Download as ppt, pdf, or txt
Download as ppt, pdf, or txt
You are on page 1of 21

Pengajaran Nombor, Pecahan, Perpuluhan dan Peratusan

TOPIC 1.1- NOMBOR

Murugiah Velayutham

NOMBOR
PENGENALAN Kemahiran yang perlu dikuasai murid: Menggunakan istilah seperti banyak, sedikit, sama banyak, tidak sama banyak Mengenal dan menamakan nombor bulat Mengira, membaca dan menulis nombor bulat Menentukan nilai tempat bagi digit Membanding beza nilai-nilai nombor bulat Menyusun nombor bulat Membundar nombor bulat
Murugiah Velayutham 2

NOMBOR
KEMAHIRAN PEDAGOGI Menyampaikan isi kandungan semasa sesi Pengajaran & Pembelajaran Guru dapat menguasai kaedah, teknik dan strategi yang sesuai Guru perlu arif tentang langkah-langkah perkembangan yang perlu diambil dalam sesuatu konsep

Murugiah Velayutham

NOMBOR
Tahap Perkembangan Nombor Bulat Murid-murid perlu didedahkan mengikut pemeringkatan seperti dalam tajuk nombor bulat: 1. Celik Nombor 2. Pra Nombor 3. Nombor Awal 4. Pengenalan Nilai Tempat 5. Pengukuhan tentang NilaiTempat 6. Lanjutan tentang Nilai Tempat
Murugiah Velayutham 4

NOMBOR
Celik nombor merangkumi:
Pemahaman tentang konsep nombor dan opersi ke atas nombor Pembentukan strategi berguna bagi memahami nombor dan operasi ke atas nombor Kebolehan untuk mengira dengan tepat dan efisyen, boleh mengesan kesilapan Kebolehan menggunakan kefahaman tentang nombor dalam pelbagai cara Mempunyai jangkaan bahawa nombor adalah berguna

Murugiah Velayutham

NOMBOR
Pra Nombor :
Konsep Pranombor adalah bukan berkaitan dengan nombor. Ia penting sebagai asas kepada konsep dan kemahiran nombor seterusnya Mengklasifikasi / mengisih objek melalui sifat-sifat fizikal seperti warna, saiz Membandingkan kuantiti dua objek melalui padanan satu ke satu Menentukan hubungan kuantiti antara dua set sebagai sama banyak, lebih banyak Keabadian kuantiti
Murugiah Velayutham 6

NOMBOR
Nombor Awal:
Tumpuan kepada mempelajari nombor 1 ke 10 juga sifar Membaca, menulis dan menyusun nombor berasaskan objek-objek konkrit gambar simbol. Konsep sifar diperkenalkan hanya setelah kanakkanak mengenal sekurang-kurangnya nombor sehingga nombor 3 Berhati-hati bila memperkenalkan Nombor 10 kerana ia melibatkan dua digit dan nilai tempat

Murugiah Velayutham

NOMBOR
Nombor Awal:
Kemahiran/ Konsep yang perlu dikembangkan dalam peringkat awal nombor: Mengenal, menama dan menentukan nilai tempat 1 hingga 10 dan sifar Membilang nombor 1 hingga 10 Menulis angka 1 hingga 10 Menyusun nombor 1 hingga 10 mengikut tertib menaik dan menurun

Murugiah Velayutham

NOMBOR
Perkembangan Nombor :
Mengajar awal nombor: Dengar, Lihat, Sebut dan Tunjuk Strategi Membilang: Membilang secara menaik (Counting On) Membilang secara menurun (Counting Down) Membilang secara lisan (Verbal Counting) Membilang secara sentuhan (Touch Counting) Membilang secara visual (Visual Counting) Membilang secara melangkau (Skip Counting)

Murugiah Velayutham

NOMBOR
Nombor Awal:
Mengajar Menulis Angka: Menulis di udara (Write in the Air) Menulis di atas pasir (Write on Sand Board) Menekap angka putus-putus (Trace Dashed Numerals) Menulis di atas ruang kosong (Write on Empty Space)

Murugiah Velayutham

10

NOMBOR
Pengiraan:
Apabila kita mengira, kita sebenarnya mencari bilangan elemen dalam satu set objek. Kita boleh mengira dalam pelbagai cara: 1. Mengira secara lisan 2. Mengira menggunakan gundal 3. Mengira menggunakan jari 4. Mengira secara menaik 5. Mengira secara menurun 6. Mengira secara melangkau

