Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 22

Baru-baru ini negara telah dikejutkan dengan fenomena jerebu yang sangat teruk sehinggakan kerajaan telah mengistiharkan

darurat di beberapa kawasan sebagai kawasan yang paling tidak selamat. Jerebu ialah satu fenomena yang disebabkan oleh kewujudan pelbagai partikel kecil yang tidak boleh dilihat oleh mata kasar dan terapung-apung di udara. Partikel-partikel ini mungkin berasal secara semulajadi ataupun kesan sampingan daripada aktiviti manusia. Apabila partikel-partikel ini wujud dalam kuantiti yang banyak dan berkelompok ia boleh menyekat pancaran cahaya matahari ke bumi. Oleh yang demikian, keadaan ini akan mengurangkan jarak pandangan mata kasar.

SOALAN Anda dikehendaki : (a) mendapatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) bagi mengetahui tahap jerebu dan huraikan punca-punca terjadinya jerebu tersebut. (10 markah) (b) mendapatkan data indeks Pencemaran Udara (IPU) yang dilaporkan baru-baru ini dan huraikan dengan ringkas bacaan (IPU) tersebut. (10 markah) (c) Mencadangkan langkah-langkah yang perlu dilakukan bagi mengatasi masalah jerebu yang sering melanda negara kita. (10 markah) (d) Keadaan jerebu yang berterusan akan mendatangkan kesan buruk kepada semua orang terutama golongan yang berisiko tinggi. Huraikan kesan Jerebu terhadap golongan seperti kanak-kanak, orang tua, perokok dan mereka yang mengalami penyakit seperti asma, bronkitis, radang paru-paru, jantung dan yang menghadapi alahan. (10 markah)

[Jumlah: 40 markah]

PANDUAN PELAJAR Anda dinasihatkan:

1.

Merujuk kepada modul dan sumber-sumber bercetak (surat khabar, rencana, dan majalah) atau sumber dalam internet yang boleh dipercayai (contohnya sumber yang disediakan oleh individu atau organisasi yang mempunyai reputasi yang baik)

diperlukan untuk memahami konsep sebelum pelajar dapat memberi contoh yang tepat dan sesuai. 2. Buat pencarian di internet, surat khabar atau majalah berkaitan fenomena Jerebu yang melanda Negara kita untuk mendapatkan pelbagai maklumat berkaitan tugasan. 3. Mendapatkan maklumat dan saudara mara yang mengalami masalah kesihatan (asma, bronkitis, radang paru-paru, jantung serta alahan) bagi menyempurnakan tugasan. 4. Menggunakan gambar foto/lakaran untuk membantu anda menjelaskan hujah jawapan tugasan.

Catatan: Anda perlu menyediakan tugasan ini secara individu. Anda dikehendaki menyenaraikan bahan rujukan yang berkaitan. Digalakkan melampirkan bahan keratan akhbar / majalah / laman web berkaitan sebagai bahan sokongan tugasan. Penulisan bibliografi perlu mengikut format APA. Perlu berbincang dengan tutor tentang cara menulis bibliografi yang betul.

RUBRIK PEMARKAHAN HBHE2203 KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA SEMESTER SEPTEMBER 2013 Kriteria Wajaran Tidak menepati piawai 0 Tidak memaparkan data Indeks Pencemaran Udara (IPU). Lemah 1 Dapat memaparkan data Indeks Pencemaran Udara (IPU) tetapi tidak disertakan dengan ilustrasi. Menepati Sebahagian Piawai 2 Dapat memaparkan data Indeks Pencemaran Udara (IPU) dalam bentuk jadual dan ilustrasi yang ringkas.

Menepati Piawa

(a) Indeks Pencemaran Udara (IPU) untuk mengetahui tahap jerebu

(a) Huraian puncapunca terjadinya jerebu.

1.5

Tidak menyatakan punca berlakunya jerebu.

Dapat menghuraikan sekurangkurangnya satu atau dua punca jerebu.

Dapat menghuraikan sekurang-kurangnya tiga punca jerebu yang bersesuaian dan boleh diterima serta memberikan pandangan dengan fakta yang jelas dan padat.

3 Dapat memaparkan data Indeks Pencemaran Udara (IPU) dalam bentuk jadual yang mudah difahami dan ilustrasi yang baik. Dapat menghuraikan sekurangkurangnya empat punca jerebu yang bersesuaian dan boleh diterima serta memberikan pandangan dengan fakta yan jelas dan padat.

(b) Dapatan data Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang dilaporkan baru-baru ini

0.5

Tiada paparan data Indeks pencemaran udara yang dilaporkan.

Dapat memaparkan data Indeks pencemaran udara yang dilaporkan daripada akhbar atau bahan bacaan tetapi masih kurang jelas.

Dapat memaparkan data indeks pencemaran udara yang dilaporkan daripada akhbar atau bahan bacaan tetapi tidak memenuhi kriteria yang ditetapkan.

