Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 24

MEMPERKASAKAN SEKOLAH KEBANGSAAN

Ringkasan

Memperkasakan Sekolah Kebangsaan telah menjadi salah satu daripada enam

agenda utama Kementerian Pelajaran Malaysia dan akan diteruskan dalam

Rancangan Malaysia Kesembilan. Ini adalah kerajaan yakin Sekolah Kebangsaan

merupakan wadah terbaik untuk memupuk perpaduan, kerjasama dan semangat

cintakan negara di kalangan anak-anak kita. Dengan bermatlamat pendidikan

berkualiti untuk semua, maka semua organisasi dalam Kementerian Pelajaran mesti

beroperasi secara bersepadu ke arah mencapai matlamat tersebut. Sehubungan itu,

setiap lapisan pengurusan dan pentadbiran organisasi pendidikan perlu

menggunakan pelbagai pendekatan untuk menyelesaikan masalah-masalah yang

mungkin wujud dalam rangka pelaksanaan program itu. Di samping itu, kecekapan

dan keberkesanan pengurusan dalam memperkasakan Sekolah Kebangsaan adalah

berbeza-beza mengikut keupayaan dan kebolehan seseorang pegawai. Selain

daripada itu, beberapa faktor lain yang dikenal pasti sebagai penghalang utama

terhadap peningkatan kecekapan dan keberkesanan pengurusan adalah kurangnya

komunikasi serta kerjasama di kalangan kakitangan dalam organisasi, kurangnya

tahap koordinasi antara unit-unit dalam organisasi, incompatibilities di kalangan

kakitangan dan etika kerja yang kurang memuaskan, pertentangan kepentingan di

kalangan para pentadbir dalam organisasi yang menyebabkan perbezaan komitmen

terhadap usaha-usaha memperkasakan Sekolah Kebangsaan dan kelemahan

sistem pengurusan maklumat organisasi. Kesemua faktor-faktor yang dinyatakan

itu menyukarkan kerja-kerja pentadbiran dan melemahkan jentera pengurusan

-1-
dalam memperkasakan Sekolah Kebangsaan. Oleh itu, langkah-langkah segera

perlu diambil untuk mengatasi masalah-masalah yang wujud dan seterusnya

meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pengurusan dan pentadbiran

organisasi untuk memastikan Program Memperkasakan Sekolah Kebangsaan dapat

dilaksanakan sehingga tercapai matlamat yang telah ditetapkan oleh Kementerian

Pelajaran Malaysia. Skop penulisan ini tertumpu kepada sekolah rendah sahaja dan

kepada peranan pengurusan dan pentadbiran Pejabat Pelajaran Daerah dalam

konteks memperkasakan Sekolah Kebangsaan.

Pendahuluan

Pada tahun 2002, kerajaan telah menubuhkan satu Jawatankuasa Khas untuk

mengkaji isu Pendidikan Islam, peranan Sekolah Agama Rakyat dan Memperkasa

Sekolah Kebangsaaan. Tan Sri Murad bin Mohd. Noor, bekas Ketua Pengarah

Pelajaran Malaysia telah dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Khas itu. Antara

objektif jawatankuasa itu ialah untuk menjadikan Sekolah Kebangsaan menarik

kepada semua kaum dan tempat untuk memupuk perpaduan. Dalam satu kajian

yang telah dibuat oleh Jemaah Nazir Sekolah pada tahun 2003, beberapa isu-isu

telah dikenal pasti menjadi penghalang kepada ibu bapa menghantar anak-anak

mereka bersekolah di Sekolah Kebangsaan (SK) dan sebaliknya menghantar

mereka bersekolah di Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan Sekolah Jenis

Kebangsaan Cina (SJKC). Antara isu-isu yang telah dikenal pasti adalah seperti

berikut:

• Ramai ibu bapa Melayu menganggap SK sebagai sekolah sekular dan tidak

islamik walaupun menyedari SAR kekurangan kelengkapan dan guru terlatih

-2-
• Orang Cina melihat SK terlalu islamik melalui nama-nama, aktiviti-aktivitii dan

cara pakaian

• Orang Cina memilih SJKC dengan dakwaan kelengkapan, kaedah

pengajaran dan pembelajaran dan guru yang lebih baik

Dari aspek refleksi pula, ibu bapa atau masyarakat tertentu mempunyai pendapat-

pendapat yang menjurus kepada perkara-perkara berikut:

• Kepimpinan SK dipersoalkan

• Komitmen guru SK diragui

• Kualiti pengajaran dan pembelajaran di SK kurang diyakini

• Penggunaan masa untuk pengajaran dan pembelajaran tidak maksimum

• Amalan-amalan terbaik (best practices) berlaku di SJKC dalam bidang:

Amalan Pengurusan Sekolah:

a. Kelas tambahan sepanjang tahun

b. Membangunkan persaingan sihat antara murid

c. Mendapatkan sumbangan kewangan pihak luar

d. Memantau berterusan program akademik sekolah

Amalan Guru :

