Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 18

EDU 3105 : TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

1.0 PENGENALAN Teknologi berasal daripada techne bahasa Yunani, yang bermakna kemahiran menggunakan pengetahuan secara sistematik dan praktikal bagi melaksanakan sesuatu tugasan. Menurut Heinich, Molenda dan Rusell (1969), teknologi merangkumi suatu proses dan meluahkan idea. Dalam merancang sesuatu pengajaran,

perancangan awal melibatkan penggunaan idea samada dalam bentuk teori, pendekatan, kaedah dan sebagainya adalah merupakan proses yang terpenting. Alat pula digunakan sebagai penguat dalam mencapai kejayaan. Domain Teknologi Pengajaran (1994) menjelaskan teori dan amalan tentang mereka bentuk, membangun, mengguna, mengurus dan menilai proses serta sumber untuk pembelajaran. Teori bermaksud konsep, konstruk, prinsip dan cadangan. Teori pembelajaran menjelaskan bagaimana perlakuan dalam proses pembelajaran dalam suatu persekitaran berlaku. Perkara ini membantu guru merancang, menyedia dan melaksanakan strategi pengajaran berbantu media mengikut teori pembelajaran yang sesuai. Amalan diertikan sebagai penggunaan pengetahuan untuk menyelesaikan masalah. Ia merujuk kepada tingkah laku atau pengaplikasian pengetahuan yang diperoleh untuk disesuaikan dengan pengetahuan sedia ada seterusnya dijadikan kebiasaan dalam melaksanakan tugasan. Yusuf Hashim (1997), menyatakan bahawa teknologi pendidikan ialah satu proses merancang, membina, mereka bentuk, melaksana dan menilai aktiviti-aktiviti

pembelajaran secara sistematik dengan tujuan memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran. Menurut Crowell (1971): Encyclopedia of education, teknologi pendidikan merupakan gabungan manusia, peralatan, teknik dan peristiwa yang bertujuan untuk memberi kesan baik kepada pendidikan. Kesimpulannya, teknologi pendidikan ialah satu sistem yang meliputi alat dan bahan media, organisasi yang digunakan secara terancang. Pengaplikasian teknologi pendidikan yang baik dan padu akan menghasilkan kecekapan dalam pengajaran dan keberkesanan dalam pembelajaran

EDU 3105 : TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


Model ASSURE mula-mula diilhamkan oleh Heinich et al pada tahun 1996. Dalam model ASSURE ini Heinich menggariskan sebanyak enam langkah dalam pemilihan media.

Analisis pelajar

Nyatakan objektif

Pilih kaedah, media dan bahan

Gunakan media dan bahan

Penglibatan pelajar dalam pembelajaran

Nilai bahan

Rajah 2.0 : Aliran Kerja Berasaskan Model ASSURE

Analyse learner atau analisis pelajar merupakan langkah pertama dalam memilih media pengajaran. Pada peringkat ini masalah pengajaran, objektif dan matlamat pengajaran perlu diberi keutamaan terlebih dahulu. Soalan-soalan yang boleh digunakan sebagai panduan adalah seperti siapa kumpulan sasaran, apakah hasil pembelajaran yang hendak dicapai, apakah ciri-ciri murid dan tempoh pelaksanaannya. Langkah kedua ialah state objective (nyatakan objektif), dalam peringkat ini guru seharusnya menyatakan apakah objektif pembelajaran terhadap kumpulan sasaran. Oleh itu, objektif hendaklah dinyatakan dengan jelas agar motif utama pengajaran dicapai kedua-dua pihak.

EDU 3105 : TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


Selanjutnya ialah langkah ketiga iaitu select method, media, and materials (pilih kaedah, media dan bahan). Objektif dan matlamat pembelajaran perlu dicapai denagn memilih kaedah, media dan bahan yang sesuai. Terdapat pelbagai kaedah dan strategi yang boleh dipilih contohnya kaedah belajar cara belajar, strategi berpusatkan murid dan sebagainya. Manakala media dan bahan yang dipilih perlulah melihat kepada