Dapat memaparkan data indeks pencemaran udar yang dilaporkan daripada akhbar atau bahan bacaa dengan baik mengikut kriteria yang ditetapkan.

(b) Huraian dengan ringkas bacaan (IPU) tersebut.

Tiada huraian data IPU.

Dapat menghuraikan sekurangkurangnya satu atau dua fakta tentang huraian data IPU dengan baik di kawasan tertentu.

Dapat menghuraikan sekurang-kurangnya tiga fakta berkaitan data IPU secara terperinci dengan merujuk bacaan IPU di kawasan-kawasan tertentu berserta contoh-contoh yang sesuai.

Dapat menghuraikan sekurangkurangnya empat fakta berkaitan data IPU secara terperinci dengan merujuk bacaan IPU secara menyeluruh di kawasan-kawasa tertentu berserta contoh yang sesuai.

(c) Cadangan mengatasi masalah jerebu

2.5

Tidak menyatakan cadangan atau langkah mengatasi masalah jerebu.

Dapat menyatakan hanya satu atau dua langkah yang patut diambil untuk mengatasi masalah jerebu. Tiada contoh disertakan dan huraian yang diberikan terlalu umum.

Dapat menyatakan sekurang-kurangnya tiga cadangan atau langkah yang patut diambil untuk mengatasi masalah jerebu beserta dengan contoh-contoh yang munasabah dan huraian yang agak baik.

Dapat menyatakan sekurangkurangnya empat cadangan atau langkah yang patut diambil untuk mengatasi masalah jerebu dengan baik berserta contohcontoh yang munasabah dan releven serta huraian yang baik dan matang.

(d) Huraian kesan Jerebu terhadap golongan seperti kanakkanak, orang tua, perokok dan pesakit

2.5

Tidak menghuraikan kesan jerebu kepada golongan kanak-kanak dan mereka yang berisiko.

Dapat menghuraikan satu atau kesan jerebu terhadap golongan kanak-kanak, orang tua, perokok dan mereka yang berisiko serta menghadapi alahan. Tiada gambar disertakan sebagai bukti.

Dapat menghuraikan sekurang-kurangnya tiga kesan jerebu terhadap golongan kanak-kanak, orang tua, perokok dan mereka yang berisiko serta mengahadi alahan. Myertakan hanya sebahagian sahaja gambar sebagai sokongan penulisan.

Dapat menghuraikan sekurangkurangnya empat kesan jerebu terhadap golongan seperti orang tua, kanakkanak, perokok dan mereka yang mengalami penyakit seperti asma, bronkitis, radang paru-paru jantung serta alahan.

Menyertakan gambar-gambar yang menarik yang dapat meningkatkan kefahaman dan sokongan kepada penulisan.

TOTAL MARKS

Jerebu & Kesihatan


Apa itu jerebu? Jerebu adalah keadaan di mana kualiti udara yang tidak baik dengan kehadiran partikel (opalescent) di atmosfera yang akan mengurangkan jarak penglihatan. Ia disebabkan oleh pencampuran konsentrasi bahan pencemar udara yang tinggi yang dilepaskan merata-rata dan menyerap sinaran matahari di atmosfera. Apakah bahan pencemaran udara yang bertanggungjawab kepada kesan kesihatan semasa jerebu? Bahan utama pencemar udara semasa jerebu termasuk:

Bahan partikel yang berukuran kurang dari 10mm/m3 diameter Ozon Gas karbon monoksida Gas nitrogen dioksida Sulfur dioksida

Indeks Pencemaran Udara (IPU) dan Kesan Kesihatan Apakah Indeks Pencemaran Udara? IPU ialah indeks yang dibentuk berdasarkan kepada lima bahan pencemar udara seperti yang di atas untuk menunjukkan status kualiti udara dan hubungannya kepada kesihatan dalam pemahaman yang mudah untuk mengambil tindakan seterusnya. Nilai IPU: Nilai IPU 0 hingga 50 51 100 101 200 Status Kualiti Udara Diskripsi Baik Sederhana Tidak sihat Kumpulan berisiko mungkin akan terjejas

201 300 Lebih daripada 300

Sangat tidak sihat Bahaya

Orang ramai terjejas Orang ramai terjejas

Apakah kemungkinan kesan jerebu ke atas kesihatan? Kesan jerebu ke atas kesihatan dikaitkan dengan tahap keterukan status kualiti udara. Semakin tinggi tahap IPU, semakin bertambah kesannya kepada kesihatan. Faktor-faktor lain seperti jangka masa dan intensiti aktiviti luar, tabiat merokok, umur, dan status kesihatan seseorang individu memainkan peranan penting dalam memberi kesan kepada kesihatan. Kemungkinan kesan kesihatan termasuk;

Kesukaran untuk bernafas Serangan jantung Gatalgatal pada tekak Gatalgatal pada mata Jangkitan pada bahagian atas saluran pernafasan Gatalgatal pada kulit

Kumpulan yang berisiko Siapakah yang berisiko mendapat kesan kesihatan? Kebanyakan orang adalah berisiko mendapat kesan kesihatan. Walau bagaimanapun, sesetengah kumpulan adalah lebih tinggi risikonya untuk mendapat kesan kesihatan ini. Kumpulan ini termasuk;

Kanakkanak Warga emas Pesakit yang mempunyai masalah pernafasan seperti asma dan radang pada saluran pernafasan (bronchitis). Pesakit yang menghidapi penyakit jantung dan alahan. Perokok

Pencegahan Bagaimanakah saya dapat mencegah atau mengurangkan kesan kesihatan akibat jerebu? Tiptip kesihatan untuk mengurangkan kesan jerebu kepada kesihatan.

