Format Laporan Ajk (Folder Sukan)

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

2014

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA

KEJOHANAN OLAHRAGA ANTARA DIVISI KALI KE-45 (KAGUM)

3 & 4 MAC 2014 PISMP AMBILAN JANUARI 2012

LAPORAN AJK KESELAMATAN

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA


SEBELUM

(TARIKH LAPORAN)

Pada 12/2/2014, saya telah diberikan tugas sebagai ketua AJK Keselamatan dan disuruh bekerja sendiri untuk mengetuai kumpulan Pengakap PISMP Semester 3 2014. Pada 14/2/2014, saya telah berjumpa dengan Encik Tharmizi Ishak selaku pensyarah yang menyelia kami. Perjumpaan kami hanya melibatkan saya sebagai ketua ajk dan juga Encik Tharmizi. Kami telah membincangkan bidang-bidang tugas yang perlu kami lakukan untuk sukan KAGUM. Antaranya adalah pengesahan bilangan ahli Pengakap semester 3 yang diperlukan untuk bertugas pada hari sukan divisi nanti, tempat letak kereta bagi penaja-penaja rasmi seperti Milo, Vico dan Nescafe serta kedudukan ahli-ahli penjaga keselamatan yang diperlukan selama dua hari sukan tersebut berlangusng. Pada 20/2/2014, kami membuat lawatan ke Stadium Likas dan melihat serta meneliti sekitar kawasan luar (tempat letak kereta) serta di dalam stadium. Kami mengambil gambar dan seterusnya membuat pelan hiasan untuk memudahkan kerja kelak. Encik Tharmizi juga turut hadir pada ketika itu untuk memberikan pendapat serta bimbingan kepada saya

memandangkan saya hanya bekerja sendiri di bawah satu jawatankuasa. Terdapat hanya satu kesulitan yang saya alami pada tempoh sebelum tugas di stadium ini iaitu para pelajar pengakap semester 3 2014 telah bersikap biadap kepada saya serta mengingkari arahan saya. Pada 28/02/2014, saya telah memanggil semua ahli pengakap KLM 25 semester 3 untuk mengadakan mesyuarat serta briefing mengenai tugas-tugas mereka ketika hari sukan nanti. Maklumat ini telah saya berikan kepada mereka sehari lebih awal daripada masa yang saya tetapkan. Namun, pada hari mesyuarat tersebut berlangsung, hanya seorang sahaja ahli pengakap yang hadir pada mesyuarat tersebut. Oleh kerana sikap para pengakap semester yang tidak bertamadun ini, saya telah menyerahkan tugas untuk membahagikan syif-syif diantara mereka ke bahu ketua pek mereka iaitu saudari Afieana Ruji.

| LAPORAN AJK HIASAN ASTAKA

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA


SEMASA

(TARIKH LAPORAN)

1. Sukan bertempat di IPG Kampus Gaya.

Pada 3/3/2014, sukan yang melibatkan acara padang dilangsungkan di kawasan padang IPG Kampus Gaya yang melibatkan hampir semua guru pelatih bermula dari semester 5 ke bawah. Untuk ahli jawatankuasa kerja saya, tidak banyak yang saya dapat perkatakan pada hari tersebut. Cuma apa yang saya dapat laporkan adalah kesemua AJK Keselamatan semester 3 telah datang dengan berpakaian semi-formal uniform pengakap dan komited dengan tugas masing-masing mengikut tugas seperti yang telah disediakan oleh saya. Tiada laporan kehilangan diterima oleh ahli jawatankuasa saya pada hari tersebut yang memberi bukti bahawa keadaan pada hari tersebut, terkawal. 2. Sukan bertempat di Stadium Likas. Pada 4/3/2014, acara sukan divisi dijalankan. Saya bersama AJK yang lain bertolak seawal pukul 6 pagi ke stadium untuk memastikan keadaan stadium selamat untuk pihak penganjur menjalankan aktiviti sukan di sekitar stadium tersebut. Selepas memberikan briefing kepada ahli-ahli pengakap di bawah saya, mereka pun berpecah mengikut kumpulan syif yang telah disediakan. Untuk pembahagian tugas, saya telah membahagikan mereka kepada dua kumpulan. Satu untuk mengawasi kawasan parkir kereta, dan satu kumpulan lagi mengawasi kawasan dalam stadium. Syif-syif mereka juga ditentukan oleh ketua pek mereka sendiri kerana terdapat AJK yang mempunyai acara pada masa-masa tertentu.Namun, oleh kerana ketepatan masa acara dari pihak penganjur, syif-syif yang ditentukan dapat diikuti dengan sempurna tanpa apa-apa kesulitan. Kami mendapat satu laporan kehilangan daripada ahli divisi Putra yang mengatakan kasut spike salah seorang ahli mereka iaitu Mary Abigail PISMP Semester 1 2014 telah hilang di dalam kawasan stadium. Saya telah bertanya kepada mereka yang menjaga bahagian dalam stadium, namun mereka menafikan bahawa mereka ada ternampak spike tersebut. Pengumuman pun telah dibuat, namun spike tersebut tidak dapat dijumpai.

| LAPORAN AJK HIASAN ASTAKA

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA


SELEPAS

(TARIKH LAPORAN)

I.

Sukan bertempat di IPG Kampus Gaya.

Tiada apa yang ingin dilaporkan. Semua ahli kembali ke asrama masing-masing dan bersiap sedia untuk sukan di stadium pada esok hari. I. Sukan bertempat di Stadium Likas.

Sebaik sahaja acara berakhir kira-kira pukul 4.30 petang, saya telah mengumpul ahli-ahli pengakap tersebut dan memberikan mereka sedikit ucapan terima kasih kerana memberikan kerjasama dan menegur mereka tentang kesalahan mereka tidak mengendahkan penggilan mesyuarat saya pada hari itu. Semua ahli jawatankuasa keselamatan pulang ke IPG dalam keadaan yang selamat.

| LAPORAN AJK HIASAN ASTAKA

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA


Kelemahan:

(TARIKH LAPORAN)

AJK tertinggi tidak menghantar surat rasmi kepada kumpulan pengakap tersebut dan membuat pemberitahuan secara lisan sahaja. Ini membuatkan mereka bersikap sambil lewa dalam menerima apa-apa arahan dari saya kerana mereka memberikan alasan bahawa arahan saya tidak rasmi dan mereka boleh sesuka hati untuk mengingkari arahan tersebut.

Di dalam AJK saya, saya hanya bekerja sendiri. Pihak AJK atasan memandang rendah tugas AJK Keselamatan dan memberikan tugas tersebut kepada saya seorang sahaja. Ini tidak berasas kerana factor keselamatan adalah antara factor yang paling penting unttuk diambil kira dalam sesebuah penganjuran majlis, tidak kiralah majlis tersebut berbentuk apa sekalipun. Cadangan saya agar bilangan AJK Keselamatan dari semeseter 5 diperbanyakkan pada masa hadapan.

Tag nama untuk AJK semester 3 harus diwujudkan untuk memberikan autoriti kepada mereka untuk menjaga keselamatan.

Kekuatan: Saya didedahkan dengan suasana persekitaran stadium sebelum kejohanan

berlangsung. Ini membuatkan saya senang untuk menghasilkan pelan tugas ahli-ahli pengakap.

Disediakan Oleh,

_____________________ (MOHD SAIFUL BIN AMIN) PISMP BI(2) SEMESTER 5, KETUA AJK KESELAMATAN | LAPORAN AJK HIASAN ASTAKA 4

You might also like