Menggunakan waktu lapang dengan memeriksa kerja murid

Memberi kuantiti kerja yang banyak terutama Matematik

Menekankan disiplin dan penguasaan fakta asas

Menggunakan Buku Kerja Tambahan terutama Matematik

Amalan Murid

a. Menguasai fakta/kemahiran asas matematik

-3-
b. Menghasilkan kerja dengan teratur

c. Ada perasaan hormat dan takut dimarahi guru

Berpandukan kepada kajian-kajian itu, Kementerian Pelajaran telah mengadakan

siri-siri mesyuarat, taklimat, bengkel dan latihan untuk para pegawai Kementerian

Pelajaran, Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah dan pentadbir

sekolah berkaitan memperkasakan Sekolah Kebangsaan. Menurut YAB Dato’ Seri

Abdullah Haji Ahmad Badawi, Perdana Menteri semasa membentangkan usul

mengenai Rancangan Malaysia Kesembilan, 2006-2010 di Dewan Rakyat pada 31

Mac 2006 telah menyatakan komitmen kerajaan untuk memantapkan lagi usaha-

usaha ke arah memperkasakan Sekolah Kebangsaan. Beliau menyatakan bahawa

sekolah merupakan tapak semaian penting bagi memupuk perpaduan negara dan

menyemai semangat integrasi nasional dan di samping itu ingin memastikan

berlakunya keseimbangan komposisi kaum di kalangan murid dan guru di Sekolah

Kebangsaan. Antara langkah-langkah yang dilaksanakan ialah mempertingkatkan

kualiti pengajaran, mengkaji kurikulum dan aktiviti kokurikulum untuk memastikan ia

menyediakan asas kukuh bagi pembangunan kompetensi asas dan bersesuaian

dengan kehendak semasa, memperkenalkan mata pelajaran bahasa seperti

Mandarin dan Tamil sebagai mata pelajaran elektif dan terkini ialah melibatkan

semua Sekolah Kebangsaan sedia ada dalam Program Pembestarian Sekolah.

YB Dato’ Sri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Pelajaran Malaysia dalam ucapan

semasa Perhimpunan Bulanan Kementerian Pelajaran Malaysia pada 3 April 2006 di

Putrajaya telah merakamkan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri yang

telah memberi kepercayaan penuh dan komitmen kepada Kementerian Pelajaran

Malaysia sebagai jentera kerajaan yang utama dalam mendidik anak bangsa dan

-4-
membangunkan modal insan negara pada peringkat persekolahan. Menurut beliau,

Program j-QAF, langkah-langkah meningkatkan disiplin, keselamatan, kebersihan

dan kesihatan di sekolah-sekolah diharapkan dapat mewujudkan persekitaran

sekolah yang kondusif yang membolehkan pengajaran dan pembelajaran yang

berkesan, menyeronokkan serta mampu memupuk perpaduan kaum. Beliau turut

menyatakan bahawa pihak Kementerian Pelajaran telahpun menyediakan Pelan

Induk Pembangunan Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia 2006-2010 yang

bermatlamat untuk mencapai ”Pendidikan Berkualiti Untuk Semua”. Bagi

memastikan matlamat perancangan pembangunan pendidikan ini tercapai, enam

agenda utama termasuklah agenda kedua iaitu memperkasakan Sekolah

Kebangsaan mestilah diberikan perhatian oleh semua pihak dalam Kementerian

Pelajaran Malaysia.

Definisi Sekolah Kebangsaan

Sekolah Kebangsaan ialah sekolah rendah kerajaan atau sekolah rendah bantuan

kerajaan :

• Yang menyediakan Pendidikan Rendah yang sesuai bagi murid dari umur enam

tahun.

• Yang menggunakan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama.

• Yang menjadikan Bahasa Inggeris sebagai mata pelajaran wajib dan

• Di mana kemudahan bagi pengajaran:

a. Bahasa Cina atau Tamil hendaklah diadakan jika ibu bapa sekurang-

kurangnya lima belas orang murid di sekolah itu memintanya dan

-5-
b. Bahasa-bahasa ibunda kaum asli hendaklah diadakan jika didapati

munasabah dan ibu bapa sekurang-kurangnya lima belas orang murid di

sekolah itu memintanya

Rasional-Rasional Memperkasakan Sekolah Kebangsaan

Untuk Program Memperkasakan Sekolah Kebangsaan rasional-rasional itu telah

dijelaskan oleh YB Menteri Pelajaran pada 4 Januari 2005 semasa menyampaikan

Perutusan Tahun Baru 2005 dan adalah seperti berikut:

1. Program ini adalah selaras dengan Misi Kementerian Pelajaran Malaysia untuk

meningkatkan akses, ekuiti, kualiti dan kecekapan serta keberkesanan

pengurusan pendidikan. Maka program memperkasa Sekolah Kebangsaan

adalah menjadi agenda utama Kementerian Pelajaran Malaysia

2. Selaras dengan Misi negara untuk meningkatkan martabat pendidikan setaraf

kelas dunia (World Class Education), program memperkasakan sekolah adalah

bersesuaian dengan dapatan-dapatan kajian para sarjana dalam bidang

pengurusan dan kepimpinan pendidikan.