Kurangkan aktiviti luar. Jangan merokok. Banyakkan minum air sekurang-kurangnya 2 liter sehari.

Selalu membasuh tangan dan muka selepas melakukan aktiviti luar.

Dapatkan nasihat perubatan.

Gunakan topeng pernafasan apabila tahap kualiti udara tidak sihat.

Pastikan persekitaran dalam rumah adalah bersih.

Jika anda menghidapi asma atau penyakit jantung, sila pastikan anda

Mempunyai bekalan ubat-ubatan yang cukup. Mengambil ubat-ubatan seperti yang diarahkan. Berjumpa doktor dengan segera jika keadaan menjadi semakin teruk.

Siapakah yang perlu saya rujuk? Keterangan lanjut boleh diperolehi daripada doktor anda di: Unit Kesihatan Persekitaran Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan Malaysia Semakan Akhir Penulis Penyemak : 26 April 2012 : Dr. Norlen Mohamed : Dr. Marzida Abd Latib

APA DIA JEREBU? Jerebu adalah satu fenomena tradisi atmosfera di mana debu, habuk, asap dan lain-lain zarah mencemar kejelasan langit. Kod panduan Organisasi Meteorologi, Dunia ("World Meteorological Organization") termasuk pengelasan pengaburan mendatar ke dalam kategori kabus, kabus ais, kabus wap, kabus, jerebu, asap, abu gunung berapi, habuk , pasir dan salji. Ia juga dianggap fenomena udara kering. BAGAIMANA JEREBU BERLAKU? Fenomena ini biasanya terjadi jika zarah, debu dan asap berkumpul pada hari yang kering. Zarah-zarah kecil ini berkumpul di paras rendah atmosfera dan akan mengaburi pandangan dan mungkin menyebabkan masalah pernafasan. Jerebu tebal juga dikenali sebagai asbut (sejenis pencemaran udara berat). Jerebu juga terhasil daripada tindak balas kimia yang kompleks yang berlaku seperti gas sulfur dioksida yang dikeluarkan semasa pembakaran ditukarkan kepada titisan seni asid sulfurik. Reaksi ini dipertingkatkan dengan kehadiran cahaya matahari, kelembapan tinggi, dan keheningan udara. DARI MANA SUMBER JEREBU? Sumber partikel jerebu termasuk pertanian (membajak dalam cuaca kering), lalu lintas, industri dan kebakaran hutan, kebakaran gambut, pembakaran terbuka serta asap perindustrian dan kenderaan. BENTUK JEREBU Dilihat dari jauh (contohnya kapal terbang yang menghampiri) dan bergantung pada arah penglihatan berbanding dengan kedudukan matahari, jerebu mungkin kelihatan keperangan atau kebiruan, manakala kabus cenderung kelihatan biru-kelabu. Manakala jerebu sering dianggap sebagai satu fenomena udara kering, pembentukan kabus merupakan fenomena udara lembap. Walau bagaimanapun, zarah jerebu boleh bertindak sebagai nukleus pemeluwapan untuk pembentukan titisan kabus berikutnya; bentuk jerebu seperti itu dikenali sebagai "jerebu basah." PENCEMARAN UDARA Indeks Pencemaran Udara

Indeks Pencemaran Udara (IPU) merupakan salah satu cara untuk mengetahui tahap teruknya jerebu. Ia melibatkan pengukuran kuantiti zarah halus merbahaya seperti karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida dan ozon. Pengelasan tahap kualiti udara mengikut IPU adalah seperti berikut: Nilai IPU Kualiti udara 0 - 50 Baik 51 - 100 Sederhana 101 - 200 Tidak sihat 201 - 300 Sangat tidak sihat 301 - 400 Berbahaya 401 - 500 Sangat berbahaya Lebih 501 Darurat LAGI SEBAB DAN PUNCA JEREBU Jerebu sering berlaku apabila debu dan asap zarah berkumpul di udara yang agak kering. Apabila keadaan cuaca menghalang penyebaran asap dan bahan cemar lain, ia memekat dan membentuk tabir rendah yang biasanya tergantung rendah yang menjejaskan penglihatan dan mungkin menjadi ancaman kesihatan pernafasan. Pencemaran industri pula boleh menyebabkan jerebu tebal, yang dikenali sebagai asbut. Sejak tahun 1991, jerebu telah menjadi masalah yang meruncing di Asia Tenggara, kebakaran hutan di Indonesia yang dibakar bagi membersihkan tanah menjadi punca. Sebagai tindak balas pada jerebu 1997 di Asia Tenggara itu, negara-negara ASEAN bersetuju dengan Pelan Tindakan Jerebu Serantau (1997). Pada tahun 2002, semua negara ASEAN kecuali Indonesia menandatangani Perjanjian Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan , tetapi pencemaran masih merupakan masalah pada hari ini. Di bawah perjanjian itu sekretariat ASEAN menjadi tuan rumah penyelarasan dan unit sokongan. MASALAH KESIHATAN AKIBAT JEREBU
Jerebu

