Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

PENEMPATAN Pengasingan penempatan iaitu kaum-kaum di Tanah Melayu tinggal berasingan mengikut kegiatan ekonomi iaitu kaum Cina

tinggal di kawasan pemacu ekonomi di bandar, kaum India pula diletakkan di kawasan perladangan aktiviti pertanian yang terletak di luar bandar. Hanya golongan elit Melayu sahaja yang diterima bekerja dengan pejabat pentadbiran British ( Ruslan Zainuddin, 2000). Keadaan ini memang meyukarkan interaksi antara kaum ini berlaku lantas turut menyukarkan proses integrasi antara kaum-kaum terbabit. Ekoran daripada pengkelasan kaum mengikut kawasan petempatan ini, ianya membawa kepada suatu lagi konflik lain iaitu perbezaan pendapatan masyarakat. Masyarakat Melayu yang tinggal di kampung-kampung menjadi kaum yang paling susah dan miskin walaupun mereka adalah bumiputera, manakala kaum Cina yang menetap di bandar muncul sebagai kaum yang terkaya. Hal ini telah menimbulkan rasa cemburu dan tidak puas hati dalam kalangan golongan yang miskin memandangkan mereka adalah peribumi di Malaysia. Akibatnya, kaum-kaum ini mula menyimpan semangat permusuhan dan salah faham antara satu dengan yang lain yang akhirnya membawa kepada pergaduhan kaum secara terbuka seperti apa yang berlaku didalam peristiwa 13 Mei 1969. Kampung nelayan merupakan sebuah petempatan kampung yang terletak samada di kuala atau sepanjang sungai, di tepi-tepi pantai dan juga di pulau-pulau. Majoriti penduduk di kawasan tersebut adalah kaum Melayu yang menyara hidup dengan menangkap ikan dan aktiviti yang berasaskan hasil laut dan sungai. Di samping itu, aktiviti sampingan penduduk membuat perahu dan sebagainya. Contoh kampung nelayan ialah kampung Tanjung Api di Kuantan. Corak fizikal perkampungan nelayan dipengaruhi oleh rupabumi tempatan seperti sungai, muara, pantai dan sebagainya dan lazimnya adalah padat. Perumahan Ladang adalah rumah-rumah pekerja ladang yang disediakan oleh majikan pengurusan ladang. Bercorakan kelompok dan kebiasaannya ladang mempunyai bekalan asas. Majoriti daripada penduduk di kawasan ini adalah terdiri daripada kaum India. Aktiviti utama adalah sebagai peladang kelapa sawit dan

getah. Contoh Kampung Ladang ialah kampung ladang di Nova Scotia di Telok Intan, Perak. Hal ini juga telah menimbulkan pengasingan agama iaitu Orang Melayu beragama Islam. Orang Cina menganut agama Budha dan Kristian manakala kaum India beragama Hindu. Kebanyakan penduduk bumuputera Sabah dan Sarawak pula adalah beragama Kristian dan Islam. Pengelasan kaum mengikut jenis penempatan yang berbeza telah mengurangkan tahap interaksi penduduk Tanah Melayu yang terdiri daripada pelbagai rumpun etnik yang berbeza.

You might also like