Matlamat dan Tujuan Memperkasakan Sekolah Kebangsaan

Matlamat program ini adalah untuk menjadikan Sekolah Kebangsaan sebagai

National School yang menjadi pilihan, rebutan atau school of choice ibu bapa

pelbagai kaum, pusat untuk memupuk perpaduan kaum dan menjadi pusat

kecemerlangan pendidikan dalam bidang kurikulum, kokurikulum, sukan dan sahsiah

Tujuan utama program ini pula adalah untuk membolehkan sekolah-sekolah

mencapai serta mengekalkan keberkesanan pada tahap tertinggi yang boleh dalam

-6-
menepati keperluan-keperluan para pelajar masa kini. Program ini akan

menekankan kepada aspek-aspek seperti keberkesanan sekolah, kemajuan

sekolah, peningkatan kualiti, pembangunan staf, perkongsian, keberkesanan

pengurusan sumber dan pengurusan perubahan.

Objektif-Objektif

Objektif-objektif memperkasakan Sekolah Kebangsaan adalah untuk menjadi

sekolah kebangsaan itu sebagai :

• pusat pendidikan yang unggul merangkumi bidang kurikulum, kokurikulum, sukan

dan sahsiah bagi warganegara Malaysia

• pusat memupuk perpaduan warganegara Malaysia sebagai warganegara yang

mempunyai aspirasi yang sama dan semangat patriotisme yang tinggi dan saling

memahami budaya masing-masing

• school of choice warganegara Malaysia dan memberikan pendidikan berkualiti

Cabaran-cabaran yang perlu dihadapi dalam konteks memperkasakan Sekolah

Kebangsaan adalah :

• Menjadikan Sekolah Kebangsaan lebih menarik untuk semua kaum dan agama.

• Menghasilkan pencapaian akademik yang cemerlang.

• Menyediakan kurikulum yang relevan dengan keperluan hidup dan mempunyai

nilai ekonomi.

• Memastikan kemudahan pengajaran dan pembelajaran mencukupi dan terbaik.

-7-
• Menyediakan kemudahan sukan dan riadah yang baik dan mencukupi.

• Memastikan kemudahan mempelajari bahasa ibunda dan bahasa asing

disediakan

• Menyediakan kemudahan mempelajari asas Pendidikan Islam

• Melahirkan pelajar yang menguasai 3M dan mempunyai nilai-nilai positif

Pengurusan dan Pentadbiran Organisasi

Kotter (1988) menyatakan pengurusan adalah pelaksanaan tugas-tugas yang

berhubung dengan kawalan dan peraturan seperti perancangan, pengawalan dan

pentadbiran manakala mengikut Litchfield (1956) pentadbiran ditakrifkan sebagai

merangkumi aspek-aspek pengorganisasian pemerintahan, sumber manusia,

pembiayaan dan juga kepimpinan. Boles dan Davenport (1976) menegaskan tiada

garis pemisah yang nyata diantara pengurusan dan pentadbiran dan menyatakan

bahawa pentadbir dan pengurus adalah satu fungsi yang sama meliputi aktiviti-

aktiviti merancang, menghimpun dan menganalisis, mengawal dan menyebar

maklumat-maklumat dalam usaha mencapai objektif yang telah ditetapkan.

Kecemerlangan pengurusan dan pentadbiran suatu organisasi pula bergantung

kepada tahap kecekapan dan keberkesanan pegawai dan staf yang dimiliki.

Kecekapan membawa maksud menggunakan sumber-sumber organisasi secara

bijkasana dan secara kos efektif manakala keberkesanan membawa maksud

membuat keputusan yang betul dan berjaya melaksanakan keputusan itu.Oleh itu

berbagai usaha diambil oleh setiap pengurus untuk meningkatkan kecekapan dan

keberkesanan organisasi masing-masing.

-8-
Langkah-Langkah Meningkatkan Kecekapan dan Keberkesanan Pengurusan

dan Pentadbiran Pejabat Pelajaran Daerah Untuk Memperkasakan Sekolah

Kebangsaan

Kejayaan organisasi seperti Pejabat Pelajaran Daerah dalam memperkasakan

Sekolah Kebangsaan banyak bergantung kepada kualiti manusia yang terlibat. Di

Pejabat Pelajaran Daerah, unit-unit yang ada adalah seperti berikut :

• Unit Pengurusan Sekolah.

• Unit Pengurusan Akademik.

• Unit Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan.

• Unit Pengurusan Pembangunan dan Perolehan.

• Unit Teknologi, Maklumat dan Komunikasi.

• Unit Kewangan dan Unit Perkhidmatan.

