Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 14

SURUHANJAYA COBBOLD

PENUBUHAN SURUHANJAYA COBBOLD


Satu episod penting dalam sejarah penubuhan Malaysia berlaku semasa perbincangan diadakan di London pada 20-22 November 1961, iaitu ketika mana satu keputusan dicapai untuk menubuhkan sebuah suruhanjaya bagi menyiasat pendapat dan pandangan rakyat di Borneo Utara dan Sarawak berhubung gagasan Malaysia. Susulan dari itu, pada 16 Januari 1962, sebuah suruhanjaya bebas dan berkecuali dibentuk.

Suruhanjaya tersebut yang dikenali sebagai Suruhanjaya Cobbold nyata memainkan peranan yang sangat penting dalam rentetan penubuhan Malaysia. Pelaksanaan tugas oleh suruhanjaya ini telah menghasilkan sebuah laporan penting yang dikenali sebagai Penyata Suruhanjaya Penyiasat Borneo Utara dan Sarawak. Penyata inilah yang menjadi asas rujukan dan bukti persetujuan oleh majoriti rakyat Borneo Utara dan Sarawak untuk bersama-sama Persekutuan Tanah Melayu dan Singapura membentuk persekutuan baru Malaysia.

Pengerusi Lord Cobbold

2 Ahli dilantik oleh kerajaan British

2 Ahli dilantik oleh Persekutuan Tanah Melayu.

Sir Anthony Abell

Sir David Watherston

Dato' Wong Pow Nee dan En

Muhammad Ghazali Shafie

TUJUAN PENUBUHAN
Adalah untuk menyiasat buah-buah fikiran rakyat di Borneo Utara dan Sarawak berkenaan kemasukan kedua-dua negeri tersebut ke dalam Persekutuan Malaysia dan seterusnya membuat syor-syor setelah mempertimbangkan buahbuah fikiran tersebut.

BIDANG TUGAS SURUHANJAYA COBBOLD


Sebelum memulakan penyiasatan, suruhanjaya terlebih dahulu meneliti syor-syor dalam Memorandum On Malaysia yang dikemukakan oleh MSCC pada 3 Februari 1962. Syor-syor yang terkandung dalam memorandum khas ini lebih menyentuh syaratsyarat dan hak-hak perlindungan berperlembagaan yang khusus untuk rakyat di Borneo. Dalam pada itu, kertas-kertas putih disebarkan kepada rakyat di kedua-dua negeri supaya mereka mendapat pemahaman lebih jelas mengenai Malaysia serta faham tujuan kehadiran anggota suruhanjaya untuk menjalankan tinjauan berkenaan. Di sepanjang tempoh dua bulan bermula dari 19 Februari hingga 18 April 1962, ahli-ahli suruhanjaya telah melakukan lawatan di 35 buah tempat di sekitar Borneo Utara dan Sarawak termasuk kawasan-kawasan pedalaman yang melibatkan 50 perjumpaan dengan sejumlah 4000 orang.

Dalam siri-siri lawatan dan tinjauan yang dibuat, suruhanjaya melaporkan menerima 2,200 keping surat dan memorandum daripada pelbagai persatuan, parti politik, pertubuhan keagamaan, kemasyarakatan dan kesatuan sekerja, dewan-dewan perdagangan, ketua-ketua kaum, orang-orang kenamaan serta individu di kedua-dua negeri tersebut. Segala perkara berbangkit semasa perjumpaan dan perbincangan dengan ketua-ketua kaum dan pertubuhan dan melalui surat dan memorandum yang diterima, telah menghasilkan input-input yang berguna untuk perhatian dan penelitian suruhanjaya. Laporan-laporan penyiasatan suruhanjaya di Sarawak dan di Borneo Utara ini dimuatkan secara berasingan dalam Penyata Cobbold disusuli dengan syor-syor suruhanjaya. Syor-syor oleh suruhanjaya pula dibahagi kepada syor-syor berkaitan perkara am, syor-syor daripada ahli-ahli yang mewakili kerajaan British dan syorsyor daripada ahli-ahli yang mewakili Persekutuan Tanah Melayu.