kesesuaian kepada subjek pembelajaran dan tahap murid yang diajar. Langkah keempat dalam model ASSURE ialah utilise media and materials (menggunakan media dan bahan). Media merujuk kepada alat atau perkakasan yang digunakan untuk menyampaikan maklumat. Penggunaan bahan pula merujuk kepada bahan-bahan pelbagai bentuk seperti komputer, video, gambar dan lain-lain. Dalam model ASSURE guru akan menentukan arah tuju pembelajaran melalui media dan bahan yang dipilih. Fasa kelima ialah require learner participation (memerlukan penglibatan pelajar). Penglibatan pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran amatlah penting. Pelajar perlu dilibatkan secara aktif dan dinamik. Tanpa penglibatan pelajar, pasti pembelajaran yang dilaksanakan tidak mencapai objektifnya. Langkah terakhir yang perlu dilaksana iaitu evaluate and revise (nilai dan semak). Guru boleh menggunakan dua contoh penilaian dalam menilai proses pengajaran yang telah dijalankan seperti penilaian formatif dan sumatif. Melalui penilaian formatif maklum balas akan didapati secara langsung semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Penilaian sumatif pula ialah penilaian pada akhir kursus atau unit pembelajaran. Maklum balas yang diterima digunakan untuk penambahbaikan proses pengajaran.

EDU 3105 : TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


2.0 SET MEDIA PENGAJARAN MODEL ASSURE ANALISIS PELAJAR Tiga perkara yang akan dianalisis adalah ciri-ciri pelajar, pengetahuan dan pengalaman sedia ada yang ada pada murid. Analisis ini dijalankan terhadap murid di dalam kelas. Jika seorang guru itu mendapati ciri-ciri dan gaya pembelajaran muridmurid hampir sama, ini akan memudahkan guru untuk membuat bahan bantu mengajar dengan berkesan. Sebagai contoh, Jumlah murid kelas tahun 5 Mutiara adalah

seramai 30 orang dimana semua murid adalah kaum Melayu dan mempunyai rekod yang cemerlang dalam ujian serta peperiksaan. Jumlah mengikut jantina bagi kelas tahun 5 Mutiara adalah lelaki 11 orang manakala perempuan 19 orang. Kebanyakkan murid kelas tahun 5 Mutiara berasal dari kawasan sekitar berdekatan dengan sekolah iaitu perumahan di pinggir bandar. Kebanyakan daripada mereka mempunyai taraf ekonomi yang sederhana dan menjalankan kehidupan seharian dengan baik. Sesi suai kenal dilaksanakan agar dapat mengenali dengan lebih dekat murid di dalam kelas 5 Mutiara. Pengalaman sedia ada yang ada pada murid akan memberikan idea untuk membuat bahan serta media yang sesuai berdasarkan tajuk . Hal demikian kerana mereka semua lebih sesuai dengan tajuk tersebut dan berkait rapat dengan kehidupan seharian mereka. Selain itu, sesi soal jawab dan ujian untuk menguji pengetahuan pelajar dengan lebih berkesan. Jika gaya pembelajaran lebih cenderung menggunakan gaya pembelajaran secara berkumpulan maka teknik berpusatkan guru akan diaplikasikan kerana mereka lebih faham melalui penerangan guru. Contohnya guru menerangkan sesuatu tajuk pembelajaran dihadapan dan murid bertanya apabila mereka tidak faham dengan sesuatu perkara. Keadaan ini akan memudahkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran

dilaksanakan dengan berkesan. Selain itu, jika gaya pembelajaran mereka lebih kearah pembelajaran berbentuk audio dan visual maka ia akan lebih memudahkan guru untuk menyediakan bahan untuk pengajaran dan pembelajaran.

EDU 3105 : TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


NYATAKAN OBJEKTIF Pada peringkat ini, objektif pengajaran perlu diberi keutamaan agar pengajaran dan pembelajaran yang akan dijalankan lebih berkesan. Menurut Dr. Ismail Zain (2002), objektif ialah penyataan spesifik tentang kebolehan atau prestasi yang akan ditunjukkan oleh murid-murid selepas mengikut pelajaran tersebut. Pada peringkat ini juga, objektif dinyatakan terlebih dahulu mengenai apa yang akan dicapai oleh murid dan adakah ia sesuai dengan kehendak murid. Tajuk pembelajaran yang akan dijalankan adalah Keluarga Saya kerana lebih sesuai dengan tahap serta aras pembelajaran tahun 5. Selain itu dengan tajuk ini, murid dapat menggunakan kemahiran mendengar dan bertutur dengan lebih baik kerana bahan pembelajaran yang digunakan lebih untuk murid-murid mendengar sesuatu bahan yang disampaikan dan memberi pendapat tentang tajuk yang akan dilaksanakan. Contohnya murid-murid menyampaikan cerita tentang latar belakang keluarga mereka dihadapan kelas dan rakan-rakan yang mendengar teliti apa yang ingin disampaikan oleh murid tersebut. Tajuk Keluarga Saya sangat sesuai dengan murid kelas tahun 5 kerana mereka mempunyai pengetahuan lebih luas dan pengalaman sedia ada. Selain itu, kemahiran menulis akan diterapkan ketika sesi pengajaran berlangsung di mana mereka akan mencatatkan hierarki keluarga mereka sendiri di atas kertas. Manakala kemahiran mendengar dan bertutur diaplikasikan dalam aktiviti berkumpulan dimana mereka perlu membuat perbandingan diantara keluarga dalam kumpulan mereka dan