Sehubungan itu, langkah-langkah perlu diambil bagi mengembleng tenaga semua

unit bagi meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pengurusan dan pentadbiran

organisasi dalam memperkasakan Sekolah Kebangsaan. Langkah-langkah yang

boleh diambil adalah seperti berikut:

1. Taklimat Program Memperkasakan Sekolah Kebangsaan

Untuk setiap program baru Kementerian Pelajaran Malaysia, sesi taklimat menjadi

agenda yang tidak boleh ditinggalkan kerana semua maklumat berkaitan dengan

-9-
matlamat, objektif dan jawatankuasa yang terlibat dengan perancangan,

pelaksanaan, pengawalan, pemantauan dan penilaian sesuatu program itu akan

diterangkan kepada semua pegawai yang terlibat. Oleh itu penerangan yang

menyeluruh berkaitan program itu di peringkat daerah akan memberi pengetahuan

dan kefahaman yang mantap kepada semua pegawai untuk melaksanakan fungsi

masing-masing. Pada ketika ini, kebanyakan urusan berkaitan program ini diuruskan

oleh Unit Sekolah Rendah dan penyebaran maklumat berkaitan tidak menyeluruh

kepada pegawai-pegawai. Ini boleh menjejaskan usaha-usaha memperkasakan

Sekolah Kebangsaan di peringkat daerah dan oleh itu taklimat kepada semua

pegawai mesti dijalankan dengan menjelaskan isu-isu, rasional, matlamat, objektif-

objektif dan cabaran-cabaran dalam memperkasakan Sekolah Kebangsaan.

Berdasarkan kepada taklimat yang diadakan, diharapkan semua pegawai akan

mengambil kira perkara-perkara di atas semasa membuat perancangan program. Di

samping itu, taklimat mesti dilaksanakan dari masa ke semasa supaya

perkembangan terkini dapat dimaklumkan kepada semua pegawai.

2. Penubuhan Jawatankuasa Memperkasakan Sekolah Kebangsaan Peringkat

Daerah

Apabila pihak Kementerian Pelajaran Malaysia melaksanakan program-program

utama seperti Pengajaran Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa

Inggeris dan Skim Baucar Tuisyen, maka diwujudkan pelbagai jawatankuasa untuk

memantau, menilai pelaksanaan dan melakukan penambahbaikan kepada program-

program tersebut. Pelbagai jawatankuasa yang diwujudkan adalah berdasarkan

-10-
kepada fokus-fokus memperkasakan Sekolah Kebangsaan dan fokus-fokus itu

adalah seperti berikut :

• Pengurusan dan pentadbiran sekolah

• Perkhidmatan dan latihan sekolah

• Penglibatan masyarakat

• Pendidikan Islam

• Kurikulum pengajaran dan pembelajaran

• Sumber pendidikan

• Pemantauan

Untuk meningkatkan keberkesanan dan kecekapan dalam melaksanakan tugas,

fungsi dan tanggungjawab setiap ahli jawatankuasa mestilah diperincikan supaya

tidak berlaku pertindihan tugas dan prosedur pelaksanaan kerja mesti jelas. Unit

Sekolah Rendah di Pejabat Pelajaran Daerah perlu dilantik sebagai urus setia di

daerah

3. Mesyuarat Jawatankuasa Memperkasakan Sekolah Kebangsaan Peringkat

Daerah

Melalui Mesyuarat Jawatankuasa ini yang diadakan secara berkala dan

ditakwimkan, semua dasar dan keputusan yang telah diputuskan di peringkat pusat

dan negeri dibincang untuk pelaksanaan di peringkat daerah. Mesyuarat ini menjadi

satu wadah untuk semua pegawai berbincang dan mencari strategi pelaksanaan

yang terbaik untuk memperkasakan Sekolah Kebangsaan. Berdasarkan dapatan

-11-
pasukan pemantauan dan maklumbalas ahli jawatankuasa, aspek-aspek kekuatan

dan kelemahan perlaksanaan dibincangkan dalam mesyuarat jawatankuasa ini dan

seterusnya keputusan-keputusan yang telah dipersetujui akan diambil tindakan

susulan oleh pegawai-pegawai mengikut bidang tugas masing-masing. Dalam

mesyuarat ini juga penyelarasan tugas antara unit-unit di Pejabat Pelajaran Daerah

dapat dilakukan. Secara langsung mesyuarat ini akan meningkatkan kecekapan dan

keberkesanan pihak pengurusan dan pentadbiran dalam memperkasakan Sekolah

Kebangsaan

4. Pendekatan Pengurusan Strategik Dalam Pengurusan dan Pentadbiran

Pengurusan strategik organisasi sangat penting kerana menjadikan pengurusan dan

pentadbiran organisasi lebih cekap dan berkesan. Mengikut David (1997),

pengurusan strategik adalah satu seni membentuk, melaksana dan menilai

keputusan untuk mencapai objektif organisasi. Proses yang terlibat adalah

berasaskan kepercayaan bahawa organisasi perlu menganalisa persekitaran luaran

dan dalaman untuk membawa perubahan. Melalui pengurusan strategik, pihak

pengurusan seperti di Pejabat Pelajaran Daerah akan mendapatkan gambaran jelas

dan lebih bermakna tentang kedudukan strategik semasa, pengaruh luaran semasa,

pengaruh luaran masa depan dan harapan pihak-pihak yang berkepentingan.