Enam lampiran dikepilkan dalam Penyata Cobbold untuk rujukan seperti : i. Jadual lawatan suruhanjaya, ii. Cabutan banci, iii. Dasar-dasar utama British, iv. Istilah dan maksud 'bumiputera' dalam perundangan, v. Kertas-kertas kerajaan Borneo Utara dan Sarawak mengenai Malaysia. vi. Memorandum mengenai Malaysia yang dikemukakan oleh MSCC. Turut dikepilkan ialah peta negeri-negeri Borneo 1953 (Pindaan 1962).

Penyata Cobbold yang siap pada 21 Jun 1962 telah diterbitkan dan diumumkan pada 1 Ogos 1962. Penyata utama disediakan dalam bahasa Inggeris dengan naskhah terjemahan dibuat dalam bahasa Melayu dan Cina.

ASAS-ASAS PERSETUJUAN
Berdasarkan hasil tinjauan yang dilakukan, suruhanjaya mendapati majoriti rakyat Borneo Utara dan Sarawak menyokong kemasukan ke dalam Malaysia. Suruhanjaya Cobbold dengan itu menyokong penubuhan Malaysia. Ia turut berpandangan bahawa negeri Borneo Utara dan Sarawak akan beroleh keuntungan dari segi ekonomi dan keselamatan dengan memasuki Malaysia. Dalam syor yang dikemukakan, perkara penting yang dipersetujui ialah Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dijadikan asas kepada Perlembagaan Malaysia dan nama Malaysia dijadikan nama persekutuan yang baru.

Perkara-perkara lain yang dipersetujui antaranya ialah : i. Bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan dengan wilayah Borneo diberi peruntukan 10 tahun bagi melaksanakan dasar ini ii. Agama Islam sebagai agama rasmi dengan hak kebebasan beragama diberi kepada yang bukan Islam. iii. Kaum pribumi di Borneo dapat menikmati hak-hak istimewa sebagaimana orang Melayu di Semenanjung.

Serentak dengan pengumuman Penyata Cobbold pada 1 Ogos 1962, kerajaan British dan kerajaan Persekutuan Tanah Melayu telah mengeluarkan satu kenyataan bersama. Dengan menerima hampir kesemua syor-syor yang dikemukakan oleh Suruhanjaya Cobbold tersebut, kedua-kedua kerajaan memutuskan Persekutuan Malaysia ditubuhkan pada tarikh 31 Ogos 1963 dan beserta dengan syarat iaitu segala perkara berkaitan perlembagaan telah diselesaikan.

Susulan itu, Jawatankuasa Antara Kerajaan atau Lansdowne Committee (IGC) ditubuhkan untuk merangka peraturan-peraturan perlembagaan dan cara mengadakan jaminan-jaminan bagi memelihara kepentingan negeri-negeri Borneo dalam Persekutuan baru.

i. ii. iii. iv. v. vi. vii.

Jaminan ini akan meliputi perkara-perkara berkaitan : Kebebasan beragama. Pelajaran. Perwakilan dalam Parlimen Persekutuan. Kedudukan anak negeri. Kawalan imigresen. Kewarganegaraan. Perlembagaan-perlembagaan negeri.

Selepas mesyuarat dan perbincangan dengan wakil-wakil Borneo Utara, IGC menghasilkan draf '20 Perkara' yang menyentuh kepentingan Borneo Utara dalam Malaysia. Begitu juga dengan Sarawak, kompromi yang dicapai digarap dalam '18 Perkara'. Persefahaman melalui '20 Perkara' dan '18 Perkara' inilah yang menjadi pengikat dan asas perlindungan kepada hak-hak penduduk di Borneo Utara dan Sarawak dalam Malaysia.

Rundingan akhir penubuhan Malaysia yang diadakan di London pada pertengahan 1963 telah memeterai persetujuan semua pihak yang terlibat terhadap semua syarat untuk percantuman di bawah Malaysia. Susulan itu, Perjanjian Malaysia ditandatangani pada 8 Julai 1963 di antara Britain, Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Borneo Utara dan Sarawak.

Malaysia akhirnya dirasmikan pada 16 September 1963 dalam satu upacara gemilang di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur. Di hari yang sama juga, upacara pengisytiharan Malaysia turut dilakukan di Sabah dan Sarawak.

You might also like