menceritakannya dihadapan kelas. Contohnya kumpulan satu mendengar membuat perbandingan latar keluarga kumpulan dua dan kumpulan empat. Objektif yang perlu dicapai oleh murid tahun 5 Mutiara adalah berbincang dan berkongsi tentang sesuatu perkara serta bertutur dengan intonasi dengan betul. Objektif ini dapat dicapai apabila murid-murid memberi kerjasama yang baik dalam kelas apabila aktiviti pengajaran dan pembelajaran dijalankan.

EDU 3105 : TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


MEMILIH KAEDAH, MEDIA DAN BAHAN SUMBER

Kaedah yang akan dipilih untuk pengajaran dan pembelajaran kelas tahun 5 adalah kaedah pengajaran menggunakan video sebagai alat bantu mengajar untuk tema Keluarga Saya. Hal ini demikian kerana murid-murid lebih cenderung kearah pembelajaran yang menggunakan visualiti dan audio dan sangat sesuai menggunakan pengajaran dan pembelajaran menggunakan video. Pemilihan bahan yang akan ditunjukkan dalam video berdasarkan keupayaan serta maklum balas yang akan diberi oleh murid. Pemilihan bahan yang telah dibuat merujuk kepada isi pelajaran yang difokuskan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Bahan-bahan yang ada dalam video tersebut adalah gambar-gambar keluarga bahagia serta nyanyian yang bertemakan keluarga bahagia. Dengan adanya video dan audio, murid-murid lebih faham dengan apa yang ingin disampaikan untuk pengajaran yang bertemakan Keluarga Saya. Kaedah ini sangat sesuai untuk murid-murid kerana ia boleh ditayangkan berulang kali apabila memerlukan tayangan semula. Contohnya apabila murid-murid tidah faham dengan kandungan video tersebut, guru akan menayangkan semula video tersebut.

MENGGUNAKAN MEDIA DAN BAHAN

Bagi langkah keempat iaitu iaitu menggunakan media dan bahan, persoalan penting adalah bagaimana sesuatu media dan bahan sumber dapat dimanfaatkan oleh guru dan pelajar. Sebelum video tersebut digunakan untuk sesi pengajaran dan pembelajaran, kajian tentang bahan yang digunakan perlu dilakukan dengan menyemak dan menonton berulang kali supaya tidak melakukan kesilapan semasa sesi pengajaran. Bahan video ini juga penting untuk set induksi bagi tajuk pembelajaran Keluarga Bahagia. Selain itu, dengan penggunaan bahan dengan optimum, objektif yang perlu dicapai oleh murid-murid lebih cepat.Guru perlu menyusun bahan dengan lebih terusun.
6

EDU 3105 : TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


Dengan menyemak semula video yang akan ditayangkan dapat mengesan kesalahan dalam pemilihan bahan yang akan ditunjukkan kepada murid-murid. Contohnya dari segi perkataan, muzik, dan penyusunan bahan mengikut peringkat-peringkat yang dapat diikuti oleh murid bagi memastikan pembelajaran berlangsung dengan lancar. Kandungan video tersebut juga akan mempunyai beberapa bahagian untuk memudahkan murid memahami apa yang cuba disampaikan. Contohnya bahagian pertama menunjukkan video tentang sebuah Keluarga Bahagia. Video yang akan ditayangkan juga mengambil kira latar belakang keluarga murid yang ada di dalam kelas tersebut bagi mengelakkan sensitiviti murid-murid.

MEMERLUKAN PENGLIBATAN PELAJAR

Penglibatan pelajar secara aktif sangat penting untuk sesi pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan. Oleh itu, sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan dengan menggunakan teknik berpusatkan pelajar. Murid-murid dibahagikan kepada enam kumpulan supaya aktiviti yang dirancang berjalan dengan lancar. Setelah membentuk kumpulan, guru akan meminta murid-murid melantik wakil atau ketua kumpulan untuk membentangkan di hadapan selepas video tersebut ditayangkan. Setiap kumpulan perlu mengambil perhatian semasa video itu dimainkan kerana tugasan yang akan diberi berkaitan dengan video terseebut. Contohnya, saya akan menyuruh setiap kumpulan menulis sebuah karangan berdasarkan video yang ditayangkan dan ketua atau wakil kumpulan akan membacakannya dihadapan kelas. Selesai aktiviti tersebut, guru akan mengambil kira isi yang dibacakan oleh

murid serta pertuturan dengan intonasi yang betul. Penilaian akan dibuat melalui pemarkahan mengikut cara mereka membentangkan dihadapan. Selain itu, sebelum berakhir sesi pengajaran murid-murid akan bersoal jawab mengenai nilai-nilai murni yang terdapat dalam video tersebut supaya mereka faham apa yang akan disampaikan sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran. Contohnya bertanya tentang apa yang terdapat dalam gambar tersebut serta nilai murni yang ada pelakuan dalam video yang ditayangkan.
7