boleh menyebabkan masalah kesihatan terutamanya kepada:

Kanak-kanak Orang tua Pesakit lelah dan penyakit pernafasan lain Perokok Antara gejala akibat pendedahan kepada jerebu ialah: Iritasi kerongkong dan batuk-batuk Kesukaran bernafas atau hidung tersumbat Iritasi di mata serta mata yang merah Kulit terasa gatal Antara perkara yang boleh dilakukan untuk mengelak masalah-masalah di atas ialah:

Jangan keluar rumah serta tutup semua pintu dan tingkap Pakai topeng muka yang mempunyai penuras jika terpaksa keluar Kurangkan pengunaan kenderaan terutama motosikal Sentiasa basuh bahagian yang terdedah; mandi Selalu minum air Sediakan ubat jika anda mempunyai penyakit pernafasan Makan madu 2 sudu setiap hari, guna sudu plastik.

KESAN JEREBU

Jerebu menimbulkan isu dalam penggambaran bumi ("terrestrial photography"), di mana penembusan sejumlah besar atmosfera tebal mungkin perlu bagi mengambil gambar subjek jarak jauh. Ini menghasilkan kesan pandangan seperti kehilangan perbandingan ("kontras") pada subjek, akibat dari kesan penyelerakan cahaya melalui partikal jerebu. Disebabkan ini, warna matahari terbit dan terbenam kelihatan kelam pada hari berjerubu, dan bintang mungkin kabur pada waktu malam. Dalam sesetengah kes, kemerosotan akibat jerebu amat teruk sehinggakan pada waktu matahari terbenam, matahari hilang sama sekali sebelum mencecah ufuk. KRONOLOGI JEREBU DI ASIA TENGGARA Jerebu merupakan satu masalah BESAR di Asia Tenggara akibat pembakaran hutan yang tidak terkawal. Akibat jerebu teruk pada September 1997, 7 anggota ASEAN telah menandatangani Perjanjian ASEAN mengenai Jerebu Merentas Sempadan (ASEAN Agreement on Transboundary Haze Pollution) pada 2002.

Perbatasan angin sejuk, dikaitkan dengan asbut, di Laut Kuning. Perbatasan angin sejuk, ketika bergerak ke selatan, menyerap asbut dari timur China membentuk "perbatasan asbut" Pada Ogos 2005 , kebakaran hutan di Sumatera dan Kalimantan menyebabkan keadaan jerebu yang agak teruk di pantai barat Semenanjung Malaysia terutamanya di sekitar Lembah Klang. Dua kawasan diisytiharkan darurat iaitu Kuala Selangor dan Pelabuhan Klang setelah IPU di dua kawasan itu mencecah lebih 500. Pada 2006, masalah jerebu berulang lagi. Pada Jun 2013 jerebu datang kembali seluruh Asia Tengara terutamanya di Singapura & Malaysia. Di Malaysia, kawasan yang paling teruk terjejas adalah di Muar dan Ledang yang terletak di Johor. IPU di kawasan tersebut mencecah sehingga 746 pada jam 7 pagi 23 Jun 2013 dan kawasan ini telah pun diisytihar darurat. Bagi kawasan - kawasan lain, IPU juga mencatatkan peningkatan yang tinggi. Di Kuala Lumpur dan Selangor, sekolah - sekolah telah diarah tutup pada 24 Jun 2013 bagi mengelakkan kesan kesihatan yang teruk kepada para pelajar.

Ramai yang menuding jari menyalahkan sana dan sini bila berlaku jerebu teruk sehingga menjejaskan kehidupan. Pasti ada sesuatu yang Allah mahu berikan peringatan kepada kita selaku hambanya. Memanglah dari sudut saintifik seperti yang dijelaskan di atas, ia berpunca dari pembakaran terbuka dan sebagainya namun itu adalah kuasa Allah. Banyak hikmah atau kebaikan tersembunyi disebalik berlakunya bencana jerebu ini. Antara kebaikannya : 1. Guru yang belajar setiap weekend, sudah pasti dapat menyiapkan Ringkasan Pengajaran Harian (RPH) di rumah pada hari cuti seperti hari ini atau menanda Kad Kemajuan murid.