Kepentingan pengurusan strategik dalam memperkasakan Sekolah Kebangsaan

adalah seperti berikut :

• Menyediakan peluang penglibatan pelbagai unit di Pejabat Pelajaran

Daerah dalam proses pemikiran dalam menangani perubahan.

-12-
• Meningkatkan semangat kerja berpasukan dan penghayatan hala tuju

yang sama.

• Membuat keputusan pada hari ini bagi menentukan pencapaian pada

masa depan.

Dengan diikuti oleh pemikiran strategik maka kekuatan organisasi dapat dimanfaat

dan kelemahannya dapat dipulihkan. Dengan ini, kecekapan dan keberkesanan

organisasi dapat dijamin. Fasa-fasa yang berkaitan dengan pengurusan strategik

untuk memperkasakan Sekolah Kebangsaan adalah:

• merekabentuk dan membina perancangan.

• Pelaksanaan perancangan strategik

• Penilaian terhadap pelaksanaan perancangan

Victor Tan (1995) telah menyatakan bahawa strategic planning is a formal process

of defining business including the vision, objectives, the critical success factors and

strategies for an organization. This strategic process is carried out by taking into

consideration the internal strengths and weakness of a corporation and the

challenges in the external environment. Oleh itu, Pelan Perancangan Strategik yang

melibatkan membina hala tuju program, menganalisis persekitaran, menjana isu,

matlamat dan indikator, menetapkan objektif program, menjana strategik dan taktik,

membina pelan operasi dan menilai mesti disediakan terlebih dahulu oleh setiap unit

di Pejabat Pelajaran Daerah sebelum dilaksanakan. Berdasarkan kepada analisis

terhadap elemen kekuatan, kelemahan, ancaman dan peluang (KLAP) yang dimiliki

oleh sesebuah organisasi dan analisis terhadap dua pengaruh utama organisasi

yang dinyatakan di atas, iaitu persekitaran dalaman dan persekitaran luaran, maka

pelan strategik, pelan taktikal dan pelan operasional Pejabat Pelajaran Daerah untuk

-13-
dilaksanakan di peringkat daerah didokumentasikan. Pelan strategik merupakan

dokumen bertulis yang menghuraikan hasrat yang ingin dicapai pada masa akan

datang (biasanya dalam masa tiga hingga lima tahun) dan aktiviti- aktiviti yang akan

dilaksanakan untuk mencapai visi. Di samping itu, pelan kontingensi iaitu pelan

alternatif perlu sediakan sekiranya wujud keadaan tidak seperti yang diharapkan.

Untuk mengukur prestasi atau kejayaan organisasi dalam usahanya

memperkasakan Sekolah Kebangsaan, maka penilaian ke atas strategi yang telah

dipilih untuk dilaksana dilakukan. Daripada penilaian yang dibuat itu, tindakan-

tindakan pembetulan seperti pengubahsuaian struktur organisasi atau perubahan

pegawai-pegawai yang dikenal pasti boleh dilakukan oleh pihak pengurusan Pejabat

Pelajaran Daerah. Dengan mengambil langkah ini, maka kecekapan dan

keberkesanan sesuatu organisasi akan dapat ditingkatkan dari masa ke semasa.

5. Latihan

Mengikut Wexley dan Latham (1991). latihan merujuk kepada satu usaha yang

terancang oleh sesebuah organisasi untuk membantu pembelajaran dan perlakuan

para pekerja yang berkaitan dengan kerja. Untuk menjalankan pelbagai tugas dan

tanggungjawab dengan cekap dan berkesan, maka seseorang pegawai itu mesti

memiliki pengetahuan dan kemahiran yang mencukupi dan dalam konteks ini,

pegawai tersebut mesti mempunyai keupayaan menguruskan segala aspek

berkaitan dengan memperkasakan Sekolah Kebangsaan. Melalui latihan yang

berfokus, diharapkan penambahan pengetahuan, peningkatan kemahiran dan

ketrampilan, perubahan sikap dan tingkah laku yang lebih positif berlaku kepada

seseorang pegawai. Untuk latihan yang berkualiti, proses-proses pelaksanaan

-14-
latihan oleh Pejabat Pelajaran Daerah mesti mematuhi prosedur-prosedur seperti

melaksanakan analisis keperluan, menetapkan objektif latihan, mereka bentuk

latihan dan penilaian program latihan. Latihan dalam bentuk kursus, bengkel dan

seminar boleh dirancang dan dilaksana. Antara fokus-fokus latihan yang melibatkan

memperkasakan Sekolah kebangsaan adalah seperti berikut:

a. Perancangan Strategik

b. Pengurusan Kualiti Menyeluruh

c. Pemantauan Program

d. Memperkasakan Sekolah Kebangsaan

d. Pengurusan Perubahan.

Kerjasama Pejabat Pelajaran Daerah dengan institusi-institusi seperti Institut

Aminuddin Baki dan Maktab Perguruan boleh dilakukan untuk melaksankan latihan

yang dirancang. Di samping itu, pegawai-pegawai yang dikenal pasti di Kementerian

Pelajaran, Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah boleh juga

diminta untuk mengendalikan latihan yang berkaitan. Dengan latihan, kecekapan

dan keberkesanan organisasi dalam melaksanakan sesuatu program dapat

dipertingkatkan.