EDU 3105 : TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


PENILAIAN DAN SEMAKAN

Setelah sesi pengajaran dan pembelajaran berakhir, guru akan mengkaji semula adakah objektif yang ingin dicapai tercapai atau tidak. Sebelum sesi pengajaran pembelajaran dimulakan murid-murid hendaklah dipastikan telah bersedia dengan video yang akan ditayangkan supaya mereka fokus dan mempunyai perasaan ingin mengambil tahu tentang isi kandungan video tersebut. Hal demikian memudahkan saya untuk memulakan sesi pengajaran dengan lebih lancar. Semasa sesi pengajaran dijalankan, guru perlu memastikan semua murid dapat mengikuti pengajaran yang dijalankan supaya lebih fokus lebih-lebih lagi kepada murid-murid yang duduk di bahagian belakang. Dengan itu, murid-murid ini tidak akan tercicir dari mengikuti video yang akan ditayangkan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Selepas sesi pengajaran berakhir, guru akan melakukan refleksi bersama muridmurid untuk mengesan adakah objektif pengajaran yang ingin dicapai untuk murid tercapai. Jika murid-murid faham dengan apa yang disampaikan melalui video tersebut semasa pengajaran maka objektif pengajaran tercapai. Contohnya, guru akan menyoal kembali berkaitan dengan tajuk Keluarga Bahagia, jika mereka dapat menjawab dengan lancar dan tepat maka objektif pengajaran tercapai. Jika tidak tercapai, guru perlu mencari punca adakah murid-murid tidak berminat dengan pemilihan bahan dalam video tersebut dan mempertingkatkan lagi teknik pemilihan bahan supaya pembelajaran menjadi lebih kreatif dan berkaitan dengan isu yang menarik minat pelajar. Guru juga akan menilai pencapaian murid-murid berdasarkan penilaian pelajar berdasarkan suatu set objektif, prestasi murid-murid dalam aspek kemahiran serta sikap murid-murid sebelum, semasa dan selepas proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan.

EDU 3105 : TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


3.0 PENGHASILAN VIDEO YANG BERKESAN

Penggunaan video sebagai bahan bantu mengajar memberikan satu pengalaman baru kepada sebilangan pelajar. Media video dan televisyen dapat membawa pelajar ke mana-mana sahaja, terutama sekali jika tempat atau peristiwa yang ditayangkan itu terlalu jauh untuk dilawati, atau merbahaya. Dengan penayangan video, pelajar dapat merasa seolah-olah mereka berada atau turut serta dalam suasana yang digambarkan. Antara ciri-ciri penghasilan video yang berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran adalah seperti yang berikut :

1. Matlamat dan objektif Menurut Abdul Rahim (2000), bahan media mestilah mengikuti

perkembangan teknologi pendidikan terutama penggunaan media elektronik dalam pengajaran. Menurut Ee Ah Meng (1999), media tersebut dapat memperlihatkan penerokaan teknik-teknik pengajaran yang berkesan dari aspek teknologi pendidikan itu sendiri. Oleh hal yang demikian, matlamat dan objektif hanya akan tercapai sekiranya pengguna telah dapat menerima dan memahami aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan video tanpa mempunyai banyak persoalan yang timbul dalam diri murid-murid. Seterusnya pengguna juga dapat menggunakan teknologi tersebut dengan mudah. Selain itu, penghasilan bahan pengajaran dan pembelajaran perlu peka latar belakang dari aspek kebolehan pelajar yang pelbagai.

2. Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) Dalam sesebuah sesi pengajaran dan pembelajaran, penggunaan bahan media amat membantu terutamanya dari aspek kesan bunyi, penggunaan grafik, penggunaan animasi dan penggunaan warna. Sesuatu media mampu membantu
9

EDU 3105 : TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


proses pembelajaran dan mudah dikawal oleh guru. Media dapat meningkatkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran apabila dilihat dari aspek daya penarik bahan yang kuat untuk pelajar yang dapat mengelakkan kebosanan pelajar. Media yang baik melibatkan penglibatan pelajar yang maksimum. Ia dapat menggalakkan penyelidikan serta pembacaan sendiri dikalangan pelajar-pelajar kerana perasaan ingin tahu dapat ditimbulkan. Dengan penggunaan media dalam sesi pengajaran dan pembelajaran, kelas tidak akan berada dalam keadaan yang bosan sebaliknya Ia dapat menimbulkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan serta menyeronokkan. Seterusnya

penggunaan media juga akan menggalakkan penyertaan dan penglibatan pelajar dalam pembelajaran media yang digunakan bagi proses pengajaran dan pembelajaran dapat menghasilkan pembelajaran yang lebih luas serta mendalam seterusnya mempelbagaikan aktiviti pembelajaran.

3. Kandungan Isi kandungan bahan media juga mestilah sesuai dengan pembelajaran kendiri oleh pelajar dan seterusnya dapat dijadikan bahan rujukan dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Pengenalan dan kandungan mudah difahami dan mencapai objektif yang ditetapkan. Kandungan sesuatu media yang digunakan sebagai ABM mestilah mengikut urutan iaitu dari topik yang senang kepada topik yang sukar iaitu mengikut ansur maju. Hal ini akan memudahkan murid-murid lebih faham akan isi pelajaran yang ingin disampaikan oleh guru. Kandungan yang baik mengandungi maklumat yang terkini dan seterusnya membantu meningkatkan aktiviti pengajaran dan

pembelajaran (P&P). Begitu juga dengan bahasa penyampaian mestilah sesuai. Pengolahan kandungan sesuai dan terdapat integrasi maklumat yang tepat dan dikemaskini. Kesimpulan atau penutup mestilah bersesuaian dengan isi yang telah disampaikan. Seterusnya media tersebut perlu mengandungi pengukuhan yang sesuai. Media pembelajaran dapat menambahkan dan memperkayakan perbendaharaan kata pelajar. Media pembelajaran yang digunakan mestilah berkaitan dengan isi pembelajaran yang diajar seperti fakta dan konsep10

EDU 3105 : TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


konsepnya. Media yang bersesuaian dapat memenuhi kehendak- kehendak isi dan objektif pelajar.

4. Penggunaan Pemilihan media mestilah bersesuaian dengan kos alatan dan tidak membebankan. Pengendalian bahan media pengajaran memerlukan latihan penggunaan yang minimum dan lebih mudah diubah suai dari segi penggunaan serta senang dipindah dari satu tempat ke tempat yang lain. Sesuatu media memudahkan pengajaran dan meningkat keberkesanannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Bahan media juga mestilah bersesuaian kerana memudahkan pelajar memahami isi kandungan pelajaran yang cuba disampaikan oleh guru. Pemilihan alat bantu mengajar ini mestilah selamat digunakan sama ada oleh guru atau pelajar. Selain daripada itu, media tersebut dapat menjimatkan masa pembelajaran dan dapat meningkatkan lagi pemahaman pelajar terhadap suatu konsep dengan lebih mudah dan cepat. Menurut Semrau, P. Dan Boyer, B.A. (1994), video dokumentari pembelajaran mudah digunakan kerana memerlukan pemain CD ROM atau komputer. Yusup dan Sharifah Alwiah (1999), menjelaskan bahawa penggunaan video juga dapat disaksikan berkali-kali sehingga sampai ke pringkat penguasaan. Menurut Baharuddin, et al. (2000), terdapat beberapa kebaikan menggunakan video. Diantara kebaikannya ialah video senang dirakam dan dimainkan semula serta tidak memerlukan bilik gelap untuk tayangan.

5. Persembahan Menurut Yusup dan Sharifah Alwiyah (1999), penggunaan video berupaya menunjukkan konsep kemahiran motor melibatkan pergerakan. Menurut Semrau, P. Dan Boyer, B.A. (1994), pelajar dapat mempelajari sesuatu konsep dari video
11

EDU 3105 : TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


pembelajaran yang difokuskan dalam pelbagai kesan bunyi, penceritaan dan muzik. Penggunaan video boleh menunjukkan tiap-tiap langkah dapat

diperhatikan melalui media bergerak. Persembahan yang menarik perlu menitik beratkan susunan teks jelas dan berkesan, warna grafik dan animasi yang sesuai. Kesan bunyi mestilah berfaedah dan bermakna. Akhir sekali terdapat maklum balas menarik dan membina minda dengan berfikiran kreatif.

