Mok Soon Sang

You might also like

Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 18

KAEDAH,TEKNIK ,STARTEGI DAN MODEL PENGAJARAN

Mok

Soon Sang (2006) mentakrifkan pengajaran merupakan sesuatu aktiviti yang meliputi pengajaran guru disertai dengan aktiviti pelajar. Lantaran itu, kaedah pengajaran dan teknik yang boleh digunakan oleh guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran ialah kaedah sumbang saran, kaedah tunjuk cara , simulasi atau pengajaran berkumpulan , kaedah perbincangan atau kaedah penyelesaian masalah dan sebagainya .

Mok Soon Sang ( 1992 ) pula mengatakan kaedah ialah cara mendekati sesuatu objektif pelajaran dengan langkah penyampaian yang tersusun Sebagai contoh jika kita ingin memasak ikan kita perlu fikirkan apakah kaedah memasak yang kita boleh gunakan. Antara kaedah yang biasa kita gunakan ialah mengoreng, merebus, memanggang atau mengukus dan sebagainya. Andaikan kita memilih kaedah mengoreng, terlebih dahulu kita membuat beberapa prosedur sebelum mengorengnya. Kita perlu menyediakan bahan-bahan seperti garam dan minyak dan sebagainya . Jika bahan tersebut tidak ada kita tidak boleh mengoreng ikan tersebut mengikut apa yang kita rancangkan. Kesimpulannya, kaedah merupakan satu perancangan atau prosedur bagi melaksanakan pengajaran secara teratur, kemas dan sistematik.

Kaedah

sokratik Objektif pengajaran sokratik yang utama ialah pertanyaan . Apa yang penting ialah kemahiran menyoal yang menuju kepada kebenaran . Kaedah ini lebih berbentuk elektif iaitu perbualan , peranan guru mengemukakan soalan dan murid menyusun pengalaman lampau dengan menjawab soalan-soalan tersebut .

Kaedah

projek Kaedah projek merupakan kaedah di mana pelajar menjalankan sesuatu uji kaji atau kegiatan di dalam situasi sebenar bertujuan mendapatkan sesuatu hasil . Contohnya projek bercerita yang melibatkan pembelajaran dengan bentuk lisan lagu, muzik, gambar dan sebagainya . Kaedah dapatan atau penyelidikan Kaedah ini membolehkan pelajar menyelidik sendiri melalui pemerhatian , percubaan dan ujian . Contohnya dalam mata pelajaran Sejarah , pelajar akan belajar mencari fakta tentang zaman yang mereka pelajari .

Kaedah

penyelesaian masalah Kaedah ini menjurus kepada kaedah penyiasatan yang saintifik . Kaedah penyelesaian masalah melibatkan beberapa langkah seperti mengenal pasti masalah , mengenal pasti maklumat , membuat hipotesis , menguji hipotesis dan menilai dan membuat rumusan . Contohnya dalam menangani masalah disiplin pelajar yang berlaku di sekolah .

Strategi

boleh diibaratkan sebagai suatu susunan pendekatan dan kaedah-kaedah untuk mencapai sesuatu maklumat dengan menggunakan tenaga , masa serta kemudahan secara optimum . Gabungan kaedah dan teknik pula akan membentuk strategi pengajaran dan pembelajaran yang digunakan oleh guru untuk mencapai objektif jangka panjang satu-satu pendekatan .

Pendekatan

pengajaran merupakan haluan atau aspek yang digunakan untuk mendekati atau memulakan proses pengajaran sesuatu isi pelajaran , sesuatu mata pelajaran atau sesuatu kemahiran . Kita boleh merumuskan bahawa pendekatan harus berlandaskan model, prinsip atau teori pembelajaran , misalnya daripada konkrit kepada abstrak , keseluruhan kepada bahagian , mudah kepada kompleks , umum kepada spesifik (deduktif) , spesifik kepada umum (induktif) dan sebagainya.

Teknik

ialah cara menjalankan pelbagai langkah dalam pengajaran . Contohnya dalam kaedah bercerita , pelbagai teknik digunakan untuk menjadikan cerita itu bermakna dan menyeronokkan . Guru hendaklah menggunakan teknik timbul minat ( motivasi ) murid-murid . Bagi menguji kefahaman murid tentang cerita itu , guru menggunakan teknik menyoal yang merangkumi cara soalan dikemukakan , bilangan soalan , kadar penyoalan , taburan soalan dan sebagainya .

Model pengajaran mengandungi unsur-unsur penting yang dapat memberi gambaran tentang proses pengajaran. Pada masa dahulu, pengajaran dianggap sebagai satu proses yang mudah iaitu pengajaran sebagai suatu penyampaian pengetahuan daripada guru kepada murid. Situasi ini dinamakan proses pengajaran sehala iaitu guru sebagai pengajar menyalurkan pengetahuannya kepada murid yang menerima segala-galanya, seperti yang ditunjukkan pada rajah di bawah.

Setiap model-model yang dicadangkan mempunyai kekuatan tersendiri dalam membantu guru-guru dalam proses pengajarannya (Mok Soon Sang, 2003).