6. Pengupayaan

Pengupayaan dalam pengurusan moden, merupakan komponen yang memainkan

peranan penting ke arah keberkesanan dan kejayaan sesebuah organisasi. Dalam

konteks pendidikan pula, pengupayaan guru atau pegawai pendidikan bererti

-15-
penglibatan mereka dalam membuat keputusan melibatkan aktiviti organisasi. Pada

asasnya, pengupayaan dirumuskan sebagai proses memberi ruang untuk

membangunkan kecekapan seseorang pegawai dalam memajukan diri dan

penyelesaian masalah. Robbins (2000) telah menyatakan bahawa pengupayaan itu

sebagai satu keadaan di mana pemimpin memberikan sebahagian kuasanya kepada

subordinat untuk melaksanakan sesuatu tugas. Pada masa yang sama subordinat

pula sanggup belajar dan sedia menerima tanggungjawab yang diserahkan

kepadanya serta berkeupayaan membuat keputusan baik. Dengan berbuat demikian

pihak pengurusan dapat meningkatkan kecekapan beroperasi dalam sesebuah

organisasi dengan mengagihkan sebahagian daripada tugas dan tanggungjawab

kepada orang bawahan yang dikenal pasti. Ini seterusnya mendorong individu yang

terlibat mempamerkan bakat, kreativiti, kebijaksanaan membuat keputusan,

mempunyai penghormatan kendiri dan motivasi tinggi untuk menjana peningkatan

pencapaian dan produktiviti organisasi. Oleh kerana fokus memperkasakan Sekolah

Kebangsaan ini agak pelbagai, maka sudah tentu amalan pengupayaan ini

menyumbangkan kepada kecekapan dan keberkesanan Pejabat Pelajaran Daerah.

7. Penandaarasan

Mengikut Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan 1 Tahun 1999,

penandaarasan merupakan satu proses yang sistematik dan berterusan untuk

mengenalpasti, mempelajari, mengubahsuai dan melaksanakan amalan-amalan

terbaik daripada organisasi yang sama atau daripada organisasi lain untuk mencapai

prestasi unggul. Dengan melaksanakan proses ini, kecekapan dan keberkesanan

-16-
pengurusan dan pentadbiran dalam memperkasakan Sekolah Kebangsaan akan

dapat dipertingkatkan kerana banyak faedah dapat diperolehi iaitu:

• Peningkatan kepakaran dalam bidang-bidang yang telah dikenal pasti

• Berlaku perkongsian maklumat dari aspek pelaksanaan program

• Pelaksanaan program berasaskan pengurusan berkualiti menyeluruh

• Wujudnya dorongan, saingan dan penambahbaikan dalam pelaksanaan program

Dengan mengadakan lawatan penandaarasan ke Pejabat Pelajaran Daerah lain

yang dikenal pasti telah berjaya melaksanakan program memperkasakan Sekolah

Kebangsaan, maka faedah-faedah seperti yang dinyatakan di atas akan diperolehi

oleh pegawai-pegawai di Pejabat Pelajaran Daerah.

8. Pemantauan

Pemantauan ialah proses pengesanan yang berterusan pada setiap peringkat

pelaksanaan sesuatu program. Keberkesanan dalam apa jua program yang

dilaksanakan banyak bergantung kepada sistem pemantauan. Dengan adanya

pemantauan, faedah-faedah berikut diperolehi iaitu :

• Menolong memastikan usaha memperkasakan Sekolah Kebangsaan yang

dilaksana adalah selari dengan apa yang dirancang dan dijalankan dengan

jayanya di atas landasan yang betul.

• Dapat memastikan hasil yang dicapai selari dengan objektif yang

ditetapkan

-17-
• Membolehkan tindakan pembetulan (yang perlu) dilakukan semasa

pelaksanaan. Ini akan memperkemaskan bukan sahaja strategi tetapi juga

terhadap proses perancangan.

• Menjadi sebahagian proses kawalan sebagai pendorong ke arah

peningkatan prestasi

• Meningkatkan semangat kerja berpasukan antara unit-unit di Pejabat

Pelajaran Daerah melalui kesepaduan aktiviti yang berterusan

Setiap unit di Pejabat Pelajaran Daerah atau jawatankuasa yang dibentuk oleh

pengurusan daerah boleh mewujudkan pasukan pemantau masing-masing untuk

melihat pelaksanaan fokus-fokus yang telah ditetapkan dalam memperkasakan

Sekolah Kebangsaan. Standard Kualiti Pendidikan Malaysia oleh Jemaah Nazir

Sekolah boleh dijadikan salah satu instrumen untuk tujuan pemantauan kerana

instrumennya lebih komprehensif. Untuk mendapat maklum balas usaha-usaha

memperkasakan Sekolah Kebangsaan, Pejabat Pelajaran Daerah boleh

mewujudkan sistem pemantauan berikut iaitu :