2. Dapat berehat sebentar dari suasana terkejar-kejar untuk punch card setiap hari. 3. Ibu bapa yang bercuti dapat memperuntukkan masa yang berkualiti dengan anak-anak. 4. Bagi blogger, boleh fikirkan cara untuk update blog dan buat banyakbanyak entri auto publish.

Catatan terkini IPU Jerebu di Malaysia yang terjejas 24 June 2013

Berikut adalah carta Indeks Pencemaran Udara (IPU) bagi negeri dan daerah yang terjejas dengan bencana jerebu yang telah direkodkan pada Isnin berdasarkan rujukan daripada laman web rasmi Jabatan Alam Sekitar

Petunjuk

API 0-50

Status Baik / Good

51-100 Sederhana / Moderate 101Tidak Sihat / Unhealthy 200 201Sangat Tidak Sihat / Very Unhealthy 300 >301 Berbahaya / Hazardous 7 Negeri Lokasi AM Johor Johor Kota Tinggi Larkin Lama 78* 111* AM 74* 107* PM 68* 108* 11 5

Johor Johor Kedah Kedah Kedah

Muar Pasir Gudang Alor Setar Bakar Arang, Sg. Petani Langkawi SMK Tanjung Chat, Kota

148* 83* 63* 75* 58*

132* 75* 64* 77* 57*

125* 74* 64* 98c 55*

Kelantan Bharu Kelantan Melaka Melaka Negeri Sembilan Negeri Sembilan Negeri Sembilan Pahang Pahang Pahang Perak Perak Perak Perak Perak Perlis Pulau Pinang Pulau Pinang Pulau Pinang Sabah Tanah Merah Bandaraya Melaka Bukit Rambai Nilai Port Dickson Seremban Balok Baru, Kuantan Indera Mahkota, Kuantan Jerantut Jalan Tasek, Ipoh Kg. Air Putih, Taiping S K Jalan Pegoh, Ipoh Seri Manjung Tanjung Malim Kangar Perai Seberang Jaya 2, Perai USM Keningau

108*

114*

114*

90* 182* 260* 145* 335* 153* 198* 171* 106* 70* 63* 79* 141* 128* 62* 72* 79* 70* 78*

93* 141* 170* 149* 292* 169* 191* 166* 111* 73* 66* 82* 148* 137* 63* 72* 79* 71* 77*

98* 128* 150* 150* 193* 171* 147* 138* 123* 87* 76* 100* 171* 152* 63* 83* 88* 81* 74*

Sabah Sabah Sabah Sarawak Sarawak Sarawak Sarawak Sarawak Sarawak Sarawak Sarawak Sarawak Sarawak Selangor Selangor Selangor Selangor Selangor Terengganu Terengganu Terengganu Wilayah Persekutuan Wilayah Persekutuan Wilayah Persekutuan Wilayah Persekutuan

Kota Kinabalu Sandakan Tawau Bintulu ILP Miri Kapit Kuching Limbang Miri Samarahan Sarikei Sibu Sri Aman Banting Kuala Selangor Pelabuhan Kelang Petaling Jaya Shah Alam Kemaman Kuala Terengganu Paka Batu Muda,Kuala Lumpur Cheras,Kuala Lumpur Labuan Putrajaya

76* 50* 39* 75* 75* 63* 70* 72* 81* 74* 85* 85* 64* 178* 117* 296* 198* 157* 249* 95* 159* 191* 157* 82* 155*

75* 50* 41* 77* 76* 66* 72* 73* 82* 75* 88* 102* 67* 180* 128* 288* 193* 162* 253* 98* 158* 198* 160* 80* 152*

73* 51* 41* 73* 80* 71* 75* 69* 84* 78* 92* 106* 70* 209* 157* 319* 196* 171* 197* 100* 151* 189* 168* 79* 156*

Nota * =Habuk Halus (PM10) a =Sulfur Dioksida (SO2) | c = Ozon (O3) | d = Karbon Monoksida (CO)

b =Nitrogen Dioksida (NO2) | & = Lebih daripada satu pencemar 7295 328

My Sumber - http://www.mysumber.com/berita/bacaan-terkini-indeks-ipu-jerebu-24-jun-2013-seluruhnegeri#ixzz2jgVchhuO

