Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

Kemahiran Bukan Lisan

Merupakan proses yang melibatkan penghantaran mesej melalui pelbagai cara tanpa menggunakan perkataan. Amalan dan pemahaman bukan lisan berkait rapat dengan budaya sesebuah masyarakat.

Guru yang tidak menguasai kemahiran komunikasi boleh menjejaskan PdP dalam B/D apabila guru atau murid melakukan sesuatu tindakan yang boleh mengancam air muka seseorang.

Guru perlu memahami budaya sesuatu etnik bagi memainkan peranannya dengan berkesan.

Komunikasi bukan lisan adalah luas dan melibatkan setiap diri manusia.

Contoh, apabila berada di tempat yang guru tidak mampu untuk berkomunikasi dalam bahasa mereka, boleh menggunakan komunikasi bukan lisan.

Guru perlu memahami unsur perlakuan bukan lisan bagi membolehkan guru mewujudkan persekitaran bilik darjah mesra budaya.

Bentuk kemahiran bukan lisan:

- Bahasa tubuh
-Mesej melalui lambang dan artifak - Mesej melalui muzik dan bunyibunyian

Bahasa Tubuh
Terdiri daripada gestur atau pergerakan tubuh badan yang memberi makna/isyarat tertentu. Mempunyai tiga perananmembantu manusia menyampaikan mesej tanpa ujaran. Menggantikan peranan bahasa verbal dalam menyampaikan maksud dengan lebih berkesan.

Menyampaikan emosi dan perasaan yang ada kalanya tidak mampu diucapkan melalui kata-kata.

Sesuatu etnik mempunyai bahasa tubuh yang menyampaikan mesej dan nilai yang berbeza-beza.

Perhubungan seharian, kita mampu untuk mengesan perasaan orang lain melalui ekspresi muka.

Sentuhan juga memberikan makna yang mendalam dalam kehidupan manusia-ibu membelai kepala anaknya lambang kasih sayang, tetapi tidak dianggap sedemikian sekiranya dalam B/D.

Kontak mata memainkan peranan dalam menyampaikan makna tertentu.

Gestur/pergerakan tubuh badan mempunyai tafsiran yang berbeza-beza. Guru perlu berhati-hati bagi mengelakkan murid tersalah tafsir.

Mesej Melalui Lambang Dan Artifak


Artifak-ada peranan dalam menyampaikan mesej. Lambang- ada kaitan dengan kemahiran lisan. Setiap guru perlu faham makna lambang-lambang yang digunakan dalam sesebuah masyarakat dan etnik.

Pakaian juga merupakan satu bentuk komunikasi bukan lisan apabila pakaian yang dipakai membawa makna/mesej tertentu.

Pemahaman dalam makna lambang akan mendorong hubungan sosial yang harmoni.

Mesej Melalui Muzik Dan Bunyi-bunyian


Terdapat masyarakat yang menunjukkan perasaan melalui nada atau bunyi-bunyian sama ada suara sendiri ataupun bunyi peralatan muzik. Masyarakat Iban- bunyi pada waktu malam perkahwinan dipercayai membawa maksud tertentu.

Memperdengarkan muzik pada upacara pengebumian bukan bererti acara menggembirakan tetapi adalah menunjukkan kasih sayang dan penghormatan.

Bago orang Melayu, acara pengebumian adalah ringkas dan berlaku dalam keadaan yang tidak riuh atau bising.

You might also like