Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

IMBANGAN Pengenalan 1. Imbangan merupakan keadaan yang berpadanan dari segi berat, tarikan, dan tumpuan perhatian. 2.

Dalam konteks seni, imbangan bagi karya dua dimensi diukur dari aspek saiz, berat, dan gravity, serta ton warna dan gaya penampilan yang sama padan. 3. Imbangan bagi karya tiga dimensi diukur berasaskan berat ringan secara fizikal. Jenis-jenis Imbangan Terdapat dua jenis imbangan, iaitu imbangan simetri dan imbangan tidak simetri. Imbangan Simetri 1. Imbangan simetri wujud apabila bahagian di sebelah kiri sama dengan kanan atau bahagian atas sama dengan bawah. 2. Garisan axis boleh dilukis di tengah-tengah untuk memastikan kedua-dua bahagian mempunyai kesamaan. Contoh gambar imbangan simetri:

Imbangan tidak simetri 1. Imbangan tidak simetri juga dikenal sebagai asimetri. 2. Asimetri wujud apabila objek atau reka letak tidak sama tepat di bahagian kiri dan kanan, atau atas dan bawah 3. Namun demikian, kesan imbangan masih wujud melalui cara susunan dan kedudukan objek dalam gubahan. Contoh gambar imbangan simetri: Fungsi imbangan Fungi imbangan pada karya seni halus, 1. Imbangan simetri member kesan yang stabil, static, dan kukuh dalam karya sseni halus tetapi mempunyai daya tarikan yang sederhana. Sebaliknya, 2. Karya seni halus berimbangan asimetri mempunyai daya tarikan yang lebih hebat dan menarik serta menggambarkan suasana yang bervariasi, bebas, dan spontan.

Fungsi Imbangan pada karya seni grafik 1. Karya seni grafik yang mengaplikasikan imbangan simetri akan kelihatan lebih tegap, teratur, erat dan terkawal. Berbanding dengan, 2. Imbangan asimetri akan mewujudkan kesan ketegangan variasi, tumpuan, dan penegasan dalam karya seni grafik. Fungsi imbangan pada hasil kraf tangan tempatan 1. Kebanyakan hasil kraf tangan tempatan direka berdasarkan prinsip imbangan semetri untuk kesan harmoni dan kesatuan. 2. Terdapat juga hasil kraf tangan yang direka asimetri untuk kesan ketegangan dan variasi, terutamanya pada rekaan kraf dimensi baru.

Imbangan dalam bahan buatan manusia & benda alam semula jadi 1. Imbangan wujud di alam sekeliling pada objek alam semula jadi dan juga benda buatan manusia. 2. Kedua-dua imbangan semetri dan asimetri dapat menggambarkan keadaan yang seimbang,sebanding, dan sepadan serta menimbulkan suasana yang harmoni dan kesatuan di alam sekitar. Contoh:

You might also like