Terdapat

beberapa jenis model:

Model Pengajaran Asas Model Inkuiri Model Sim Model Pembelajaran Penguasaan Model Pembelajaran Koperatif Model Pembelajaran Memproses Maklumat Model Teori Pengajaran dalam Amalan Model Systematic Approach Model Pembelajaran Masteri Model Ekspositori

Terdapat

lima jenis teori pembelajaran iaitu teori pembelajaran behaviorisme, teori pembelajaran kognitivisme, teori pembelajaran konstruktivisme , teori pembelajaran sosial dan teori humanistik.

Teori

Pembelajaran Behaviorisme - Teori Pembelajaran Behaviorisme juga disebut teori rangsangan dan gerak balas

Teori

Pelaziman Klasik Pavlov Menurut Mok Soon Sang, 2008 dalam Buku Psikologi Pendidikan bahawa Teori Pelaziman Klasik juga dikenali sebagai pelaziman gantian, pelaziman pemindahan, pelaziman bergerak balas/responden atau Teori R-G. Untuk mengesahkan hasil pemerhatian fenomena tersebut, Pavlov menggunakan cahaya lampu dan bunyi loceng sebagai rangsangan terlazim.Beliau menjalankan eksperimennya dengan menggunakan seekor anjing.

Dalam kajian beliau terdapat lima fenomena iaitu fenomena generalisasi iaitu berupaya mengkategorikan rangsangan-rangsangan yang serupa dengan melakukan gerak balas yang sama, fenomena diskriminasi ialah berupaya memberi gerak balas yang berbeza dengan rangsangan yang hampir sama, fenomena proses penghapusan jika gerak balas terlazim beransuransur kurang dan akhirnya hapus sama sekali, fenomena pemulihan spontan menunjukkan gerak balas terlazim sebenar tidak hilang selepas proses penghapusan dan akan wujud semula apabila semua gangguan telah hilang selepas tempoh masa rehat dan fenomena pelaziman tahap tinggi iaitu sesuatu gelak balas terlazim yang baru dapat dibentuk daripada gerak balas terlazim yang sedia ada. ( Mok Soon Sang, 2008)

Teori Pelaziman J.B.Watson Menurut Mok Soon Sang, Jun 2009 dalam Buku Murid dan Alam Belajar teori pelaziman J.B.Watson juga dikenali sebagai teori pelaziman tingkah laku. Mengikut teori Watson, tingkah laku manusia ialah sesuatu refleks terlazim (conditioned reflex). Dalam teori Watson telah menjelaskan pembelajaran berkesan berdasarkan kepada dua prinsip yang utama, iaitu prinsip kekerapan yang menyatakan bahawa lebih kerap gerak balas terhadap rangsangan tertentu berlaku, lebih besar kemungkinan gerak balas yang sama akan berlaku apabila rangsangan itu wujud semula pada masa kelak. Prinsip Tempoh Kebaruan menyatakan bahawa semakin tempoh lebih baru kita menggunakan sesuatu gerak balas terhadap sesuatu rangsangan, semakin lebih besar kemungkinan kita akan bergerak balas secara serupa terhadap rangsangan itu, jika ia dimuncul lagi.

Teori Pelaziman Operan Thorndike Menurut Mok Soon Sang, 2008 dalam Buku Psikologi Pendidikan bahawa Teori Pelaziman Operan Thorndike juga dikenali sebagai teori cuba-ralat.Teori ini dikemukakan pada tahun 1911. Dalam kajiannya telah menghasilkan tiga hukum iaitu pertama, Hukum Kesediaan merupakan keupayaan persiapan seseorang individu menyiapkan dirinya untuk memulakan sesuatu aktiviti pembelajaran. Kedua, Hukum Latihan menyatakan bahawa semakin banyak latihan tertentu dijalankan, semakin bertambah kukuh ikatan atau asosiasi gerak balas. Ketiga, Hukum Kesan menyatakan bahawa ikatan rangsangan dengan gerak balas akan bertambah kukuh sekiranya individu memperolehi kesan yang memuaskan selepas gerak balasnya dihasilkan. ( Mok Soon Sang, 2008)

Teori Pelaziman Operan Skinner Menurut Mok Soon Sang, ( 2008) bahawa dalam kajian B.F.Skinner peneguhan positif ialah stimuli yang boleh menambahkan kebarangkalian berulangnya sesuatu tingkah laku operan, seperti memberi pujian, penghargaan, hadiah dan sebagainya sebaik sahaja tingkah laku operan yang sesuai itu berlaku. Peneguhan negatif ialah stimuli yang dipindahkan atau dihapuskan dengan tujuan menguatkan tingkah laku positif supaya ia dapat diteruskan. Sesuatu kemahiran yang telah dikuasai dan tidak dipraktikkan dalam satu tempoh yang agak lama akan dilupakan. Terdapat dua cara yang biasa digunakan oleh seseorang untuk mengelakkannya dari sebarang peneguhan negatif yang kurang seronok ialah dengar cara pelepasan dan cara pengelakan. ( Mok Soon Sang, 2008)

You might also like