6. Penformatan skrin Reka bentuk skrin paparan yang sesuai dapat meningkatkan minat pelajar. Warna latar belakang yang digunakan juga perlulah sesuai. Menurut Semrau, P. Dan Boyer, B.A. (1994), pelajar berfikiran kritikal untuk melihat maklumat dari pelbagai format. Media yang baik menawarkan kualiti dan ketajaman paparan visual dalam televisyen.

7. Kreativiti Integrasi teks bermaklumat, integrasi grafik yang menarik perhatian,

integrasi animasi berilmu, integrasi audio menarik perhatian dan integrasi video tepat dan sesuai mampu menarik minat pelajar. Yusup dan Alwiah (1999), menyatakan bahawa kreatif dan kritikal. penggunaan video boleh menggalakkan perkembangan

8. Nilai pendidikan Bahan pembelajaran berkesan dapat menggalakkan berlaku pemindahan pembelajaran kerana konsep-konsep dapat ditangkap dengan lebih jelas lagi. Ia dapat mengembangkan kebolehan berkomunikasi kerana melalui alat bantu mengajar, interaksi antara pelajar-pelajar digalakkan. Topik yang dipaparkan oleh media mestilah relevan dan memenuhi sukatan. Ini membolehkan pelajar berupaya mencerna fikiran. Perkembangan fikiran sesuai dan latihan mencabar serta kritis perlu dititik beratkan. Menurut Ee Ah Meng (1999), media pembelajaran yang berkesan dapat membantu pelajar membentuk konsep dengan lebih mudah dan jelas dan dapat
12

EDU 3105 : TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


menghasilkan pembelajaran yang bermakna dan lebih kekal. Media

pembelajaran dapat memupuk daya cipta, pemikiran analitis, pemikiran kritis dan dapat memupuk perkembangan nilai-nilai murni seperti bertanggungjawab, jujur, bertolak ansur, bertimbangan rasa dan sikap positif. Selain itu, ia dapat memupuk perkembangan koordinasi mata, otak dan kemahiran motor. Ia dapat menyediakan pengalaman sebenar bagi pelajar seterusnya mendorong pelajar menjalankan aktiviti lanjutan hasil dari

pendedahan kepada suatu alat bantu mengajar. Misalnya menggalakkan aktiviti susulan seperti perbincangan atau menjawab soalan-soalan yang berdasarkan tayangan tersebut.

9. Aspek motivasi Aktiviti pembelajaran dipelbagaikan dengan melakukan pelbagai aktiviti sebelum, semasa dan selepas media yang digunakan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pelajar mempunyai sikap positif terhadap pembelajaran mereka dengan penggunaan video. Sesuatu media mestilah diselitkan dengan unsur pujian. Pujian yang diberikan mestilah bersesuaian. Menurut Semrau, P. Dan Boyer, B.A. (1994), video digemari dan menyeronokkan bagi pelajar untuk mempelajarinya. Sesuatu media yang berkesan memaparkan persembahan visual menarik dan diselitkan penerapan nilai murni sesuai.

10. Menarik perhatian Penggunaan grafik mestilah menarik dengan penggunaan warna menarik dan penggunaan animasi menarik. Selain itu, jenis bunyi mestilah sesuai dan menarik. Menurut Semrau, P. Dan Boyer, B. A. (1994), video menarik minat pelajar dari aspek saiz, jenis teks menarik yang digunakan, warna teks sesuai, kebolehbacaan teks dan margin teks yang sesuai. 11. Kognitif Video boleh digunakan untuk mengajar prinsip dan peraturan, pencapaian terutamanya dalam situasi yang memerlukan interaksi manusia, dan

menyediakan tindak balas serta merta untuk pelajar mengenai pencapaian


13

EDU 3105 : TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


mereka. Selain daripada itu, video boleh digunakan untuk mengajar mengiktiraf dan membezakan dorongan gerakan yang berkaitan, misalnya kelajuan relatif objek yang bergerak, gerakan penyimpangan, dan interaksi antara objek dan dunia sebenar.

12. Psikomotor Video berguna untuk menunjukkan tindak balas serta merta terhadap pelajar mengenai kebolehan mereka. Guru atau koordinator boleh

menyelaraskan gerakan untuk mengajar pelajar tentang sesuatu perkara dan pelajar dapat memahami apabila dapat melihat dengan jelas setiap peringkat yang ditayangkan. Video boleh digunakan untuk menunjukkan gerakan. Gerakan ini boleh dipercepatkan atau diperlahankan untuk perkara atau keadaan dengan lebih jelas. menunjukkan sesuatu