JEREBU boleh dikatakan masalah berulang di rantau Asia Tenggara akibat pembakaran terbuka atas alasan membersihkan kawasan hutan untuk tujuan pertanian. Sehingga kini kawasan yang paling teruk terjejas akibat jerebu adalah di Muar dan Ledang yang terletak di Johor. Indeks Pencemaran Udara (IPU) di kawasan tersebut mencecah sehingga 746 pada jam 7 pagi 23 Jun lalu dan telah pun diisytihar darurat. Di Kuala Lumpur dan Selangor, sekolah-sekolah telah diarah tutup pada 24 Jun 2013 bagi mengelakkan kesan kesihatan yang teruk kepada para pelajar. Pakar Perunding Kanan Perubatan, Jabatan Perubatan, Hospital Sultanah Zahirah, Kuala Terengganu, Terengganu, Datuk Dr. A. Shukri Datuk Md Salleh berkata, pencemaran udara tidak boleh dipandang ringan. Jika air yang tercemar, kita mempunyai pilihan untuk mencari sumber yang bersih tetapi apabila udara tercemar kita masih perlu bernafas seperti biasa. Air yang diminum melalui beberapa proses di dalam badan sebelum diserap ke dalam darah dan keluar sebagai air kencing dan peluh, sedangkan udara yang disedut terus masuk melalui hidung dan diserap di paru-paru," katanya lagi. Kajian menunjukkan jerebu bukan saja membawa asap tetapi juga bahan-bahan lain semasa bertiup dari kawasan pembakaran seperti partikel, mikrob, toksik (bahan kimia) dan alergen. Bahan ini akan menyebabkan pelbagai penyakit berkaitan dengan pernafasan seperti asma, bronkitis, batuk, demam, selesema, penyakit kulit dan sinus. Secara tidak langsung akan menyebabkan kos bil hospital yang tinggi dan produktiviti menurun," katanya. Semasa jerebu, kita tidak digalakkan keluar rumah tetapi adakah persekitaran di dalam bangunan sihat? Dr. Shukri berkata, pengguna perlu memastikan persekitaran di dalam bangunan, rumah serta kereta bersih bagi mengurangkan kesan jerebu.

Jika air, kita menggunakan penapis air bagaimana pula dengan udara?" soalnya. Dr. Shukri berkata, apabila berada di dalam rumah, kita perlu pastikan keadaan persekitaran rumah yang bersih. Kita perlu memastikan aliran udara yang baik, penghawa dingin diservis, permaidani dibersih, minum air yang banyak, pakaian dicuci dengan bersih dan keadaan dalaman kereta yang bersih," katanya. Pencemaran udara adalah campuran antara bahan semulajadi dan perbuatan manusia termasuk pembakaran hutan dan lain-lain yang menghasilkan partikel kecil, ozon dan gas seperti nitrogen oksida, karbon monoksida dan bahan-bahan kimia yang berada di udara yang disedut oleh manusia. Pendedahan kepada udara tercemar seperti jerebu boleh menyebabkan kegatalan pada kulit, mata, penyakit paru-paru seperti lelah, bronkitis, resdung dan sekiranya berpanjangan boleh menyebabkan penyakit kardiovaskular, darah tinggi dan juga kematian. Terdapat bukti yang menunjukkan pendedahan udara tercemar secara berpanjangan juga boleh membantut perkembangan paru-paru di kalangan kanak-kanak. Kita juga masih terdedah kepada jerebu bila berada di dalam bangunan tertutup kerana udara tercemar masih boleh masuk melalui saluran udara luar (fresh air) yang masuk ke dalam unit penghawa dingin sepusat (Air Handling Unit). Oleh itu langkah berjaga-jaga masih perlu di ikuti sebagaimana berada di luar bangunan," katanya. Bagaimanapun Pengarah Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan yang juga Pensyarah Kanan, Unit Perubatan Pekerjaan dan Persekitaran, Perubatan Pekerjaan dan Persekitaran, Universiti Putra Malaysia (UPM) Dr. Mohd. Rafee Baharudin berkata, beberapa langkah perlu dilakukan memandangkan kejadian jerebu boleh dikatakan sering berlaku. Masalah yang dihadapi seperti topeng muka yang tidak sesuai untuk semua peringkat usia. Buat masa sekarang, tidak terdapat topeng yang sesuai untuk kanak-kanak kerana saiz topeng adalah mengikut saiz orang dewasa," katanya. Kanak-kanak yang memakai topeng orang dewasa masih terdedah kepada partikel-partikel jerebu jika pemakaiannya tidak sempurna seperti di bahagian tepi yang longgar. Dr. Mohd. Rafee menegaskan bahawa satu peraturan menghadkan penggunaan jalan raya semasa IPU berada di tahap berbahaya perlu diadakan supaya ianya dapat mengurangkan bilangan kenderaan yang banyak di jalan raya yang seterusnya akan meningkatkan lagi tahap pencemaran kualiti udara. Ianya tidak mustahil untuk dilakukan terutamanya bagi tujuan menjaga kesihatan penduduk di negara ini. Pihak berkuasa juga hendaklah perlu memastikan bekalan topeng muka adalah sentiasa mencukupi terutamanya di waktu insiden jerebu ini," katanya.