Murugiah Velayutham

11

NOMBOR
Peranan Algoritma dan Perwakilan Nombor:
Algoritma ialah satu prosedur yang mengandungi langkah-langkah khusus untuk diikuti dalam pengiraan Peraturan-peraturan dalam menjalankan aritmetik (Al-Khwarizmi) Terdapat pelbagai algoritma matematik dengan kegunaannya tersendiri Pelajar yang dapat mencipta algoritma alternatif selalunya berjaya dalam matematik Konsep yang kukuh tentang ide-ide matematik akan memudahkan lagi penyelesaian masalah
Murugiah Velayutham 12

NOMBOR
Nilai Tempat:
Dalam sisitem Arab-Hindu, nilai tempat merupakan satu konsep utama. Nilai bagi sesuatu nombor ditentukan melalui kedudukannya dalam nombor itu 5468 dibaca lima ribu empat ratus enam puluh lapan enam puluh atau 60 sa empat ratus atau 400 sa lima ribu atau 5000 sa 5468 = 5000 + 400 + 60 + 8 (Bentuk Kembangan)

Murugiah Velayutham

13

NOMBOR
Aktiviti 1:
Apakah bahan yang boleh anda gunakan sebagai objek asas 10 semasa mengajar Konsep Nilai Tempat?

Bagaimana anda menggunakan bahan itu untuk menunjukkan nilai sa, puluh dan ratus?

Murugiah Velayutham

14

NOMBOR
Contoh Aktiviti P & P: (Mengira)
Hasil Pembelajaran: 1. Mengira sekumpulan objek dari 1 hingga 10 2. Mengira ke belakang dari nombor 10 hingga 0. Bahan: 10 Pembilang Kad Nombor 0 10 Prosedur: 1. Guru berkata: Lihat, saya ada banyak pembilang. Mari kita kira bilangan pembilang yang saya ada.

Murugiah Velayutham

15

NOMBOR

2. Guru mengalihkan satu kaunter ke tepi dan berkata satu.

3. Guru mengalihkan satu lagi pembilang dan berkata dua 4. Guru ulang untuk tiga, empat sehingga sepuluh. 5. Kerja Berpasangan:

Murugiah Velayutham

16

NOMBOR
Secara bergilir lakukan seperti di atas. Seorang alihkkan pembilang sambil seorang lagi menyebut bilangan yang dialih. 6. Murid-murid bermain Permainan Mengira dalam kumpulan berlima mengikut peraturan berikut:
(i) Kocok kad dan terbalikkannya (ii) Seorang pemain ambil kad teratas dan terbalikkan sambil menyebut nombornya, eg: tujuh. (iii) Pemain lain mengira ke belakang enam, lima, empat, tiga, sifar mengikut giliran. (iv) Pemain yang menyebut sifar akan mengambil kad dan permainan diteruskan seperti di atas.
Murugiah Velayutham 17

NOMBOR
Contoh Aktiviti P & P: (Nilai Tempat)
Hasil Pembelajaran: 1. Menukar nombor 10 hingga 20 dalam puluh dan sa menggunankan strip-puluh dan kepingan sa. Bahan: Bahan Asas 10 : strip-puluh dan kepingan sa Kad Nombor: 0 hingga 9 Kad Manila dengan dua poket Prosedur: 1. Guru bimbing murid untuk menukar 10 kepingan sa dengan satu strip-puluh.
Murugiah Velayutham 18

NOMBOR
2. Murid diminta menyebut satu nmbor antara 11 hingga 20. Contohnya 13. Guru membimbing murid tukar 13 sa dengan 1 strip-puluh dan 3 kepingan sa. 3. Guru bimbing murid pilih satu kad nombor untuk mewakili nombor di atas dan letakkan dalam poket seperti di bawah.
Puluh 1 Sa 3

Murugiah Velayutham

19

NOMBOR
4. Guru bimbing murid untuk menulis 13 = 1 puluh + 3 sa = 10 + 3 5. Murid kemudian menyebut nombor itu dalam dua cara iaitu : satu puluh dan tiga sa dan tiga belas. 6. Ulang langkah-langkah di atas untuk nombornombor lain.

Murugiah Velayutham

20

NOMBOR
RUMUSAN: 1.Nombor mewakili kuantiti sesuatu objek dan diterjemahkan dalam bentuk simbol digit. 2.Ide sifar diperkenalkan selepas murid-murid kenal sekurang-kurangnya tiga nombor pertama. 3.Ide pengumpulan semula bersepuluh penting untuk membina konsep nilai tempat. 4.Tiada satu cara terbaik yang tertentu untuk mengajar tajuk nombor bulat. Oleh itu, gunakan kreativiti anda untuk menghasilkan pelbagai kaedah yang boleh digunakan untuk menyokong pengajaran.
Murugiah Velayutham

21

You might also like