a. Pemantauan secara inside-out’: laporan dari sekolah ke Pejabat Pelajaran

Daerah

b. Pemantauan secara outside-in : pemantauan yang dilakukan oleh pihak Pejabat

Pelajaran Daerah ke atas sekolah

c. Pemantauan secara outside-out : laporan yang dikemukakan atau diterima

daripada masyarakat dan media terhadap program pejabat pelajaran daerah

-18-
Melalui sistem pemantauan di atas, data akan dapat dikumpul dan dianalisis dan

seterusnya laporan dapatan pemantauan akan disediakan oleh pihak urus untuk

dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Memperkasakan Sekolah

Kebangsaan Peringkat Daerah. Hasil daripada perbincangan dalam mesyuarat ini,

kelemahan-kelemahan setiap unit dalam pelaksanaan memperkasakan sekolah

kebangsaan akan dapat dikenal pasti dan tindak ikut akan diambil untuk

penambahbaikan atau mengatasi kelemahan-kelemahan pelaksanaan yang wujud.

9. Penerapan dan Amalan Unsur-Unsur Pengurusan Berkualiti

Untuk menghasilkan pengurusan dan pentadbiran yang cekap dan berkesan bagi

mengurus sesuatu program pendidikan, maka melaksanakan sistem pengurusan

berkualiti menjadi satu kemestian. Untuk itu, pihak pengurusan perlu memberi

penekanan terhadap penerapan dan pengukuhan nilai-nilai kualiti dalam pengurusan

harian dengan mengamalkan unsur-unsur Pengurusan Kualiti Menyeluruh seperti

Etika Perkhidmatan, Integriti, Latihan, Kerja Berpasukan, Kepimpinan dan

Komunikasi. Menyedari bahawa kepimpinan merupakan elemen penting dalam

usaha untuk memperkasakan Sekolah Kebangsaan, maka pihak pengurusan

Pejabat Pelajaran Daerah mesti memastikan bahawa setiap lapisan pengurusan

diberikan kursus pendedahan dalam aspek pengurusan dan kepimpinan agar

tanggungjawab yang diberikan dapat dilaksanakan dengan sempurna. Kursus dan

latihan ini digubal untuk memupuk etika profesional, sense of urgency dan kompeten

agar semua pegawai berkeupayaan memimpin dan melaksanakan visi, misi, dasar

dan pelan tindakan yang telah dirancang untuk memperkasakan Sekolah

Kebangsaan. Dalam usaha memupuk kerjasama dan semangat kerja berpasukan,

-19-
segala usaha yang melibatkan semua unit dalam organisasi digembleng bagi

membentuk satu pasukan bekerja yang mantap. Tanpa penglibatan, komitmen,

kesedaran dan sokongan semua pegawai, maka usaha-usaha memperkasakan

Sekolah Kebangsaan akan gagal. Di samping itu, penglibatan pengurusan atasan

dalam mewujud dan mengekal amalan kerja berkualiti sangat penting bagi menjamin

kecekapan dan keberkesanan organisasi.

10. Sistem Komunikasi

Menyalurkan segala maklumat berkaitan dengan Program Memperkasakan Sekolah

Kebangsaan secara berkesan adalah amat penting dan ini dapat dilakukan melalui

kaedah-kaedah seperti kursus, ceramah, mesyuarat, taklimat, perjumpaan

jawatankuasa, perhimpunan staf, sistem elektronik atau teknologi maklumat dan

komunikasi serta buletin . Dengan adanya sistem komunikasi yang berkesan, maka

kefahaman pegawai dan staf dalam organisasi berkaitan matlamat, objektif, operasi

dan perkembangan semasa memperkasakan Sekolah Kebangsaan akan menjadi

lebih jelas.

11. Perkongsian Pintar

Bagi merealisasikan Program Memperkasakan Sekolah Kebangsaan, segala usaha

yang dijalankan harus dikongsi oleh semua pihak. Hubungan pelbagai dimensi

seperti komuniti, Institusi Pendidikan, Agensi Kerajaan dan Agensi Bukan Kerajaan

yang mantap dan saling melengkapi dapat menjayakan hasrat program itu.

Permuafakatan dan perkongsian pintar antara pelbagai badan dan agensi ini dengan

-20-
Pejabat Pelajaran Daerah akan memanfaatkan pendidikan keseluruhannya.

