang satu lagi.Bagi kajian non-intervensi, rrekabentuk kajian yang terlibat adalah kajian korelasi dan kajian tinjauan. Kajian korelasi digunakan untuk meramal perkaitan atau hubungan antara pemboleh ubah manakala kajian tinjauan adalah kajian yang menerangkan trenda bagi satu populasi.

Penyelidikan Kuantitatif Menurut Sabitha Marican (2005) Penyelidikan kuantitatif akan digunakan sekiranya persoalan kajian memerlukan penjelasan yang jitu dalam bentuk numerik. Kajian berbentuk kuantitatif selalu diperhatikan dalam bentuk perkiraan yang merangkumi nombor dan formula-formula yang tertentu. Hasil kajian merangkumi formula-formula tertentu dalam bentuk gambar rajah, jadual dan perkiraan statistik. Penyelidikan Kualitatif Menurut Sabitha Marican (2005), penyelidikan kualitatif pula berfokus pada konteks sesuatu perkara itu berlaku. Denga kata lain, ia merupakan satu proses atau bagaimana sesuatu perkara itu berlaku dalam satu-satu suasana (setting) yang hendak dikaji. Kajian jenis ini berfokus pada proses dan hasil.

Hasil kajian pula dipersembahkan dalam bahasa seharian. Kajian ini tidak bergantung kepada nombor atau perkiraan statistik dalam memberikan penjelasan terhadap pembolehubah yang dikaji. Pendekatan kajian jenis ini digunakan untuk mengkaji suasana atau proses yang sukar diukur dengan nombor, seperti imej diri, tingkah laku, perasaan dan tindakan.

You might also like