Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

REFLEKSI Bahasa Melayu merupakan bahasa Kebangsaan bagi Malaysia separti yang telah tertulis dalam Perjanjian Penubuhan

Malaysia pada 1963. Walaupun begitu, penggunaan Bahasa Melayu jarang di praktikkan dengan betul memandangkan Bahasa Inggeris telah diiktiraf sebagai bahasa dunia. Oleh sebab itu, walaupun saya merupakan pelajar jurusan Bahasa Inggeris, penerapan subjek Bahasa Melayu dijadikan keutamaan.

Melalui tugasan pertama bagi Kursus Bahasa Melayu Kontekstual ini, pelajar diminta untuk menyediakan dua teks pengucapan awam termasuk pengacaraan majlis sebagai tajuk wajib. Melalui penulisan ini, saya telah menghasilkan dua teks iatu teks pengacaraan majlis yang bertemakan majlis persaraan dan teks pidato yang bertemakan Budi Bahasa Amalan Mulia. Melalui penulisan teks ini saya mendalami gaya penulisan teks tersebut dengan bantuan beberapa bahan rujukan bagi menyiapkan teks ini.

Secara tidak langsung, apabila saya melakukan tugasan ini, saya mampu memperbaiki gaya penulisan saya dan juga menambah koleksi pembendaharaan kata sayabagi merealisasikan program memartabatkan Bahasa Melayu di Malaysia. Saya juga mampu memperbaik tatabahasa saya untuk di gunakan di dalam penulisan saya.

Bagi tugasan kedua, kami dikehendaki untuk membentuk kumpulan bagi menjalankan satu simulasi berkaitan dengan pengendalian majlis. Masa yang diberikan kepada kami adalah selama 50 minit sahaja. Melalui aktiviti ini, kami mampu untuk belajar cara mengendalikan suatu majlis dan secara tidak langsung menajamkan skill pengucapan awam kami. Bagi memartabatkan Bahasa Melayu, pengucapan awam hendaklah sentiasa diadakan dan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Skill barbahasa kami turut di naik taraf hasil simulasi majlis tersebut.

Konklusinya, semua aktiviti yang kami jalankan memberi impak secara langsung mahupun tidaklangsung dalam memartabatkan Bahasa Melayu.

You might also like