Menurut Mok Soon Sang (1996), peranan utama sesuatu bahan dapat membantu guru untuk menyalurkan ilmu pengetahuan dan menggerakkan aktiviti yang dirancangkan. Manakala pelajar menggunakan bahan pelajaran secara sendiri atau berkumpulan tanpa kehadiran guru atau pensyarah. Dalam pembangunan sesebuah video dokumentari pembelajaran yang berkesan, penekanan terhadap beberapa aspek haruslah diberi perhatian yang khusus bagi membolehkan pelajar melakukan aktiviti pembelajaran yang dapat meningkatkan lagi kefahaman. Tugasan yang telah diberikan kepada saya ialah cadangan bagaimana untuk menghasilkan sebuah video yang menarik dan memberikan justifikasi setiap cadangan tersebut. Di antara langkah-langkah dan cara bagaimana untuk menghasilkan video yang menarik dan berkesan ialah seperti berikut iaitu yang pertama sekali ialah Tetapkan tujuan dan objektif. Sebelum menghasilkan sesuatu video, pastikan anda tahu matlamat rancangan anda menghasilkan bahan video. Siapakah kumpulan sasarannya dan bagaimana bahan itu akan digunakan dalam pengajaran. Matlamat dan Objektif tercapai apabila pengguna dapat menerima aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan video tanpa perasaan prejudis. Seterusnya pengguna dapat menggunakan teknologi tersebut dengan mudah. Selain itu, penghasilan bahan
14

EDU 3105 : TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


pengajaran dan pembelajaran perlu peka latar belakang dari aspek kebolehan pelajar yang pelbagai. Di dalam video yang akan saya hasilkan ini, sasaran saya adalah pelajar-pelajar tahun 5 seramai 30 orang. Tajuk video yang akan saya hasilkan ialah Keluarga Saya manakala Matlamat saya menghasilkan video ini pula ialah bertujuan untuk memperkenalkan kepada murid tentang anggota-anggota dalam keluarga sebagai contoh Ayah, Ibu, Kakak, Abang, dan Adik. Video yang saya hasilkan ini juga mestilah difahamai dengan jelas oleh kanak-kanak agar mereka tidak mempunyai perasaan prejudis terhadap isi pengajaran dan pembelajaran yang ingin disampaikan. Langkah kedua bagi penghasilan video yang menarik ialah Buat penyelidikan dan sediakan bahan. Dalam langkah ini, saya akan mengumpulkan bahan-bahan yang diperlukan seperti maklumat,gambar dan sebagainya yang anda fikirkan berguna untuk penggambaran. Saya juga akan menggunakan khidmat beberapa orang rakan saya sebagai pelakon agar video yang dihasilkan ini akan nampak lebih menarik lagi. Selain itu, saya juga perlulah membuat sedikit penyelidikan tentang murid-murid mengenai pengalaman sedia ada mereka. Kemungkinan ada di antara mereka yang sudah kehilangan anggota keluarga ataupun yang memang tidak mempunyai kakak atau abang dalam keluarga mereka. Saya perlulah mengelakkan daripada berlaku perkaraperkara yang boleh menyentuh hati dan perasaan mereka dalam video ini. Setelah proses penyelidikan dan penyediaan bahan selesai, barulah saya boleh meneruskan proses penghasilan video ini. Seterusnya di dalam langkah yang ketiga, saya akan memilih bahan-bahan yang sesuai untuk penghasilan video. Bahan yang telah saya kumpulkan dalam langkah yang kedua mungkin terlalu banyak. Oleh hal yang demikian, saya akan memilih bahan-bahan yang difikirkan benar-benar perlu sahaja dalam penghasilan

video yang telah dirancang. Sekiranya saya ada terambil atau mengumpul gambargambar seperti emak saudara,bapa saudara atau sepupu saya akan mengasingkan gambar itu kerana saya hanya ingin mengajar tentang keluarga asas dan bukan keluarga besar. Saya perlu membuang bahan-bahan yang tidak diperlukan seperti gambar yang terlalu banyak agar video yang dihasilkan tidak mengambil masa yang terlalu lama sehingga menyebabkan murid-murid berasa bosan. Langkah yang keempat ialah Menulis Skrip. Disinilah saya akan mencurahkan idea saya secara berurutan dan
15