Perkongsian pintar adalah gabungan strategik yang membawa faedah sinergi

kepada semua pihak terlibat. Dalam konteks pendidikan, konsep perkongsian pintar

boleh dilaksanakan menerusi penglibatan Institusi Pendidikan Tinggi, Persatuan Ibu

Bapa dan Guru, masyarakat, swasta dan korporat bagi meningkatkan pencapaian

kurikulum, kokurikulum, pembangunan infrasruktur, sosial, kebajikan dan

keselamatan, pembangunan sumber manusia, sahsiah dan disipilin pelajar dan

pengumpulan dana bagi melaksanakan semua aktiviti memperkasakan Sekolah

Kebangsaan. Setakat ini perkongsian pintar ini telahpun terjalin antara Pejabat

Pelajaran Daerah dengan Yayasan Al-Bukhary, Yayasan Perak dan Syarikat

Malakoff untuk mejayakan beberapa program pendidikan di daerah. Kepakaran

komuniti setempat dalam bidang masing-masing seperti polis, bomba, tentera,

kesihatan, RELA, PEMADAM, Kolej Komuniti dan Institusi Pengajian Tinggi lain juga

dapat dimanfaat dalam usaha membantu Pejabat Pelajaran Daerah dalam

melaksanakan fokus-fokus yang telah ditetapkan. Bagi memantapkan dan

melaksanakan program permuafakatan, maka adalah penting kerjasama yang wujud

perlulah selaras dengan polisi Kementerian Pelajaran.

Rumusan

Semua unit di Pejabat Pelajaran Daerah mesti dilibatkan dalam Program

Memperkasakan Sekolah Kebangsaan. Pihak kepimpinan mesti memainkan

peranan utama bagi mengerakkan dan memastikan semua anggota jawatankuasa

program ini melaksanakan tugas yang diamanahkan di bawah bidang masing-

masing. Oleh kerana setiap unit di Pejabat Pelajaran Daerah lebih menumpu kepada

-21-
pelaksanaan sasaran kerja tahunan unit-unit masing-masing, maka sudah tentu

keadaan ini memberi kesan kepada usaha-usaha memperkasakan Sekolah

Kebangsaan. Keadaan ini dan juga faktor-faktor lain yang telah dijelaskan di atas

mesti disedari dan diambil tindakan oleh pengurusan dan pentadbiran Pejabat

Pelajaran Daerah. Dengan mengamalkan langkah-langkah yang telah dicadangkan

di atas, kelemahan-kelemahan dan masalah-masalah yang wujud dapat diatasi atau

dikurangkan dan seterusnya meningkatkan kecekapan dan keberkesanan

pengurusan dan pentadbiran Pejabat Pelajaran Daerah dalam memperkasakan

Sekolah Kebangsaan di daerah.

Rujukan

Abdul Shukor Abdullah. (2004). Kepimpinan Unggul Tonggak Pengurusan

Pendidikan Cemerlang. Jurnal Pengurusan dan Kepemimpinan. Jilid 14(1). Genting

Highlands: Institut Aminuddin Baki.

Amir b. Md. Noor. (2004). Kepimpinan Ke Arah Kecemerlangan : Pengalaman

Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. Jurnal Pengurusan dan

Kepemimpinan. Jilid 14(1). Genting Highlands: Institut Aminuddin Baki.

Dr. Abdul Ghani Abdullah, Dr. Ang Keow Ngang & Tn. Hj. Abdullah Sani Yahaya.

(2005). Kesan Amalan Pengurusan Pengupayaan Dalam Pengajaran Pembelajaran

Terhadap Pertambahan Beban dan Persekitaran Kerja Guru. Jurnal Pengurusan dan

Kepemimpinan. Jilid 15(1). Genting Highlands: Institut Aminuddin Baki.

-22-
Jabatan Pelajaran Perak. (1999). Program Pemantauan.

Kerajaan Malaysia. Rancangan Malaysia Kesembilan (2006-2010).

Mohamed bin Abdul Majid. (2004). Membina Keyakinan Masyarakat Terhadap

Sekolah Kebangsaan Dalam Konteks Sekolah Kualiti. Prosiding Seminar Nasional

Pengurusaan dan Kepimpinan Pendidikan Ke-12.

Mohd. Anuar Abdul Rahman, Prof. Madya Dr. Azizi Hj. Yahaya & Hamdan Zainal

Afuad. (2004). Pengupayaan Dalam Pengurusan Sekolah: Satu Tinjauan di

Kalangan Pengurus Pertengahan di Sekolah Menengah di Bandar Johor Bahru.

Prosiding Seminar Nasional Pengurusaan dan Kepimpinan Pendidikan Ke-12.

Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan 1 Tahun1992.

http://www.mampu.gov.my/pdf/pkpa011992.pdf

Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan 1 Tahun 1999.

http://www.mampu.gov.my/pdf/pkpa011999.pdf

Salleh b. Mohd. Husein. (2004). Perkongsian Pintar Memperkasakan Sekolah: Satu

Refleksi. Kertas Kerja dibentangkan di Seminar Pendidikan Berkualiti di Institut

Aminuddin BakI, Genting Highlands pada 29-30 November 2004

Unit Sekolah Rendah. (2005). Program Memperkasakan Sekolah Kebangsaan

Negeri Perak. Jabatan Pelajaran Perak.

Ucapan Menteri Pelajaran Malaysia, Perhimpunan Bulanan Kementerian Pelajaran

Malaysia di Auditorium Parcel D, Putrajaya pada 3 April 2006.

http://www.moe.gov.my/pustaka_jbt_pdf/2006/2006_04_04_Ucapan_bulanan.pdf

-23-
-24-

You might also like