Sistem komunikasi yang berkesan juga harus diadakan seperti menggunakan balairaya, balai bomba, balai polis dan sekolah sebagai tempat rujukan atau menyebarkan maklumat yang tepat dan tidak mengelirukan. Selain itu menurut Dr. Rafee, pendedahan awal mengenai jerebu juga amat penting, misalnya memberikan penerangan kepada pelajar mengenai betapa pentingnya menjaga alam sekitar dari sebarang pencemaran. Pihak industri yang berkaitan juga perlu menjalani kursus seakan induksi bagi memberikan pendedahan mengenai pentingnya menjaga alam sekitar," katanya. Pihak berkuasa juga perlu peka terhadap golongan berisiko yang bukan sahaja kanak-kanak sekolah tetapi juga taska, tadika, pusat penjagaan bayi serta pusat penjagaan warga emas. Ini kerana peningkatan penyakit respiratori didapati meningkat melebihi 100 peratus di kalangan bayi, kanak-kanak, ibu hamil dan warga emas terutamanya bagi kawasan yang diistiharkan darurat. Dr. Rafee juga menyarankan pengguna agar lebih berhati-hati semasa makan di kafetaria terbuka kerana makanan yang terdedah itu dikhuatiri turut tercemar dengan bahan pencemar yang ada dalam jerebu. "Biasanya makanan yang terdedah kepada bahan kimia berbahaya yang ada dalam jerebu dikhuatiri akan memberikan kesan negatif kepada pengguna," katanya. Aktiviti sukan di luar juga perlu dikurangkan sama ada di peringkat sekolah, universiti, badan-badan sukan tempatan mahupun antarabangsa. Dr. Rafee menambah, ramai yang tidak sedar mengenai bahan kimia dalam jerebu yang masuk ke dalam tubuh badan dan kesan jangka panjang akibat pendedahannya. Jerebu sebenarnya menyebabkan masalah kesihatan awam dan kesihatan pekerjaan secara tidak langsung. Ini melibatkan mereka yang bekerja di luar seperti petani, ranjer, polis, posmen, pegawai penguatkuasa dan pekerja binaan," katanya. Selain itu, bahan-bahan pencemar yang ada dalam udara bukan saja berbahaya kepada kesihatan manusia tetapi juga kepada haiwan dan tumbuhan serta didapati mengurangkan nilai estetika bangunan (menjadikannya pudar). Pembaca boleh mendapatkan maklumat terkini bacaan IPU dengan melayari laman web http://www.doe.gov.my/apims/ atau http://www.nre.gov.my/malay/ pages/IPU.aspx

0Share 15Share 0Share 0Share 0Share 0Share 0Share

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Kesihatan/20130630/kn_02/Bahaya-jerebu#ixzz2k9qDWHNY Utusan Melayu (M) Bhd

TINDAKAN DI PERINGKAT TEMPATAN Berikutan kebanyakan kawasan di Semenanjung Malaysia mengalami kemerosotan kualiti udara pada tempoh lebih seminggu lalu, Ketua Pengarah Alam Sekitar telah mengeluarkan Perintah Larangan Pembakaran Terbuka di bawah Seksyen 29AA(2) Akta Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2001 KECUALI bagi beberapa aktiviti iaitu pembakaran mayat, pembakaran bagi tujuan keagamaan dan gril/barbeku yang tidak dilakukan di kawasan tanah gambut:i. Pada 25 Jun 2013 meliputi seluruh negeri Perak dan Pulau Pinang; ii. Pada 24 Jun 2013 meliputi seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Negeri Sembilan, Pahang dan Terengganu; dan iii. Pada 19 Jun 2013 meliputi seluruh negeri Selangor, Melaka dan Johor. Semua Perintah Larangan tersebut adalah masih berkuatkuasa sehingga masa kini. Jabatan Alam Sekitar (JAS) mengawasi dengan rapi status kualiti udara di seluruh negara dan telahpun menggerakkan Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan dan mengaktifkan Pelan Tindakan Mencegah Pembakaran Terbuka di semua negeri. Selain daripada itu Jabatan Alam Sekitar juga telah mempertingkatkan pelaksanaan Prosedur Tetap Operasi (SOP) Program Pencegahan Kebakaran Tanah Gambut Yang Mudah Terbakar bagi mencegah dan mengawal sebarang punca tempatan yang boleh menyumbang kepada kemerosotan kualiti udara. JAS juga mempertingkatkan penguatkuasaan ke atas pelepasan asap dari kenderaan bermotor dan pelepasan dari industri.