EDU 3105 : TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


berstruktur. Saya perlu menyusun skrip mengikut turutan yang betul agar tidak terdapat kekeliruan dalam video yang dihasilkan. Penggunaan bahasa dalam skrip yang dihasilkan juga haruslah bahasa yang mudah difahami oleh murid-murid kerana bahasa yang arasnya terlalu tinggi tidak akan difahami oleh murid-murid dan akan memberi kesukaran pula kepada guru untuk menjelaskan kepada mereka. Setelah skrip telah siap, saya akan terus pergi ke langkah yang kelima. Langkah kelima ialah Bersedia membuat penggambaran. Dalam langkah ini, saya akan menyediakan satu jadual penggambaran agar pelakon-pelakon yang terlibat dalam sesuatu babak akan tahu bila waktu mereka perlu bersedia untuk penggambaran. Sekiranya saya bekerja dalam pasukan, saya akan menetapkan tugas masing-masing agar mereka tahu apa yang perlu dilakukan. Dalam langkah inilah saya memerlukan khidmat beberapa orang rakan sebagai pelakon dan juga krew penggambaran. Langkah yang keenam dalam proses penghasilan video ini ialah Sediakan bahan-bahan grafik. Saya perlu menyediakan bahan-bahan grafik sebelum

penggambaran dimulakan. Hal ini adalah kerana Jika saya tidak menyediakan bahanbahan grafik terlebih dahulu, ia akan mengganggu kelancaran dalam proses penghasilan video. Bahan-bahan grafik dalam video yang dihasilkan amat penting. Hal ini kerana bahan grafik yang ada mampu membantu untuk menghasilkan sebuah video yang akan menarik perhatian murid-murid. Murid-murid tidak akan mengambil perhatian sepenuhnnya terhadap video yang tidak menarik untuk ditonton. Langkah yang ketujuh pula ialah Sediakan bahan dan peralatan. Bahan-bahan yang digunakan untuk penggambaran hendaklah dipastikan berfungsi dengan baik untuk mengelakkan sebarang kejadian yang akan membuatkan proses penghasilan video tergendala. Perkara ini juga akan menyebabkan krew penggambaran malas untuk membuat kerja kerana alat yang diperlukan tidak berfungsi dengan baik. Setelah semua alatan yang diperlukan telah dipastikan dapat berfungsi dengan baik, barulah saya akan memulakan langkah yang kelapan iaitu, Memulakan penggambaran. Saya mungkin akan membuat penggambaran luar dan dalam. Oleh hal yang demikian saya perlulah memikirkan kemungkinan-kemungkinan yang akan berlaku dan bersedia dengannya. Seterusnya langkah yang kesembilan ialah Menyunting. Proses menyunting ini hanya akan dilakukan setelah proses penggambaran itu selesai. Suntingan perlulah dilakukan
16

EDU 3105 : TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


agar video yang dihasilkan akan mengikut turutan dan bersesuaian dengan kehendak guru itu sendiri. Langkah yang kesepuluh dalam proses penghasilan video ini ialah Membuat rakaman audio. Mungkin ada di antara babak-babak dalam video ini yang mempunyai gambar tetapi tidak mempunyai audio. Oleh itu, saya akan menambah audio untuk menerangkan tentang gambar yang ditayangkan. Langkah ini juga adalah untuk memasukkan kesan bunyi dan muzik latar. Seterusnya, langkah yang kesebelas ialah Previu. Langkah ini ialah bertujuan untuk menayangkan video yang telah dihasilkan. Namun video ini hanya dipratontonkan kepada sekumpulan kecil dan kemudian

perbaiki kesilapan sekiranya ada. Langkah yang keduabelas ialah Gunakan dalam pengajaran. Video yang telah dihasilkan hendaklah digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Setelah itu langkah yang terakhir iaitu langkah ketigabelas ialah Melakukan Penilaian. Di sinilah saya perlu menilai bahan video itu dari segi kesesuaiannya dalam pengajaran dan pembelajaran. Saya juga perlu melihat samaada video yang dihasilkan itu mampu untuk menarik perhatian murid-murid atau tidak.

17

EDU 3105 : TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


4.0 RUMUSAN

Kesimpulannya, Model ASSURE merupakan satu model pengajaran yang mendatangkan banyak kebaikan kepada guru dalam perancangan pengajaran dan pembelajaran pada setiap hari. Berdasarkan Model ASSURE, pemilihan dan

penggunaan media yang dipertimbangkan secara teliti dapat memastikan guru membuat pilihan yang tepat dan menggunakan media secara optimum dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Langkah-langkah yang diperkenalkan dalam Model ASSURE dapat membantu guru merancang kaeda-kaedah pengajaran yang sesuai berdasarkan tahap pengetahuan dan keupayaan murid-murid di samping m encapai objektif pengajaran dan pembelajaran yang telah ditetapkan. Melalui Model ASSURE, penggunaan bahan sumber dan media yang menarik dan berkualiti sememangnya dapat menarik minat dan perhatian murid-murid dalam sesi pengajaran dan pembelajaran dan tidak akan membosankan mereka.

18

You might also like