Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Kurikulum Tersirat

Sesebuah sistem pendidikan memerlukan suatu kurikulum yang sesuai untuk digunakan dalam menjalankan aktiviti yang dirancang oleh sistem pendidikan berkenaan. Kurikulum dapat didefinisikan sebagai perancangan bertulis yang sistematik merangkumi objektif, kandungan, strategi penyampaian dan penilaian untuk dilaksanakan dalam masa yang tertentu. Pada dasarnya, kurikulum dibahagikan kepada dua jenis iaitu kurikulum tersurat dan kurikulum tersirat.

Melihat kepada kepelbagaian sosio-budaya yang terdapat di negara Malaysia yang tercinta, kurikulum tersirat begitu penting dalam melaksnakan peranannya dalam membentuk bangsa yang bersatu dan saling menerima perbezaan budaya antara kaum. Ciri-ciri kurikulum tersirat yang menyeluruh telah membantu para guru untuk merancang aktiviti yang pelbagai mengambil kira aspek kepercayaan, bahasa, bangsa, kelas sosial dan adat resam murid-murid berkenaan. Antara ciri-ciri kurikulum tersebut ialah merangkumi semua pengalaman pembelajaran yang diperolehi oleh pelajar di mana mereka belajar tidak langsung misalnya daya intelek guru/pengajar; tingkahlaku dan akhlak guru/pengajar.

Kurikulum tersirat juga merangkumi nilai-nilai yang dibentuk bersama oleh pelaksana kurikulum itu sendiri (pelajar - guru/pengajar), jenis atau pengkategoriannya adalah berbeza-beza mengikut jenis institusi, tahap pembelajaran dan juga matlamat kurikulum itu sendiri dan ia boleh menjadi objektif pembelajaran tetapi hasilan pembelajarannya adalah bersifat relatif dan agak sukar diukur secara kuantitatif.

Walaupun kadangkala kurikulum tersirat terdapat sarna ada pada matlamat atau objektif satu-satu kurikulum itu tetapi ianya tidak tertulis dalam kandungan kurikulum berkenaan mahu pun dalam penilaian. Kewujudannya adalah berbeza-beza bergantung kepada lokasi, persekitaran dan latar belakang pelaksana kurikulum (pelajar-guru/pengajar). Sebagai contoh, kurikulum tersirat boleh menyatukan murid pelbagai kaum dengan adanya aktiviti kokurikulum. Akitiviti kokurikulum yang dianjurkan dalam sekolah terdiri daripada badan beruniform, persatuan, kelab serta permainan.

Seterusnya, mengadakan pertandingan permainan tradisional ataupun karnival permainan tradisional juga boleh menyatukan murid pelbagai kaum. Dengan cara ini murid-murid dapat mengenali permainan tradisional kaum masing-masing dan secara tidak langsung hubungan antara kaum dapat dieratkan.

Apabila guru mengadakan aktiviti kelas secara berkumpulan, guru harus membahagikan kumpulan berdasarkan prinsip menggalakkan interaksi antara murid yang berlainan kaum. Guru juga boleh menyemaikan perasaan menerima dan menghormati bahasa ibunda dan dialek kaum lain melalui aktiviti yang pelajar ambil bahagian. Contohnya, apabila dalam kelas bahasa Cina, semua murid tidak mengira kaum akan bercakap dalam bahasa Cina dan apabila dalam kelas bahasa Melayu, semua murid pula akan bertutur dalam bahasa Melayu. Aktiviti ini bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan antara pelbagai kaum pelajar malah dapat meningkatkan kemahiran berbahasa pelajar dalam pelbagai dialek.

Melalui kurikulum tersirat, kementerian berusaha membentuk bangsa yang bersatu dan saling menerima perbezaan budaya antara kaum. Pihak kementerian dapat menggubalkan isi-isi sukatan pelajaran dengan menerapkan pelbagai unsur budaya yang terdiri daripadi pelbagai kaum. Contohnya perayaan, adat resam, makanan tradisional pelbagai kaum di Malaysia.

Oleh yang demikian, jelas dilihat bahawa kurikulum tersirat memang begitu penting dalam menghasilkan suasana pembelajaran yang mengambil kira pelbagai aspek kepelbagaian sosio-budaya dan ini secara tidak langsung memberikan implikasi kepada murid tanpa mengira kaum. Sebagai kesimpilannya, kurikulum tersirat perlu menjadi salah satu agenda utama dalam usaha mempertingkatkan kualiti kurikulum negara.

You might also like