http://www.sinarharian.com.my/nasional/jas-ipu-pada-27-jun-1.176671

Jerebu yang menimpa Malaysia adalah jerebunya yang paling teruk sejak 2005, bermula dengan Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencapai 172 pada 19 Jun 2013.[35] Pada 17 Jun, hanya dua bacaan IPU tidak sihat yang direkodkan, satu pengurangan daripada enam kawasan tidak sihat pada 16 Jun.[36][37] Menurut Jabatan Alam Sekitar Malaysia, dua kawasan tersebut adalah Kemaman, Terengganu (118) dan Balok Baru, Kuantan, Pahang (110).[36] Pada 19 Jun, bacaan IPU pada jam 5 petang oleh Jabatan Alam Sekitar Malaysia menunjukkan yang negeri yang menerima impak paling teruk daripada jerebu ini ialah negeri Johor dan Melaka. Setakat masa itu, bacaan tertinggi di Johor adalah 172, dicatatkan di Muar, manakala bacaan di Melaka pula adalah 161, dicatatkan di ibu negeri Melaka, Bandar Melaka.[38] Pada 20 Jun 2013, masalah jerebu di Malaysia meruncing. Johor dan Melaka kekal sebagai negeri-negeri yang terjejas paling teruk. Di Johor, Muar merekodkan bacaan yang merbahaya (383) pada 11 pagi, bacaan yang paling teruk antara semua bacaan. Kota Tinggi mencatatkan IPU kedua teruk, mencecah paras Sangat tidak sihat 232. Di Melaka, bacaan IPU 137 dicatatkan di Kota Melaka, melebihi IPU Tidak sihat. Bacaan di bahagian-bahagian lain Malaysia berjulat antara Baik ke Tidak sihat.[39] Pada 21 Jun 2013, Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan yang jerebu ini tidak akan surut sehingga 26 Jun, ketika ribut tropika Bebinca diramalkan bertiup dari arah barat daya dan membawa asap dari Sumatera ke Malaysia Barat. Jabatan Kesihatan Negeri Johor juga telah meramalkan peningkatan peratusan penduduk dengan penyakit saluran pernafasan atas sebanyak sekurang-kurangnya 21%.[40] Ada juga kerisauan yang jerebu ini mungkin mengganggu jelajah berbasikal Jelajah Malaysia pada minggu berikutnya.[41]

Pada 23 Jun 2013, Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Muar, Johor memuncak ke 746 pada 7 pagi yang jauh melebihi julat minimum tahap Berbahaya, menyebabkan pengisytiharan darurat di Muar dan Ledang (yang kemudiaannya ditarik balik pada pagi 25 Jun), menyebabkan bandarbandar ini boleh dikatakan ditutup.[42][43] Pada 24 Jun 2013, angin yang beralih arah meniup jerebu ini ke arah utara, jauh dari Johor dan Singapura dan ke arah Melaka, Selangor, Negeri Sembilan, Perak dan Pulau Pinang. Jerebu ini juga telah melitupi pantai timur, terutama sekali negeri Terengganu, Pahang dan Kelantan. Kualiti udara di Semenanjung Malaysia utara dan tengah juga telah menjadi semakin teruk.[6] Kuala Lumpur merekodkan bacaan IPU Tidak sihat 198 pada jam 11 pagi yang menyatakan bacaan di Kuala Lumpur yang pertama di ambang julat Sangat tidak sihat dalam musim jerebu. Port Dickson terjejas paling teruk daripada jerebu ini dengan bacaan IPU memasuki julat Berbahaya dengan bacaan 335 pada 7 pagi, tetapi angka ini menurun ke bacaan Sangat tidak sihat 292 pada 11
Di Malaysia tahap kualiti udara ditunjukkan oleh Indeks Pencemaran Udara (IPU). Tahap kualiti udara yang teruk ialah IPU 101-400. Masalah jerebu berpunca daripada kegiatan manusia iaitu pertama melalui pambakaran hutan secara besar-besaran tanpa menimbangkan kesan terhadap alam sekitar seperti yang dilakukan di Kalimantan dan Indonesia akhir-akhir ini telah menyebabkan masalah jerebu di negara kita. Kedua, pengeluaran asap yang tidak terkawal dari kawasan perindustrian seperti kawasan perindustrian yang menggunkan minyak dan arang batu sebagai bahan api. Selain itu bahan-bahan pencemar juga dilepaskan daripada proses-proses yang terdapat di dalam industri seperti industri petrokimia dan industri kuari. Contoh kawasan perindustrian ialah Seguntor di Sandakan dan Lembah Klang. Industri yang berasaskan kayu juga mengundang masalah masalah jerebu. Bahan-bahan buangan sisa industri ini seperti habuk-habuk kayu, kulit-kulit kayu dan serpihan-serpihan kayu biasanya dilupuskan secara dibakar. Pembakaran akan menyebabkan karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen oksida, hidrokarbon di samping debu, dan habuk terampai dibebaskan ke udara yang kesemuanya boleh manambah-burukkan lagi masalah pencemaran udara dan jerebu.Selain itu, asap hasil dari pertambahan bilangan kenderaan di jalan raya juga menyebabkan pertambahan asap-asap di kawasan sekitarnya. Ketiga,masalah jerebu juga berpunca daripada faktor semulajadi iaitu fenomena El-Nino. Akibat dilanda El-Nino, suhu perairan di Lautan Pasifik meningkat secara tinggi berikutan pergerakan angin timuran yang perlahan di tengah dan barat perairan tersebut. Pada masa yang sama, Asia Tenggara akan mengalami musim kemarau yang kering memudahkan kebakaran hutan seperti yang berlaku di Sumatera dan Kalimantan. Akibatnya, asap terlepas ke ruang udara dan terperangkap di ruang angkasa sehingga menghasilkan keadaan yang berjerebu

You might also like